CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kotakbaju

ISU JUMLAH BELANJA KAHWIN (UPDATE 106#)

[Copy link]
Post time 1-4-2016 08:45 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 1-4-2016 08:14 AM
Komen kau ini buat aku rasa gerun pula.

Awk tolonglah top-up kan bakinya. biasa itu jalan tengah terbaik utk selamatkan keadaan.
Awk nh assume hantaran kene beban semua atas lelaki. Susah mcm tuh. kater cinta mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 09:00 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 1-4-2016 08:15 AM
Mudah mudahan la.

Terima kasih ya.

aunty nak nercakap sebagai seorang orang tua dan ibu. Orang lelaki ni kalau dia nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau dia betul2 nak, segala ikhtiar dia akan usahakan.

Sekarang pun dia dah tunjuk yang dia seorang yang tiada komitment dan tidak hormat orang tua. Sorrylah anak, pada pemerhatian aunty dari tulisan anak, dia ni jenis yang bukan mencari jalan penyelesaian dan jenis kena ikut cakap dia sahaja, omputih kata everything on his term, putih kata dia putihlah, hitam maka hitamlah.  Bersedialah anak nanti bila berdepan masalah dia akan biarkan adik terkontang-kanting selesaikan masalah terutama masalah kewangan. Dan anak jugalah yang terpaksa berdepan dengan semua orang dan masalah rumahtangga yang mendatang.

Sebabnya adalah anak yang beria-ria nak kan dia sedangkan dia dah bersedia untuk terima pilihan keluarga. Fakta itu akan diulang2 selagi ada masalah, iaitu anak yang nak kan dia. jadi Anak kena menerima sahaja perangai dan keputusannya nanti.

Anak janganlah terdesak untuk kahwin kerana faktor usia, berusaha untuk menjadi wanita yang independent dan berkerjaya sendiri. Yakin jodoh itu akan datang, minta tolong ayah yang uruskan kalau adik benar2 perlu kahwin

Berkahwin itu bukan manis semata, lebih banyak pahit, pedih dan masam. Adik perlukan sokongan kuat dari keluarga. Sekiranya ayah dah terasa hati, percayalah itu bukan permulaan yang baik. Dia wali, biarkan dia gembira dulu, baru sejahtera perkahwinan anak. Sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Errr...5ribu tu jd belanja kawin ke utk simpan?Klau dh cinta mati,ko topup la..yg ko pun satu,tak bincang awal2 psl hantaran. Dhla ko tau reason ayh ko tak suka tu sbb kemampuan bf,blh plk last minit br nk bgthu amount..bf ko ni dr dulu mmg stail mcm tu ke? Hitam kata dia,hitam la..aku nmpk mcm ko yg terhegeh hegeh nkkn bf ko skrg..sesuatu plk psl pilihan x jd famili dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:29 AM | Show all posts
kalau dah dari awal perangai bf ko mcm tu, baik tinggalkan je la..
semua nak dengar perintah cakap dia je..
tak boleh ke usaha lebih sikit..
dan nasihat aku, tak payah la nak tolong topup ke apa..
memang bodoh la kalu ko tolong topup kan..
esok-esok klu duit tak cukup, dia bebankan kat ko pulak menanggung..
bapak ko dah makan asam garam dulu dalam kehidupan..
dan tentu dia nak yg terbaik untuk anak pompuan dia..
macam mana dia bela anak-anak dan bini dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:34 AM | Show all posts
beb, ayah tu satu je beb. laki ni kita boleh cari lain. tapi ayah, tu satu je lah ayah kita.  ko tak kesian ke kat ayah ko. bagi la dia senang hati sebelum dia tutup mata beb. aku sebenarnya tak setuju la ko pilih laki ni. sbb .. byk sebab.
1. dia berkira pasal kos nak gi meminang esok.
2. mula2 dia terima pilihan keluarga dia dan rejek ko, pastu tiba2 pilih ko balik. mcm main2 pun ada.
3. dia tak ada hak untuk tentukan hantaran tu beb. tu urusan orang tua. apehal nak paksa2 ko trima Rm5k tu jugak?

nak seribu daya. usaha. bukan paksa paksa. beb, aku rasa lepas ko kawin mesti tak happy sbb ayah ko dari awal dah tak suka.

sian ayah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 1-4-2016 10:29 AM
kalau dah dari awal perangai bf ko mcm tu, baik tinggalkan je la..
semua nak dengar perintah cakap  ...

