CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DumBell

(koleksi dari pengalaman sebenar)Rezeki

[Copy link]
Post time 26-2-2015 03:32 PM | Show all posts
DumBell replied at 25-2-2015 06:19 PM
terimakasih kembali tuan...maaf dbell lama xon9..

ni dah on9 jom la sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2015 06:04 PM | Show all posts
Edited by DumBell at 16-4-2015 09:07 PM

sambungan kisah Minyak mati Bunuh

bahagian ii....


kisah tentang itu dan minyak itu dirahsiakan pada org kampung,hanya kami sahaja yg tahu,takut2 timbul fitnah dan cerita yg bukan-bukan(karut)..
masa berlalu terlalu pantas dan perkara itu seakan makin dilupakan mereka,
hari berganti minggu,minggu bersilih bulan,bulan berganti tahun..keadaan kampung tenang dan damai,tiada apa yg lebih mendamaikan kecuali politik yg memisahkn mereka pada waktu itu,sejak datuk sri wan(bukan nama sebenar) di buang dari politik dan ditangkap,pergaduhan dan sifat benci membenci sesama rakan yg berbeda fahaman tercetus,ada yg sanggup meludah muka,tidak bertegur sapa,ada yg sanggup bergaduh.mungkin ada hikmahnya.hai dunia..engkaulah saksi hamparan pada zaman masyar nanti,perbaikilah amalan kami Ya rabbul Alamin..
rakan ku ajad mengajak ku ke hutan dihujung kampung mencari hasil hutan,aku bersetuju kerna aku pingin sekali belajar tentang herba,pokok-pokok dan jenis yg boleh dibuat ubat dari nya..

keesokan harinya kami ke hutan dihujung kampung ,di sebelah barat..
pelbagai jenis pokok kami jumpa,dari jenis renek hingga ke jenis balak,hampir penuh memori kad otak aku,mujur tak  ' hang ' ,beg galas ku sarat dengan akar dan batang pokok herba,antaranya tongkat ali,teja baldu,tebu gajah.sedang aku menahan bahu dan pinggang yg agak sengal dan sakit ,tiba-tiba sahabat ku ajad meniarap dan seakan melihat sesuatu dihadapannya,aku cepat-cepat respon dengan tindakannya dan meniarap.
aku merangkak perlahan-lahan kearahnya,"apa yg kau nampak jad?"kata ku perlahan dan teratur sambil mengawal pernafasan.."tak de apa,cuma ni jeha..cedawan susu harimau ni ha"katanya perlahan.."huh..aku ingatkan ape tadi,hantu betul aok ni.."aku bingkas bangun dan mencangkung sambil menyekeh kepala ajad
ajad tersengih kera sambil menunjukkan aku rupa dan bentuk cendawan harimau pada ku..rupanya memang berbelang tetapi kecoklatan..mcm kering tak menarik dan tiada ciri perubatan pada mata ku,"huh..ni lah cendawan susu harimau...susu dia ada kt pangkal dia.."kata ajad sambil dia mengorek tanah gambut itu..aku hanya melihat perlakuan dia..rupanya cendawan ini ada umbinya agak besar juga,anggaran sebesar sebiji kentang umbisinya.."haa..ni lah ubat kanser yg paling mujarab"kata ajad..aku mengganguk seperti tahu akan khasiatnya..
banyak juga aku pelajari darinya..mcm bawang hutan(buah kulim) dan lain-lain..

"aduh..merengasnya badan,pedih,gatal" kataku pada ajad.."laa..aok gi patohkan dahan pokok telinga gajoh tu apa hal..beracun pokok tu.." kata ajad.."moh kita balik'"sambungnya lagi
kami bergegas keluar hutan,penat memikul hilang dek kerana bisa pokok itu..sesampai di rumah ajad..
ajad membawaku ke belakang rumahnya.."haa ,,aok gi mintak maaf kat bawoh pokok putat tu,cakap mintak maaf putat,aku langgornye telinga gajoh,aku mintak pulih dari bisanya"kata ajad seakan mempermainkan aku,tergerak hati aku untuk tidak mendengar nasihat dan pandangan ajad dan pergi klinik desa sahaja,tapi kerana rengsanya gatal bisa pokok itu,aku ikutkan kata ajad.."minta maaf putat,aku langgar telinga gajah,aku mintak pulih dari bisanya"..kata ku dan berundur ke arah ajad,tapi keanehan berlaku,rengsa gatal beransur hilang,kulit badan ku yg membengkak surut sedikit demi sedikit,hanya tinggal kesan garuan kuku ku sahaja..aku duduk di pangkin bawah rumahnya dengan melengging(tanpa baju).

