CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

(EDISI INFO KESIHATAN SEMASA 2020/2021)

[Copy link]
Post time 19-5-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 19-5-2021 02:27 AM
info2 yg sangat pentinh dari keypo
apakata jika letak pix2 ini sebagai thread baru dan letak 1-2  ...

Ok baik.. nnt saya bukak thread. Thanks doc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 20 Mei 2021 dengan tema Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera (Measure Your Blood Pressure Accurately, Control It, Live Longer) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) di kalangan masyarakat Malaysia. Hipertensi merupakan penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular, strok, kegagalan buah pinggang dan seterusnya kematian pramatang di seluruh dunia. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap” (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang masih tidak menyedari mereka menghidapi hipertensi.

Kawalan tekanan darah yang baik juga adalah sangat penting terutamanya ketika pandemik COVID-19. Ini adalah kerana pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah untuk mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit COVID-19. Analisis kepada data pesakit kritikal yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menunjukkan bahawa sebanyak 58.3% pesakit yang dirujuk kepada rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan hampir separuh (49.4%) daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa prevalen hipertensi di kalangan penduduk Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas adalah 30.0% atau kira-kira 6.4 juta orang dewasa. Amat membimbangkan juga, daripada jumlah tersebut adalah dianggarkan 50% tidak mengetahui diri mereka menghidap penyakit hipertensi di mana ini mungkin disebabkan mereka tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2021/05/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-mei-2021-hari-hipertensi-sedunia-2021/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 20-5-2021 04:21 PM
Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 20 Mei 2021 dengan tema Tekanan Darah Terkawal, ...

heheh tq babe   ehhh fwd ni kat thread i bukak aritu boleh. Good info!

Comments

Tacang pengharagaan menjaga HB dgn sgt baik -Sr SMod-  Post time 28-5-2021 04:15 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 20-5-2021 05:51 PM
heheh tq babe   ehhh fwd ni kat thread i bukak aritu boleh. Good info!

Ok nnt I tepek sana

Comments

Tacang pengharagaan menjaga Board awak tu dgn sgt baik -Sr SMod-  Post time 28-5-2021 04:17 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
This is the latest advisory on COVID-19 vaccines suitability for pregnant and lactating mothers.   

The procedure to book for Pfizer vaccine for pregnant mothers will be announced soon.

You can find the guideline in detail here: https://www.vaksincovid.gov.my/upload/media/COVID-19-Vaccination-Pregnancy&Lactation-ENG.pdf

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan Hari Tanpa Tunai pada setiap hari Isnin di fasiliti KKM mulai Jun 2021. Semasa pelaksanaan, hanya kaedah e-pembayaran sama ada secara bayaran atas talian atau JomPay serta bayaran menggunakan kad debit (kad ATM) / kad kredit boleh dibuat di kaunter bayaran manakala bayaran secara tunai tidak digalakkan.

Pelaksanaan secara berfasa ini akan dimulakan di 8 fasiliti KKM (Hospital Kuala Lumpur, KK Kuala Lumpur, KK Cheras, PKD Putrajaya, KK Presint 9, KK Presint 11, KK Presint 14 dan KK Presint 18) dan akan diperluaskan pelaksanaan kepada 115 fasiliti KKM yang lain sepanjang tahun 2021.

Usaha ini adalah selaras dengan saranan Kerajaan untuk menggalakkan contactless payment semasa pandemik virus COVID-19 selain memudah dan mempercepatkan transaksi di kaunter bayaran.

Kementerian ini berharap agar orang ramai yang hadir ke fasiliti KKM ini dapat menyokong dan memberi kerjasama kepada semua petugas kaunter sepanjang pelaksanaan Kempen Hari Tanpa Tunai ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2021 04:14 AM | Show all posts
keypochino replied at 26-5-2021 12:39 PM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan Hari Tanpa Tunai pada setiap hari Isnin di fa ...

canggih jugak.. hari tanpa tunai ya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2021 04:16 AM | Show all posts
adila39 replied at 20-5-2021 05:51 PM
heheh tq babe   ehhh fwd ni kat thread i bukak aritu boleh. Good info!

Tacang pengharagaan menjaga HB dgn sgt baik
-Sr SMod-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2021 04:16 AM | Show all posts

Tacang pengharagaan menjaga Board awak tu dgn sgt baik
Kebetulan awak disini maka sy beri kat sini
-Sr SMod-

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 28-5-2021 04:16 AM
Tacang pengharagaan menjaga HB dgn sgt baik
-Sr SMod-

tq and awak pun tau juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 19-5-2021 02:31 AM
eh dik, kosong la thread nitampal pix tak melekat eh?

ye la.. lupa mana satu. xpelah next time je la tepek huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts



Jaga Sop ya semua untuk family kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 10:59 PM | Show all posts

haha mcm tau je my fav..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:18 AM | Show all posts

Penyakit Diabetes yang tidak didiagnos dan tidak dirawat di peringkat awal boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Oleh itu,
Kurangkan pengambilan minuman manis
Makan buah-buahan segar bagi menggantikan makanan atau minuman manis,
Pastikan pengambilan 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari
Cegah pengambilan alkohol
Hadkan pengambilan makanan diawet dan terproses
Sediakan makanan berkhasiat untuk dibawa ke sekolah atau tempat kerja

Sayangi Jantung, Makan Secara Sihat.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:20 AM | Show all posts
Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung kerana tiada simptom atau gejala yang menyebabkan ramai tidak sedar mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana, 5 kali seminggu.

Berjalan, menari, bermain dan melakukan kerja rumah juga dikira sebagai aktiviti fizikal.

Muat turun apps senama untuk mengira jumlah langkah berjalan kaki anda dalam sehari dan cuba capai 10,000 langkah sehari.





Kenali dan waspada gejala penyakit jantung. Antaranya:

Sesak nafas
Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada
Berpeluh dingin
Kerap kencing malam

Jika anda sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas, hubungi talian kecemasan 999 atau segera ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berdekatan.

Elak memandu sendirian kerana membahayakan nyawa anda dan pengguna jalan raya lain.

Sayangi Kehidupan, Cegah Penyakit.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/emagazine/Edisi_Jun/mobile/index.html

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts



Alarming
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts

KES KRITIKAL & KEMATIAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN MENINGKAT DALAM 5 BULAN PERTAMA 2021 DI MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa KKM telah menerima beberapa persoalan umum mengenai statistik kes kematian dan kes kritikal di kalangan kanak-kanak. Sebanyak tiga (3) kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020. Yang lebih dikhuatiri, bilangan kematian yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat pada tahun 2021 iaitu tiga (3) kematian dalam lima (5) bulan pertama tahun 2021.

Kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun. Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes kanak-kanak memerlukan rawatan di ICU dan daripada jumlah itu, 19 kes adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.

KKM menyeru semua pihak untuk mengambil berat situasi yang serius ini. Kanak-kanak adalah kumpulan yang perlu dilindungi. Masyarakat terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19. Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya semua SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak.

@ipes2

Alarming
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 11:28 PM | Show all posts
adila39 replied at 2-6-2021 08:16 AM
ye la.. lupa mana satu. xpelah next time je la tepek huhuhu

dah agak dah.. tentu tanpa pix tak melekat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.632316 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list