CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Rumah Borak Warga FD yang penuh dengan warna warni kehidupan, cukup-cukuplah gad

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2017 04:20 PM | Show all posts
kiyudi replied at 5-12-2017 04:19 PM
sama la kiyu thn ni yg ke 12...nikah dec 2005

Dec berapa hb? Kenapa pulak buat emoji sedih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 04:21 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 5-12-2017 04:19 PM
Oh nick tu nama samaran je kak.
Masa register dulu teringin nak ada anak perempuan, nak bagi nama ...

perempuan ke lelaki ke sama je dik, janji sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:23 PM | Show all posts
kaksarah66 replied at 5-12-2017 04:20 PM
Dec berapa hb? Kenapa pulak buat emoji sedih?

seven belas hb dec 2005

suami dh xde balik kampung abadi...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:26 PM | Show all posts
kiyudi replied at 5-12-2017 04:23 PM
seven belas hb dec 2005

suami dh xde balik kampung abadi...

Dah meninggal ke? Maaf dik, akak tak tahu pulak. Semoga adik kiyudi tabah ya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kaksarah66 replied at 5-12-2017 04:21 PM
perempuan ke lelaki ke sama je dik, janji sihat.

Betul kak.
Janji sihat, kuat dan membesar bagai johan..

Jauhnya beza umur akak dengan suami.
Cer cerita masa nak kahwin dulu ada tak tentangan dari keluarga.
Kalau nak cerita la.. kalau keberatan tak payah cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kaksarah66 replied at 5-12-2017 04:14 PM
terima kasih dik. beza 18 tahun.

Mase kawin tu umur kak Sarah berapa dan umur suami berapa? Apa tips kak sarah dan suami kekal bahagia sampai 12 tahun.  Ramai masyarakat kita pandang negatif perempuan lebih umur jauh dari suami  tapi ternyata ada beberapa kes macam kak sarah , cik ta boleh hidup bahagia.  Sokongan keluarga mertua dan keluarga sendiri sgt panting aku rasa.  Betul x kak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2017 04:33 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 5-12-2017 04:28 PM
Betul kak.
Janji sihat, kuat dan membesar bagai johan..

Cerita masa nak kawin dulu? terperanjat sebab takde langsung tentangan dari keluarga dua2 belah. pertama kali jumpa family suami, akak ipar dia tanya ni kawan serius ke atau suka2? apa kesudahan hubungan ini? suami akak jawab, nak kahwin. padahal selama kenal tu tak pernah suami akak sebut nak ajak akak kahwin. lepas tu bapa dia tanya, bila? suami jawab hujung tahun ni. tak sampai 3 bulan lepas tu, keluarga dia datang rumah mak akak. rancangnya nak berkenalan je tapi mak dia terus sarung cincin bertunang . mak akak suka sebab anak dia kahwin dengan bujang tapi kakak akak ada la tanya lepas tu, betul ke ni? serius? dah fikir habis? sebabnya suami akak tu tua setahun je dari anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:40 PM | Show all posts
sebu1 replied at 5-12-2017 04:32 PM
Mase kawin tu umur kak Sarah berapa dan umur suami berapa? Apa tips kak sarah dan suami kekal baha ...

umur akak 39, suami 22 tahun 1 hari. memang banyak dengar cakap2 orang. mula dulu akak ada cerita juga beza umur akak dengan suami dalam satu benang kat sini. lepas tu ada orang tuduh suami akak kawin dengan akak cuma nak harta je. yg mengata akak menanggung suami pun ada. sedih akak terus takde mood nak masuk sini lagi. mana la akak ada harta, dulu kerja kerani je berapa la gaji kan. dlm rumahtangga ni yg penting saling hormat, sabar dan fokus apa yang kita nak capai. lagi satu mungkin juga sbb kematangan suami akak. masa baru kawin dulu dia suruh akak duduk bersila depan dia suruh baca al fatihah. dia cakap nak dengar akak baca betul ke tak. nasib baik tajwid betul, kalau tak malu la akak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 04:51 PM | Show all posts
sebu1 replied at 5-12-2017 04:32 PM
Mase kawin tu umur kak Sarah berapa dan umur suami berapa? Apa tips kak sarah dan suami kekal baha ...

semua perkahwinan perlu sokongan dua2 pihak keluarga. tapi kalau macam akak dan suami ni, keluarga cuma perlu senyum je bila orang luar bertanya tentang umur kami.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:53 PM | Show all posts
kaksarah66 replied at 5-12-2017 04:40 PM
umur akak 39, suami 22 tahun 1 hari. memang banyak dengar cakap2 orang. mula dulu akak ada cerita  ...

oh my, salute to your hubby k.sarah..walaupun muda dari u tapi sifat kepimpinan tu ada.. happy anniversary..
utk @kiyudi jgk..jgn sedih2 yang.. jgn lupa doakan utk arwah hubby you ya..