selepas hilang rasa rengsa dan gatal , aku balik kerumah dengan pesanan dari ajad agar aku segera mandi..malam itu sedang aku menjamah nasi,mat memanggil ku..."ah,,ooo ahh..assalamualaikum.."
"waalaikumsalam..nak apa mat?,aku baru jamah nasik ,,adoii laa..moh le naik makan sekali"ajak ku pada mat,,"tak pe lah ah,aku duduk temankn ko makan je,aku baru lepas makan"kata mat
sambil aku menjamu selera,mat membuka khabar yg seakan perlu segera diceritakan pada ku.."ah..pak halim B tenat..dah 1 bulan terlantar kat rumah,bini dia kata ,malam je mesti seperiuk nasi dan lauk habis dimakannya,tak kira basi atau tidak,tapi waktu siang dia terlantar tak boleh bangun"..kata mat perlahan..
tersedak aku mendengar cerita dari mat,aku menyegerakan makanku.."aok biar betul mat?"kata ku menjeling padanya sambil aku membasuh tangan.."betul ah,aku tok tipu,ni aku datang ni tok empat ngajok ke rumah dia baca yasin..kata mat penuh penjelasan.aku mengangguk setuju mengikut mat ke rumah pak halim B..

sesampainya kami,org kampung sudah memenuhi ruang tamu rumahnya..dan bacaan yassin baru hendak bermula.."puii..pergi ko bodoh!!!,pergi koo!!!korang semua jangan baca tu kat rumah aku!!!..aku tak nak dengar!!!hahahaha...tok empat bodoh ni memang bodoh!!!ajak org kampung kenapa?..balikk!!!"pekik pak halim B pada jemaah yg datang..aku dan mat terperanjat..dan seolah-olah kami tiada daya untuk melawan..akhirnya kami bersurai dan tidak meneruskan bacaan yasin..kami balik dengan seribu persoalan didalam benak..kenapa pak halim B jadi sebegitu rupa?..iskh..iskh..

bersambung


keesokan malamnya kami datang lagi,tapi kali ini tok man botak bersama kami...bila tok man melangkah naik sahaja di muka kelawang..kedengaran jeritan dari pak halim B.."berambus kau!!!!sialan kamu!!!balikk!!!"..kata pak halim dengan mata terjegil merah..tok man berdiri di muka kelawang dengan mulut terkamit manteranya.."puh!!!"sembur tok man,dengan tak semena-mena pak halim rebah menggelupur dan kaku..
kami bergegas masuk bila disuruh masuk oleh tok man,"hah yg lain teruskn bacaan yasin dan bertahlil,aku nak pegang dia ni,nak pasung dulu,memana budak nak tolong bantu silakn dekat ngan tok man,pegang kaki dan tekan dadanya.."pinta tok man,aku ,mat ajad dan lain2 dengan suka rela membantu..bermula bacaan yasin,belum sempat tok man nak mengikat pak halim B,pak halim B bangun,habis terpelanting kami di buatnya,sakit kepala dan siku aku menahan hentakan ke dinding rumah..sekali lagi pak halim B mengamuk dan menjerit.."teruskn bacaan..jangan berhenti!!!"tegas tok man membuka langkah bersedia dengan apa-apa musibah yg datang.."puh!!! nyah kau syaitannn!!! sembur tok man dengan menekap kepala pak halim dengan tangkas.."kemari awok semua!!tolong tok man!!" ujar tok man seakan kegelisahan sesuatu,kami menerpa membantu dan pak halim B dapat diikat ,"aduih..nak terkehel pinggang koi,sib baik awok seme cepat,"kata tok man tersenyum sambil memegang pinggangnya seakan dlm kesakitan,

