CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eazzad

Negeri Perak penuh misteri

  [Copy link]
Post time 15-10-2011 04:44 PM | Show all posts
mak saya keturunan mendeleng..dia cerita atuk saya lari dari indonesia ..pastu bukak perkampungan kt sungai besar,

mak saya cerita atuk saya dulu byk ilmu,tapi x der sapa nk amik..lagipun anak atuk semua kecik2 lagi kecuali ank isteri pertama atuk..tapi isteri pertama & anak2 atuk semua kt indonesia..atuk lari ke sini x bawak diaorg..

masa atuk saya meninggal dulu..mak saya selalu nmpk 2 ekor harimau duduk depan rumah tiap2 malam berkawal..nenek saya ckp dgn mak saya harimau tu arwah atuk yg bela..tapi bila atuk meninggal..harimau tu mati x lama lepas tu..

mak saya pulak..klu sakit ke aper ker..mesti berubat dgn kain kuning..tapi keluarga mak saya ni x der la pakai nama nasution tu..

dulu saya pernah pergi perhimpunan keluarga mendeleng ni kt perak..kt maner tu dah lupa(masa tu kecik le lagi)..diaorg adalah buat susur galur keluarga mak saya..

tapi saya ni cuma anak angkat jer..sebab mak saya x der anak..huhuhu..

ermm tapi sya pernah la tanya sorang makcik yg pandai mengubat2 org nih..makcik tu asal dari acheh..

dia kata..klu org ada berdarah raja2 nih..kadang2 memang susah nk dpt anak..sebab diaorg nih ada syarat2 tertentu yg perlu dipatuhi..

x tau ler betul ke idak..wallahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2011 06:39 PM | Show all posts
Reply  kazman


   haaa boleh jadi jugak...sebab mungkin nenek moyang kita tu adik beradik/sepup ...
ekjoz_double Post at 26-5-2011 10:45



husband saya marga rangkuti
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 04:39 PM | Show all posts
mmg ada lg family belah ayah yg dok mengadap gunung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 05:27 PM | Show all posts
citer seram dekat bukit larut,perak..waktu tu naik ke bukit larut tu dlm pukul 5.30 ptg...pastu smp kat stage 1 nye tmpt..dlm kul 7 malam camtu..serius penat..pastu dah maghrib, so decide nak turun..turun guna jalan tar tu...masa tgh turun tu, dgr bunyi azan..so..masing2 diam jela dgr azan tu...pas abeh je azan, tiba2 dgr cam ada org gelak2 n cam dgr ada org mandi2....waktu tu kami pk, oo..mungkin dah nak smp bawah dah kot...so..kami turun dgn jayanya....pastu tgk cam gelap je....kami tak dibenarkan pasang torchlight sbb takut ada binatang yg sensitif ngan cahaya ni especially cam pak belang dan ular...


mmg seram...pastu tiba2 masing2 senyapla...sbb bunyik bising tu dah tak dgr dah...pastu cam ada satu selekoh tu, dah la gelap kan..tiba2 cam ternampak satu batang pokok yg sgt besar dan berwarna putih..cam bercahaya la..ada lak member yg mulut gatai dok tegur.." besarnya pokok ni..."..masing2 dah senyap dah...ada sorang member ni,..berani sket..die pun dok perati pelan2 dari bawah ke atas pokok tu nak tgk apakah bendenye tu..last2 die tarik nafas lega,...die kata sib baik pokok..huhuhu..kalo ako..mmg takla nak tgk kan..huhuuh..

pastu truskan perjalanan nak turun lagi..tiba2 ada kawan sorang ni cam terjerit sket..die kata alamak, ada mayat baby la....waktu tu kami dah cuak dah...dahla gelap..mmg la tak nampak apa...pastu kami tny kat kawan tu, mana mayat..??pastu die ckp dah lepas dah..ada kat tepi sana tadi..tepi semak2 sket...kami dah cuak dah...ako tnyla..ko bio btui wei...jgn main2 camni..cuak ni..pastu kawan ako tu ckp lagi...bende tu ckp ngan ako suh cepat2 turun bawah sbb kat atas ada bende memerhati......serius wei...dahla tgh jalan dlm gelap tiba2 kawan ckp camtu..tp ako tgk kawan ako tu rileks jela...maybe buat2 rileks sbb tanak cuak sgt...lupa lak..kami waktu tu ada dlm 10 org...jalan ramai2..5 depan, 5 kat blkg tp serius, pas kawan ckp pasai mayat baby tu, suma pakat turun laju2 n tak ckp pepe..turun sambil pegang2 tgn n sambil baca surah2 yg tau..huhuhu..dekat sejam lebey gak nak turun bawah tu..masing2 senyap n masing2 berdoa agar tak jadik apa2 kat kami suma..tp alhamdulillah..turun dgn jayanya..smp bawah dlm pukul 8.30 malam tp experience sepanjang nak turun tu mmg takut...huhuhuh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 01:17 AM | Show all posts
aku dok perak, taiping. umah parents aku. dah lama sejak kecik. ada la kejadian jumpa makhluk hitam dok sebelah aku usya aku tido kekeke.demam terus!

