CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 3-12-2010 04:20 PM | Show all posts
Hehehe... Suka nye baca.
Tak sabar tunggu n3 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2010 09:58 PM | Show all posts
best nye...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 12:22 PM | Show all posts
so..mana lagi?? lama sgt terhenti ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 12:49 PM | Show all posts
salam fizzi n3 baru ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 01:04 PM | Show all posts
yezza.... mcm tu lah hero.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 12:28 PM | Show all posts
lama nya tunggu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2010 08:14 PM | Show all posts
sabo fazsss..aku baru nak taruk ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 08:16 PM | Show all posts
Farid meletakkan telefon bimbitnya. Skrin computer di pejabatnya direnung. Sesekali dia mengerling kea rah telefon bimbitnya. Rasa tidak percaya masih berbekas. Pak Long Hanafi baru saja menelefonnya menyatakan mereka ingin berjumpa dengannya. ‘Mereka ‘ yang dimaksudkan oleh Pak Long Hanafi adalah keluarga Diana. Perjumpaan telah ditetapkan pada jam 8 malam ini di rumah Diana.

Farid termangu lagi. Betulkah apa yang disampaikan oleh Pak Long Hanafi? Atau dia yang bermimpi? Huh…sukarnya hendak dipercaya satu kenyataan. Namun, Farid mengulum senyum perlahan2. Segera nombor telefon Dasuki didail. Dia mahu Dasuki menemaninya ke rumah Diana malam ini. Manalah tahu, kalau2 hasil luahan hatinya pada Daniel tempohari, seluruh ahli keluarga Diana sudah merancang untuk membelasah dirinya sebagai tanda pengajaran. Tak ubah macam cerita tamil angan2 kau Farid! Sesekali Farid menggeleng dalam senyuman. Talian sudah bersambut dan Farid senyum lagi bila suara Dasuki sudah kedengaran di hujung talian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2010 08:19 PM | Show all posts
Daniel merenung ibu, ayah, Pak Long Hanafi dan Mak Long yang sedang minum2 di ruang tamu rumahnya. Mereka kelihatan tenang sambil berborak sesama sendiri. Daniel terdiam sendirian sambil cuba mencerna kata2 ibunya tadi. Nama lelaki yang Pak Long Hanafi cadangkan itu adalah Farid. Adakah Muhamad Farid, Ahmad Farid atau mungkin juga Farid Kamil? Mungkinkah Farid yang sama?

Kata ibu, malam ini, Pak Long Hanafi mahu bertanya kepada Farid itu tentang sejauh mana hubungan antara dirinya dan Diana. Daniel bagai sudah meneka, mungkin Farid yang dimaksudkan adalah Farid yang sama. Tapi, bimbang juga dia kalau2 telahannya tersasar. Jadi, tunggu sajalah! Tapi kalau benar Farid yang dimaksudkan adalah Farid yang sama berjumpa dengannya tempohari, maka tak perlulah sesi interview ini lagi!

Bunyi enjin kereta yang kedengaran di luar pagar, segera membuatkan mereka semua menjengah kepala memandang ke balik tingkap kaca yang dilindungi sedikit dek langsir tebal ibunya.

“Dani pergi tengok..” segera Daniel bangun untuk menyambut ‘bakal adik ipar’nya. Kalau jadilah…

“Assalamualaikum…” satu suara segera terdengar di telinga Daniel. Pantas dia menghampiri pintu pagar. Nyatanya, suara itu bukan suara Farid yang dikenalinya. Melihat seorang anak muda sebaya Farid yang bersongkok, membuatkan hati Daniel tak keruan. Inikah orangnya? Anak muda itu tersenyum manis memandang Daniel.

“Waalaikumsalam..” sambil membuka pintu pagar, mata Daniel tak putus2 menjamah wajah anak muda itu. Tangan segera dihulur untuk bersalaman. Pantas Daniel menyambutnya.

“Sila masuk…” pelawa Daniel. Anak muda itu senyum dan tunduk hormat.

