|
[Tempatan]
Bermula 1/6/16 Kompaun Sehingga RM1000 Jika Gagal Asingkan Sisa Pepejal.
[Copy link]
|
|
anda rakyat msia yg cerdik & tdk mencari2 alasan utk support benda baik. bukan mcm geng DAP.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Leo_Tigris at 31-3-2016 07:37 AM
Dasar mentality PPRT - benda yang elok komplen susah bagai.
Masa buat kerja dapur memasak apa semua - sisa makanan masuk tong sampah biasa - korang pun masuk plastic beg tepi sinki kan...? bila penuh masuk tong besar macam biasa.
Bila bukak pembalut biskut or bekas telur or apa2 sampah yg boleh kitar semula (bungkusan plastic gardenia, bekas air kopi pirate, bekas makanan tapau, botol sabun detergent, bekas sabun mandian refill) - sampah tu letak la dalam bakul lain kat tepi toilet ke, luar pintu balkoni ke. Kutipan sampah recycle biasanya seminggu sekali je pun.
Di Kuantan - sampah kitar semula dikutip hari Sabtu - so pagi2 sabtu kami semua pakat bawak keluar sampah kitar semula tu. Jumaat malam tu, amik satu beg shopping besar Parkson ke apa ke - sumbat je semua sampah recycle yg korang dah kumpul seminggu tu, bawak keluar pagi2 hari kutipan barang recycle - habis cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la nak pungpang tong kosong ckp nie semua hangat2 taik ayam la, kerajaan nak curik duit rakyat dgn cara menyaman la...
Kalau dah benda baik - buat aje la. Kalau tak buat, tak kena saman.
Aiyo - itu pun susah. Nie jenis kalau ada bangla yg nak kerja lap punggung korang lepas berak pun korang sanggup byr barangkali. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma tefikir cara n kaedah enforcement psl isu ni.. mcmne diaorg nak sahkan sekian2 smpah tu milik sekian2 individu... mcmne kalo ada org nak dajalkan tuan rumah tu... diletaknya sampah yg bcampor2 dlm tong rumah tu ke sdgkan smpah tu bkn dari owner yg sbnrnya. Tak mustahil weyh org nak dajalkan kita..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak masuk sampah dalam tong sampah tu pon masalah besar bagi kebanyakkan ummah sis.
apa lagi nak asing2 sampah |
|
|
|
|
|
|
|
periakuning replied at 30-3-2016 11:06 PM
Perlu ke nak 2 tong sampah lagi?takde tempat nak letak..dengan nak parking keta lagi..dahla sekara ...
Adakah kalau govt sediakan tong sampah untuk memudahkan pembuangan sampah mengikut kategori dianggap membazir? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abangspek at 31-3-2016 09:20 AM
nak maju macam dunia pertama, tapi mentaliti masih melekat kat dunia ketiga. Seribu satu alasan. Patut pun perdana menteri kita Najib, dah rakyat gini |
|
|
|
|
|
|
|
sikap itu masalah pertama ! |
|
|
|
|
|
|
|
bab komplen pasal kerajaan mmg nombor 1 la orang malaysia ni. diri sendiri tak nak ubah. isu sampah tjawab sendiri, kalau itu pun nak kerajaan suap korang masuk hutan je la |
|
|
|
|
|
|
|
saman je byk2 asalkan jgn masuk poket menteri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah asing contoh plastik, dorang pegi jual balik ke apa. Ke dorang recycle tapi jadi apa lepastu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh al aku upah pekerja kutip sampah free ni...masyukkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan malas, tapi Kalau nak buat tu buat betul betul seperti Australia. Bersih, cekap. Masalah dengan Malaysia ni...ramainya sangat yang ambil senang, style pprt
|
|
|
|
|
|
|
|
err... bukan tiap2 barang kena masuk dlm beg plastik berlainan warna ke?
biru utk plastik, coklat utk kaca etc.
bungkus letak luar.. kalo letak sume sekali, dorang amik mana yg dorg kutip utk hari tu je..
yg lain terbiar kat situ.. bukan gitu ke?
aku rasa yg patut dorang buat dr dulu, sapa tak bungkus sampah dlm plastik, sampah tu takkan dikutip.
