CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kelibat

Wardina 'sekolahkan' tauke tudung popular..

[Copy link]
Post time 5-4-2016 08:19 AM | Show all posts
Apai90 replied at 4-4-2016 08:09 PM
Kes Viral Tudung Fareeda.

Akhirnya.

kau dapat posting ni kat mana? aku nak share

apapun aku setuju sangat dia bash puak paridah, vida dengan terlajak gedik, tambah pulak bukan main ramai batak2 yang sembah ratu kat diorang tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 08:21 AM | Show all posts
Nham22 replied at 5-4-2016 08:08 AM
Mcm xboleh je..sebab kebanyakkan yg dtg ni mcm diupah saja... xkan fizo n mawar nak kuar budget ti ...

eh.. ni bukan sponser... customer kena bayar ... yg berebut tu biarkan derang...mungkin la fizo bayar nak nampak crowd
ni pada yg nak soping time tudung baru nak launch cara berhemah..
dr berkemah depan kedai buat hotel+breakfast kat restoran derang+walking tanpa nombor gitu


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ellebannaluxy replied at 4-4-2016 06:21 PM
betul tu, kalau aku, sanggup lagi gune shawl panjang, lilit la smpai 10 kali, asal labuh smpai dad ...

haha.. ada ke org mcm tu? elok tolak masuk gaung je.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Copy oaste dari dai wan dazrin..

Kes Viral Turung Fareeda.

Akhirnya.

Saat yang saya tunggu dah tiba. Saya rasa inilah waktu yang paling sesuai untuk saya berikan teguran hit.

Saya dah lama simpan point ini, dan hari ini saya nak warwarkan pada semua rakyat Malaysia. Tolong bantu saya hitkan post ini.

Ada satu benda yg kita selalu terlepas pandang sebenarnya.

Kita rakyat Malaysia ini selalu menyanjungi satu benda bukan pada tempatnya.

Lihat seorang Jutawan Kosmetik bersedekah, pemurah, suka menderma, kaya raya, kita anggap dia berjaya. Kita 'Admire' dia. Kita sanjung dia.

Inilah kata Nabi "Wahn" penyakit cinta dunia.

Kita sanjung orang yang berjaya dalam hal keduniaan, sedang mereka tidak sepenuhnya menjaga syariat Allah swt.

Mekap melebihi segala, tudung tidak cukup labuhnya, dan baju glamour nak melambangkan status dan kekayaan, bersalaman dengan berlainan jantina, berurusan dgn kekotoran politik.

Saya tanya.

Wajarkah kita letakkan kekaguman kita pada orang yang tidak utamakan Allah swt meskipun dia berjaya dalam dunia ini. Dia kaya. Dia berjaya. Dia pemurah. Itu ukurannya ke? Mana pergi rasa agung syariat Allah swt dalam hidup kita, Tuan Puan semua, mana? Kalau dia hormat syariat Allah, walaupun dia x berjaya kaya raya, saya bagitahu terus terang, orang itu lagi layak dapat penghormatan drpd yg kaya dunia harta tp gagal dlm mengikut syariat Allah.

Saya tegur jelas.

Sebab saya nampak betapa mata kita2 ini kelabu. Kelabu dengan kekayaan, harta bnda dunia dan duit.

Kita hanyut dengan keduniaan, lihatlah kita sanggup berlanggar, berebut, dan bersanggah satu dgn yg lain hanya untuk dapatkan sehelai tudung dgn harga promosi.

"Tudung Fareeda juga saya tegur secara amnya, masih belum sempurna labuhnya dari sudut syariat. Sila labuhkannya Akak Fareeda yang dikasihi"

Saya Da'i Wan, setuju dengan kenyataan Akak Wardina Safiyyah: Sepatutnya pihak pengurusan termasuk pengasas dan abang Fizo Omar sewaktu itu, berusaha menyelesaikan hal keramaian dengan cara pengagihan yang lebih teliti. Lihat macam mana kalian tidak tersentuh lansung sedangkan dibelakang sana perempuan dan lelaki tolak menolak satu sama lain, jangan nak cakap pasal ikhtilat, jauh api dari panggang utk di ambil kira, buat saya terpana betapa 'Public Figure' begitu tinggi dan tidak blh disentuh kedudukan dia rupanya. Senang lenang sahaja? Sedangkan yang memajukan mereka itu datang dari duit poket orang yang bernama "Tribe" penyokong tegar. Kalau tidak? Tidak ada.