“Sekejap bang. Tunggu kawan saya. Dia parking bawah pokok tu sebab kat depan ni full,” kata anak muda itu sambil menunjukkan kea rah sebuah kereta yang baru saja diparkir di bawah pukok besar yang agak jauh dari depan rumahnya. Bahagian depan rumah sudah diparkir dengan kereta Pak Longnya dan keretanya. Di dalam kawasan rumah, sudah penuh dengan kereta ibu dan ayahnya.

“Oo..” Daniel mengangguk sambil tersenyum. Buat seketika, matanya terpaku sebaik melihat susuk tubuh yang keluar dari perut kereta. Seakan terasa ada guli di dalam tekaknya, Daniel sukar berkata2. Batang tubuh itu sudah menghampirinya sambil tersenyum.

“Saya lambat ke bang?” soal Farid sambil terkocoh2 menghulur salam kepada Daniel. Daniel merenungnya tak berkutik. Kemudian, Daniel memandang anak muda di sebelahnya.

“Yang ini namanya siapa?” soal Daniel tak ubah seperti dialog isteri Pendekar Mustar di dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

“Oo…yang ini namanya Dasuki…” Farid segera membalas dengan meniru gaya yang sama. Daniel melopong.

“Jadi, kalau yang ini namanya Dasuki, yang namanya Farid inilah ya?” soal Daniel yang masih belum hilang gaya pertururannya persis di dalam filem lama. Dasuki mengangguk sambil tersenyum lagi. Mata Daniel beriak cerah.

“Hmm..kalau macam tu, senanglah kerja!!” segera bahu Farid dipaut lalu ditarik ke dalam rumahnya. Farid yang terkesima dengan perlakuan Daniel, menurut sahaja, tak ubah bak lembu dicucuk hidung. Dasuki yang melihat hanya melopong. Namun, langkahnya diatur mengekori mereka berdua jua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 08:23 PM | Show all posts
Diana pulang sedikit awal malam itu. Penyakit malasnya kembali bertandang pula malam itu. Lagipula, malam itu pelanggan agak kurang. Sebaik sampai di depan rumahnya, keretanya terhenti seketika merenung deretan kereta yang memenuhi depan pagar rumahnya hingga ke pokok besar dihujung jalan. Siapa pula yang datang? Diana mengerling jam di tangan. Sudah jam 10 lebih.

Hendak tak hendak, terpaksa Diana meletakkan keretanya agak jauh dari rumah. Hatinya melihat nombor kereta yang terletak di depan pagar rumahnya. Ini kereta Pak Long…Langkahnya segera dilajukan memasuki rumah.

“Assalamualaikum..” suara Diana seakan tersekat sebaik melihat tetamu yang memenuhi ruang tamu rumahnya sebaik dia melangkah masuk. Nasib baik tudung masih belum dicabut dari kepala seperti selalu. Semua mata memandang ke arahnya. Lebih memeranjatkan, Dasuki dan Farid turut ada dan memandangnya sambil tersenyum2. Langkahnya mati di situ.

Puan Nariah segera bangun menghampiri Diana yang terpinga2. Bibirnya tak putus mengukir senyum. Hasil perbincangan tadi, tak perlu diterangkan pada Diana. Dia jua gembira, calon pilihannya turut merupakan kenalan rapat Diana dan yang lebih menggembirakan hatinya, lelaki itu mencintai Diana sepenuh hati. Bahkan , hubungan lelaki itu dengan Daniel dilihat amat serasi dari cara tutur perbualan mereka.

“Di…mari,” Puan Nariah menarik lengan Diana menghampiri tetamu2 yang sedang memandang mereka berdua. Diana memandang wajah Farid sekilas pandang yang turut tersenyum ke arahnya. Apa kau buat kat sini? Waktu begini pula tu!

“Di kenal Farid kan,” soal Puan Nariah. Pipi Diana diusap lembut. Kasihan Puan Nariah melihat anaknya yang tertanya2 sedemikian. Diana merenung wajah Puan Nariah silih berganti dengan Farid. Tangan ibunya diraih dari pipinya dan digenggam kemas. Melihat si ibu yang ternanti jawapannya, Diana perlahan2 mengangguk.