Cinta mati..kerna sayang,ku turutkn.hehe..xpe la bab duit,asal aku kawin ngn laki aku syg.hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2016 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemungkinan tt nk makan hati lps kawin adalah sgt tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:43 AM | Show all posts
TT ape kate ko topap lagi 3 ribu. simpan laa duit sementara menunggu menjelang hari perkahwinan nanti. aku bajet ko tunang setaun, so mmg sempat la ko simpan 3k. Bertolak la ansur sebab bakal tunang ko pun mmg takat tu je boleh bagi dan ko pun keje kan.. So nanti masa tunang, ko pakat la dgn si dia kata wang hantaran nnti 8k. Senang citer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 11:23 AM | Show all posts
nak tanya kenapa org sekarang duit hantaran ikut majlis kahwin?? pelik aku
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 1-4-2016 08:12 AM
Aduhh aku sangat berbelah bagi ni

Nk tolak semata2 penuhi kehendak org lain. Tapi kehendak aku  ...

Masalah nya laki tu pun nampak sgt bkira.kalau aku jd kau aku tolak.merana sekarang jgn merana akan dtg..ckp dh trima pinangan..knapa masih nak contact kau dgn alasan tak blh lupa.itu namanya dia main kan perasaan kau..sptt nya ko solat istikarah mntk ptunjuk..kalau kau kahwin or x jadi tlg update
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan sia siakan idup anda hanya kerana seorg lelaki..kau beralah dgn ayah idup kau berkat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sally03tomato replied at 1-4-2016 11:23 AM
nak tanya kenapa org sekarang duit hantaran ikut majlis kahwin?? pelik aku

Aku pn pelik..seolah2 beban nk buat majlis belah ppuan, lelaki tu kna byr..bg aku, majlis belah ppuan,ppuan tu la tanggung klau mak ayh x berkemampuan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:06 PM | Show all posts
tiramisuu replied at 1-4-2016 11:50 AM
Aku pn pelik..seolah2 beban nk buat majlis belah ppuan, lelaki tu kna byr..bg aku, majlis belah pp ...

tuh la.. mak pak aku keje gaji kecik... lebih rendah dari kerani tp bab kawen anak2 semua dia sponsor ikut kemampuan dia.. hantaran kami dia tak usik... aku kawen ngan laki aku, anak org gaji besau2.. mak aku mmg tak tetapkan hantaran.. jgn kata aku ni keje biasa.. aku kerja ok jugak n ada degree.. tp aku rasa org sekarang kene rasional la bab hantaran.. n jadi pengajaran, kenduri kawen jgn bebankan anak2 kalau x dpt nak sponsor... effort lelaki nak adakan hantaran n xnak berhutang lagi bagus... tp jgn la laki cakap x mampu memanjang bab hantaran ni ye..

