INFO calon Best Actor 6th #carikdramawards : ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Gong Yoo - tvN Goblin Sinonim dengan dirinya sebagai 'Goblin', Kim Shin memerlukan gadis yang ditakdirkan untuk mengubah hidupnya ke arah manusia normal. Gong Yoo berjaya menunjukkan lakonan boleh dipuji atas keberkesanannya. TRIVIA: Ini pencalonan pertama Gong Yoo dalam kategori acting #carikdramaawards. Beliau memenangi "Best Actor" pada Baeksangs Art Awards yang lepas. Turut tercalon dalam Popular Actor dan Couple of The Year bersama Lee Dong Wook.
2. Han Suk Kyu - SBS Romantic Doctors Teacher Kim Sesiapa pun sukar melupakan watak doktor bedah genius yang begitu berani tetapi degil daripada Han Suk Kyu. Han Suk Kyu menghidangkan kita dengan variasi lakonannya yang mantap dan sukar untuk digugat. TRIVIA: Ini merupakan pencalonan pertama beliau dalam kategori acting #carikdramaawards. Beliau memenangi 'daesang' menerusi watak ini di dalam SBS Drama Awards dua tahun lepas dan menerima pencalonan Best Actor dalam Baeksang Art Awards yang lalu. Turut tercalon dalam kategori 'Popular Ahjussi'. 3. Ji Sung - SBS Defendants Ji Sung tak pernah menghampakan peminatnya sama sekali, kali ini pula menerusi watak banduan, Park Jung Woo yang penuh drama dramatik dan cuba membebaskan dirinya daripada tuduhan membunuh isteri dan anaknya. Lakonan yang mampu membuatkan penonton tak senang duduk menantikan apa terjadi padanya. TRIVIA: Ini merupakan pencalonan ketiga beliau dalam kategori acting #carikdramaawards. Beliau ialah pemenang 2x Best Actor sebelum ini menerusi drama KBS Secret Love dan MBC Kill Me Heal Me. Beliau turut memenangi 'daesang' menerusi watak ini di dalam SBS Drama Awards lalu.
4. Lee Min Ki - tvN Because This Is My First Life: Tampil dengan watak lelaki yang pendiam dan tak pandai menunjukkan kasih sayang, Lee Min Ki sebagai Nam See Hee telah mencairkan hati gadis dan membuatkan ramai jatuh cinta padanya. TRIVIA: Ini merupakan pencalonan pertama beliau dalam kategori acting #carikdramaawards.
5. Nam Goong Min - KBS Chief Kim : Setelah sekian lama asyik dengan watak jahat, Nam Goong Min tampil berbeza dengan lakonan yang agak kelakar sebagai akauntan tak bertauliah, Chief Kim. TRIVIA: Ini merupakan pencalonan ketiga beliau berturut-turut dalam kategori acting #carikdramaawards. Beliau menang Best Supporting Actor menerusi SBS Remember: War of The Son dan tercalon juga dalam kategori sama menerusi SBS A Girl Who Sees The Smells. Turut tercalon dalam kategori Popular Actor.
6. Yoo Ah In - tvN Chicago Typewriter Yoo Ah in sekali lagi membuatkan penonton mengalirkan air mata melalui 'method acting' nya sebagai Han Se Jo. Digelar Marlon Brando Korea, lakonannya yang penuh beremosi dan kadangkala agak subtle telah membuatkannya tertarik. TRIVIA: Ini merupakan pencalonan kedua beliau dalam kategori acting #carikdramaawards. Beliau pernah tercalon dalam Best Actor menerusi SBS Jang Ok Jung namun tewas pada Ji Sung (Secret Love).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
|