Ingat. Pada semua pengasas produk atau barangan2 kecantikkan. Anda bertanggung jawab dalam apa yang anda jualkan, dalam apa yang anda uruskan, dalam apa yang anda paparkan.

Sebab itu saidinana Uthman dgn Abdul Rahman ibn Affan radhuma antara orang yang terakhir dihitung amalnya, banyak sgt urusan harta dgn manusia lain, Nabi pun keluh saat bagitahu pada mereka.

Pada makcik dan akak diluar, sudahlah. Bersederhanalahdalam mengejar segala design tudung ini. Tolonglah. Tolonglah letakkan syariat Allah swt sebagai yang utama. Ia memudahkan lagikan.

Tengoklah labuh tudung itu sebelum nak berebut, tengoklah laki dan perempuan ditempat ketika membeli itu, jagalah, kita ada agamakan ke kita ada dunia sahaja? Tengoklah duit yang ad dikocek masing2, ukur baju pada badan sendiri. Mengapa, mengapa perlu rebutkan benda-benda yang sntiasa akn ada ciptaan lebih baik dan baik pada masa akn datang? Tudung tu akan habis, tapi masa akn datang akn ada yang baru, yang lagi menarik, yg lagi sesuai, kita x tahukan? Asal nak kejar sampai kita sanggup jadi seolah lembu yg dicucuk talinya pada hidung. Berapa shj harganya terus sahaja kita beli.

Nak buat apa tudung cantik glamour begitu?

Utk keselesaankah? Atau untuk dipakai buat halwa mata orang luar melihat?

Check hati kita, adakah udah miliki penyakit 'Wahn'?

Tepuk dada tanya iman.

Last but not least, saya tegaskan sekali lagi!

Jgnlh kita sanjung orang yg bukan pada tempatnya. Bersederhanalah. Cukuplah cinta dunia yg x berkesudahan. Cukup. Orang yang tidak letakkan syariat Allah sbagai yg pertama dalam hidup dia, kita x blh 'admire'. Fahamkan itu terlebih dahulu.

P/s: Abg Omar dan Kak Fareeda, sila terima teguran dengan terbuka, itu tanda kita tidak riak. Kami tegur untuk perubahan yang lebih baik.

Ikhlas, Da'i Wan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dr dulu kalo nampak org pakai fareeda je aku da ingat tu org indon sbb lama sebelum tudung fareeda ni popular aku ada gi indon dan aku tgk ramai indon pakai tudung stail gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:54 AM | Show all posts
buttergal replied at 5-4-2016 09:31 AM
Copy oaste dari dai wan dazrin..

Kes Viral Turung Fareeda.

Salam
Terima kasih Da'i Wan di atas teguran yang cukup membina dan menyedarkan kita semua.  Pendapat saya adakalanya kita sebagai manusia biasa yang sentiasa lupa dan melakukan kesalahan perlu ada yang menyedarkan kita.  Syukur kerana adanya insan bernama Da'i Wan yang sanggup memberi teguran dan menyedarkan kita.  Aamiin mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan Hidayah dan RahmatNya kepada kita semua.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2016 10:01 AM | Show all posts
AJMatt replied at 5-4-2016 04:08 AM
restoren fizomawar ape cite skang

dah bertambah laju ke serve customer

aku baru lalu hari tu.. ternampak la sebab tengah nunggu traffic light hijau.. sebelah pizza fransisco.. sunyi sepi je aku tengok.. parking pon banyak kt depan kedai dia tu.. so aku buat kesimpulan xde org sangat la kot.. kalau kt shah alam tu contohnya, depan kedai hakim tu susah beno nak dpt parking..

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
buttergal replied at 5-4-2016 09:31 AM
Copy oaste dari dai wan dazrin..

Kes Viral Turung Fareeda.

