CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Aku, Dia dan Kilah - (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 17-6-2011 11:10 AM | Show all posts
Mood menaipku menjadi bekuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2011 11:11 AM | Show all posts
Napalah agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:28 AM | Show all posts
la napa gitulak blings
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 12:02 PM | Show all posts
blinggg... takan hang tengok muka pak arab hensem terus hang jadi bekuuuu... pasai pa jadi lagu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 12:10 PM | Show all posts
As salam blings... best... bila lah shima nak bali nie... kesian si Kilah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 12:27 PM | Show all posts
Reply 381# cmf_blingblings


    Blings, Ais di Kutub Utara dah pun mencair
    kenapa pula tiba-tiba U pula membeku
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2011 01:29 PM | Show all posts
itulah sebab bermain dengan emosi sendiri....cerita ni hanya ada lam kepala..belum tulis..taip bila nak menaip...masalahnya sy dah cuba nak kaitkan Kilah dengan Zali tp tetap berbalik ke plot cerita asal yg dah terpahat .....

finally ada juga karya saya yang akan membuatkan ramai org nangis atau org terus tak nak baca...ending???
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 01:35 PM | Show all posts
Reply 387# cmf_blingblings


blinggg... walau mengalir air mata darah ke air hidung ke... tetap peminat hang akan baca jugak... tak pe la sesekali wat ending lain sket... tak dak hal punya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2011 01:43 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


blinggg... walau mengalir air mata darah ke air hidung ke... tetap pemi ...
asyriqa Post at 17-6-2011 13:35
maslahny aku ni kuat emo, bila aku tulis selalu dengan perasaan, bengkak aja mata aku dok mikio kisah ni, itu aku lom taip lagi...kdg2 aku terfikir2 macam aku ni tak normal...novel aja yg aku tulis tapi aku pulak yang kena tempias
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 01:44 PM | Show all posts
terbawa-bawa pulak cerita aku dengan lagu Alyah yg terbaru tu...sejibik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 02:45 PM | Show all posts
gagah sambung!
-----------------------

“Panjangnya list ni” mataku merenung kertas kajang bertulis tangan kemas dan cantik tulisannya.

“Hmm, napapun nak meniaga kenalah beli banyak-banyak nanti tak cukup susah, beli kat tempat lain mahal” Kilah di sebelahku kelihatan yakin pagi itu. Selepas Subuh kami sudah bertolak ke pekan Kulim. Menurut Kilah barang-barang mentah di pasar besar itu jauh lebih murah dan segar dari barangan yang dibawa masuk ke kampung.  

“Nak simpan mana barang-barang ni semua?”

“Dalam peti sejuk Abang Halim, dia bagi kunci”

“Banyak ni Kilah, boleh habis ke?”

“Itulah abang, beras hari-hari Kilah masak sepuluh kilo tau”

“Seminggu kira banyaklah ni, mana nak muat kereta abang ni”

“Tak muat kita minta dia orang hantarlah, kita ambil yang penting-penting dulu”

“Mahu ke dia orang hantar, jauh tu”

“Negatif sungguh abang ni, selalu depa hantar bila abang Halim pesan”

“Boleh habis ke semua?”

“Boleh, don’t worry”

“Kilah ni pulun sangat-sangat nak buat apa?”

“Cari duitlah, lepas ni Kilah nak sambung belajar, siapa nak bayar duit yuran. Mak dan ayah dah tak larat nak kerja dah”

“Kakak awaklah, sekarang awak berkorban untuk dia, esok lusa dia balik dia pulak yang tanggung perbelanjaan awak Cik Kilah oi” dia diam, aku kuit lengannya bila dia hanya memandang ke tingkap.

“Asyik nak sentap aja, macam mana nak maju?” sengaja menyakatnya. Dia tersenyum, manis sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 02:48 PM | Show all posts
Walaupun dalam hati mula rimas dengan barangan basah dari pasar yang mula menyesakkan kereta dan hidungku tapi hati jadi seronok melihat Kilah yang dari tadi tak habis-habis dengan gebangnya. Pandai sekali dia menawar harga barang-barang yang dibeli. Pukul sembilan kami sudah bertolak pulang. Aku bantunya mengangkut barang-barangnya masuk ke kedai.

“Lah, dia suruh Zali rupanya!” aku terkejut mendengar suara Mak Su yang muncul dari bahagian dapur kedai itu.

“Tak apa, tolong kerana Allah” luahku selepas menyusun bungkusan beras di rak belakang.

“Bohong, tolong ada makna!” Kilah menjerit kuat. Saja aja nak cari pasal, nak malukan aku lagi. Senyuman Mak Su tertahan-tahan.

“Apa dia Mak Su?” aku mengangkat kening, pura-pura tak faham.

“Hmm, Mak Su ni tak mau kata apa, terima ajalah dengan hati yang lapang, ingat senang nak dapat menantu orang Kolo Lompo?”

“Aminnn” aku tersengih.

“Insyaallah anak ai” bahuku ditepuk-tepuk manja. Aku jadi teringat pada emak.

“Ha, potong gaji baru tau! Mengular!” Kilah bercekak pinggang.

“Eleh! Perasan baru jadi tokey cabuk dah nak berlagak” aku cuba mengawangnya tapi dia lari pantas keluar menuju ke kereta.

“Jangan!” dia menjerit kuat. Terlambat, aku tarik sanggul kontot di dalam tudungnya.

“Mak, tengok ni!” kuat dia menjerit.

“Hang pun satu” nampaknya aku sudah ada pengaruh.

“Busuk ahh, pi mandi bau ikan” tanganku yang basah aku relas-relas ke bahunya.

“Abang jahat!” Pang! Pang! Pang! Lenganku ditampar-tampar.

