|
Reply #380 luka88's post
Masha kan pergi jualan murah Habib Jewels last day of 2007 tu dengan hmmmm....semua pun kenal siapa kan????? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Marsha dan Kefli..
Sibuk cari cincin tunang
Oleh Rozdan Mazalan
Bintang Akademi Fantasia, Kefli dan Marsha ditemui di pusat jualan Habib di Ampang Point |
|
|
|
|
|
|
|
harap maaf photo marsha di atas terpaksa di keluarkan atas kehendak tuan punya foto, sebagai ganti, aku tampal photo predator
[ Last edited by bluemenx at 6-1-2008 09:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #383 kekekek\ catat
bono nih |
|
|
|
|
|
|
|
ala biasa le tu wartawan ni kan suka buat spekulasi....
masa Mawi dulu pun macam tu gak pergi jualan Habib depa buat spekulasi gak... |
|
|
|
|
|
|
|
ala biasa le tu wartawan ni kan suka buat spekulasi....
masa Mawi dulu pun macam tu gak pergi jualan Habib depa buat spekulasi gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by richgal at 2-1-2008 08:04 PM
jom blaja magic pulak, marsha.... bleh lenyapkan *tettt...* eh silap, tet memang dah lenyap, hilangkan *tooottt*... ahahahah.. gurau jer....
kalau Marsha blajar Magic, itu baru 'gempak selebriti' nama nye.. huhohohohoo tapi Marsha tak ske aksi tiru meniru ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 3-1-2008 11:05 AM
Tahniah Marsha dan Kefli..
Sibuk cari cincin tunang
Oleh Rozdan Mazalan
http://www.bharian.com.my/Thursday/Hip/20080103082353/mainpix
Bintang Akademi Fantasia, Kefli dan M ...
We will wait n see ... de next scene :time: |
|
|
|
|
|
|
|
lahaulawalaaaa... reporter tuh dok dlm kotak sempit ker ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk cari cincin tunang
Bintang Akademi Fantasia, Kefli dan Marsha ditemui di pusat jualan Habib di Ampang Point
JEJAKA tampan, gadisnya pula rupawan. Kedua-duanya pula lahir daripada program realiti Akademi Fantasia musim ketiga. Sebaik saja program yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air itu berakhir, terdengar desas-desus bahawa Kefli dan Marsha Milan Londoh saling terpikat dan sedang asyik mahsyuk bercinta.
Malah ada yang berkata, perasaan cinta dan saling sayang menyayangi itu sudah terjalin sejak mereka berada di dalam akademi itu lagi. Tetapi apabila ditanya mereka saling tersenyum dan cuma berkata, mereka memang selesa bersama tetapi sekadar teman, teman tetapi mesra.
Kebetulan terserempak dengan pasangan ini di pusat jualan Habib di Ampang Point baru-baru ini, mereka sedang sibuk memilih cincin dan meninjau barang kemas lain lalu menguatkan lagi desas-desus bahawa mereka memang sah bercinta dan barangkali sedang sibuk membuat persiapan untuk hari bahagia.
Tetapi ketika ditanya sekali lagi mereka tersenyum saja. Sebenarnya kunjungan Marsha dan Kefli di pusat jualan Habib baru-baru ini adalah atas undangan pihak Habib Jewels Sdn Bhd untuk memeriahkan pengunjung sempena jualan akhir tahun pusat itu.
Kesempatan itu diambil mereka untuk membeli sepasang cincin tunang tetapi bukan untuk diri sendiri kerana niat murni mereka membantu sahabat yang kehilangan cincin disebabkan kecurian sehari sebelum majlis pertunangan berlangsung.
“Saya mengenali sahabat saya ini sejak kecil lagi dan apabila mendapat tahu masalah yang menimpa saya sedih dan simpati dengan nasib mereka.
“Secara kebetulan saya diundang untuk memeriahkan jualan akhir tahun Habib dan ini adalah masa yang terbaik untuk saya membantu menyelesaikan masalah dalam keadaan dia kesuntukan masa mendapatkan segera cincin itu.
“Nasib baik jugalah Marsha turut berada di sana atas undangan pihak Habib dan dialah yang membantu saya mencari cincin yang sesuai untuk majlis pertunangan sahabat saya,” katanya yang masih berkawan rapat dengan gadis Tamparuli, Sabah itu.
Hubungan akrab yang terjalin sejak sama-sama menyertai program realiti beberapa tahun lalu tidak pernah putus biarpun kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Saya dan dia (Marsha) masih tetap seperti dulu, kawan tapi mesra dan tiada apa yang hendak disembunyikan. Saya lihat dia komited dalam kerjayanya dan mampu melangkah lebih jauh dalam industri seni ini.
“Atas keikhlasan ini saya berminat untuk mengajak dia menyertai saya dalam perniagaan produk aiskrim yang sedang saya usahakan bersama rakan ini. Secara jujurnya saya nampak dia amat berminat untuk turut menyertai perniagaan yang belum ada di negara kita ini.
“roduk aiskrim ini hanya memerlukan mesin saja untuk membelinya dan tidak memerlukan pekerja untuk menjaganya serta dia boleh diletakkan di banyak tempat termasuk di kaki lima jalan. Kaedahnya sama seperti mana mesin yang menjual air minuman menggunakan duit syiling, begitulah juga mesin aiskrim ini.
“Saya merancang untuk memperkenalkan mesin aiskrim ini ke seluruh negara sekiranya rezeki berpihak kepada saya,” katanya yang sibuk merencana masa depannya di bidang perniagaan sebelum berfikir untuk menerima pasangan dalam hidupnya.
Marsha yang kelihatan begitu mesra di samping Kefli juga tidak menafikan hubungannya bersama Kefli tetapi enggan menceritakan lebih lanjut mengenai isi hatinya.
“Saya dan Kefli memang berkawan rapat sejak sama-sama berada dalam Akademi Fantasia lagi. Soalan ini memang sudah sering diajukan peminat dan saya tidak mahu bersikap hipokrit dalam hal ini. Apa sebenarnya perasaan dalam hati saya pada Kefli, biarlah saya saja yang tahu. Hanya setakat itu saja yang boleh saya beritahu kepada peminat.
“Saya suka berkawan dengan Kefli kerana dia kelakar dan suka buat saya ketawa. Dia memang `gila-gila' orangnya. Apapun, saya belum fikir soal jodoh kerana masih banyak yang belum saya capai dalam kerjaya seni,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #393 babybling's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #393 babybling's post
|
|
|
|
|
|
|
tajuk artikel je gempaq
lepas tu bono sesaje je nak kasi lagi gempaq, paste gamba je + komen maut
maaf bono... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau dah pantang nampak gempak tapi entah ape-ape...
sekadar usikan je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|