|
semua orang membuat pelbagai andaian.
semua orang ada pendapat memasing tentang perkahwinan siti dengan D k.
semua orang cuba berburuk sangka mahupun berbaik sangka dengan pilihan siti.
semua orang, suka atau tidak, percaya atau tidak pasti ingin mempercayai apa yang mereka percaya selama ini.
jika dikatakan siti gila harta, maka itulah yang mereka akan percaya.
jika dikatakan siti bodoh dalam membuat pilihan kerana pilih orang tua sbg teman hidup maka itulah yang mereka akan percaya.
jika dikatakan siti tidak terlepas dari ketentuan Allah yang telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfudz(sejak azali) sama seperti berbillion-billion manusia lain di dunia dalam soal jodoh maka itulah yang mereka akan percaya.
Jadi mana satu yang patut kita percaya????? Jawapan nya senang.sesiapa yang percaya Allah dan rukun iman, pasti akan redha dengan setiap ketentuan Allah sama ada suka atau tidak. rukun iman itu ialah percaya kepada Qada dan Qadar.
Apa itu Qada?
setiap manusia, sedar atau tidak, di bawah pengawasan Allah, setiap apa yang terjadi walaupun tercucuk duri di kaki telah ditetapkan oleh Allah ke atas seseorang itu.Adilkha Allah jika begitu jadinya???
jawapannya adil.
kamu percaya mati???
tsunami???
kemalangan jiwa???
gempa bumi???
banjir???
kebakaran???
gunung berapi???
setiap perkara yang berlaku ada asbab(sebab-musabab) yang membolehkan setiap bencana itu berlaku.sama ada kecuaian manusia,ketidak sengajaan dan bermacam-macam sebab lagi semuanya ketentuan Allah.
Qada itu terbahagi kepada dua iaitu:
Qada mubram-ketentuan Allah yang tidak akan berubah hatta dengan doa sekalipun.
1) jodoh-bercinta lah bagai nak rak.kalau itu bukan pasangan kita, memang tak akan jadi hubungan itu.benci lah bagai nak rak pun, jika itulah pasangan kita mesti jadi punya.
2) ajal-menyoroklah kat mana sekalipun, jika sudah tertulis sekian masa di sekian tempat kerana sekian sebab, maka matilah kita.
3)rezeki- mengeluh lah sebanyak mana, jika itu rezeki kita, seumur hidup itulah kita.ada org miskin ada org kaya.semuanya Allah dah tetapkan. Allah nak kita reda dan syukur dalam apa sahaja rezeki yang kita dapat.
kesemua di atas tiada lain hanyalah ingin menunjukkan kekuasaan Allah, bahawa manusia lemah dan tidak berkuasa dan memerlukan pergantungan penuh pada Allah sama ada kita nak ngaku atau tidak.
Qada yang berubah-rubah.
Qada ini boleh kita elakkan atau dapat dengan kuasa DOA dan BERHATI_HATI..
jika telah ditakdirkan akan berlaku kemalangan ke atas diri kita(dengan syarat bukan menjadi asbab atas kematian kita). dengan doa sebelum keluar rumah, Allah akan elakkan kemalangan itu ke atas kita.
jika ditakdirkan kita mendapat sesuatu penyakit(dengan syarat bukan menjadi asbab atas kematian kita). dengan doa pasti akan sembuh.
dan terlalu banyak lagi contoh dalam kehidupan seharian kita.dari perkara yang kecil sehinggalah ke perkara yang besar.
jadi persoalannya apa kaitan benda di atas dengan siti????
kaitannya senang. siti hamba Allah yang lemah yang tidak dapat lari dari persoalan jodoh yang telah DITETAPKAN oleh Allah sejak azali sebab telah tertulis di Luh Mahfudz.
semua orang kata hak siti untuk memilih jodoh
semua orang kata, hak kami untuk membenci pilihan siti(atas dasar yang sungguh rapuh-hak peminat)
tapi semua orang LUPA bahawa jodoh itu HAK MUTLAK ALLAH.
semua perkara yang terjadi perjumpaan siti dengan datuk K, and the rest of it hanyalah asbab untuk terjadinya ketentuan jodoh Allah itu.
suka atau tidak, rasional atau tidak, emosi atau tidak, dalam kita sebagai peminat(or tak minat) dalam menilai perkara ini. jangan lupakan hak allah.
psst..mana tahu habis 3mil???
mulut manusia memang tak leh tutup.bila buat camni,ada yang kata begitu.bila buat camtu ada yang kata begini.Bak cerita luqman hakim ni.