sekurang2 ada disiplin nak bungkus sampah elok2..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo yg dok kondo or apartment guaner? dorang kan campak sampah msuk lobang sampah je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-3-2016 01:12 PM
| | | | Pihak kerajaan akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah mulai 1 September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut : | | | | a. | Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos. | | b. | Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik, | | c. | Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :- | | | i. | Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya. | | | ii. | Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya. | | | iii. | Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya. | | | iv. | Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya. | | | v. | Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya. | | d. | Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya. | | e. | Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya. | | | | | Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan sisa pepejal berkenaan akan dibuat satu (1) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik. | | | | | Di samping itu, bagi Sisa Baki pula, sisa berkenaan perlu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Sisa Baki ini merangkumi sisa makanan, lampin pakai buang, tisu, sisa –sisa lain yang kotor dan tercemar.Kutipan bagi Sisa Baki ini akan dibuat kutipan dua (2) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik. | | | | | Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan melibatkan negeri-negeri yang menerimapakai Akta 672 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. | | | | | Bagi memastikan maklumat dan informasi berkaitan pengasingan sisa pepejal isi rumah disebarkan secara meluas dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah merangka Pelan Tindakan Kesedaran Awam Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca 2015 yang bertujuan untuk mendidik dan membudayakan amalan pengasingan sisa pepejal di kalangan masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat yang menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber, menjaga kebersihan persekitaran dan memelihara kelestarian alam sekitar. Pelan ini juga mengariskan 3 strategi dan beberapa tindakan yang dijangka mampu untuk merealisasikan aspirasi di atas iaitu :-
| | a. | Meningkatkan penyebaran maklumat dan promosi tentang pengasingan sisa di punca melalui pelbagai medium:- | | | - | Promosi melalui pelbagai saluran TV; | | | - | Promosi melalui pelbagai saluran radio; | | | - | Hebahan melalui artikel yang diterbitkan melalui akhbar harian; | | | - | Hebahan melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan blog; | | | - | Edaran panduan pengasingan sisa di rumah dalam bentuk brosur kepada setiap premis; | | | - | Penyediaan risalah, poster dan sebagainya. | | | | | | b. | Mewujudkan kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak iaitu :- | | | -
| Kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan pembinaan kurikulum dan ko-kurikulum berkaitan pengasingan sisa di punca dan amalan 3R di peringkat prasekolah/tadika, sekolah rendah, menengah dan IPT; | | | - | Kolaborasi dengan komuniti setempat seperti JKKK, Persatuan Penduduk dan Jawatankuasa Rukun Tetangga melalui program 3R; | | | - | Kolaborasi dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui program pendidikan dan kesedaran awam serta dan program 3R; | | | | | | c. | Mewujudkan pengiktirafan berkaitan Amalan Pengasingan Sisa Pepejal | | | - | Mengadakan pengiktirafan kepada pihak yang mengamalkan pengasingan sisa pepejal terbaik bagi kategori suri rumah, komuniti dan agensi kerajaan. | | | | Pelaksanaan Peraturan ini adalah sebahagian usaha Kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula yang juga akan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sedia ada semakin kehabisan ruang. Pengasingan sisa isi rumah akan membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan, justeru, membantu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut. Aktiviti amalan 3R dan pengasingan sisa di punca juga telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.
| | Melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R dan pengasingan sisa pepejal isi rumah ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah asli dalam pembuatan sesuatu produk. Ini secara tidak langsung akan dapat memastikan sumber – sumber alam semulajadi diuruskan secara bijak dan lestari demi kebaikan generasi masa hadapan serta alam sekitar.
| | Seperkara lagi kerjasama, sokongan dan penglibatan masyarakat secara aktif dalam pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah salah satu faktor utama kejayaan program ini.
| | Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status negara maju menjelang 2020, Malaysia harus meningkatkan aktiviti amalan 3R, pengasingan sisa pepejal isi rumah dan kadar kitar semula yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan dunia |
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya sendiri pun susah nak faham. Tak practical lansung suruh letak sampah yang tidak dikutip diluar tong Sampah. Mesti habis bersepah sampah tu di selongkar oleh anjing, kucing dan musang. Sebab itu lah saya kata...Kalau nak buat, buat cara yang betul..seperti di Australia dan eropah. Jangan buat separuh jalan, sebab biasanya separuh jalan ni tak menjadi dan takan tahan lama.
Siap ada yang suggest basuh tin semua, sebab tak mau ada bau. Hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Asing tu boleh, tp berapa byk kos lg nk kena tanggung beli bekas sampah beza2.. Anjing kucing tu tak kira lg kaki menyelongkar.. Dah tu lori sampai mai kutip tiap2 hari ke... Diorang patut praktik in public first. Contohnya mall. Tak byk tempat pun aku tgk diorang sediakan tong utk asingkan sampah, jarang lah sgt.. Kecoh takda duit gomen ni, sket2 saman.. |
|
|
|
|
|
|
|
di Malaysia saya tak pasti macamana, tapi Kalau di uk..management sediakan 3 tong sampah beasr didalam refuse room. So semua penduduk akan buang sampah yang di asing kan didalam setiap tong sampah tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|