aku melihat dilengan dan tapak tangan,ada lendiran kekuningan seperti kuning telur dan baunya busuk,hampir termuntah kami berenam..rupanya nanah berbaur darah..belakang badan pak halim B sebenarnya sudah membusuk,tilam baringannya pun sudah terkesan hitam dan berulat..serta merta semerbak busuknya memenuhi ruang rumah..ada yg tak tahan termuntah di birai tingkap..kami menahan hidung dgn kembang kempisnya.."iskh tak tahan..aku melompat keluar mencari paip air di luar,berlari aku untuk membasuh kesan nanah tadi,baju ku tanggalkan dan ku basuh..
"haa aok gi balik bawak tukul mata kuku ea,, bawok la 2 kalau ade"kata tok man dari muka kelawang.."ye tok man..kata ku..aku berlari ke rumah dan mengambil tukul dan kembali ke rumah pak halim B,"aok panjat nanti tok man jolok dari dalam,yg mana yg nak dibuka atap ardec tu yeh"kata tok man pada aku dan mat,
kami mulai memanjat dan menunggu bunyi ketukan dari tok man.."tukk,tukk"bunyi ketukan dari bawah bumbung beratap ardec itu..mat terasa dikakinya hentakan itu,"kat sini ah,aok buka mata atas,koi bawah"kata mat dengang menunjukkan arah bunyi ketukan itu dikakinya
kami mula membuka atap ardec,bacaan yasin masih lagi diperdengarkan..dan bila kami menarik atap itu..satu jeritan kuat kami dengar,aku lihat ..mulut pak halim B melopong dan jeritan semakin perlahan dan hilang..kami diarah turun dari bumbung rumah untuk membantu yang lain.."halim B sudah lama meninggal,yg mengganggu mayatnya sekarang ini adalah belaannya",kata tok man..sedang kami beristifar,tiba2 bunyi dari benda jatuh dari lubang yg kami buka..
tok man melihat benda yg jatuh itu..dan mengambilnya,,"ohh..benda ini,,tak dibuangnya,,malah disimpan untuk diri sendiri"ujar tok man sambil menggengam sesuatu...

bersambung...anak menangis..nanti sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2015 09:08 PM | Show all posts
anak nangis,,nanti dbell sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lama bebenor tak masuk bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dumbell.. we want moreeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 05:23 PM | Show all posts
sambung....

urusan pengkebumian arwah halim B di uruskan pada malam itu juga...dan pagi itu tok man menunggu kami di ladang getah di hujung kampung.."haa..aok ade bawok barang yg tok pesan idok?.."kata tok man pada kami.."ade nih.."mat menghulurkan cuka getah,lebihan kain kapan,kacang hijau sanggai(goreng tanpa minyak) dan upih pinang...

aku lihat tok man lekas-lekas mencapai barang-barang tersebut..aku perhati lagi..dia meletakkan botol kecil itu di dalam cawan getah..dan menuang asid cuka getah di dalam cawan itu..apa yg kulihat dan dengar amat mengejutkan sekali..mcm merenjis air dlm minyak yg panas..asap berkepul2 seperti org membakar tiub basikal lama....tiba2..terdengar bunyi suara,mula2 seperti bunyi cerek air yg dah menggelegak masak..makin lama makin kuat disertai bunyi jeritan...aku melompat ke belakang mat dek kerana takut dan cemas..

setelah selesai..oleh kerana aku memejamkan mata memekakkn telinga..aku xtahu apa jadi semasa upacara itu..setelah bunyi itu hilang..tok man menyuruh kami membuat ancak perahu..untuk dihanyutkan di sungai jempol..sungai bercabang tiga..

semasa upacara menghanyut perahu tu aku tidak berkesempatan untuk melihat dengan mata kepala sendiri,kerana ada urusan lain,,,takut tu memang ada..huhuhu..

dan kisah pak halim B itu hilang ditelan arus massa bila orang tidak dan malas menyebutnya lagi...
moga kita dibawah lindunganNya..Ya Tuhan kami..Haramkan lah tubuh badan ibu bapa kami dari api neraka..
tempatkn lah mereka dlm golongan orang-orang mukmin dan solleh yg Kau redhai..Amin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2015 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh habis merempit
Harap2 tt update yer
Terima kasih sbb bg petua2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 10:13 AM | Show all posts
Lame bebenor nak nunggu abg Dumbell upload cite baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2015 10:23 PM | Show all posts
Nenek Tua Bawa Bungkusan....