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar (kaldai), manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 揕ihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka dengan katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
maksud sederhana berbeza dari seorang ke seorang yang lain bergantung kepada taraf hidup memasing.
orang yang bergaji 5000 sebulan.mungkin pada mereka, belanja 2000 sebulan tu bersederhana.
orang yang bergaji 1500 sebulan, belanja 2000 tu sudah melampaui batas dan sudah jadi membazir.
orang macam siti dan datuk K pula. berbezalah maksud kesederhanaan mereka.
jangan samakan.
tahukah kamu sudah berapa banyak dia belanja untuk kerja amal atas nama bermacam-macam jenis tabung??? dan tabung prihatin siti nurhaliza baru dilancarkan baru2 ni.
siti jarang sangat khabarkan derma yang dia bagi.seingat saya masa tsunami 2004 dan anti dadah bernilai 500,000.itupun kerana dua derma ni atas nama kerajaan dan mesti dibuat sesi formal iaitu upacara penyerahan cek.
yang tidak dikhabarkan dermanya terlalu banyak
one thing for sure
yang tak minat siti, biasa2 je ngan isu ni-takde masalah
yang minat siti, biasa2 je ngan isu ni
yang fanatik anti siti-inilah masanya mereka menghasut,mengajak org lain supaya membenci siti.mereka akan kuarkan hujah2 yang sumenya buruk belaka tentang siti(sama ada spekulasi,fakta,khabar angin,kuar dari hati yang penuh dgn kebencian) dan yang paling best cuba mengajak org lain meminati artis pujaan mereka.yang penting they are one sided buruk saja yang nampak
yang fanatik minat siti-inilah masanya mereka inginkan kisah 'fairy-tale' dalam angan2 mereka menjadi kenyataan agar siti berkahwin ngan prince charming yang muda,kacak lagi baik.tapi itu sume jarang sgt berlaku dlm dunia realiti.mereka nak kan yang baik2 je utk siti(bagus la) cuma perkara sebegitu jarang berlaku.jadi golongan ini sgt kecewa.dan tindakan dorang pelbagai.sama ada join fanatik anti siti. or cuba untuk merasionalkan pemikiran dan perspektif mereka.dan ada juga yang cuba berada dalam zon tunggu dan lihat sehingga rasa kecewa itu pulih.
saya???? ya, saya meminati siti. saya sudah jumpa siti personally.siti memang wanita sopan.11 tahun terlalu sukar untuk orang berpura-pura sopan.siti, by nature memang sopan santun, matang,berfikir sebelum bercakap, jarang sangat mengeluarkan statement emosional.tegur org dahulu tak kira siapa,lembut.itulah siti.satu FAKTA yang pasti siti lemah.lemah sebagai hamba Allah. siti seperti berbillion-billion manusia lain, punya sikap baik dan buruk dalam dirinya.cuma dari segi perhubungan siti dengan manusia-very pleasant.siti tidak garang,tidak masam,tidak childish,tidak berlagak samseng seperti sesetengah perempuan.
saya redha dia atas setiap ketentuan Allah.inilah ujian untuk siti.orang lain ada bahagian memasing.
jangan mengata orang lain kerana Allah maha membalas setiap kata2,setiap perbuatan,setiap penganiyaan,setiap berita palsu.Pembalasan Allah itu cepat seperti firman Allah dalam Al-Quran.
satu hari jika perkara buruk(yang kita tidak suka) berlaku ke atas diri kita, sedarlah itulah ujian Allah(kena sabar dan reda) atau balasan Allah(atas perbuatan,kata2 jahat)-nak tak nak kena sabar dan redha dan kembali pada jalan ketetapan Allah.silence is golden when it comes to speculation and bad rumours.
change your attitude, you can change your world. |
|