|
'Memang saya pakai subang FK'
Oleh Zubir Mohd Yunus
2010/03/14 Diana Danielle akui Farid Kamil sebagai kawan rapat, bukan kekasih
AKTRES remaja yang masih berstatus pelajar, Diana Danielle, 19,mengakui pernah memakai subang berhuruf simbol ‘FK’ yang membawa maksudFarid Kamil, iaitu merujuk kepada aktor dan pengarah kacak yang ketikaini sering digosipkan menjalin hubungan cinta dengannya.
Meskipun ramai pihak dalam industri dapat menghidu keakrabanmereka lebih daripada hubungan sebagai rakan artis, pelakon sertapenyanyi kacukan Melayu-Inggeris itu menafikan sedang bercinta denganFarid. Malah, Farid juga tidak pernah membuat pengakuan secara terbukamereka adalah pasangan kekasih. “Memang saya pernah mengenakankedua-dua subang dengan huruf FK iaitu sebelah F dan sebelah lagi Kiaitu Farid Kamil. Apa salahnya saya pakai subang berkenaan keranaFarid memang kawan rapat saya ketika ini. Semua orang tahu dan sayatidak pernah menafikan perkara itu.
“Selain Farid, seorang lagi kawan baik saya ialah Nabila Adam,kalau tak pakai subang FK, sekali sekala saya juga mengenakan subangberhuruf NA - Nabila Adam,” kata Diana berterus-terang.
Diana berkata demikian ketika diminta mengulas ruangan pojok,Cerita Artis Kita (CAK) yang disiarkan Selebriti, Metro Ahad terbitan28 Februari lalu memperkatakan mengenai hubungan cinta yang terjalinantara dirinya dan Farid apabila Diana dilaporkan pernah dilihatmengenakan subang berhuruf FK - sinonim sebagai Farid Kamil.
CAK juga melaporkan, ada sumber mendakwa menjadi saksi kemesraan Diana dan Farid di sebuah restoran popular, baru-baru ini.
Menurut cerita, Diana dan Farid menikmati makan malam di restoranberkenaan bersama beberapa teman. Biarpun rancak berbual antara satusama lain, Diana dan Farid tidak lepas memandang antara satu sama lain.Gaya mereka tidak ubah seperti pasangan baru bercinta. Farid sangatromantik manakala Diana pula tidak lekang dengan senyuman bahagia.
Bagaimanapun, Diana dan Farid keluar restoran lebih awal daripadarakan mereka yang lain. Kata sumber, mereka beredar dari situ denganmenaiki satu kereta. Hati kecil sumber itu mengatakan ada jalinanperasaan istimewa antara Diana dan Farid, malah mereka bukan kawanbiasa, malah mungkin lebih daripada itu.
Akui, Diana, pada hari berkenaan, dia dan Farid baru selesaibermain futsal di Ampang, Selangor dan sebelum pulang, dia mengakui,makan nasi lemak di Taman TAR, Ampang sambil ditemani Farid danbeberapa teman lain. Kejadian itu berlaku hampir sebulan yang lalu.
“Tak dinafikan, memang kami (Diana dan Farid) sedang berbahagiamelayari persahabatan ini. Saya juga pernah mengeluarkan kenyataansebelum ini, antara saya dan Farid, kami memang berkawan rapat. Namun,saya tak berani lagi melabel hubungan kami sudah dalam fasa percintaankerana saya perlu lebih berhati-hati apabila memikirkan kembalikejadian yang pernah menimba perhubungan saya dengan seseorang sebelumini.
“Pada malam itu juga, saya dan Farid pulang lebih awal berbandingkawan-kawan lain kerana saya ada kelas keesokan harinya. Saya jugatidak menafikan, saya naik satu kereta dengan Farid, dia yangmenghantar saya pulang ke rumah. Saya mana ada lesen memandu untuk bawakereta sendiri,” kata Diana tanpa berselindung.
Kenapa Diana masih mahu berselindung soal perasaannya terhadap Farid, adakah sengaja mahu meninggalkan tanda tanya?
“Saya tidak pernah berselindung apabila bercakap soal hati danperasan, sebaliknya saya perlu lebih berhati-hati apabila memberikankenyataan. Lagipun ini soal hati dan perasaan seseorang. Saya mahupunFarid sekadar menyerahkan persahabatan kami kepada ketentuan keranasebagai manusia kita hanya merancang yang terbaik, tapi Tuhanmenentukan segala-galanya.
“Pun begitu, saya mohon kepada semua peminat termasuk temanwartawan. Saya harap media tidak terus mensensasikan hubungan baik sayabersama Farid. Orang akan muak dan saya risau persahabatan kamiterjejas dengan pelbagai spekulasi,” katanya lagi.
p/s story pasal nie ke mek jing........ ala normal la tue masing2 single........:@ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|