Mungkinkah Farid datang bertemu keluarganya untuk menyambung perbincangan dengan abangnya tempohari? Tapi, bukankah perkahwinannya sudah diputuskan dulu? Dan..apa pula fungsi Pak Long dan Mak Long ketika ini?

Puan Nariah senyum gembira. Tangan Diana digenggam erat. Kemudian dia memandang semua tetamu yang turut tersenyum padanya.

“Meet your future husband… Farid, “ Puan Nariah mengunjukkan Farid kepada Diana. Diana yang kelu terdiam tak terkata. Apakah yang sedang berlaku? Farid berjaya memujuk keluarganya kah? Wajah Farid di pandang.

“Tapi bu, calon pilihan ibu?” terkeluar juga pertanyaan itu. Puan Nariah senyum lagi.

“Inilah dia…orang yang sama…” balas Puan Nariah. Diana mengerutkan keningnya tidak percaya.

“But..how come?” terkial2 Diana meminta penjelasan. Cemas.

“Pak Long yang cadangkan sebab Pak Long berkenan dengan peribadi Farid. But it happens to be someone yang Di kenal sangat2 kan?” Daniel menambah apabila melihat si adik yang betul bendul. Mata Diana membuntang.

Whatt??? Diana merenung Farid di depannya yang tersenyum dari tadi. Matanya kelam. Dia sudah tidak betah berada di dalam situasi itu. Pandangannya gelap. Rasa penat bercampur terkejut menjadikan Diana merasa seluruh badannya lemah. Tatkala itu juga, Diana rebah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 08:23 PM | Show all posts
rehat jap...nanti ku sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 09:43 PM | Show all posts
best...n3 jgn lama sgt ye....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 03:02 AM | Show all posts
syok2..nk lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2010 08:07 PM | Show all posts
Farihah mengurut dadanya berulang kali. Berita yang baru disampaikan oleh ibunya, Mak Kiah benar2 mengejutkannya. Dulu, bukan dia tidak pernah bertanya kepada satu2nya adik bongsunya, Farid bila mahu mendirikan rumahtangga. Tapi, dijawab Farid dengan selamba, dia belum ‘cukup umur’. Alih2, kali ini Mak Kiah memberitahu yang Farid akan membawa pulang calon isterinya pula!

“Along jangan tak balik pulak…mak dah bagitau kat angah, alang ngan achik. Depa semua kata okay,” Mak Kiah mengingatkan sekali lagi kepada anak sulungnya yang berada di Pulau Pinang, mengikut suaminya menetap di situ dan bertugas sebagai seorang guru.

“Kenapa adik tak habaq awai2 dia nak menikah? Kalau tak, boleh along tolong carikan..” Farihah sebenarnya kurang berkenan bila Mak Kiah memberitahu status gadis yang akan dibawa pulang oleh Farid. Tak terbayang dek fikirannya adiknya mahu mengahwini seorang janda muda? Bagaimanakah rupa gadis itu? Terbayang salah seorang pelakon wanita popular negara yang berstatus ‘janda’. Ewww…mintak jauhlah!

“Ala…buat apa kita nak kisah siapa pilihan dia. Janda ka..anak dara ka..tak pa. Janji dia senang sudahlah. Kalau along takut sangat, bila budak pompuan tu maid ok umah kita nanti, kita tengok dia baik2. Sesuai ka tak dengan adik…tapi, mak rasa okay kot…bukan tua sangat..” ujar Mak Kiah lagi. Dia juga sebenarnya agak bimbang. Bagaimana agaknya rupa satu2nya bakal menantu perempuannya. Selama ini, sudah 4 menantu lelaki diterimanya.

