CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maklukpenggoda

UPDATE: Vivy & suami dilepaskan dengan jaminan RM100 ribu setiap seorang, diarah serah pasport

[Copy link]
Post time 14-11-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 14-11-2024 08:19 PM
Outlet klcc agk x best floor plan utk duck compare dgn outlet lain

Aku lalu sendu je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
brainbiru replied at 14-11-2024 07:03 AM
Allaaaahhh haiii uuu... x pelik pun aihhhh...

But again, yg mkan gaji kat klcc tu pakai beg rega  ...


Sungguh la x phm issue di samakan dgn circle of friends dia yg kat klcc nun. Hadoi la. Buat rugi je pkai channel hermes bagai tp bingai gak! Annoying sungguh org camni! Ni leh masuk sekali research paper humblebrag tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rendangayam replied at 14-11-2024 08:35 PM
Khennn sis..klu ko kije pet yg bonus byk kita x heran..tp kita ckp vivy yg funded by rakyat..apooo ...

From podcast dgn Alif Ahmad n Mona Din tu..kedengarannya VV ni bground family kaya... tp masih kebuloq dana kerajaan.. n bukan sikit2 dana nya.. n 1 lagi.. dlm kekalutan covid... dia pegi bukak pulak kat pavi/klcc.... dalam rugi2.. oh peduli apa kan... bukan duit dia... nak rugi ke melingkup ke. still boleh show off lavish style.. eh silap... "normal je shiw off" ni... pastu fv beli kat maple.. n maple tu milik mereka berdua.. adoiii pusing2 kot situ...guna dana kerajaan..
Pastu "atas dasar tanggungjawab, resign" vavi betol. Kaki spin n cunning betul. Masih ada keberanian nk bg statement mcm ni.. tu bukan tgjwb.. tu org panggil melepas diri. Bak kata AA..klu tgjwb.. fix it..jual semua bende.. n fix it.. bukan lari... vavi betol
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tub dah ada yg tempek... aku tempek lagi.. kot2 masih ada yg x paham kenapa kita marah....

From FB ALiff Ahmad... so boleh la baca, sambil2 kilek chanel handbag tu.

TAHNIAH VIVY! TAHNIAH PNB! TAHNIAH KHAZANAH!

Aku ingatkan baliklah cerita ini. Yang dapat pelaburan PNB dan Khazanah ini adalah syarikat Fashion Valet milik Vivy dan suami.

Dalam masa yang sama syarikat Duck (30 Maple) jadi vendor atau supplier kepada Fashion Valet pun milik Vivy dan suami.

Fashion Valet rugi teruk. Tapi 30 Maple untung banyak. Sebab apa? Fashion Valet yang order,  yang market-kan jenama Duck dan Lilit masa mula-mula keluar. Kan?

Sebelum syarikat 30 Maple dijual kepada Fashion Valet, Vivy telah buat banyak untung di sana. Fashion Valet telah beli syarikat 30 Maple daripada Vivy dengan harga valuation lebih kurang 100m.

Cerita mudahnya begini. Fashion Valet milik Vivy yang mendapat dana daripada PNB dan Khazanah telah membeli 30 Maple milik Vivy. Jadi, Fashion Valet bayar Vivy untuk ambil alih 100% 30 Maple.

Setelah Fashion Valet membeli 30 Maple, platform Fashion Valet ditutup dan mereka kata nak fokus jual jenama Duck dan Lilit. Pengarah syarikat Fashion Valet ialah Vivy dan suami, manakala pengarah syarikat 30 Maple ialah Vivy dan suami.

Dalam rekod kewangan, lebih kurang RM10 juta dibayar kepada pemilik syarikat 30 Maple, sebelum Fashion Valet mengambil alih pegangan kesemua sahamnya.

Jadi siapa yang untung?

Aku nak kongsi balik apa MOF kata,

"Losses incurred from the stake sale were minor in comparison to Khazanah and PNB’s overall earnings for the year," MOF said in its written reply on Monday

Khazanah dan PNB dengan “angkuhnya” kasitau, rugi RM43 juta tu ciput sahaja. Takda kesan terhadap mereka pun.

Tahniah semua!

;p
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sugatae replied at 14-11-2024 08:58 PM
Sungguh la x phm issue di samakan dgn circle of friends dia yg kat klcc nun. Hadoi la. Buat rugi j ...

"Kalau u keje kat klcc .."