tp maybe bapak TT ada alasan kukuh sebab x berkenan kat laki tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:27 PM | Show all posts
first and foremost, duit hantaran tu bukannya wajib pun pihak lelaki kena patuh
adat kita saja yg mintak lelaki tanggung kenduri belah pempuan
dlm syarak, mahar saja yg ada sebagai hadiah lelaki kpd sang isteri

ada ke pulak kita nak debat2 sampai detail kenapa bf awak kedekut bagai
dik, awak yg nak kawin dgn dia
dia pun nak kat awak
walaupun pada asalnye, akak rasa korang dedua lembam ambik masa lama nak mampuih utk convince family, tapi takpe lah, benda tu dah lepas

yg wajib bila kahwin ni, selain dari rukun nikah semua tu,
kita kena war2 kat org sekeliling
itu yg nak buat kenduri panggil org merai mempelai

yg wajibnye panggil org2 yg depan mata je
pada pendapat akak, yg depan mata ni mak bapak, siblings
sedara yg awak bedua selalu jumpa, kwn2 yg awak selalu jumpa
jiran2 kedua belah pihak. tu je
yg lain2 kawan2 sampai satu skolah satu kelas satu fakulti
sedara mara dua pupu tiga pat pupu sedara belah mak menakan pompang2
kwn lama makbapak hat zaman jepun dulu yg la ni dok nuuuuu felda pahang johor manahala nuh, gamak2 nak panggil mai makan kenduri sekali ka?
hatu tu semua takyah la panggil la kot no
habaq elok2 kat ayah makcik awak ye dikk

lagi pun zaman skang ni bukan makbapak yg tanggung kenuri kawin kita sangat dah,
ramai je pengantin yg sama2 tanggung kenuri belah pempuan ke laki
so baik lah adik kena bagi kata putus kat kaum kuarge jumlah sekian2

akak paham pasai family akak pun org kedah
kita ni maskawin je pun dah mahai
sebab tu JAIK takde lah nak berani letak berapa rega maskawin bagi pempuan2 kedah
sepatutnye awak kena bincang awal2 dgn kuarge
bukan tunggu bf awak potpet2 baru nak gegeh diskas
tapi takpa lah, benda dah lepas
la ni awak cakap elok2 kat makcik kat ayah apa rancangan ampa dua pasai mejelis kawin ni

so esok la ni depa nak mai rumah? ayooo nebes na
hang jangan reyau sepanjang hari sudah la esok
cayaq mekap

gudlak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 01:54 PM | Show all posts
Kalau daerah ka pekan dekat2, tong2 la  duit buat mejelis 1 tempat jah..tetamu pun jgn pggl ramai sgt kalau x mampu..budak opis aku duit habis kt mkanan dgn khemah ja tt oi..pelamin pun xdak sbb duit x cukup..so pikir2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak patut bf awak buat mcm tu..yela maybe la jumlah rm5k tu mmg yg dia mampu dan islam pun galakkan mudahkan perkahwinan.. tapi dia tak boleh push or bg syarat mcm tu kat awak...belum apa2 lg belum kawin lagi dah guna kuasa veto..boleh imagine lps kawin nanti pun mcm tu..dlm hal ni nmpk mcm awat desperate nak kawin sgt...padahal laki tu bukannya bagus sgt pun..kalau dia bagus dia takkan buat awak mcm tu.. Kalau dia betul2 nak kat awak dia kena usaha la sediakan brp je yg family awak minta..bukan hak dia boleh mintak hantaran berapa..kalau sy jadi awak, saya tak tergamak nak lukakan hati ayah saya yang bela saya dari kecik demi seorang lelaki yg senang2 je nak paksa awak ikut cakap dia..seolah awak je yg desperate sgt nak kat dia..dan pada dia tak dpt awak pun takpa..lelaki yg suka ugut-ugut ni memang laki tak guna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 02:02 PM | Show all posts
antidote replied at 1-4-2016 10:34 AM
beb, ayah tu satu je beb. laki ni kita boleh cari lain. tapi ayah, tu satu je lah ayah kita.  ko tak ...
3. dia tak ada hak untuk tentukan hantaran tu beb. tu urusan orang tua. apehal nak paksa2 ko trima Rm5k tu jugak?


Kenapa pulak dia takde hak nak tentukan berapa nilai hantaran yang dia nak bagi? hantaran tu hadiah dari pihak lelaki. Menda tu tak wajib dan adat sahaja. yang wajib adalah mas kahwen. nilai hantaran tu bergantung kepada kemampuan lelaki untuk bagi.