nnt la aku cita. dah ngantok lak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 10:51 AM | Show all posts
Reply 388# tmx_elmo

sama la kita..org taiping jugak..dari kecik sampai dah besar gedabak ni still duk kat taiping lagi.. tapi setakat ni xde la pulak pengalaman misteri tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2011 01:20 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua.sy ade saudara di bagan datoh. dgr cite dari pekan bagan datoh hingga ke simpa ...
m_yusry25 Post at 23-9-2011 03:14



    walaikumusalam... sekarang masih di perak??
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 01:21 PM | Show all posts
aku dok perak, taiping. umah parents aku. dah lama sejak kecik. ada la kejadian jumpa makhluk hitam  ...
tmx_elmo Post at 21-10-2011 01:17



    tepeng kat ner?? bandar warisan kan.. haruslah 'lembaga' pun masih berwaris..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 01:24 PM | Show all posts
husband saya marga rangkuti
cik_Sally Post at 15-10-2011 18:39



    eyhhh uolss orang perak ker???
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 01:31 PM | Show all posts
Salam.. TT, aku tumpang citer yer.. Akhirnye..baru aku abis merempit thread nieh!

Sebelum tu,  ...
homie Post at 14-10-2011 21:57



    jalan gi lumut nih jalan baru ker jalan lama?? sekarang kan jalan dah lurus cantik cuma banyak trafik light jer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 11:33 PM | Show all posts
Reply 391# bbalik


    aku kat tepeng betul la. bandar dia. bukan sipi2 hehe. dari hiway pon dekat. kamunting buleh, changkat jering leh. skang dok kat penang. kerja. sekali sekala aku balik tepeng jenguk parents aku. owh esok pon  nak balik gak. yeay!! leh makan sedap2 mak masak

err cita hantu hitam malaun dok usha aku tu, nnt aku cita. nak mandi jap. baru balik keja
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 06:48 PM | Show all posts
Reply 393# bbalik


    Jalan lama.. ni dalam tahun 2004 rasanye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 12:50 AM | Show all posts
eyhhh uolss orang perak ker???
bbalik Post at 21-10-2011 13:24


yuppsssssss....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 07:55 AM | Show all posts
Reply  bbalik


    aku kat tepeng betul la. bandar dia. bukan sipi2 hehe. dari hiway pon dekat. ...
tmx_elmo Post at 21-10-2011 23:33



    asam kumbang kah??? aulong kah???

nanti sembag2 ko cite pasal lembaga tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 06:45 AM | Show all posts
assalamualaikum dan salam sejahtera. aku tertarik dengan post tentang BETING BERAS BASAH. aku nak share sikit dekat korang semua pengalaman aku sendiri memijak bumi tuhan yang digelar BERAS BETING BASAH.

bismillah hirrahman nirrahim.

aku dan keluarga aku pernah menetap di Bagan Datoh, Kampung Sungai Balai Baroh. masa aku berpindah ke kampung tu dalam umur setahun dua. aku dilahirkan di Klang dan parents aku bekerja di klang pada masa tu. aku pon tak tahu kenape ayah aku pindah balik ke tempat lahir nya, yang aku pasti keturunan ayah aku memang berasal dari Kampung Sungai Balai Baroh. banyak misteri sewaktu aku membesar di sana. ayah aku adalah seorang penjawat awam, tapi lebih suka untuk menyibukkan diri dengan kerja2 kampung seperti mencari koko, mencari kelapa dan pergi ke laut untuk menangkap kepah atau aktiviti menjala di laut.

