CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23093|Reply: 445

Pemandu wanita berbahaya?

  [Copy link]
Post time 29-3-2011 09:46 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.
Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.
‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.
Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

*Benarkah pemandu wanita berbahaya? pengalaman abg cross pagi tadi ada benarnya, tetiba awek belok kanan, tanpa signal, berderau darah abg cross...kena //f..vckkkkk padan muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 09:50 AM | Show all posts
yaaa... betul!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:50 AM | Show all posts
yg ske merempit tengah jalan pon" pompuan" jugak... yg drift bagai kt hiway pon "pompuan" jugak..... berlumba secare haram pon "pompuan" jugak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 09:55 AM | Show all posts
yaaa... betul!!!
md.jie Post at 29-3-2011 09:50



    tu belum yg bergayut pakai HP, itu hari kena AIR HON dgn abg cross tercampak HP, pempuan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:55 AM | Show all posts
hahahahha... bg aku la kan...pompuan ker laki ker..sama jer.. 50-50..ader pompuan yg drive ok sgt..ader gak yg membabi buta...laki pon sama..yg mane ok..ok la..yg entah apa2 pon ader gak... kesimpulan SAMA jerk!!! so, x leh nk kata pompuan saje yg bahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:55 AM | Show all posts
setuju! paling tak suka kalau pompuan yg bawak moto kat jalan. dorang punya over-cautious menyusahkan pemandu lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2011 09:56 AM | Show all posts
betul tu..bg aku sama jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 09:59 AM | Show all posts
setuju! paling tak suka kalau pompuan yg bawak moto kat jalan. dorang punya over-cautious menyusahka ...
kaorukamiya Post at 29-3-2011 09:55



    tu belum yg duk LINE KANAN, tak mau ketepi, cuba tgk kalau yg tak mau ke tepi tuh, pempuan lah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 10:02 AM | Show all posts
bagi statistik la bg membuktikan isu berbangkit...:@:@
Datuk Bung boleh la cakap mcm 2 sbb dia ada driver sendiri...

aku setuju ngan nurmarsya....laki perempuan sm jer kalo driving...
pg td driver laki gak yg p himpit keta aku sbb nak masuk simpang x bg signal...
kalo accident salah perempuan yg driving la ye sbb driver laki yg konon plg berhemah 2 x bg signal nak masuk lane org.....:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:03 AM | Show all posts
Sama je kalau kat jalan tu tak kira lelaki ke pompuan! Sama je!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:06 AM | Show all posts
baru itu hari bontot keter aku kena sideswipe ngan budak pompuan.. bawak takder akal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:07 AM | Show all posts
Reply 8# crossfire

saya pernah alami kes begini, kat highway pulak tu, bwk moto cup jo. kalu big bike ok ler jugok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 10:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by crossfire at 29-3-2011 10:13
baru itu hari bontot keter aku kena sideswipe ngan budak pompuan.. bawak takder akal..
Caranthir Post at 29-3-2011 10:06



    itu hari pakcik cross calarkan keter awek cina, langgar side mirror, suruh berhenti tak mau, himpit berhenti, calarkan dgn siling 50 sen....kena cat lah jawapnya CITY baru tu.... bukan nak mintak maaf pun, lari lagi ada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:12 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-K ...
crossfire Post at 29-3-2011 09:46


Wife dia, si Zizie...... ada dreber persendirian?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:12 AM | Show all posts
banyak kes dah perbincangan macam nih. dan banyak pompuan yg tak mengaku silap mereka mengatakan lelaki juga sama bawak keta laju laju. bukan masalah laju, time perlahan pon wanita memang akan tak terlepas dari cuai. motor aku saja berapa kali kene langgar dengan pompuan dari belakang. wal hal dekat trafik light tu. terang terang lampu merah. tak sempat break katanya. lagi satu kes salah bagi signal, member aku masuk spital gara gara pompuan salah bagi signal pastu masuk kearah lain. bila ditanya disalahkan pembonceng ( kawan aku ) katanya bawak laju sangat. 60KM/J kat jalan laju ke ? dah standby nak bagi dia masuk kiri, tau tau dengan tetiba masuk kanan. signal menyala belah kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:12 AM | Show all posts
ye ke.....bagi aku same je......

baru tadi aku terjumpa lelaki bawak keta.....dlm ujan lebat, bukak hazard lite.....2 biji keta lak tu yg aku jumpa.....

yg x kasi signal......same je lelaki ngan pompuan

so moralnya.....aku mmg anti org bawak keta sesuka ati....x kira pompuan or lelaki

yg bawak pelan kat lane laju pon, mmg hampeh!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 10:13 AM | Show all posts
Ni permehatian AN selama memandu hari2 dijalan raya.

Dulu kalau potong Q tengok mesti lelaki..sekarang wanita plak yg lebih.

Dulu kalau tak kasi signal nak masuk lelaki sahaja, sekarang tengok wanita plak buat lagu tu.

dan kalau kita lalu tengok kereta berkesel, mesti ada wanita ditempat tersebut..tak tahu la salah pemandu lelaki ka pemandu wanita?..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:13 AM | Show all posts
baru itu hari bontot keter aku kena sideswipe ngan budak pompuan.. bawak takder akal..
Caranthir Post at 29-3-2011 10:06



    cemane dia sideswipe montot toh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 1# crossfire


   Actually pendapat sy la (hopefully tidak disalah tafsir) sebenarnya memandu secara berbahaya ni bukan perempuan atau bukan lelaki. Sy berpendapat iannya lebih kepada BANGSA. Iaitu dlm kes ini, sy amat tidak gemarkan cara pemanduan bangsa cina. Mereka amat kurang ajar, memandu sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. Antara lelaki dan perempuan cina, saya rasa perempuan cina lebih agresif. Kebanyakkan yang memandu perlahan di lorong paling laju juga adalah bangsa ini. Kalau tak percaya cuba buat stastik anda sendiri berdasarkan pemerhatian masing2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 10:18 AM | Show all posts
baru itu hari bontot keter aku kena sideswipe ngan budak pompuan.. bawak takder akal..
Caranthir Post at 29-3-2011 10:06



    bontot tuh pelan sikit, dlm suasana politik sekarang nie sensitip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069465 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list