CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jahcomel

[Tempatan] Anak-anak arwah mejar zahir :'Anak-anak saya juga ada hak'

 Close [Copy link]
Post time 11-10-2019 05:05 PM | Show all posts
JKM ambil maklumat dua anak Mejar Zahir


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang akan berusaha membantu dua anak Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya iaitu Mohamad Remy Iskandar, 8, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, yang kini menetap bersama ibu mereka di Peramu Jaya, Pekan.

Pengarah JKM negeri, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, pegawainya sudah bertemu dengan keluarga berkenaan kelmarin bagi mendapatkan maklumat serta dokumen diperlukan.

Menurutnya, semua syarat dipenuhi, JKM tidak keberatan untuk meluluskan bantuan bulanan diperlukan kepada kanak-kanak terbabit.

“Bagi kes dua anak Allahyarham Mejar Mohd Zahir ini, kami akan menentukan sama ada mereka layak untuk menerima bantuan atau sebaliknya dalam masa terdekat,” katanya.

Akhbar Harian Metro hari ini menyiarkan rintihan Jamilah Ismail, 37, bekas isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir yang mendakwa dua anaknya seolah-olah terpinggir daripada menerima sumbangan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Zulkhairi berkata, beliau difahamkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sudah menyerahkan bantuan kewangan kepada keluarga terbabit bagi meringankan beban ditanggung.

Sementara itu, Jamilah yang kini bekerja sebagai pembantu kedai makan di Peramu Jaya, Pekan berkata, dia hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada pihak sudi menghulurkan bantuan kepada dua anaknya.

Menurutnya, antara pihak tampil membantu mereka adalah Yayasan Kasih, Komuniti Wanita Wanita-Wanita Hebat (WWH), Raw Factory, Lunatic Madboys, MUIP dan beberapa individu termasuk sahabat arwah.

Katanya, bantuan diterima digunakan untuk persekolahan dua anaknya termasuk pembiayaan lain diperlukan.

“Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada pihak bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada dua anak saya.

“Saya bukan berniat untuk menagih simpati atau merayu pada mana-mana pihak untuk kepentingan peribadi, tetapi demi kebajikan mereka berdua,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terkejut la kalau hubungan bekas isteri arwah dan adik arwah masih baik. 10 tahun menjadi kakak ipar. Mereka yang menyaksikan dan meraikan perkahwinan arwah dan anak-anak arwah membesar.

Kalau itu kakak ipar kita pun kita tak akan semudah itu nak memutuskan silaturrahim. Apatah lagi beliau ibu kepada anak-anak abang kita..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Perihal menjual kemeja kenang-kenangan itu memang satu tindakan luar dari kebiasaan dan agak kurang sesuai.
Untuk apa? Keuntungan (profit)? Keadilan (justice)? Publisiti?
Nak kata demi kebajikan, dah lebih dari cukup dah sumbangan yang diterima.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 11-10-2019 05:22 PM
Perihal menjual kemeja kenang-kenangan itu memang satu tindakan luar dari kebiasaan dan agak kurang  ...

Tunku abd rahman mati pon tkde baju kenang-kenangan . Delusional la pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 11-10-2019 05:05 PM
JKM ambil maklumat dua anak Mejar Zahir



Laaa apahal JKM masuk campur pulak dah... Ayah dia keje gomen takkan tak dpt pencen & insurans yg mcm socso yg porumer bincang2 kat benang ni... Kesian nya lahai macam hak dinafikan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baca kat fb biras arwah nama dia zull harris rasanya ni adik ipar balu la kot ni dia ade post juga pasal minta sumbangan utk anak2 arwah mi.

Tapi dia bgtau yang pn jamilah bukan ibu tunggal kiranya dah bersuami baru. Dia kata kalau nak tau cerita sila pm tepi balu.

Hurm masing2 saling nak buka cerita sana sini.
Nampaknya kisah peribadi arwah lebih menarik drpd kisah keperwiraan beliau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 11-10-2019 05:26 PM
Iols baca kat fb biras arwah nama dia zull harris rasanya ni adik ipar balu la kot ni dia ade post j ...