petang itu..aku duk berceloteh bersama adik dan akak ku di rumahnya di ampang,macam-macam kami bualkan,dari isu hangat ke edisi kutuk dan gelak.tak sedar hari dah pun menjangkau malam...terasa pahit dan kelat di mulut,aku ke luar rumahnya,"krikk..krikkk.."bunyi gesekan lighter jenis cricketku yg berwarna putih itu..aku menyucuh sebatang rokok winston merah.."shimmmm..hurhhh.."ku tarik dan menghembus asap itu..nikmat rasanya..sambil mata aku sempat melirik ke arah anak saudaraku yg sedang bersembang dengan kawannya di luar pintu pagar..
tiba-tiba telinga aku berdesing..meremang dari hujung kepala sampai hujung kaki..aku beristifar.."Ya ALLAH..peliharalah kami dari sebarang ancaman.."bisik hatiku mendodoi jantung yg berdegup laju..


Sambil aku mencari ketenangan dari rasa tak sedap hati itu..aku terpandang seorang nenek tua berjalan terkekeh kekeh(jln slow terhincut2)..tak berkedip mata memandang nenek itu..sampai abu sulung rokok ku menjadi panjang tidak di ketis/ketik buang,memanar mata ku memandang kerna aku tidak memakai cermin mata rabun jauh ku..ku perhatikannya berjalan melintasi depan rumah kakak ku..dan aku beralah mata..ku sambung merokok kembali..dan azan isyak berkumandang,..ku percepatkan sedutan ku..dan aku melangkah masuk rumah.

semasa aku melangkah kaki pintu..fikiranku terlintas sesuatu..dahiku berkerut dan dahiku berpeluh memikirkannya.."aik?masa org tua tu lalu..akak(nama panggilan anak saudaraku) dan kawan dia xperasan ke?..sedap nyembang..takkan org tua tu berjalan terkekeh-kekeh mcm tu pun tak perasan..bukan berlari..mesti terbantut perbualan mereka..tp dia orang mcm xnampak..ahh..biar lah..mungkin anak2 muda skrg ni dah xde sifat hormat kut..anak moden.."pujuk hatiku lagi..dan aku melangkah masuk ke dalam rumah...

sedang aku duduk melayan anak sulung ku..aku terasa kebas di kepala..aku bingkas bangun dan meminta isteriku
buatkan air limau suam..isteriku terpinga2 dengan permintaan ku..sambil dia membuat air limau suam itu,dia tak henti bertanya kenapa dan kenapa..aku hanya mendiamkan diri keran kepala ku terasa sakit dan ada suara yg jelas sedang bercakap dan bercakaran sesama sendiri..setelah diberikannya air limau suam itu..aku menyuruhnya ke ruang tamu untuk menjaga anak ku..aku pula duduk didapur dengan mengenggam segelas air limau itu..

"bismillah hirrahman nirrahim"..dengan sedikit bacaan 3kul,aku azankan dlm hati..,ayatul kursi dan aku minum perlahan lahan..setelah habis separuh air itu..aku bacakan pula surah al fil dan ku hasibi minum itu dengan bacaan al fatihah dan surah quraisyh sebagai pedinding..

"alhamdulillah.."bunyi bising dan sakit kepala hilang.."kata ku berbisik perlahan..aku termenung..tak lama kemudian..kepalaku terasa pening dan loya..aku cepat2 ke sinki yg berada di depanku..aku bingkas bangun dari bersila.."bluekkk..errppp..bluekk.."aku muntak dan terkedu2 menunduk di sinki..
isteriku mcm tahu ada benda tak kena pada ku..dia cepat2 dari ruang tamu meluru ke arah ku.."kenapa babah?..kenapa ni?..kenapa muntah?..tanya isteriku.."xde pape ibu..babah minum air..tu je..cuba bawak mari gelas tu..isteri ku mengambil cawan itu dan memberi ku.."nah cuba bau.".kata ku padanya...
bau kemenyan la babah..isyhh..apa nihh?"isteri ku ketakutan..
aku tersengih gelakkn gelagat isteriku.."dah xde pape dah..dah ok.." kata ku padanya supaya tak perlu risaukn sangat..

kami kembali ke ruang tamu..akak ku pula bertanykan soalan serupa isteriku..aku cuma mampu tersenyum sambil memapah anakku ke riba.."xde pape la ateh..pening kepala sikit"kataku sambil mencubit pipi anak ku..
sedang kami asyik melayan cerita astro..tiba2 rakan anak saudaraku memanggil kami..."encik..encik..pak usu..ni haaa..akak pengsan.."lupa untuk aku nyatakan..pada masa aku minum air limau itu..anjing di sekitar kejiranan melolong tak tentu hala..seperti menangis dan melolong ketakutan...