kampung aku banyak menyimpan 1001 misteri, kerana dikampung itu macam2 cerita pernah aku dengar dari mulut ayah aku dan saudara2 terdekat. seperti tarian tradisi gambus yang mempunyai ilmu kebal, baroh (empangan/kunci air, orang kampung panggil baroh), gangguan makhluk halus, misteri menjerat burung wak-wak dan lain-lain. rumah aku dekat dengan artis veteran yang terkenal, tak lain tak bukan M. Daud Kilau, selang berapa rumah sahaja.

ayah, abang, akak dan aku selalu menemani ayah untuk ke baroh menjala udang. aku masih kecil waktu tu, dalam umur 9tahun. kalau korang nak tahu, dekat baroh ni, ade la orang2 kampung yang menjadi nelayan yang selalu turun ke laut. baroh aku antara baroh yang terdekat untuk ke BETING. ayah aku sering kali menasihati aku agar jangan mulut celupar di kawasan baroh ni, sebab ayah aku selalu bercerita di kawasan baroh ni memang keras. ayah aku kata ada perkampungan bunian di situ. pernah satu kali aku dan ayah aku yang sedang membaiki sampan di tepi baroh tu, hanya ayah dan aku sahaja disitu pada waktu berkenaan. sedang sibuk ayah aku buat kerjanya sambil aku sedang duduk membaca buku, ayah aku berhenti buat kerja secara tiba2 dengan muka semacam. aku tak sedap hati, mungkin ayah dapat mengesan benda yang tidak baik akan berlaku. lagi2, aku masih budak kecil yang comel, mungkin ayah aku takut aku disorokkan, segera ayah aku cabut lari membawa aku ke atas motor dan terus memecut balik rumah. pucat lesi. ditanya kenapa, ayah aku cakap terdengar bunyi2 halus yang menaikkan bulu roma nya. aku diam. takut. lagipon, opah aku pernah berkata ayah aku pernah berkomunikasi dengan makhlus halus di baroh. makhlus halus? aku tak dapat kepastian ini kerana ayah aku membisu tak mahu bercerita tentang itu.

ok, sambung kepada cerita BETING. satu hari itu, masa ayah aku baru membeli sebuah sampan baru. ayah sangat seronok kerana cakap beliau, "boleh la ayah bawa kamu semua pegi BETING nanti", aku tertanya2, apakah itu beting? port memancing ke? so esoknya ayah, abang, akak dan aku diajak ayah ke BETING untuk mengutip kepah dan kerang. masa tu, ayah baru sahaja menyiapkan pendayung yang dibuat sendiri dengan menggunakan pokok jambu yang ditebang dan dikikir sendiri oleh ayah aku. pagi tu kami berempat pergi ke baroh. ayah dan abang menaiki motor, aku dan akak terpaksa mengayuh basikal untuk ke baroh. perjalanan ke baroh mengambil masa dalam 5minit untuk sampai. dengan mengayuh basikal dengan akak aku, kami terpaksa melalui kawasan perkuburan islam, seram jugak sebab aku dan akak aku sahaja yang ada. kami pon melalui tanah merah tu sehingga kami sampai ke baroh, kami lihat motor ayah. lega. tapi kami mencari ayah dan abang, tak jumpa. rupanya, mereka dibawah kunci air tu di dalam sampan, sedang membuat persiapan. huh. risau jugak tadi cari mereka takde.

ok, sebelum aku dan akak menaiki sampan, ayah membaca bismillah dan surah2 apa aku tak pasti. tapi mulutnya terkumat kamit. selesai membaca doa, ayah mengajak aku dan akak masuk ke dalam sampan.

"eh, jangan dibawa sekali selipar tu, tinggalkan, mulut celupar pon jangan dibawak sekali, tinggalkan", kata ayahku.

aku fikir, mungkin ini adalah adat atau tradisi? tapi ayah aku tenang. ok, siap. kami dah masuk ke dalam sampan. dengan kudrat ayah, sampan itu meluncur di dalam air dengan perlahan. sebelum memasuki sungai perak, aku dah nampak luas nya laut seperti tiada penghujung, cuma nampak ada sebuah pulau, Pulau Sembilan. ok, ayah terus mendayung sampan. sambil mendayung, aku mencari dimana Beting tu? lepas tu susup sayup aku nampak sebuah bendera yang diikat pada sebatang buluh yang tercacak. cantik bendera tu. ada banyak warna. aku tanya ayah, tu bendera apa ayah? ayah senyum dan berkata, "tu la dia beting. tempat yang kita nak pergi tu".

ok. sudah hampir dengan beting. waktu tu air pasang. ayah ambil sebatang kayu bakau dalam sampan dan cucuk kan ke laut, untuk tengok tahap kedalaman air di tempat tu. lepas tu, ayah jatuhkan sauh. aku nampak ada dalam luas 20meter je perimeter Beting tu. kami turun dari sampan tu. air takat dada aku. tapi aku lihat pada ayah, takat nya sampai ke peha je. aku tanya ayah, kenapa tak letak je sampan dekat dengan tebing?