Alllaaaaahhhhh statement....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alif Ahmad dah bongkar kan sejak 2019 lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 14-11-2024 05:20 PM
Datin Nor Hafizah owner Ar Rayyan tu bawa a few Birkin, Dior etc tiap kali pi umrah

dalam flight  ...

i ragui thp authentic nya. Knowing dlu  jual imi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:10 PM | Show all posts
Edited by Incanto at 14-11-2024 11:17 PM
brainbiru replied at 14-11-2024 08:52 PM
Dati hafizah ni.. aku pnh tgk video dia cerca pak sedara dia.. dia kata pak swdara dia dulu perlek ...

dia ni jenis cakap lepas takde tapis tapis...typical org kampung utagha

aku bukan suka everything about her....yg baik aku puji...to me dia org yg rajin sampai sanggup masak utk jemaah yg pergi umrah pakej dgn dia

pastu dia punya collection barang branded banyak , tapi dia tak taksub sampai nak posing tunjuk bag dan kasut baru

anak dia Rayyan  pun pakai sneakers Prada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 11:12 PM | Show all posts
babynina30 replied at 14-11-2024 09:32 PM
i ragui thp authentic nya. Knowing dlu  jual imi.

oh ya ke?

tak tahu plak dia pernah jual bag immi...ingat dia jual Quran tag tu saja
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:16 PM | Show all posts
brainbiru replied at 14-11-2024 09:11 PM
Hari tub dah ada yg tempek... aku tempek lagi.. kot2 masih ada yg x paham kenapa kita marah....

Fro ...

bagi aku...dia buka kedai baru semua tu bad business decision, wrong timing. Banyak business baru yg buat kesilapan sama

tapi jual maple 30 ke FV , jual company sendiri kepada diri sendiri tu ada niat nak menipu dan songlap duit
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 14-11-2024 11:16 PM
bagi aku...dia buka kedai baru semua tu bad business decision, wrong timing. Banyak business baru y ...

Pusing2 ke dia jugak. Declare rugi yg FV... pedulik apa kan... bukan duit dia... tp yg maple untong juta2..

klu FV tu guna duit sendiri... guna duit mak bapa.. x rugi kot eh???

Bak kata monadin.. bisness tudung dia hajaba yg ada di pavi dan klcc, yg x penah ada customer smpai beratur pjg pun x pnh rugi..

Btw... dulu duck tu..setiap kali dia release tudung.. bukan ke selalu sold out?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 14-11-2024 05:12 PM
sbb netizen yg komen2 tu bukan taraf kaya mcm vivvy dan kau kot.... org tk kisahpun kalau duit tu  ...

"My circle of friends" katanya kan....?????
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
blakcswan replied at 14-11-2024 05:15 PM
kita ni kerja nak mampus bagi duit lat lhdn..x bagi dikejarnya kita..di ugut2 di saman2..di ujung2 d ...

Klu kena inquiry semua resit2 dia nak tgk... padahal kau ni working level makan gaji jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 bekas menantu bekas pm, Jovian dpt takpayer fund jugak x? Ni soalan bukan kenytaan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:10 AM | Show all posts
brainbiru replied at 14-11-2024 11:57 PM
Pusing2 ke dia jugak. Declare rugi yg FV... pedulik apa kan... bukan duit dia... tp yg maple unton ...

dulu memang selalu sold out tapi skrg aku tgk bnyk je tak terjual
design pun dah tak lawa mcm dulu

kalau rajin pi tgk tudung warisan duck...hauk




Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 14-11-2024 08:25 PM
nak jugak tau yg keje klcc bawak premium brand ni keje sebagai apa kat comp mana??
kalau pakai be ...

Setuju dgn u 300%
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 15-11-2024 12:10 AM
dulu memang selalu sold out tapi skrg aku tgk bnyk je tak terjual
design pun dah tak lawa mcm dulu ...

Bak kata Alif "dalam bisness, rugi ada 2... betul2 rugi, atau buat2 rugi"

by ALIF AHMAD.
RUGI RM10 JUTA! USAHAWAN ATAU BANGSAWAN?

*Tulisan ini ditulis pada Julai 2019 lagi. Ketika itu adalah beberapa orang yang mengkritik aku balik. Aku tulis balik di diding ini dengan ucapan,

“Hi, saya dari masa depan!”