Dah kenapa nak kena pm2 tepi pulak.
Kalo betul ex wife bukan ibu tunggal dan dah kawin baru, cerita je lah openly. Apa masalahnya.

Kalau pun dia dah kawin baru, bukan tanggungjawab suami baru nak kena sara anak2 arwah sebagaimana bukan tanggungjawab arwah nak kena sara anak2 pinat dgn ex suaminya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian arwah. Dah meninggal macam2 cerita timbul.
Tak kira lah kalau ex wife arwah tu dah kahwin lain pon. Anak yang 2 orang tu tetap anak kandung arwah. Anak2 dia ada hak.
Biasanya lepas seseorang mati, memang harta dan duit akan menjadi perbalahan waris2 yang masih hidup. Hmmm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jijilaaa replied at 11-10-2019 11:20 AM
popuan kot, adik si arwah la. tp dia tak sepatutnya pun nak sound gitu. bagi la masa pada si pinat ...

Xda masalah.utk keselesaan ank2 dia kot.selama 10 thn hidup dgn laki lps tu kena cerai,kena mula hidup dari zero,nk cari kerja,nk tenangkan hati,lps tu tgl menumpang memana.kan ada ngo bantu dptkan rumah.hbs nk duk kt lantai ke..so belilah perabot utk mulakan hidup baru yg selesa utk dia dn anak2.Allah bg balik kesedihan dia diceraikan dgn mengangkat darjat dia melalui ank2 dia yg yatim ni.asbab dia sabar kot diceraikan suami.bagus kak jamilah..secara logik..silalah guna apa ptt utk keselesaan ank2 u okey.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 11-10-2019 05:26 PM
Iols baca kat fb biras arwah nama dia zull harris rasanya ni adik ipar balu la kot ni dia ade post j ...

Dah kawin baru apa masalahnya.biolah..dh jodoh dia..laki dia move on lps sebulan cerai..dia pn pttlah move on kan..ni hak ank2 dia..mmg layaklah dpt.bukan laki baru ex wife nanggung..ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
gurlzgrape replied at 11-10-2019 04:23 PM
Ada org panas la nanti ni

Awak, ada poremer kata benang sini dipenuhi fitnah.
Tapi, kat sini saya cuma percaya cerita awak dgn jahcomel je memandangkan awak berdua wife pada seorang GGK.

Harap2 dipermudahkan urusan ex wife arwah tu. Tak kisah la dah kawin baru ke apa ke, tetap anak2 dia ada hak.

Si pinat tu kalo guna duit arwah untuk bg makan pada anak2 dia dari perkahwinan terdahulu, tunggu je lah balasan. Kalo bukan kat dunia sini, kat dunia sana nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 11-10-2019 05:22 PM
Perihal menjual kemeja kenang-kenangan itu memang satu tindakan luar dari kebiasaan dan agak kurang  ...

Tahu tkpe. Kita orang luar tengok pun sebak baju tu. Gamak dia design and jual. Baju terakhir arwah pakai kot. Baju berdarah. Pelik la. Apa entah dlm kepala balu ni. Tkde rasa kasih ke smpai sgup design baju yg arwah suami dia pakai time kena tembak. Ishh tk logik akal
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 11-10-2019 05:31 PM
Dah kenapa nak kena pm2 tepi pulak.
Kalo betul ex wife bukan ibu tunggal dan dah kawin baru, ceri ...

Ye betul. Itu anak arwah bukan anak bapak baru. Dan... Anything yg arwah dah capai sepjg perkahwinan dgn Pn Jamilah nama benda tu ialah HARTA SEPENCARIAN... Weyhhhh dah janda kot. Ex laki pon dapat pompuan cantik . Adira yg anak dara tak pernah merasa frust tertonggeng pon main sauk aje... Apetah lagi la org pernah kawen.... Each individual is different ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 11-10-2019 05:24 PM
Tunku abd rahman mati pon tkde baju kenang-kenangan . Delusional la pompuan ni

Arwah zulfarhan ada kemeja juga, tapi tak digelar kenang-kenangan. Dan netizen pun tiada masalah kerana memahami tujuan pemakaian kemeja tersebut bagi menunjukkam solidariti kepada keluarga beliau dalam mendapatkan keadilan untuk arwah.