Trend sekarang mintak hantaran tinggi sebab keluarga perempuan nak guna duit hantaran tu untuk cover kos majlis belah mereka. tu jek. bukan rahsia pun. tapi sakit la org lelaki. Majlis belah perempuan mereka kena tanggung, majlis belah mereka sendiri, apatah lagi! Botak kepala weh!

nanti ada pulak yg kata "Pastu yang gatal nak kawen tu kenapa, kalau dah sedar takde duit?"

yang gatal nak kawen tu lelaki dan perempuan. dua2 nak kawen. bukan sorang ja. tapi kenapa sorang ja yang kena tanggung semua kos?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 02:37 PM | Show all posts
Edited by Hana at 1-4-2016 02:39 PM

aku ingatkan citer cerpen sebab sebut hantaran rm15k.
cite betul ek?

aku rasa, ko kena berlapangla dada kalau korang tak jadi kawen sebab DUIT. Dahh bakal tunang ko tu berkeras jugak dgn rm5k dgn ayah ko pun berkeras jugak dgn rm10k/rm9k or whatever.
Maybe sebenarnya korang takde berjodohan kot. pasal duit ajek kott. duit kan boleh dicari-bak kata perpatah 2 insan "love u till death"

terus terang dgn bf ko, ayah ko nak lebih dari rm5k. itu langkah pertama. nanti ko tengoklah sama ada tunang ko akan cakap, "oklah. tak jadi tunang dgn awak, saya nak teruskan dgn pilihan keluarga sebab dia takde wang hantaran" or tunang ko cakap "takpela kita turut aje la permintaan ayah awak"
serius, sebagai perempuan, awak suka dialog no1 ke no2?
tepuk dada tanyala hati.

bercinta cinta jugak tapi, DUIT tu lagi realistik & hakikat. lepas kawen, lagi duit nak pakai banyak utk kehidupan.
orang kedekut duit, takyah kawen. sbb lepas kawen, lagi merana hidup. awak tak tahu lagi perangai sebenarnya.
lepas kawen baru la tahu. kedekut ke. pemurah tapi berlakun kedekut ke. mmg sengkek ke. berkira ke. whatever. itu semua bergantung pada nasib kelak.
tapi, yang pasti, awak mmg sedia maklum perangai ayah awak. dah confirm pemurah dekat awak. itu aje yang pasti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 02:41 PM | Show all posts
KarTell replied at 1-4-2016 02:02 PM
Kenapa pulak dia takde hak nak tentukan berapa nilai hantaran yang dia nak bagi? hantaran tu h ...

bila masuk alam perkawenan, dah start masuk "alam realiti". bukan lagi alam cinta cintun, alam khayalan"
kalau kawen dgn orang pantai timur, mmg la takde nilai hantaran.
kalau kawen dgn orang utara, biasanya mmg hantaran tinggi2 utk kenduri kawen.


masa bercinta,semua buta. masa nak kawen, dah mengelabah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 02:44 PM | Show all posts
ayah awak letak hantaran tinggi tu mungkin cara menolak tapi berkias. ada aja org tua-tua buat mcm tu. nasihat akak, fikir dulu masak-masak. hidup ni tak ke mana dgn cinta aja. hidup lepas kawin tu lagi banyak cabaran dan tanggungan. jgn jadi bodoh & jgn ikut hati. besar sgt ke cinta seorang lelaki yg baru brp thn awak kenal berbanding kasih sayang penat lelah ayah bela awak 30 thn? berbaloi ke nak merana sgt sampai nak kena bersedih menangis sbb sorang lelaki yg belum tentu akan jalankan tanggungjawab dgn baik pada awak? tak fikir ke merana sedih seorang ayah nak lepaskan anak yg dijaga 30 tahun pada sorang lelaki yg dia nampak seolah-olah tak ada masa depan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.201231 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list