aku bingkas bangun dari sofa dan bergegas ke luar..ku segera pangku anak saudaraku..aku tanya pada rakannya mcm mna cara dia jatuh..kepala dulu kah atau terduduk..dikatakan rakannya ..akak jatuh terduduk..dan dia sempat memaut...lega rasa hati ku..kerna bukan kepala yg jatuh ..kalau tidak boleh berlaku darah beku di kepala..
kami memapahnya ke dlm rumah..dengan kata sepakat dari kami..aku rakannya dan adikku pak usu membawa akak ke klinik 24jam berdekatan..sesampainya disana..akak diletakkan di ruang kecemasan..aku pula menunggu di luar..tak lama kemu dia adikku pak usu datang kepadaku dgn riak wajah yg kelihatannya takut..

"haa?..apa dia shu?..mcm mna keadaan dia?..tanyaku.."abg ah..jum masuk dlm dulu..doc nak cakap sikit..kata pak usu pada ku..aku mengekorinya dari belakang..
sesampai di ruang kecemasan..aku lihat..anak saudara ku..seperti menangis.."sakit..kebass..kaki tak leh gerak..mak abah..mintak ampun maaf..dengan nadanya yg sendu..aku tersenyum..aku biarkn dia dengan karenahnya itu.."encik..saya xpernah jumpa kes mcm ni lagi..dan ini bukan dlm bidang kami..boleh la encik bawa balik...kata doktor itu pada ku.."baik lah doc..tapi saya mintak biar dia pulih dari pening..lepas tu saya keluar.."minta ku pada doctor..doktor memberi ruang untuk akak rehat sebelum balik..

belum sempat dia bingkas..tiba-tiba akak naik berang..dan menggelupur.."Allahuakbar..allahuakhbar!!..adik ku bertakbir kerna tgnnya digenggam kemas oleh akak..rakannya hanya terpaku terkejut dan berdiri di sebalik tirai..aku biarkan pak usu ketakutan...."abg ah..tolongg..tolongg nihhh..pekik pak shu pada ku..
aku tergelak kecil melihat gelagatnya yg ketakutan.."haa..baru tau org histeria ni mcm mna..dah kena dpn muka..baru nak percaya..'bisik hatiku sambil tergelak kecil..

"bismillahirrahmannirahim.."..walya atatof..aku baca dlm hati dan aku memegang bahu akak.."aduhhh!!!sakittt..sakittt..bodohhh...sakittt.."kata akak.."aku teruskan bacaan 3kul dan bismillah 7..kemudian dia kembali pengsan.."shu dengan kawannya kakak..tolong azan meh..meh dok dekat ni..takyah kuat takpa..kataku pada mereka..mereka mengikut kata ku dan azan diperdengarkn ...aku segera bersyahadah dan membaca ayat pedinding surah qurasyh..tak lama itu anak saudaraku..bangun.."kenapa pak lang..kenapa kakak kt sini ni?..anak saudaraku sedikit cemas.."dahhh,,xde pape..jom balik...shu..gi bayar bil..kita nak balik ni..kata ku supaya pak shu cepatkn pembayaran..sebab aku rasa xsedap hati..kami balik ke rumah kakak ku..dan aku menyuruh isteriku mengemas barang apa yg patut..untuk balik ke rumah segera...


bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tunggu sambungannya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 10:52 AM | Show all posts
Best giler citer tt

Selain belajar petua, dapat gak koi belajar loghat pahang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 12:16 PM | Show all posts
juliesha replied at 23-8-2015 10:52 AM
Best giler citer tt

Selain belajar petua, dapat gak koi belajar loghat pahang

tq kak...koi idak le pandai,masih belajar lagi,ada ramai kt sini yg berilmu dan pandai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 12:38 PM | Show all posts
sambungan.....