"tak boleh, sini air pasang surut nya lain adik, cepat pasang dan cepat surut" kata ayah aku sambil tersenyum.

"abang, jangan lupa jaga sampan, jangan sampai sampan naik darat, kalau tak nanti padah", ayah aku bertegas.

abang hanya mengangguk, akur. aku pon berjalan la atas Beting tu. permukaan Beting ni nak kata macam pasir, tak jugak. macam tanah tak jugak. antara pasir dengan tanah la agaknya (waktu tu aku tak tau nama tempat ni Beting Beras Basah, antara tempat yang misteri dan bersejarah). aku lihat banyak kepah bertaburan kat atas Beting ni. banyak! abang aku lempar satu guni ke arah aku. aku tanya, nak buat apa? abang aku kata, kutip sampai penuh. lepas tu aku pon jerit, yeah, nanti adik nak kutip sampai penuh, sampai habis kepah kat sini! opps, TER-CABUL! ayah menjeling kat arah aku. aku diam. takut. terus aku kutip kepah, diam membisu.

aku nampak ada sebuah sampan juga tak jauh dari aku. seorang pakcik sedang mengutip kepah juga macam kami. sambil kutip kepah kat Beting, aku lihat kiri kanan, tak jauh dari beting, ada daratan. mungkin tu la jalan darat nak ke beting yang ayah pernah cerita kat aku haritu. seram. nampak macam semacam. tak tau macam mane nak cakap, tapi memang aku memang dapat rasa ada bad feeling kat tempat tu. ayah aku pernah cerita, dia pernah pergi beting dengan kawan2 ikut jalan darat. ayah kata kene lalu sikit pokok paya bakau. aku terfikir, berani betul. antara beting dan jalan darat tu ada lah dalam 150m. antara beting dan jalan darat tu, ayah aku kata ada selut. kat situ la tempat orang kutip kepah. tapi ayah pernah cakap, situ ada selut jerlus, so jangan main-main, silap langkah, undang padah.

kami syok sangat dapat kutip kepah. aku punye guni beras yang sekampit tu dah penuh, abang dah satu guni kelapa. akak pon sama. ayah lagi banyak guni. memang best sangat. masa tu, pakcik yang sedang kutip kepah tu dah nak beransur, sempat senyum dekat aku. sayup2 aku nampak sampan pakcik tu berlalu pergi. aku nampak abang sedang tarik sampan tu ke kawasan yg dalam sikit. sebab waktu tu air dah mula surut. masa tu baru nampak luas sikit beting ni. ayah dah jauh dekat sana, dekat kawasan tempat kerang. ayah tak bagi kami pergi, sebab ada pasir jerlus dekat situ. dah terasa panas terik matahari naik ni. aku rasa waktu tu mungkin dalam pukul 11 pagi. aku nampak abang terbaring letih, akak pula duduk dekat bawah bendera yang ada bendera beting tu, penat. tiba2 ayah aku menjerit kuat, tapi tidak berapa jelas.

"abang! sampan tu! kenapa tak jaga! kenapa biarkan sampan tersadai atas beting! macam mana nak balik!" ayah menjerit sambil marah2 dekat abang.

muka ayah pucat. terus berlari ke sampan diikuti abang aku. aku lihat saja. aku takut sebab ayah cakap macam mana kita nak balik, macam aku rasa kami dah tersadai dekat sini sampai tak boleh balik? aku nampak ayah dan abang cuba menolak sampan ke arah permukaan air. agak jauh jarak antara sampan tu dengan permukaan air. yang aku hairan, semakin cepat air tu surut. laju meninggalkan kami. ayah terduduk, lesu kepenatan menolak sampan ke permukaan air. ayah mula berfikiran buruk, lalu ayah menceritakan tentang kejadian orang yang mati di situ sebab lalai macam kami, dan sewaktu air pasang, mereka tidak sempat nak ke sampan. air pasang terjadi sungguh pantas. jadi mereka pon mati lemas di situ.