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kaksarah66 replied at 5-12-2017 04:40 PM
umur akak 39, suami 22 tahun 1 hari. memang banyak dengar cakap2 orang. mula dulu akak ada cerita  ...

Bagusnya suami dan akak.  Moga kebahagiaan berpanjangan sampai akhir hayat.  Kiranye umur kak Sarah sekarang 51 tahun dan suami 34 tahun. Masyarakat kita harus buka mata dan minda perkahwinan perempuan jauh lebih umur ni.  Aku yakin ramai je anak muda minat perempuan jauh lebih umur ni cuma tentangan family dan kata2 negatif masyarakat yang jadikannya susah diterima
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kaksarah66 replied at 5-12-2017 04:33 PM
Cerita masa nak kawin dulu? terperanjat sebab takde langsung tentangan dari keluarga dua2 belah. p ...

Alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan akak dan suami.
Semoga akak dan suami serta anak2 terus dilimpahi bahagia, umur yang diberkati dan dimurahkan rezeki.

Happy anniversary, kak. Till jannah gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 04:57 PM | Show all posts
myakayina replied at 5-12-2017 04:53 PM
oh my, salute to your hubby k.sarah..walaupun muda dari u tapi sifat kepimpinan tu ada.. happy ann ...

terima kasih dik myakayina.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 05:03 PM | Show all posts
sebu1 replied at 5-12-2017 04:54 PM
Bagusnya suami dan akak.  Moga kebahagiaan berpanjangan sampai akhir hayat.  Kiranye umur kak Sara ...

Ya dik, tua dah akak ni. tapi ada anak kecik lagi, 10 tahun. ada juga kawan suami yang kawin dengan perempuan lagi tua tapi tak sejauh umur kami. umur cuma angka, yang penting kematangan kita hidup berumahtangga. akak tak kisah kalau ada anak lelaki akak yang nak kawin dengan perempuan berusia. tapi kalau anak perempuan nak kawin dengan lelaki tua lebih 10 tahun, akak agak keberatan pula.


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 05:16 PM | Show all posts
kaksarah66 replied at 5-12-2017 04:40 PM
umur akak 39, suami 22 tahun 1 hari. memang banyak dengar cakap2 orang. mula dulu akak ada cerita  ...

wow terkujat dgn beza umur ni.....semoga kekal bahagia selama nyaa

amin....


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 05:19 PM | Show all posts
myakayina replied at 5-12-2017 04:53 PM
oh my, salute to your hubby k.sarah..walaupun muda dari u tapi sifat kepimpinan tu ada.. happy ann ...

hi mya..sis okay je dh leh adapt...saja skali skala trobek memori....org anniv...awak pon nk anniv jgk...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 05:20 PM | Show all posts
sebu1 replied at 5-12-2017 04:54 PM
Bagusnya suami dan akak.  Moga kebahagiaan berpanjangan sampai akhir hayat.  Kiranye umur kak Sara ...

hye sis seb.....lama x berhye2 kan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kiyudi replied at 5-12-2017 05:20 PM
hye sis seb.....lama x berhye2 kan....

Hye sis kiyu yang tabah dan lemah lembut. Kiyu,  yang lepas biarkan berlalu walau memori takkan mampu hilang walau sampai akhir hayat.  Andai sis kiyu berjumpe lelaki yang sesuai tak kire umur lebih muda dan yang paling utame menyayangi anak2,  ikutle kata hati dan perasaan.  
Cth kak Sarah kite.  Aku rase kak Sarah pun perkahwinan ke 2.  
Moge sis kiyu sentiase hepi dalam hidup bersama anak2 tersyg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 5-12-2017 05:39 PM
Hye sis kiyu yang tabah dan lemah lembut. Kiyu,  yang lepas biarkan berlalu walau memori takkan ma ...

Yang ke 2 tu.
I ingat sebab ada forumer tersalah orang kata i ni kaksarah.
Gigih i cari & baca post kak sarah kat bod PP
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 5-12-2017 05:57 PM
Yang ke 2 tu.
I ingat sebab ada forumer tersalah orang kata i ni kaksarah.
Gigih i cari & baca p ...

Rase mcm pernah terbace kisah kak Sarah ni dulu tapi aku ni jenis cepat lupe kisah panjang2 hehe.  Perkahwinan ke2 ni yang penting ambil pengajaran dari perkahwinan pertama dan jgn cepat melatah bile berlaku perselisihan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.107852 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list