CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-IIN

Kenapa Kita Tak Ambil Tahu Mengenai Wukuf Di Arafah?

[Copy link]
Post time 23-9-2015 10:06 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-9-2015 08:36 PM
imagine Mahsyar kan?

ni baru berjuta juta manusia beberapa generasi je, bayangkan kesemua umat ma ...

Pengertian lain yg dapat kita pelajari dan wajar disadari iaitu bahawasanya siapa pun kamu, apa pun warnamu, apa juga bangsamu, manusia adalah sama di hadapan Allah nanti. Segala kekayaan yg dimiliki tidak membenarkan kamu berpakaian mewah, hanya selilit pakaian ihram putih bagi lelaki dan bertelekung/berhijab hitam/putih bagi para wanita.  Begitulah bayangnya di padang mahsyar, masing2 jemaah sibuk dengan permohonan keampunan dosa untuk diri sendiri.  Seketika manusia melupakan hal2 duniawi kerana seluruh jiwa raga khusyuk dgn peribadahan. Dan itulah yg dicari iaitu haji yg mabrur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 10:34 PM | Show all posts

tak sama...
aku nampak ada jemaah dari afghanistan, pakistan, india, afrika pakai kain ihram jenis murah macam kain ela tu..
yang jemaah dari arab, malaysia pakai kain ihram jenis kain towel lembut tebal tu...
aku nampak ada jemaah dari negara2 tadi tidor bawah jambatan je kat mina...
dan ada pulak jemaah pakej vvip yang tidor dalam khemah besar dan ekon sejuk...
sesama maktab pun ada perbezaan, ...pakej vvip tidor atas tilam tebal, pergi tandas tak payah beratur..pakej murah sikit tidor atas tilam nipis, berhimpit2 ...ni kat mina ...
banyak lagi yang aku tengok yang tak menunjuk kan semua sama di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 10:36 PM | Show all posts
thanks TT...good info!!
Semoga 1 hari nanti kite sampai di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 10:49 PM | Show all posts
cap_ayam replied at 23-9-2015 05:33 PM
Ha a.. tolong ingatkan...
Versi BM

Thank you
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 11:04 PM | Show all posts
freebird replied at 23-9-2015 10:34 PM
tak sama...
aku nampak ada jemaah dari afghanistan, pakistan, india, afrika pakai kain ihram jeni ...

saya memilih untuk melihat cantiknya ukhuwah islamiyyah itu ditautkan dengan syahadah - dari pelbagai latar kehidupan. tiada beza. kumpul di tempat yg sama memaki ihran warna yg sama , berhamparan di dataran yg sama...

One god - Allah swt and muhammad is the messenger.

bless them.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2015 11:07 PM | Show all posts
daripada Nabi Muhammad SAW kepada umatnya

9 Zulhijjah


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW   
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

   
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
   
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
   
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.


   
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
   
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
   
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


   
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

   
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
   
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


   
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.


   
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

   
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "





Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 11:30 PM | Show all posts
Rindu sgat sya pd Makkah n Madinnah, Arafah, Mina, Mudzalifah sentiasa di ingatan, mudah2an ALLAH SWT makbulkan permintaan ku utk ke sana semula In Sha Allah ..... Amin Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2015 11:46 PM | Show all posts
scents replied at 23-9-2015 11:30 PM
Rindu sgat sya pd Makkah n Madinnah, Arafah, Mina, Mudzalifah sentiasa di ingatan, mudah2an ALLAH SW ...

amin...teringin nk pergi ke sana semula gak
semoga ada rezeki di masa akan datang
insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 12:28 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 23-9-2015 09:33 AM
Ha a.. tolong ingatkan...
Versi BM

Terima kaseh sangat sangat kerana memberikan 30 doa harian yg patut di amalkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 12:56 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-9-2015 11:07 PM
daripada Nabi Muhammad SAW kepada umatnya

9 Zulhijjah

Thanks for this good article.  Wish @Sabbath Shalom can read this article too.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 23-9-2015 03:07 PM
daripada Nabi Muhammad SAW kepada umatnya

9 Zulhijjah

Thank you very much...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 04:42 AM | Show all posts
eh kat tV1 ade different ministry bertakbir setiap sela waktu tertentu wow...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orange1 replied at 23-9-2015 10:19 PM
Jazzakalllahhhh.....

TT nanti bukak thread upacara berlari2 anak baling batu kat shaitonnn pulakk ...

Zaman jahil
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 04:38 PM | Show all posts
dah ada news tak psl kejadian kena pijak kat tempat melontar?
100 jemaah meninggal dunia terhempap kot...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 04:48 PM | Show all posts
Yup.. Terkejut tgk berita dr saudi. Setakat ni 150 kematian jemaah haji dan 430 orang yang cedera di Mina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2015 05:13 PM | Show all posts
BISMILLAH

perhimpunan satu aqidah masa hidup

dihimpunkan oleh-NYA selepas dihidupkan oleh-NYA semula

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Orange1 replied at 23-9-2015 10:19 PM
Jazzakalllahhhh.....

TT nanti bukak thread upacara berlari2 anak baling batu kat shaitonnn pulakk ...

Hari ni dah kena cash sis stampede masa nak pergi bunuh setan.
Moslems 0 setan 1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 11:03 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah.. syahdunya baca doa yg di kongsikan.. terima kasih TT.. layak ke aku ini berada dihadapan mu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052665 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list