CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 12-12-2010 01:43 PM | Show all posts
kira jadilah diana kawin dengan farid....
moga tiada lagi yang menjadi halangan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2010 03:57 PM | Show all posts
smbg lg fizz.... x sabar nak bc sesi interview diana & family farid...

p/s: mmg ade yer word 'bersemut' tu...1st time aku dgr anak saudara ckp 5 taun dlu...
masa tu umo dia baru 3 taun...aku ingat dia create word baru sbb budak2 kan suka main bantai jer ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 07:10 PM | Show all posts
smbg lg fizz.... x sabar nak bc sesi interview diana & family farid...

p/s: mmg ade yer  ...
liyanur Post at 12-12-2010 15:57


mak farid mcm mak merah, bising kalu mkn dlm bilik, nti bersemut la... sbb dlm bilik kan tpt tdo.... sisa2 mknan tu nti bukan je mengundang semut, cik li, cik ti sumer berkenan nti..

sambutan baik nmpknya d pihak farid.... alhamdulillah... moga dpermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 07:30 PM | Show all posts
Reply 403# merahsilver


hahaha...ko pun cam aku gak yer....
smua binatang tu pun aku panggil cenggitu...cik li, cik ti, cik mut dll
smpaikan anak2 saudara yg penah aku jaga pun ckp cenggitu...
yg kelakarnya smpai ke sabah pun dorg duk panggil camtu...
heran org sana binatang apa namanya camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 07:53 PM | Show all posts
ntah..nape ek...
tp mak mmg marah kalu sebut nama penuh cik ti tu.... takut dtg betul2 katanya...
dulu duk rumah papan kan.... kawasan kg, semak lagi.... mcm2 ada tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2010 08:20 PM | Show all posts
"bersemut"...takde dlm kamus dewan aku rase..
aku bantai ja..tak tahu istilah yg lebih baik utk word tu...
tapi...memang family aku pun..satu kepantangan bawak makanan dlm bilik tidur...minuman boleh tahanla lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2010 09:48 PM | Show all posts
bukan family.....akak sendiri pun pantang anak2 makan dlm bilik tidur
nanti mudah lipas datang...
Hanya blh bawa air mineral je dlm bilik tidur...makan mesti di ruang makan
tak ajar mereka makan sambil menonton tv...
nanti jadi habit yg tidak baik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 09:25 AM | Show all posts
teruja nak baca novel neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 01:35 PM | Show all posts
best
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 09:20 AM | Show all posts
next?? sesi interview....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 11:46 AM | Show all posts
next?? sesi interview....
fazss Post at 14-12-2010 09:20



    tak sabar nak tau kann
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 11:47 AM | Show all posts
tak sabar nak tau kann
juliet80 Post at 14-12-2010 11:46



    tu la.. harap sangat cepat dapat N3... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 12:49 PM | Show all posts
best cite nih.. sila sambung ye...

harap2 semua pihak menerima dgn hati yg terbuka.. dpt la diorg kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 06:00 PM | Show all posts
Nak lagi nak lagi nak lagi...
Fizz cayang, cepatlah n3 baru...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 06:55 PM | Show all posts
tak ade lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 08:06 PM | Show all posts
Azan Zohor sedang sayup berkumandang. Diana membantu mengangkat pinggan2 mangkuk selepas makan tengahari ke sinki. Kakak2 Farid yang lainnya sibuk mengemaskan pinggan mangkuk juga. Diana jadi buntu bila melihat ruang sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk. Mana aku nak letak lagi ni??? Dipandang ke kiri ke kanan. Sudah penuh tempat membasuh pinggan itu. Makan tengahari tadi, lauk pauk punyalah banyak, bagaikan ada majlis kenduri saja layaknya.

“Hmm..letak saja kat bawah tu. Nanti depa kemas. Along, tolong tunjuk bilik untuk Diana. Jalan jauh, mesti penat tak habih lagi ni. Tinggai saja kat situ Diana,” bebel Mak Kiah. Diana serba salah. Niat di hati ingin membantu, meskipun ada kebenaran dalam kata2 Mak Kiah. Sepagi berada di dalam kereta, naik lenguh pinggangnya.

“Err..tak apalah mak cik. Tak susah pun..” Diana cuba berbasa basi. Gerun juga melihat deretan pinggan mangkuk dan periuk belanga yang bertimbun.

