CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Semua tentang Bajet 2019 - ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'

[Copy link]
Post time 2-11-2018 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
C1k_J4h replied at 2-11-2018 06:00 PM
pulau pangkor ada jual coklat ke
aiols xpernah sampai
hahaha

Ada sotong kering :p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2018 06:12 PM | Show all posts
Kerajaan disaran semak semula skim pencen


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

“Pada masa ini skim pencen perkhidmatan awam melaksanakan kaedah tanpa caruman iaitu peruntukan dana dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Justeru, untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang, skim pencen perkhidmatan awam perlu ditambah baik dan diperbaharui dengan memperkenalkan skim caruman ditentukan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam,” menurut laporan itu.

Pada 2017, bilangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah lebih kurang dua juta atau 6.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Jumlah ini dijangka meningkat kepada 2.4 juta iaitu tujuh peratus daripada jumlah penduduk pada 2020 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara menua.

Menggariskan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan negatif penuaan penduduk terhadap pertumbuhan ekonomi, laporan itu mencadangkan bahawa peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dijangka dapat mengurangkan kesan tekanan ke atas buruh berikutan penuaan penduduk.

Pada 2017, kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan lelaki di Malaysia adalah 54.5 peratus dan 80.1 peratus.

“Justeru, pengukuhan pelaksanaan pelbagai dasar sedia ada seperti amalan kerja anjal, penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, program latihan kemahiran dan keusahawanan untuk wanita akan terus menggalakkan golongan itu dalam tenaga buruh,” jelas laporan itu.

Laporan turut mencadangkan pengwujudan peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja selepas umur persaraan.

“Langkah itu memberikan kebaikan kepada pekerja, majikan dan negara melalui sumbangan berterusan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan hasil kutipan cukai,” jelasnya.

Peningkatan produktiviti adalah pemacu kepada pertumbuhan ekonomi, justeru usaha meningkatkan produktiviti perlu terus diperkukuh melalui inovasi teknologi dan peningkatan penggunaan robotik.

Persekitaran mesra umur turut ditekankan dalam laporan itu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk warga tua dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup termasuk meningkatkan kemahiran supaya mereka terus produktif. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:14 PM | Show all posts
Berita Harian Online
1 min ·
#Belanjawan2019

Tabung Harapan Malaysia ini merupakan simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan Persekutuan melangsaikan hutang negara yang diwarisi pentadbiran terdahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:14 PM | Show all posts

Berita Harian Online
3 mins ·
#Belanjawan2019

Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini melibatkan kos RM1 bilion.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:15 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 2-11-2018 06:05 PM
Panas hati ke dik?
Gi minum air bergula.
Bln 4 karang mahal

Ish knp nak panas hati lak?

iols ok je...

Ke kaka lawyer yg panaih hati? hehehehe
X pe la kak...

Mehla kita sbg rakyat Malaysia bersatu hati membina negara... Saya sygkan Malaysia ni... sedih rasanya bila rakyat bercakaran... why not kita move on and maju ke depan... ye kaka lawyer...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 2-11-2018 05:04 PM
Berita Harian Online
1 min ·


Apa maksudnya ni ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2018 06:18 PM | Show all posts
Berita Harian Online
2 mins ·

Rasa cinta terhadap tanahair akan menyatukan kita dalam menghadapi cabaran masa muka. “Malaysia umpama seekor Harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit mengaum semula.” #Belanjawan2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:19 PM | Show all posts


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 2-11-2018 06:07 PM
apa kebaikan ph selain hapus gst pastu takde duit perkenal cukai baru?

napa marah sgt dgn cukai gula? byk mkn gula? why not mkn whole food instead of processed food n drinks.

byk je perkara2 baru n refreshing yg dibuat oleh kerajaan baru yg tak korup ni. tapi of course org tak membaca takkan tahu apa dia. diorg suka viral2 kat fb. yg jenis dari dulu suka merempan kjaan lama. kjaan baru pun dia nak merempan. tapi taktau apa inisiatif2 kerajaan.

tgk kat ucapan belanjawan yg dah viral tu. carilah mana2 peruntukan or program yg berkaitan dan bincang dgn kaum kerabat dan jiran. apply dan dpt peruntukan tu.contohnya persatuan penduduk kejiranan uols tu pi apply duit peruntukan keselamatan sbb belanjawan 2019 ada bg duit extra.

pastu, i did not say kerajaan dulu satu habuk pun tak betul. banyak je pembangunan mereka dah buat melalui agensi2 kerajaan penjawat awam. tapi skrg kena bersihkan org korup rasuah seleweng duit tepi. jadikan malaysia sejahtera, maju, persepsi baik dari luar tu penting dan cara nak capainya bukan sekelip mata.

tu sebab kena jadi org educated supaya faham mengubah negara bukan sekelip mata. bukan hanya minta minta dgn kerajaan apa yg kerajaan bg kepada aku. ini bukan pikiran org educated.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 2-11-2018 06:21 PM
napa marah sgt dgn cukai gula? byk mkn gula? why not mkn whole food instead of processed food n dr ...