“Hmm…ya lah…nanti along try mintak cuti. Kalau tak boleh 2 hari, sehari pun jadilah…” Farihah masih ragu2. Terbayang wajah sepupunya, Suraya yang merupakan teman sepermainan Farid ketika kecil dulu. Budak Suraya tu, seingat Farihah, memang sukakan Farid sejahk kecil. Kali terakhir mereka berjumpa adalah sewaktu hari raya tahun lepas. Suraya khabarnya sudah menjadi seorang guru di sekolah rendah di kampung mereka. Hmm..kan bagus kalau Suraya yang berkahwin dengan Farid. Lazimnya, jika seorang perempuan menjadi guru, pastilah peribadinya juga molek, lebih2 lagi dengan kanak2.

“Hmm..okaylah. Mak tunggu kat kampung nanti. Esok, mak balik rumah kampung dulu dengan Alang. Hari Sabtu nanti, baru Farid balik dengan budak pompuan tu..Mak  letak telefon dulu ya along…” Mak Kiah bersuara bila Farihah terdiam lama.

“Hmm..ya lah mak. Assalamualaikum..” talian terus dimatikan. Farihah menggaru2 pipinya yang tidak gatal. Dia merenung gagang telefon rumah yang baru sahaj diletak. Satu hela nafas kecil dilepaskan. Farid!!! Sejak adiknya pulang dari Palestin dulu, belum pernah dia berkesempatan menemui adiknya yang seorang itu. Yalah..seorang di Pulau Pinang, seorang di Kuala Lumpur.

Farihah berpaling memandang suaminya yang sedang menonton televisyen. Suaminya menoleh.

“Mak cakap apa? Kenapa dengan Farid?” soal Hisyam sambil membetulkan cermin matanya. Farihah bangun lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan suaminya. Anak2nya sudah tidur.

“Farid nak bawak balik calon isteri ke rumah kampung seminggu. Nak kenal2 dengan semua orang. Kita kena ambik cuti barang sehari dua…balik Perak,” kata Farihah lemah.

“Hmm..eloklah tu. Budak2 tu pun dah lama tak jumpa tok dia,” Hisyam menjawab dengan nada perlahan. Farihah terdiam. Fikirannya runsing. Tak sabar menunggu hari sabtu nanti!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2010 08:08 PM | Show all posts
Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke  Perak tidaklah mengambil masa yang lama sangat. Namun, berduaan dengan Farid di dalam kereta melemaskan Diana. Dalam rasa yang masih tidak percaya bahawa keluarganya merestui hubungannya dengan Farid, Diana masih belum dapat menerima sepenuhnya kehadiran Farid dalam hidupnya.

Memanglah dia sukakan Farid. Bahkan, bila keluarganya menyokong, dia lega. Sekurang2nya, dia tidak perlu takut2 lagi. Tapi, masih ada rasa gusar yang bersarang dihatinya. Mahukah keluarga Farid menerima kehadirannya ke dalam keluarga itu? Jika dulu, dia berkahwin dengan Hadi macam kahwin koboi, tak pernah kenal keluarga Hadi, terus saja kahwin. Dulu, baginya, apa saja tanggapan keluarga Hadi, bukan memberi apa2 erti dalam hidupnya. Baginya, yang penting, Hadi sayangkannya dan mereka akan hidup ‘bahagia selama-lamanya’ macam dalam cerita dongeng pari2.

Namun, bila masalah keluarga menimpa, mereka hilang punca dan Diana terseksa. Kali ini, abangnya Daniel beria2 menyuruhnya mengikut Farid ke kampung Farid untuk berkenalan dengan seluruh ahli keluarga Farid. Kata abang , kalau dah kenal dan tahu sejauh mana baik buruk seluruh keluarganya, maka terserah pada Diana samada untuk meneruskan hubungan itu atau menamatkan hubungan setakat itu saja.

Diana tahu, abangnya sangat bimbang jika pisang berbuah berkali-kali. Tak rela you! Hmm..harap2 segalanya berjalan dengan baiklah! Tapi, betul ke aku cintakan Farid? Diana memejamkan matanya disebalik cermin mata hitam yang dipakainya.