“Tak pe. Letak situ. Mai ikut akak,” arah Farihah bila melihat Diana masih terkebil2 sambil menatang pinggan kotor.  Hendak tak hendak, terpaksalah Diana meletakkan saja pinggan kotor dibawah sinki. Ketiga kakak2 Farid yang lain pantas mengemaskan dapur.Farihah sudah berjalan naik ke rumah atas. Bahagian rumah itu ada 2 tingkat. Tingkat hadapan merupakan rumah kayu bercat coklat manakala bahagian belakang rumah yang diturunkan sedikit menerusi tangga merupakan letaknya ruang dapur yang agak luas dan sedikit ruang tamu.

“Diana..”panggil Farihah bila Diana masih memerhatikan adik2nya yang lain membuat kerja.

“Oh..ya, saya datang,” kelam kabut Diana memanjat tangga untuk naik ke ruang atas. Langkah Farihah dituruti saja. Farihah merupakan kakak sulung Farid yang bekerja sebagai guru di Pulau Pinang. Dia kelihatan agak tegas berbanding adik2nya yang lain. Sepanjang sessi perkenalan sewaktu makan tadi, dia lebih banyak berdiam diri dari bertanya. Sesekali, Diana sedar dirinya diperhatikan dari hujung kepala ke hujung kaki dari ekor mata Farihah.

Farisya, kakak Farid yang nombor dua. Orangnya sederhana, mudah tersenyum. Tapi menurut cerita Mak Kiah tadi, Farisya ni sensitive. Sewaktu kecil, dialah juara menangis antara keempat adik beradik perempuan. Gula2 hilang pun dia menangis seharian. Diana tidak ada masalah dengannya.

Fatin, kakak Farid yang nombor tiga. Farid memanggilnya Kak Lang. Kata Farid, sebelum Farid bekerja, ibunya tinggal bersama Fatin di Kuala Lumpur. Fatin orangnya suka ketawa dan suka membuat lawak. Dalam sessi perkenalan tadi, dialah mulut yang paling becok bertanya itu ini sehingga bab bekas suaminya pun ditanya juga. Mujurlah Farid segera mencubit lengan Fatin, lalu Fatin mematikan soalan itu. Fuh! Lega Diana saat itu.

Farhana! Kakak Farid yang nombor empat. Orangnya lembut. Paling cantik antara mereka berempat. Wajahnya lebih mirip kepada Farid. Tak banyak bertanya. Tapi banyak menyampuk. Jadi, antara mereka berempat, rasanya yang paling Diana gerunkan adalah; Farihah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2010 08:07 PM | Show all posts
“Ini biliknya. Buat macam rumah sendirilah ya,” Farihah sudah membukakan pintu bilik yang terletak bersebelahan ruang tamu rumah itu. Diana tunduk, mengucapkan terima kasih. Farihah akur lalu terus turun ke dapur. Diana yang ditinggalkan memandang ke dalam bilik yang disediakan untuknya.

Perlahan2 dia masuk lalu pintu bilik itu ditutup. Punggung dilabuhkan ke katil kayu berwarna coklat yang bercadar putih. Segenap ruang bilik itu direnung Diana. Cantik! Tak ubah macam bilik pengantin. Warna langsirnya senada dengan warna cadar dan dari motif corak yang sama. Meja solek di tepi sudut katil dihampiri.

Diana merenung wajahnya ke dalam cermin. Wajah putih gebu sudah bertukar berminyak dan kotor. Cuaca agak panas ketika itu. Tambahan pula, sewaktu makan tadi, rasanya dia sudah berpeluh satu badan! Kari ikan jenahak dan sambal tumis udang petai Mak Kiah benar2 memecahkan seleranya. Itu tak termasuk sambal belacan ikan bilis dimakan dengan ulam2 kampung tadi. Sedapnya bukan main hinggakan Farid yang mengusiknya berkali2 pun, dia buat tak endah saja. Kalau nak dilayan usikan Farid, kempunanlah perutnya untuk merasa makanan yang sebegitu enak. Jadi, dia buat muka toya saja bila Farid membulinya.

Diana mencapai tisu muka lalu mengelap kotoran dimukanya. Tudung dicabut. Lega rasanya bila rambutnya yang lebat dilepaskan. Diana bangun lalu rebah dikatil Matanya dipejamkan sedikit. Pening!! Aku nak tidur sekejaplah. Nanti baru bangun sembahyang zohor…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 08:07 PM | Show all posts
“Nampak okay…” Fatin berbisik perlahan kepada Farihah. Mereka sedang sama2 menyental kuali di dalam bilik air kerana sinki sudah ditempah oleh Farisya terlebih dulu untuk membasuh pinggan. Farihah menjungkit keningnya.