cara u sembang mcm u sorg la educated... org lain hentam ph tak educated gituh... assuming tak baca news haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
oh aku takde pun kata kalo sokong ph tu educated. aku kata org educated ni dia leh fikir nak majukan negara bukan nk tengok result terus. ada jangka masa sbb ini proses.

nak goreng ikan bukan dpt ikan terus goreng. ko kena bawa balik..siang buang perut..buh asam jawa buang hanyir. panaskan minyak..buh garam.kunyit dan goreng beberapa minit. its a process. u cannot get result asap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:24 PM | Show all posts
BERITA»Nasional
Jumaat, 2 November 2018 | 6:02pm


Duti eksais gula mulai April 2019
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]


KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memperkenalkan duti eksais terhadap dua kategori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum.


“Dua kategori terbabit ialah air minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang bergula melebihi lima gram setiap 100 mililiter.

“Kedua, jus buah-buahan dan sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram setiap 100 mililiter,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong usaha untuk memperkasakan  pelaksanaan undang-undang buruh.

Pada kita sepatutnya selain pusat judi, pusat hiburan  seperti kelab malam juga dikenakan cukai tambahan. Lebih-lebih lagi jika pemilik kelab memilih untuk beroperasi pada waktu melebihi tengah malam.

Malangnya kita terlupa nak sampaikan cadangan ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:25 PM | Show all posts
berkorban - brim trun...yg bujang xdpt brim lg...nak duit kerja la woi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tak der, apa strategy kerajaan nak turunkan KOs sarahidup, improve sustainability sawit n getah,mencipta peluang kerja utk graduate, bagaimana nak capai 4.9% GDP, meningkat reserves bank negara, safety net utk miskin bndr, Dan bnyk KOs yg akan meningkat tapi tak di announce secara jelas mcm perlaksanaan reit, insurancekesihatan Dan apungan ron95. Bertabahlah Malaysia ku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:25 PM | Show all posts
Langkah percukaian tepat demi masa depan lebih mantap

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2019 yang pertama bagi kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH), mengetengahkan pelaksanaan langkah tegas dari segi percukaian, rancangan bagi konsolidasi fiskal seterusnya serta insentif wajar bagi membolehkan kemajuan perniagaan dalam usaha mengembalikan kekukuhan ekonomi Malaysia.

Merujuk aspek percukaian, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan beberapa cadangan termasuk memperkenalkan duti eksais bermula 1 April, 2019 pada kadar 40 sen seliter bagi dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum.

Ini membabitkan minuman dengan nilai ambang kandungan gula iaitu air minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain mengandungi gula melebihi lima gram bagi setiap 100 milimeter dan jus buah-buahan dan sayur-sayuran dengan gula melebihi 12 gram bagi setiap 100 mililiter.

Selain itu, beliau turut mengumumkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), kenaikan cukai, fi dan levi ke atas sektor perjudian dan memperkenalkan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan yang diimport dan perkhidmatan atas talian yang diimport.

“Langkah percukaian (ke atas perkhidmatan diimport) ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negara,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan, “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera,” di sini, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Lim berkata bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus.

Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan kepada 5 peratus berbanding sifar peratus.

Selain itu, cukai, fi dan levi yang tidak dinaikkan sejak 2005 turut dipinda seperti duti kasino yang akan dinaikkan kepada RM150 juta daripada RM120 juta manakala duti kasino akan dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar.

Menurut Lim, kerajaan juga melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai, termasuk akaun pesisir pantai. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2018 06:26 PM | Show all posts
Pindaan cukai, fi, levi judi
leh Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan beberapa pindaan terhadap cukai, fi dan levi sektor perjudian yang tidak dinaikkan sejak 2005.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ia mencakupi lesen kasino yang akan dinaikkan daripada RM120 juta kepada RM150 juta setiap tahun.


Selain itu, katanya, duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus terhadap pendapatan kasar, manakala lesen mesin ‘dealer’ ditingkatkan kepada RM50,000 berbanding RM10,000 setiap tahun.

“Duti mesin akan dinaikkan daripada 20 peratus kepada 30 peratus terhadap kutipan kasar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaah nnti pengilang masukkan la gula yg kurang sikit tak kene cukaii

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 2-11-2018 06:23 PM
cara u sembang mcm u sorg la educated... org lain hentam ph tak educated gituh... assuming tak bac ...

bukan mcm tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:27 PM | Show all posts
Pas bulanan pengangkutan awam RM100
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]

KUALA LUMPUR: Meskipun dihimpit kekangan kewangan, kerajaan bertekad memperkenalkan pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata peruntukan RM240 juta disediakan bagi matlamat berkenaan, seiring usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam.

Selain itu, katanya, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL yang ketika ini terkenal sebagai hab penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat.

“Kempen (pas bulanan) ini akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat.

“Kerajaan percaya peruntukan ini berupaya meningkatkan pendapatan boleh guna isu rumah beberapa ratus ringgit sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.201647 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list