Sepanjang aku berniaga, aku takut melihat kerugian. Yelah, aku meniaga pakai duit sendiri, ada duit kawan-kawan juga. Nak berbelanja pun berjimat cermat. Nak beli aset pun fikir 100 kali.

Tapi semalam, aku baru belajar sesuatu. Sesuatu yang membuka minda aku dalam dunia perniagaan. Kawan aku baru-baru ni terlalu memuji muja seorang anak muda bernama Vivy Yusof, founder kepada ecommerce platform Fashion Valet.

Kawan aku bagitahu yang Fashion Valet akan buat IPO, hebat orangnya sehingga dianggap ikon anak muda, dilantik menjadi pengarah UiTM, yang paling penting katanya, dia mendapat funding dari PNB. Ini menarik perhatian aku kerana ia melibatkan wang rakyat!

Sebelum aku pergi jauh, aku browse la dulu pasal Fashion Valet dan Vivy Yusof ni. Fashion Valet ni webnya biasa saja, tiada apa yang hebat pun. Cumanya mungkin ideanya yang berjaya menarik perhatian investor yang suka fashion dan yang buta teknologi. Itu saja.

Tentang Vivy Yusof pula, beliau anak orang kaya, budak private yang belajar di UK. Lifestyle lavish dan memang stylo la. Branding Fashion Valet yang beliau bawa pun memang sesuai dengan gaya hidup beliau. Itu pandangan aku lah. Tapi aku rasa betul la kot.

Dalam bisnes, numbers don’t lie! Disebabkan katanya mahu ke IPO, sampai dilantik menjadi pengarah UiTM dalam usia yang muda, pastilah orang ini sangat hebat berniaga. Tapi sifat semulajadi aku yang tak percaya sangat, maklumlah..

“Get SCRUT before WE get SCREWED!”

Aku pun SCRUT lah dulu laporan SSM Fashion Valet.

Fuh! Memang benar PNB, Khazanah melalui (Pulau Tiga Ventures) ada melabur dalam syarikat tersebut. Hebat!

Tapi syarikat tersebut rugi sebanyak RM10 juta!

Ini yang bikin aku panas, sebab ada duit PNB dan Khazanah. Kalau setakat duit bapa dia, apa aku kisah! Nak buat IPO macam mana kalau rugi?

Dalam bisnes, biasanya rugi ini ada 2. Pertama RUGI BETUL, kedua BUAT-BUAT RUGI.

Disebabkan beliau dikatakan seorang usahawan yang hebat, aku lebih cenderung kepada pandangan dia buat-buat rugi. Atau bahasa “Bisnesman Umno” zaman dulu, CASH OUT!

Cash out ini boleh dilakukan melalui gaji yang tinggi dan menjadikan diri sendiri supplier kepada syarikat sendiri. Walaupun syarikat utama rugi, tetapi owner kaya raya disebabkan gaji dan bayaran balik sebagai supplier.

Menurut sahabat-sahabat aku yang sudah bergelar chartered accountant. Mereka beranggapan kerugian sebesar itu adalah kerana overhead yang terlalu tinggi, lavish expenses untuk melakukan branding, dan cashflow management yang gagal.

Apa pun, aku sedikit kecewa kerana syarikat yang didanai wang rakyat tidak memberikan dividen balik kepada rakyat kerana kerugian yang besar. Dengan kerugian sebesar itu, mungkin mengambil masa 2-3 tahun untuk memberi dividen atau mungkin akan di “write-off” saja nanti.

Buat kawan-kawan yang terus menerus hidup dengan data dan info google. Belajarlah tapis maklumat terbuka tersebut dengan data dan fakta yang sahih. Semua orang akan tunjuk dia bagus, tapi kita kena SCRUT semua maklumat yang kita terima. Jangan main telan dan sebarkan saja.

SCRUT dulu! Jangan kena SCREW! Rujuk lampiran.

Aliff Ahmad
co-Founder SCRUT
Get SCRUT before WE get SCREWED!
www.scrut.my
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam rugi2 pun.. directors emoluments & bonus kenmain eh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak Anuar Musa keje Khazanah kan?
Soalan ni ye, bukan kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kimoree replied at 14-11-2024 01:19 PM
Agreed...
I pelik kenapa orang cakap Vivy pakai tu show off.
Nak tergelak pun ada.

You beli pkai duit sendiri ke atau hasil mtk government fund sis?
Saje lah nak tnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.154620 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list