aku cuak. takut kami ditimpa nasib malang seperti mereka. lagipon disekitar beting banyak benda2 halus, jin belaan dan seumpamanya menghuni di Beting. orang kampung aku kata, ada seekor buaya tembaga yang menjaga di sekitar beting. abang aku pernah terserempak buaya tembaga tersebut semasa memancing ikan sembilang dengan ayah di kawasan sekitar beting pada waktu malam. abang aku demam 3 hari sebab terkejut melihat buaya tembaga berwarna putih yang amat besar. tu sebab malam tu abang aku ter-celupar. itu agaknya penunggu itu marah lalu menampakkan dirinya. ada juga desas desus yang orang kampung kami terserempak. wallahualam.

tapi setelah hampir beberapa jam menunggu air pasang penuh debar dengan panas terik, lepas tu aku cakap kat ayah, kenapa tak lalu ikut jalan darat? ayah suruh aku diam. tak tau kenapa? tiba2 dengar bunyi macam deru air yg sgt laju dan kuat, kami nampak yang air dah naik pasang. memang laju sangat air tu nai pasang. ayah dukung aku ke arah sampan, kami semua sempat naik dan ayah sempat mengemudi sampan tu agar tak hilang arah. alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke rumah. balik2, semua terbaring keletihan, malam tu abang aku tak dapat tido sebab ada benda kacau dia.

lepas kejadian tu, kami tetap pergi ke Beting dua tiga kali. sampai la sampan ayah hilang, kami dah stop aktiviti ke laut. so tu je yang aku nak ceritakan pasal Beting Beras Basah ni. ada lg benda2 aneh yang aku jumpa, tapi mungkin korang rasa bosan sebab panjang sangat yang aku tulis. tapi waspada la kalau nak pegi ke Beting tu. sekian, terima kasih. assalam
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 08:48 AM | Show all posts
Good one muka_bulu, sila teruskan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 01:33 PM | Show all posts
thanks azredclaw66. rasanya cerita sy panjang sgt & tak berapa menarik.

banyak lagi yg sy nak share, tapi siapa yang pernah membaca karya tersohor kisah seram oleh Tamar Jalis (siri bercakap dengan jin), anda boleh tahu, betapa misterinya negeri Perak ini yang menyimpan 1001 misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 05:12 PM | Show all posts
nk mencelah gak..ayah saya asal perak..lahir kat bagan dato dan dibesarkan di pangkor sana..teringin gak nak tau pasal asal usul keturunan tapi ayah pun takde nk cite panjang..kadang2 rasa tak puas hati je.  kalau dari segi name tu ada 'raja'...
bila orang tanye raja mane..aku pun jawab raja kappoooorrr...heheh..sbb tak tau nak cite macammane
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 03:21 PM | Show all posts
pasal ikan tapah tu... masuk aku.. bukan ke pak kaduk tu orang mandhailing ke?? aku ingat dia pun or ...
eazzad Post at 5-6-2011 21:20


salam sumer... aku org tapah... masa ayah aku kerja ngan jba kat ulu selangor ayah aku pernah satu petang balik ke rumah bawak ikan tapah...ayah aku pikul ikan tapah tu dari belakang macam scott`s emulsion nyer logo tu... ekor dier sapu jalan...so korang boleh bayang besar dier macamana kan..??? family aku mmg kaki berikan... tapi ikan tu dapat kat sg.bernam...


citer pasal ikan tapah ni ada opah ngan ayah aku citer dulu tapi dah lupa...dier mcm ada kaitan ngan sumpahan 1 keturunan di perak sebab tu xleh makan ikan tu... even kalau yg x tahan xleh masuk kawasan tapah langsung... betul ke tak wallahuaklam... so far aku dah lama tak makan ikan tapah ni... goreng garing2 mmg marvelous...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 04:20 PM | Show all posts
org Peghak...belah mak susurnya Bugis, Pagar Ruyung...belah ayah susurnya Pattani, Yala...duanya ada kaitan sedara...arwah mak, ayah pandai ngubat sebab tok belah ayah tok guru agama...ayah pandai buat air selusuh, rayan, penerang hati...ubat campak, pelentung, panau, kayap apa shj penyakit kulit...pandai KETIKA (tilik barang kalau hilang)...pandai buat pendinding @ memagar rumah...dll arwah mak pandai ubat org sakit gigi, kena gigit benda bisa...dll..anakberanakcucu semua tak reti..hehehe...tak diperturun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.119858 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list