|
Pati bunga-bungaan kekal wajah segar
Oleh Nor Affizar Ibrahim
[email protected]
JAAFAR bersama penyanyi, Rohana Jalil yang sudah mencuba produk Glowbeau.
PRODUK penjagaan kulit yang berasaskan bahan rumusan semula jadi dan tanpa pengawet atau bahan kimia kini semakin banyak di pasaran. Kepercayaan yang tinggi di kalangan pengguna terhadap keberkesanan dan jaminan bahawa penggunaan produk seumpama itu lebih selamat, antara faktor menyebabkan ia semakin melambak di pasaran.
Terkini, rangkaian penjagaan kulit, Glowbeau diperkenalkan di pasaran dan ia adalah antara produk keluaran tempatan yang turut menggunakan khasiat dan kebaikan alam semula jadi sebagai bahan rumusan utamanya. Produk itu sudah pun dua tahun diperkenalkan di pasaran dan kini semakin mendapat kepercayaan pengguna.
Pengurus Pengiklanan dan Pemasaran Glowbeau, Jaafar Onn, berkata produk berkenaan menggunakan keistimewaan bahan semula jadi sebagai rumusan utama seperti pati bunga-bungaan, buah-buahan dan pati tumbuh-tumbuhan yang lain.
Katanya, pati bunga-bungaan yang terdapat dalam produk berkenaan adalah terpilih dan dirumus khas bagi merawat kulit wajah supaya lebih sihat dan cantik berseri. Begitu juga tumbuh-tumbuhan lain seperti lukuoris yang membantu mencerahkan kulit dengan nyata dan seimbang, di samping bertindak sebagai agen penghalang untuk kulit daripada pengeluaran melanin yang menyebabkan pigmentasi muka.
“Produk itu boleh digunakan lelaki dan wanita serta semua peringkat usia, tetapi disasarkan khusus untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Antara manfaatnya ialah untuk mengekalkan kulit wajah supaya tampak segar dan melambatkan penuaan. Jadi, bagi yang sudah berusia 40 tahun ke atas, masih belum terlewat untuk menjaga kulit supaya kelihatan muda,” katanya.
Kandungan aloe vera misalnya, membantu melancarkan peredaran mikro dan merangsangkan pertumbuhan kolagen serta elastin berlebihan pada muka. Kandungan pati buah-buahan seperti buah kiwi dan oren pula membekalkan vitamin C serta E yang berfungsi untuk mencerahkan pigmentasi, jeragat, tompok hitam dan parut iaitu antara masalah sering dihadapi oleh mereka yang mencapai usia 40-an dan mempunyai kulit semakin tidak anjal.
RANGKAIAN produk Glowbeau sudah pun dua tahun berada di pasaran.
Jaafar berkata, buat masa ini jenama produk itu mengetengahkan enam produk dalam rangkaiannya, termasuk pembersih, GloWhite Deep Cleanser, penyegar, GloWhite Gold Essence, pelindung matahari, GloWhite Sunblock SPF25, krim malam, GloWhite Night Balancing, serum, Acne Serum dan penyegar serum, Soothing Serum.
“Semua produk itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan mendapat pengiktirafan GMP (Amalan Pengilangan Baik). Ini dapat menjamin keselamatan pengguna apabila menggunanya,” katanya.
Untuk mendapatkan semua produk itu ia boleh didapati terus daripada syarikat pengedarnya, Glow Beau Resources dibuka di Kota Damansara dan juga beberapa wakil pengedar terpilih yang dilantik. Buat masa ini, syarikat itu sudah pun mempunyai enam stokis termasuk di Sarawak, Johor, Perak, Terengganu, Melaka dan Pahang.
Jaafar berkata, bagi memperluas dan menggalakkan pasaran produk itu, syarikat pengedar mengalu-alukan sesiapa yang berminat menjadi stokis atai wakil pengedar menghubungi terus 03-61417699 atau layari laman web.glowbeau.com. |
|