“Mengeluh apa yang panjang sangat tu?” tegur Farid di sebelahnya. Farid mengukir senyum bahagia. Tak sangka…Tuhan permudahkan urusannya untuk membawa Diana ke kampung. Sangkanya, urusan itu agak sukar melihat kedegilan Diana. Tapi, terima kasih banyaklah kepada abang Daniel yang budiman itu. Sekali dia cakap, Diana patuh saja. Hehe..Farid mengulum senyum lagi.

“ Penat! Aku lapar!” kata Diana lagi.

“Eh..tadi kan dah makan kat R&R…perut kau ni perut buaya ke…makan banyak pun tak kenyang2…” rungut Farid lagi. Diana mendengus.

“Bila aku tension, secara automatic aku lapar,” ulang Diana lagi. Dia berpaling ke tempat duduk belakang, mencapai beg galasnya. Beg itu di selongkar, mencari sisa2 makanan ringan yang masih ada.

“Kau tak nak pergi rumah mak aku ya?” soal Farid dalam nada kecewa. Dia tahu, Diana dipaksa.

“Dah tahu, tanya lagi..” rungut Diana. Farid terdiam. Dia juga tahu, jika Diana tidak selesa dengan keluarganya, Diana berhak untuk menamatkan hubungan itu. Itu kata2 Daniel sebelum mereka berangkat tadi.

“Sabarlah ya. Kejap lagi je, kita sampai. Semua ahli family aku dah tunggu kita kat rumah kampung tu. Mak aku masak special hari ni. Hope you’ll like it,” Farid cuba memujuk apabila melihat Diana mengunyah gula2 getah yang baru saja dijumpainya di dalam beg sandangnya. Diana sekadar angguk. Dia masih menggeledah isi begnya.

“Aku rasa, sebelum kita sampai rumah kau, kita singgah kedai runcit kejap. Aku nak beli makanan ringan, nak buat stock kalau2 aku lapar malam2 nanti. Tak payahlah aku susah2 keluar bilik…boleh terus makan..” Diana memberi cadangan. Cermin mata hitamnya dibuka.

Farid memandang Diana yang merenungnya penuh harap. Bibirnya disengetkan, jengkel dengan kata2 Diana.

“Sorry! Mak aku pesan, tak boleh makan dalam bilik tidur! Nanti bersemut! Kalau nak makan, makan kat dapur..” kata Farid menyanggah. Diana melopong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2010 08:48 PM | Show all posts
Farhana menjenguk ke halaman rumah dari beranda dengan tangan yang dicekak ke pinggang. Meja sudah penuh dengan hidangan makan tengahari. Di halaman rumah, anak2nya sedang bermain dengan anak2 kakak2nya yang lain. Kak Long, ada 2 orang anak, kak Ngah ada 3 orang anak, kak Lang ada seorang saja dan dia mempunyai 2 orang anak. Benarlah kata orang, penantian satu penyiksaan. Lebih2 lagi, perut pun dah lapar.

“Tak nampak lagi kereta dia?” soal Fatin sambil memaut bahu adiknya. Farhana menggeleng. Mereka berdua duduk di tangga kayu di depan rumah sambil memerhati kea rah jalan.

“Perut kak Lang dah menyanyi Na..” kata Fatin lagi.

“Perut Na pun sama..” letih menunggu, Farhana menongkat dagu.

“Eh tu!! Bukan kereta dia?” soal Fatin sebaik ternampak sebuah Honda City berwarna biru gelap yang dari jauh menyusur masuk ke kawasan rumah. Farhana dan Fatin sama2 bangun.

“Iya lah tu..” balas Farhana perlahan.  Mereka sama2 mengukir senyum. Farhana segera turun ke tanah. Fatin segera menjengah mukanya ke dalam rumah.

“Dah sampai!!!” jeritnya ke dalam rumah, lalu bingkas turun. Tak sabar nak menyambut orang baru. Terdengar kecoh2 di dalam rumah. Wajah Mak Kiah, Farihah, Farisya dan suami2 mereka segera menyusul. Semua sudah berkumpul di depan halaman rumah. Anak2 kecil yang berlari2 ke hulu ke hilir menyebabkan Farisya dan Fatin segera mengawal pergerakan mereka, takut dilanggar dek kereta Farid.