Walaupun Da'ie Wan ni ada point yg bernas... tp mutu penulisan heshe sgt hauk.... too preaching. Mohon daie belajar cara menulis dgn lebih classy & x nmpk hollier than thou & judging...sometimes org yg nk berdakwah kene guna pendekatan sarcasm & shuttle jokes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembu pon xberebut mcm ni lah makan..depa makan pon slow n steady je... nak bg makan pon slow je dtg... xde rakus mcm ni...rakus mcm ni bukan macam lembu...mcm binatang lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 10:41 AM | Show all posts
munchkin replied at 4-4-2016 01:34 AM
Bagi free pun takmo. Ntah apa yg best pakai tudung ni n

kan. design sangat over mcm tak kena gaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 10:41 AM | Show all posts
helicornia replied at 4-4-2016 11:31 PM
Oii aku yg keje gomen ni haram selai pun tkde tudung fateeda even ala-ala fareeda pun tkde.kt dept ...

Samaaa.... Cuma aku ada ler selai org bagi... tu pun ada dlm lemari baju ghomah aku.  Idak berpakai pun sbb xsesuai ngan muke gamaknye... bertingkat2 colourful bukan taste aku... huhuhu... Kalau nak kate aku membeli ijakk... Aku pun xmandang tudung faridah nie.... Idak berkenan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 10:45 AM | Show all posts
Just nak cakap...beringatlah sebelum Allah tarik segala nikmat n rezeki yg korang dah terima sebelum ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 11:12 AM | Show all posts
Ellebannaluxy replied at 4-4-2016 06:21 PM
betul tu, kalau aku, sanggup lagi gune shawl panjang, lilit la smpai 10 kali, asal labuh smpai dad ...

Puas aku berimaginasi dgn perumpamaan ko nih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 11:17 AM | Show all posts
pelanggan and penjual sama2 salah...

kesimpulannya, pasal duit, perkara yang baik pun jadi buruk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 5-4-2016 10:18 AM
Walaupun Da'ie Wan ni ada point yg bernas... tp mutu penulisan heshe sgt hauk.... too preaching. M ...

Yer betul..pendapat aku sama macam ko...

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 11:40 AM | Show all posts
Sementara kita masih lagi memberi komen tentang isu lembu dan faridah ni

si mawar dan fizo dah selamat bercuti di Taipei .. kot (based on gambar di Instagram Mawar)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 11:58 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 5-4-2016 10:18 AM
Walaupun Da'ie Wan ni ada point yg bernas... tp mutu penulisan heshe sgt hauk.... too preaching. M ...

betul. bila orang preachy sangat, point emotional lebih banyak dari point rational, dari kita nak setuju pun kita boleh roll eyes sajork. apatah lagi bila dia hadap sangat nak guna "da'i' depan nama dia tu (i assume from tv show). tunjuk sangat dia kebulur title that placed him a cut above from the rest of us marhaen dari segi agama. guna title ustaz tak glemer kot..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 12:07 PM | Show all posts
couple ni sangat riak. setiap kritikan yang diberi, walaupun membina, tetap akan diperanjingkan oleh couple ni. kes fareeda perli customer miskin, kes fizo hentam dan menganjing blogger yang bagi review buruk dekat fizomawar, kes fareeda buat contest menganjing mereka yang kritik sistem berhimpit-himpit ni.. mereka dah kebal, kritikan yang diberi takkan pernah diterima, malah digelakkan lagi adalah. pattern ni takkan berubah nampaknya. ditambah lagi couple ni dikelilingi a bunch of yes men, apa saja dibuat, mereka tetap disembah.



kalau jamal sekinchan lingkup sebab perangai barua sendiri, agak2 nya bila baru mawar ni akan terkesan dan mula terima kritikan tanpa menganjing... hmm.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 12:51 PM | Show all posts
Ala bukan takat tudung fareeda jer. Mana2 tempat pun orang malaysia suka berebut bukannya nak beratur. Sekejap jer beratur lepas tu potong line lah. Ingat tak lagi waktu vicci buat jualan murah, so boleh kategori lembu jugalah yer.. hinggakan jualan terpaksa batal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 12:59 PM | Show all posts
Santeira replied at 5-4-2016 10:41 AM
kan. design sangat over mcm tak kena gaya.

agree sis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.104679 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list