“Dah adik suka..nak buat macam mana..” lirih suara Farihah menjawab. Tangannya tekun menyental kuali yang berminyak.

“Along tak suka ke?” soal Fatin. Sejak waktu makan tadi, dia dapat merasakan kakak sulungnya tidak begitu berminat tentang Diana. Farihah menarik nafas penat.

“Entahlah!! “ sejujurnya, dia masih belum dapat menerima hakikat yang adik bongsunya bakal berkahwin dengan seorang  janda.

“Ala…janda ke anak dara ke, sama je long…” seakan memahami isi hati Farihah, Fatin memujuk. Matanya dikerling kea rah Farihah.

“Itu satu…yang adik pun tak bagitau awal2 kat kita dia nak kahwin tu pasai pa…ini belum mak lang tau lagi ni. Alang pun tau kan, mak lang tu dari dulu dok bertanya bila Farid tu nak habis mengaji. Tau2, abih mengaji ja, dia lepas ke Palestin, lepas tu, bila balik sini, along tanya dia bila nak kahwin, dia kata ‘tak cukup umur lagi’. Alih2, dapat reja ja, dia bawak balik pompuan kat rumah ni,” bebel Farihah. Suaranya dikawal agar tidak didengari oleh kaum keluarganya di luar.

Segera Fatin terbayangkan wajah mak langnya yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka. Sejak kecil, mak langnya itu sudah bercita2 hendak berbesan dengan ibunya. Memandangkan Farid satu2nya anak lelaki dalam rumah itu, Mak Lang selalu bergurau dengan Mak Kiah bahawa Suraya dan Farid sangat sesuai untuk dikahwinkan. Kebetulan, dari kecil lagi, Suraya memang menjadi teman sepermainan Farid.

“Ala...itu cerita zaman bila long…Takkan along ingat lagi. Mak pun dah tak kisahkan lagi hal tu..” Fatin menyanggah. Dia sebenarnya tidak kisah siapa saja pilihan Farid.

“Lagipun, Diana tu lawa dari Suraya!!Cun melecun long!!” pantas Fatin ketawa dengan kata2nya sendiri. Farihah mendengus. Kata2 fatin itu betul. Diana memang jauh lebih cantik dari Suraya. Tapi…Suraya ada satu kelebihan yang dah tak ada pada Diana! Farihah bangun lalu mengeliat. Lenguh dia duduk bertinggung menyental kuali dan periuk.

“Kita tengok sajalah! Diana tu, entah betah ka tak dok kat kampung ni. Maklumla, orang bandar. Anak orang senang…mana pernah mandi kolah macam ni..” seraya itu, Farihah mencedok air dikolah lalu menjirus kakinya. Dia mengelap kakinya yang basah lalu keluar dari bilik air, membiarkan Fatin membawa keluar semua kuali2 dan periuk. Fatin diam sahaja. Sudah habis modal untuk bersuara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 08:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 14-12-2010 20:19

Bunyi riuh dari luar rumah membuatkan tidur Diana terganggu. Segera dia bangun lalu mencapai jam tangan yang terletak di atas meja solek. Hah??!! Dah pukul 5.00 petang? Matanya terbeliak. Segera dia menyarung tudung ke kepala dan terkocoh2 keluar. Zohor entah kemana, Asar entah kemana! Pantas Diana menuruni tangga menuju ke dapur. Kelihatan cuma suami Farisya sedang duduk minum di meja makan.

“Err..bang, tumpang tanya. Bilik air kat mana?” rasa malu sudah dibuang jauh2. Dia mahu segera ke bilik air.

“Tu..ada towel ke?” tunjuk suami Farisya. Pantas Diana angguk saja. Cepat2 dia melangkah pergi. Bilik air yang agak luas itu, memang sejuk. Sambil dia berwudhuk, sempat lagi Diana berfikir. Mana pergi orang lain? Kenapa tak kejutkan aku? Lamanya tidur!!!Malunya aku!!! Tapi…bunyi bising2 tadi, dari mana? Ah..yang penting, sembahyang dulu!.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 08:08 PM | Show all posts
“Tu!” Farhana mennyiku lengan Farid. Anak matanya jelas menunjukkan kea rah Diana yang menghampiri mereka. Segera Farid berpaling. Diana sudah menukar bajunya. Dari berbaju kurung, kini dia hanya berseluar track-suit dan t-shirt lengan pendek saja. Tapi tudung masih tersarung di kepalanya. Farid mengukir senyum.