Tetapi bagi kes ini, kita tak faham apa tujuan penjualan kemeja tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 11-10-2019 05:31 PM
Dah kenapa nak kena pm2 tepi pulak.
Kalo betul ex wife bukan ibu tunggal dan dah kawin baru, ceri ...

Dia kata suami baru tu pun bertanggung jawab utk uruskan wang sumbangan dengan sebaiknya.

Senang cite masing2 semua risaukan dengan duit.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 11-10-2019 05:37 PM
Awak, ada poremer kata benang sini dipenuhi fitnah.
Tapi, kat sini saya cuma percaya cerita awak  ...

Yg kata fitnah tu ntah2 geng2 dia juga tu awk. Setahu kita time dia bt perangai mmg ada dua puak la. Yg sokong dia 1 puak yg tk sokong dia 1 puak. Sbb kecoh jga la kes dia n ex hsband ni di kalangan geng2 army. Dia ckp dia kena pukul teruk ngn suami dia tu tp for me kalau mcm tu perangai kau sape je pun  tk kena pukul. Selayaknya laaa. Tp kita smpai sekarang rasa mcam terkilan mcmne la arwah boleh terperangkap dgn dia ni. Kta still tk leh nk salahkan arwah sgttt sbb ttp rasa si pinat ni yg pusing2 cerita smpai arwah jatuh ke tgan dia .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 11-10-2019 05:33 PM
Xda masalah.utk keselesaan ank2 dia kot.selama 10 thn hidup dgn laki lps tu kena cerai,kena mula h ...

Macam ada baca siapa entah tulis dia pencen polis tkde pekerjaan tetap tubyg tak dpt hak penjagaan anak2 lepas cerai 2018.... i was like... Weyhhh laki tokleh bagi nafkah ke. Bukan ke bila cerai duit tu masuk jugak acc bekas isteri utk sara anak2?

Hmmm bila suami meninggal baru dpt merasa jaga anak sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 11-10-2019 05:39 PM
Dia kata suami baru tu pun bertanggung jawab utk uruskan wang sumbangan dengan sebaiknya.

Senan ...

Suami baru tu tak payah dia risau kan. Takdenya org bg duit pd encik sekian2 selaku bapa tiri pada anak arwah.

Yg balu, memang terang2 dapat duit atas faktor isteri arwah. Tapi, dia kena lah jujur. Jangan sampai dia suap anak dia yg bukan anak arwah dgn makanan yg dibeli dari duit arwah.

Masa arwah masih hidup, takpe. Dah tentu budak2 tu duduk dgn dia dan arwah redha bg anak tiri makan apa yg dia makan. Selepas arwah dah meninggal, status duit tu dah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
gurlzgrape replied at 11-10-2019 05:42 PM
Yg kata fitnah tu ntah2 geng2 dia juga tu awk. Setahu kita time dia bt perangai mmg ada dua puak l ...

Awak.... Pinat kena pukul  kesian sgt laa tp kesalahan dia ialah tak report polis & tak serius about masalah rumahtangga dia. Patot dia selesaikan dulu la baru nak dating bagai dgn laki org . Lepas kes selesai & dakwa laki sheols boleh la ngedate....  Kan dah mendapat "sejenis pinat".   Anyhow bak kata kaka chazey baik camne pon kow tay jahat hmm kan aje matilanakkkk ckp pasal org dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TravellingBear at 11-10-2019 06:02 PM
awanearisu replied at 11-10-2019 05:39 PM
Arwah zulfarhan ada kemeja juga, tapi tak digelar kenang-kenangan. Dan netizen pun tiada masalah k ...


Haaa alamak sorry awak.... Kita ignorance . Ada eh jual bju solidatari zulfarhan?sorry sorry...

Maybe dia rasa suami dia teraniaya ... But bila pinat jual jugak macam nak highlight kesalahan kawan yg ter tembak tu... Mmg lain la kes zulfarhan & mejar. Mejar ni mejar org yg dihormati. Bukan mati kena aniaya cenggitu jual baju sembarangan ni which is keterlaluan.... Might as well buat inkues drp jual baju yg dipakai arwah masa kena tembak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.317065 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list