|
[2018]
DAWN RAID : THE HANDS THAT RATTLED THE QUEEN (COMING SOON)[SHAHEIZY SAM,BRONT]
[Copy link]
|
|
tdpp2006 replied at 22-5-2018 11:54 AM
Boleh sambung dengan Twilight/ Dusk Raid pula bagaimana Tun M naik balik sebagai PM.....
Setuju
Epik yach |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh kemas2 dapur td terkejut tgk kt TV kluar trailer filem psl dawn raid ni
Hopefully accurate dgn apa yg sbnrnya dh berlaku peristiwa subuh tu
Dh mcm tajuk lagu raihan plk
|
|
|
|
|
|
|
|
melnanzz replied at 13-5-2018 03:05 PM
Teaser trailer
Lorr. .mn plk videonye
Unavailable plk dh |
|
|
|
|
|
|
|
apa watak sofea jane dlm insiden dawn raid ni? rasa mcm takde penglibatan kaum wanita jer (baru lepas baca di blog) |
|
|
|
|
|
|
|
eh iols teka pelakon2 yg di atas ni cuma watak fictional berlatarbelakangkan dawn raid kot? |
|
|
|
|
|
|
|
i think the queen indirectly means.. BRITAIN
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dalam kelas...topik kepimpinan...ini yang aku ceritakan pada students aku...bagaimana Tun 'bawa balik' tanah kita pada kita dengan cara paling halus, dan ini juga lah titik tercetusnya dasar pandang ke timur...betapa lah PM mesia yg haluih nih x heran ngan mat salleh..siap ber seteru dgn Iron Lady masa tu --- margaret tatcher... bagus la wat pilem nih... wajib di tonton oleh semua pelajar dalam kelas Pengajian Malaysia... jangan hampa tau nak kondem kutuk ikut dan saja. |
|
|
|
|
|
|
|
....lagi best kalau kekalkan nama2 dan watak2 yg benar2 telah ke sana... baru lah real...
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum. Target nak tayang August 2019.
Tengah kumpul dana RM2juta. Bajet untuk production cost around RM4juta
|
|
|
|
|
|
|
|
RVP20 replied at 13-7-2018 05:18 PM
Belum. Target nak tayang August 2019.
Tengah kumpul dana RM2juta. Bajet untuk production cost a ...
Dana tuk promosi ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bront just cakap tak cukup dana utk total production cost
Boleh contribute utk dana filem ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Bront Palarae lancar kempen kumpul dana biaya 'Dawn Raid'
Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 19, 2018 18:55 MYT
KUALA LUMPUR: Studio produksi, Pixel Play milik pelakon Bront Palarae melancarkan kempen bagi mengumpul RM2 juta bagi membiayai sebuah filem kisah benar negara, 'Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen'.
Bront yang juga merupakan pengarah filem ini berkata, usaha ini dilakukan sebagai inisiatif lain mencari dana bagi filem berkenaan.
“Kami telah memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tetapi keputusannya belum keluar.
“Kempen mencari dana ini di Pitchin ini adalah satu inisiatif alternatif yang kita cuba usahakan. Mampu capai atau tidak, itu di luar kawalan kami,” jelas Bront yang ketika ini berada di Shanghai ketika dihubungi Astro AWANI.
Kempen ini diadakan dalam masa sebulan iaitu bermula pada 18 Jun dan akan berakhir sehingga 31 Julai.
“Hal ini kerana kita gunakan Ogos untuk urusan logistik, manakala kerja-kerja pra-produksi akan bermula pada 1 September ini,” tambahnya.
Setakat ini, dana yang terkumpul adalah RM1,900 dan Pixel Play berharap agar ia dapat mencapai jumlah yang dikehendaki dalam masa 42 hari.
Bagi membantu anda boleh melayari www.reward.pitchin.my/projects/d ... -rattled-the-queen.
'Dawn Raid' adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 7 September 1981 tentang bagaimana Malaysia dapat membeli saham Guthrie Consolidated.
Filem yang berlatar belakangkan tahun 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serangan' di London Stock Exchange.
Pembelian saham milik Guthrie Consolidated ini dikenali sebagai 'Serangan Subuh' membuktikan kepintaran orang Malaysia dalam membeli aset milik negara luar.
Serangan ini adalah usaha dari Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad , Bekas Gabenor Bank Negara Ismail Ali dan bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
Bront bakal membawa watak Khalid Ibrahim dan filem berbahasa Inggeris ini turut diterajui oleh Shaheizy Sam, Sofia Jane, Iedil Putra dan Tuan Faisal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|