“Puas tidur?” tegur Mak Kiah sambil tersenyum. Dia sedang duduk di atas pangkin kayu di bawah pokok rambutan. Kelihatan , yangl lain2 sedang mendongak kea rah pokok kelapa. Fatin dan Farisya pula sedang melayan anak2 mereka.

Diana menghampiri mereka dengan malu2. Farihah menjelingnya. Kemudian kembali mengupas kelapa muda.

“Mai dok sini,” panggil Mak Kiah. Diana akur lalu duduk bersebelahan Mak Kiah dan anak2 buah Farid.

“Takkan jalan jauh sikit ja dah penat sangat? Kat Palestin dulu, bukan main kuat lagi..” usik Farid sambil membetulkan galah. Wajah Diana merona merah. Asyik2 kena buli saja. Nanti kau Farid! Ada ubi ada batas. Diana senyum saja.

“Adik..tak baik asyik mengusik orang..” marah Mak Kiah.

“Okay…okay..” Farid segera mengalah.

“Buat apa mak cik?” soal Diana meski sudah dapat mengagak situasi itu.

“Kait kelapa muda ni ha. Depa ni teringin nak makan pulak. Lagipun, esok kak long dan angah dah nak balik, depa tak dapat cuti lama..” terang Mak Kiah.

“Haa…ni untuk orang Bandar,” Fatin tiba2 menghampiri pangkin kayu lalu menyerahkan sebiji kelapa muda kepada Diana.
“Ha? ” terpinga2 Diana menerima buah yang belum dikupas. Fatin dipandang sekali lagi. Namun Fatin masih berwajah selamba.

“ Kupaslah…macam mana dia nak makan..”rungut Mak Kiah.

“Suruh dia kupas sendiri,” usik Farid lagi. Diana mendengus sambil menjeling kea rah Farid. Dia ingat aku tak reti kalau setakat kupas kelapa muda. Ni. Ingat aku ni Bandar sangat?? Hahaha…hai la Farid. Kau tak tahu ke, masa aku kecil dulu, aku tinggal dengan nenek aku dekat kampong?

“Takpe mak cik. Biar saya kupas….tak susah pun,” kata Diana sambil menjeling kea rah Farid. Hai..main jeling2 pulak. Farid menghulurkan parang kontot kepada Diana. Fatin segera duduk bertinggung di sebelah Diana.

“Haa..cepat!cepat! show dah nak mula! Siapa nak tengok,” tiba2 Fatin menjerit memanggil semua orang yang asyik mengerumuni pokok kelapa. Masing2 berpaling sambil tersenyum2 memandang kea rah Diana, Fatin dan Farid.

Diana menarik nafas payah. Hmm…teruk! Gumamnya di dalam hati. Buah diletakkan di atas cebisan kayu dengan betul lalu parang diangkat tinggi.

“Oii..janganlah angkat tinggi sangat parang tu! Takut aku..” kuat Farid menyergah. Seraya itu, Fatin dan Farid ketawa. Ciss….Diana mencebik.

Parang di angkat lagi. Dusshhh!! Hentakan parang tepat mengena kepala buah. Satu demi satu kulit dikupas. Farid dan Fatin berpandangan dalam rasa curiga.

“Nah…cantik tak?” Diana sudah tersengih sambil menunjukkan kelapa muda yang baru dikupas cantik. Di tayangkan kelapa itu di depan muka Farid dan Fatin.

“Ee….cantik! Elly nak!!” jerit anak sulung Fatin yang berumur 5 tahun sambil terlompat2. Dari tadi dia turut memerhati perilaku Diana mengupas kelapa.

“Sudah.sudahlah mengusik tu….mari makan. Diana. Jangan layan sangat kepala si Farid dengan Fatin ni..kalau tak, dengan  kamu2 pun jadi tak betul..” marah Mak Kiah. Elly ditarik duduk ke ribanya.

“Mak cakap kami tak betul??” Fatin sudah bercekak pinggang. Masing2 ketawa. Diana senyum memerhatikan kemesraan anak beranak itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062059 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list