Dalam kereta,akak buat hal lagi,tiba-tiba dia menangis nak balik..nak balik..tapi tak mahu balik ke bangi...
"sabar-sabar..nanti sampai bagi tahu ye"..kataku..aku singgah di rumahku dahulu untuk menghantar anak dan isteriku..sesudah itu aku memecut laju pergi ke rumah kakak ku yg sulong pula...
bila sampai di rumahnya,aku biarkan akak duduk didalam kereta..abg ipar aku bergegas dan bersiap.."jom kita ke rumah pak ghazali..dia boleh mengubat orang.."katanya pada ku dan duduk di seat depan,along pula duduk di sebelah anak saudaraku itu dengan wajah yg penuh kerisauan..aku menggangguk tanda setuju dan meminta abg iparku menunjukkan jalan ke rumah pak ghazali..

bila sampai..dalam pukul 1 pagi..pak ghazali siap2 membuat air penawar..aku lihat pak ghazali memegang celah jari diantara ibu jari dan jari telunjuk.."keluar!!!..keluarrr kau!!!auzubillahiminas syaitan nirrojimm!!...mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu..keluar!!!..kata pak ghazali dengan lantang.."adoiii!! sakit!! sakit!!! jerit akak..dan pengsan...kulihat..muka pak ghazali berpeluh-peluh..aku membandunya dengan melaungkan azan tapi dengan perlahan..tiba-tiba akak terbangun dan menjerit seperti ingin keluar dari dalam kereta...cepat-cepat aku memegangnya dengan membaca walya atatof..dan akak seolah tiada berdaya untuk bergerak.."dah boleh teruskan dah pak cik.."kata ku sambil memegang pergelangan tangan akak.."hmmm.."kata pak ghazali dan meneruskan kerjanya..akak menjerit kuat..dan pengsan..

tiba-tiba perasaan meremang dan telinga berdesing datang kembali...aku terpandang nenek tua tadi melintas dari sisi kiri kereta melintas terus dihadapan kereta dan menghilang..tanpa menoleh sedikitpun..
aku sedikit pucat dan tidak terkata apa-apa.".biarlah aku sahaja yg cemas..kalau diberitahu makin cemas pulak abg long dan kak long aku"..hatiku mengomel sendirian..
dalam 1 minit,akak sedar,,,pak ghazali menyuruhnya minum air penawar yg dibuatknnya.."ahh,xde apa2 la tun..menda nak menumpang je..sebab dia dah kena sekali dulu,makin mudah lemah semangat la.."kata pak ghazali tersenyum..abg long bersembang seketika dengan pak ghazali itu dan kami minta izin untuk pulang..
"aduihh,susahkan dia je malam-malam buta datang..nasib baik dia ada rumah"..kata abg long padaku..aku pula tersengih kerang padanya..."kalau ko nak belajar ilmu perdukunan ke,belajar ilmu kitab ke mari la situ,..pelawa abg long ku pada ku"..dia tu guru abg long..cuma abg long xsehebat dia la..katanya lagi pada ku.."insyaallah abg long'..kalau xde aral melintang sampai lah saya ..kata ku membuka buah pusing kedai pada abg long..

setelah selesai..aku balik ke rumah..isteriku bertanyakan hal tadi..dan aku menceritakan padanya dari A sampai Z..dia kelihatan ketakutan..dan aku menyakat isteriku..marah-marah dia pada ku..aku tergelak dan tersengih untuk menghilangkan rasa penat...
bila aku terfikir-fikirkan balik...siapa nenek itu?...dalam aku memikirkannya...adakah???..nenek kebayan ??aduihh..buat kerja la fikiran nii...


tammat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 12:39 PM | Show all posts
susulembubasi replied at 21-8-2015 09:55 PM
Tak sabar nak tunggu sambungannya..

dah ada sambungannya bos
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 01:27 PM | Show all posts
bell...thorbaik....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 05:08 PM | Show all posts
perkongsian yang menarik dari tt... banyak ilmu, petua dan nasihat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ade g tt?kongsi la g cite dan petua.tiap cite tt pasti ade petua dan ilmu..mantopp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh..dbell xle pandai mana..ni semua petua org2 kampung..kalau dbell pandai..dah jadi engineer dah..tak pun raja bomoh..hahaha...sekadar petua je sahabat..tak lapuk dihujan tak lekang dipanas..itu pun kalau ada org berminat simpan petua2 lama..kalau ada sahabat yg lain yg tshu petua2 lama..sudi2 kan lah post kt sini...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:25 PM | Show all posts
Pergh.... 2 mlm bace... sgt2 best & byk petua..

TT, kipidap..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:05 PM | Show all posts
nexttttt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.159872 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list