|
[Edisi Siput] Saya Tak Tahu Escargot Tu Haram Dimakan - Neelofa #218
[Copy link]
|
|
Bosan dan rimas nya ada follower mcm tu.. Kdg2 pelik mna datang manusia mcmni. Manusia mcm ni tak patut didedah dgn teknologi internet harus dihumban dalam gua jer. Tkbleh ke tgk jer gambar tu tanpa nk jd jd alim ulama kt page org. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk dlm ig miss kepoh tu, pakat dok kata haram sbb haiwan dua alam. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok dekat blog fatwa ...mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan ... sebab siput darat ... siput sedut tu air tawar ... sbb tu boleh makan ...
tp ada ulama yg mengharuskan ...
Adakah Siput Escargot Halal Atau Haram Dimakan Oleh Orang Islam? Submitted by FatwaMalaysia on 6 November 2013 - 5:00pm

ISU:
Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam? Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.
PENJELASAN:
Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).
Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:
وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).
Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.
Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:
“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.
Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.
Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.
Wallahu A’lam.
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/a ... an-oleh-orang-islam
|
|
|
|
|
|
|
|
kelasss lagi sekali sumber dari ig miss kepoh. iols baca kat ig sheols pun tau pasti isu ni bakal viral lagik. sheols sumber gosip popular skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu telur penyu, ikan keli halal ke idak..makanan ummah tu,berani geng2 ucetat nak haramkan benda yg dah jd darah daging ummah |
|
|
|
|
|
|
|
Lopak ni suka menunjuk nunjuk kononnya dia
Je la dpt mkn fine dining
|
|
|
|
|
|
|
|
lantak la halal ke haram...mmg aku geli nak makan..so what
|
|
|
|
|
|
|
|
sape ingat dialog cte SENARIO??
'escargotttt" kata si Wahid mse hidang siput ni kat restoran.
si Syanie jawab "Macam siput babi je?" hahahah..  |
|
|
|
|
|
|
|
Retis gigih sgt nk jd urban parisian bagai makan escargot.walhal siput babi kat mesia ni byk jah. pi baca fatwa sana tgk halal ke haram nk makan.kalau dh tahu haram kang nak melantak jugaj kot suka kome ler...byk lg ayam kat mesia ni.kosser mocik nk makan siput babi. |
|
|
|
|
|
|
|
Adikk lopa takde maki2 kechek kelate ke kat ig kakak sheols bekap  |
|
|
|
|
|
|
|
Org porum ni ramai jugak yg jahil  |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x sure siput yg neelofa makan ni siout apa
Tp sejak aku lahir hingga besar Kelantan... siput masak lemak yg cuma kenal adalah spisis siput sawah yg ruoanya hampir sana dgn siput babi tu
Tp opkos bukan siput babi
Rupanya pon lain
Cuma aku nk bitau bukan siput belitung yg org antai barat dok makan jer wujud
Jgn ada pulak yg sakai ingat spisis siput masak lemak org melayu ni cuma siput belitung jer |
|
|
|
|
|
|
|
Fatwa kata haram, tp ada ulama yg mengharuskan, namun majoriti mengharamkan..pada aku lebih baik kalo x makan langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 2-8-2015 02:16 PM
Dah tu telur penyu, ikan keli halal ke idak..makanan ummah tu,berani geng2 ucetat nak haramkan benda ...
Kan... Siput Yg lain ketam semua tu dua alam tak? |
|
|
|
|
|
|
|
mokcikKSKB replied at 2-8-2015 02:28 PM
Org porum ni ramai jugak yg jahil
Orang forum, orang chat group, ramai je yang jahil... 
*astaghfirullah |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih ke pprt an ummah..tau lah pprt tak mampu makan escargots bagai tapi jangan lah tunjuk jakun ya amat ! |
|
|
|
|
|
|
|
pantang tul dgn nma babi
siput sedut pun sedara siput babi jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|