“Kilah, hai! Pompuan apa ni, eloklah orang tengok. Kasag gedegag!” lama aku dengar istilah itu. Aku masuk semula ke kedai, duduk sebentar. Mak Su duduk di sebelahku melepas lelah. Penat agaknya membantu di dapur pagi itu.

“Siapalah nak kahwin dengan anak bertuah Mak Su ni” rungutnya perlahan. Aku diam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 03:01 PM | Show all posts
“Siapalah nak kahwin dengan anak bertuah Mak Su ni” rungutnya perlahan.

Sapa la lagik... mesti la cekgu nazali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 03:24 PM | Show all posts
“Syimah dah nak balik, Mak Su rasa lapang sangat” gumamnya perlahan, kami berpandangan.

“Mak Su terimakah Zali ni?”

“Tanya buat apa lagi? Mak Su bersyukur banyak-banyak pada Tuhan dapat menantu baik-baik macam hang ni”

“Tak tahulah baik ke tidak tapi insyaallah saya akan cuba perbaiki mana yang tak elok”

“Mak bapa hang kata apa?”

“Ok aja” senyuman sudah terukir di wajahku.

“Alhamdulillah, tak sangka jodoh tu ada juga, lama kita tak jumpa”

“Banyak benda lagi yang nak bincang bila dia balik, belum tentu lagi” keluhku sedikit perlahan, risau meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Mak Su tak risau si kakak tu, risau yang adik ni. Dia lain dari kakak dia, rupa paras, perangai, semuanya lain”

“Nak risau apa Mak Su, bersyukurlah dapat anak perempuan yang berani macam dia, Zali ada, Zali akan jaga dia. Mak Su jangan risau”

“Risaulah bila ada anak dara besar-besar ni, ke hulu ke hilir cari duit, orang mengata tapi orang tak tahu dia macam mana. Takut lama-lama orang bawa mulut yang tak tak elok, Pak Su pula dah terlantar macam tu. Kalau tak ada dia susahlah kami dua laki bini”

“Jangan fikir sangatlah pasal dia, dia muda lagi, tengah bersemangat nak kumpul duit. Biarlah, mana tahu ini rezeki dia, berniaga sendiripun boleh jadi kaya raya Mak Su, kami ni makan gaji aja. Kita doakanlah biar berjodoh dengan orang baik-baik”

“Mak Su ni bukan banyak duit, ada tanah kampung tu lah sikit, takutlah kalau umur kami tak panjang, siapalah yang nak jaga dia, nak harap kakak dia. Macam yang orang selalu kata, keluar seperut tapi perangai tak sama”

“Syimah tentu akan jaga adik dia Mak Su, Zali kenal sangat Syimah tu”

“Dah lama kita tak jumpa dia, tak sabar rasanya nak tengok anak” kalau Mak Su tak sabar aku sendiri apa kurang, rindu makin menggunung.

“Saja nak tanya Mak Su, Kilah dengan Syimah memang dua beradik kandungkah?” Mak Su ketawa besar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 03:24 PM | Show all posts
cayalah ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 04:03 PM | Show all posts
Pagi itu aku sudah bersiap-siap untuk keluar, ada ketukan agak kuat di pintu depan.

“Eh! Cikgu, lawa-lawa nak ke mana?” sapaku bila melihat Cikgu Kesuma di depan pintu.

“Saya nak cari makanan, malaslah pulak nak masak. Boleh cikgu tapau untuk saya?” Cikgu Kesuma nampak tak bermaya sahaya. Kepala ditutup dengan tuala mandi.

“Lambat lagilah kalau nak tunggu saya, jomlah ikut sekali”

“Tak lambat ke, nak tunggu saya siap?”

“Pakai macam ni sudahlah, cuma tukar tudung kepala” aku tersengih. Anak matanya yang besar dijungkit ke atas merenung anak rambutnya yang berjuntaian.

“Bagi saya lima minit” dia berlari balik. Aku masuk kembali ke dalam rumah mengambil kunci kereta.

Tenang saja hari itu, lusa sekolah akan dibuka semula. Tak sangka Cikgu Kesuma juga tidak pulang ke kampungnya.

“Cikgu nampak sibuk sungguh sehari dua ni, saya baru nak cari kereta dah hilang” Cikgu Kesuma yang ramah mula mengomel.

“Saya tolong adik ipar meniaga, sementara cuti”

“Baiknya, nak juga tengok bakal isteri tu. Tengok adik dia dah comel kakaknya mestilah lagi cantik”

“Biasa ja, nak balik dah, bulan depan”

“Wah! Makan kendurilah, rezeki” ceria Cikgu Kesuma.

“Kenduri tu tak tahu lagi, kena tengok dia punya rancangan macam mana, nak kerja, banyak juga tanggungjawab dia. Saya ok aja, relax dulu, enjoy masa bujang puas-puas. Awak dengan tunang macam mana? Jadi ke nak kenduri tahun depan?”

“Kami dah putus, dia dah nikah bulan enam hari tu”

“Apa? Kenapa pula, apa masalah?”

“Bercinta jarak jauh ni susah cikgu, tak tahulah, dia tak cukup sabar. Saya redha aja” terdiam lama aku mendengar cerita Cikgu Kesuma. Itu kisahnya, nasib aku tak tahulah pula bagaimana. Harap-harap berbeza dan lebih indah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 04:23 PM | Show all posts
aiyooo..cikgu kesuma dh putus tunang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 04:58 PM | Show all posts
ish! nak gi kedai ke...
mesti KILLAH x de mood...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 05:20 PM | Show all posts
aiyooohhh....cikgi kesuma sudeyy putus tunang... ada harapan ler cuba nasib kat cikgu zali...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 05:51 PM | Show all posts
kacau daun betul cikgu kesuma ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.768697 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list