Sebaik kereta diparkir dibawah pokok mangga, terus Farid keluar dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Mak Kiah dihampiri dengan segera. Tangan ibunya dicium.

“Sampai…juga,” Mak Kiah menepuk bahu Farid. Farid segera bersalaman dengan kakak2nya dan abang2 iparnya.

“Mana mak we?,” soal Hisyam bila Farid sibuk melayan anak2 buahnya yang mengerumuninya.

“Oh..ya,” terhenti nafas Farid seketika. Dia menoleh kea rah keretanya. Diana sedang berdiri di tepi pintu kereta. Semua mata memandang kea rah Diana. Gadis itu berbaju kurung hijau muda pucuk pisang dari kain sutera bermotifkan bunga2 mawar dipadankan dengan tudung hijau muda yang senada warna dengan baju. Diana menhadiahkan senyum kepada semua orang yang memandangnya.Nervous!!!!

“Mak we pak usu ke ni abah?” suara Ecah, anak Farisya yang baru berusia 6 tahun tiba2 memecah kesunyian. Semua mata memandang kearahnya. Segera suami Farisya menutup mulut anaknya sambil tersengih.

“Ha..a..mak we Pak Usu..” Farid sekadar mengiakan saja, manakala muka Diana sudah merona merah. Farid menghampiri Diana. Wajah Diana direnung. Diana turut membalas pandangan itu.

“Marilah..aku kenalkan kau pada keluarga aku yang besar ni…” ajak Farid. Diana mengekori langkah Farid menghampiri satu2nya perempuan separuh abad. Pastinya itu ibu Farid.

“Mak..ni…Diana..Diana, ni mak aku..” perkenal Farid sambil tersenyum2. Diana segera menghulur salam. Mak Kiah menyambut salam itu perlahan2. raut wajah Diana yang bertudung manis diteliti satu persatu. Bahu Diana diraih lalu dipeluk. Sungguh!! Dia tidak menyangka, gadis itu masih terlalu muda dari penampilan luarannya. Jauh dari sangkaannya sebelum ini. Diana yang dipeluk, bungkam. Tapi, perlahan, dia membalas pelukan itu.

Mak Kiah melepaskan pelukannya sambil tersenyum manis merenung wajah Diana.

“Cantiknya adik….” Puji Mak Kiah tak putus2. Diana terkesima. Malu pun ada juga.

“Panggil saya Di saja mak cik…” ujar Diana. Pelik dia mendengar Mak Kiah menyebut perkataan ‘adik’. Serentak dengan itu, semua yang ada ketawa.

“Adik tu…si Farid ni ha…” sampuk Fatin sambil berpeluk tubuh. Sekali lagi wajah Diana merona merah. Malu. Farid disebelahnya dikerling tajam. Suka sungguh Farid mentertawakannya saat itu. Nanti kau!

“Adik? Saya tak tahu pulak kat rumah family panggil dia adik….dia pun tak pernah beritahu saya. Kan, ADIKKK.....?!” sengaja ditekankan perkataan ‘adik’itu ke muka Farid. Semua yang ada tersenyum2 simpul. Farid memasamkan mukanya. Tidak suka Diana memanggilnya dengan panggilan ‘adik’.

“Ok..tak apalah..mari masuk dulu…lauk semua dah siap! Sambil makan nanti, kita boleh kenal2..” Farihah segera memendekkan sessi itu. Masing2 akur. Sudah jam 12 tengahari, dan mereka semua masih belum makan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2010 08:50 PM | Show all posts
Best fizz  nak tgk sambutan family farid pada diana....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 09:47 PM | Show all posts
nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 10:05 PM | Show all posts
besttt.....jgn lupa bg n3 byk2....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 10:37 PM | Show all posts
me like2..nk lagi fizz..

thanx for the entry
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.092014 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list