|
Reply 403# manganini
logik juga balqis cakap ..dah biasa tguk sampai tak terasa lagi takut... tapi harapnya masalah dia selesai once and for all |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 404# ea208964
haah ea..dia pon cakap macam Ilah cakap...makhluk sana dah berkenan..yang jin2 kecik yang lain tu bomoh2 lain tinggalkan lepas berubat..kesian btol..missayeen ada tanya nape die x interested ke nak tambah ilmu dan pegi sana ubatkan..tapi die ckp Ustaz sharhan dah separuh jalan dah,biar ustaz ajela habiskannn..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
27 oktober ni ade kisah balqis ni dalam misteri alam ghaib..tak sabar nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 406# missayeen
missayeen ..ikut kata adik ..yg berkenan tu yg mcm mutant tu ke ...atau yg mutant tu pekerja pos eksprees yg perlu hantar si balqis
Sesetengah perawat/pesakit berpengalaman .. ada yg kata ..mende2 gahib ni takut mende tajam kan ... klu si balqis ni simpan mende2 tajam kat badan dia ..mungkin tak boleh menghalang mende tu dtg dekat ... tambah dgn zikir tu semua ...
bukan nak menngata .. tapi si balqis ni jenis budak lurus yg tak bnyk cakap plus suka dduk bersendirian ke .. bukan ke tu antara kriteria knape 'org ' sebelah sana boleh berkenan ... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaa. durians pun ada tengok cite ni.
dia kena kcau lepas duk main kat kubor.
dia nampak kubo ...
duri_durians Post at 24-10-2010 03:28 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hahaha
ada tgk gak??
padan kan muka pompuan tuh
memain lagik camtuh
nak kitty la......nak cekelat lah
skalik antu tu bagik bangkai kitty |
|
|
|
|
|
|
|
Reply missayeen
missayeen ..ikut kata adik ..yg berkenan tu yg mcm mutant tu ke ...atau y ...
ea208964 Post at 25-10-2010 10:27 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hihi
ade incik posmen lagik
dok amik dan antar balqis
kalau ade posmen mesti ade tokey posmen |
|
|
|
|
|
|
|
hihi
ade incik posmen lagik
dok amik dan antar balqis
kalau ade posmen mesti ade tokey po ...
seeri_7843 Post at 25-10-2010 10:55 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
tu lah ..curious ..yg berbulu tu posmen or yg mengorat ...![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sian balqis nih...harap2 gangguan ni dapat diubati sgera |
|
|
|
|
|
|
|
takde org tepek latest news ke?
kan dak balqis ni kena larikan lagi, ke gunung jerai pulak dah..
lagiiii jauh daripada biase...
betulla kate ilah, mmg makin berat kes ni,
ustaz sharhan ckp siti balqis ni kena melalui dugaan 21 hari,
semalam baru 14 hari...
den nak tepek, tapi tak reti la...
so share sikit2 je lah ape yg bace tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gadis misteri kembali ghaib
JERTIH: Gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, mengejutkan ahli keluarganya apabila dia kembali ghaib kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Siti Balqis yang mula menunjukkan perubahan dan tidak hilang dalam tempoh 15 hari lalu selepas menerima rawatan perubatan secara Islam dari beberapa pengamal perubatan dikatakan dibawa ke lokasi yang lebih jauh.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata sebelum Siti Balqis hilang, sebiji bola batu berwarna hijau tiba-tiba terjatuh di dalam rumahnya menyebabkan ahli keluarga terkejut dan masing-masing berebut-rebut untuk melihatnya.
Katanya, ketika mereka berebut bola itu, tanpa disedari Siti Balqis yang berada bersama tiba-tiba hilang.
“Misteri bola batu yang jatuh itu mungkin sebagai umpan oleh jin yang didakwa menjaga Siti Balqis untuk melalaikan orang ramai yang berada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Norizan berkata, selepas kehilangan itu gerakan mencari dilakukan penduduk termasuk di tempat yang pernah dia dijumpai sebelum ini seperti di atas pokok, bumbung, dalam siling rumah dan kawasan gua Bukit Keluang, tetapi gagal.
“Sehingga jam 7 malam ini (semalam), Siti Balqis masih belum ditemui dan ini adalah kehilangan paling lama berbanding sebelum ini,” katanya.
Menurut Norizan, kira-kira jam 5 pagi semalam, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Siti Balqis yang mendakwa berada di Gunung Jerai, Kedah, kerana dibawa oleh jin berbulu lebat.
Katanya, seluruh ahli keluarga kini dalam kebingungan kerana Siti Balqis gagal dikesan di tempat biasa dan mungkin berada di tempat yang diberitahunya menerusi SMS itu.
Menurutnya, sudah menjadi tabiat Siti Balqis membawa telefon bimbitnya di dalam seluar dan apabila hilang, dia akan mengirimkan SMS kepada ibunya.
Sharhan, ketika mengadakan sesi rawatan sesi kedua Ahad lalu berkata, Siti Balqis akan menghadapi cabaran dalam tempoh 21 hari dan kelmarin genap 14 hari dia menerima rawatan secara Islam.
* Bola batu warna hijau tu ape ek?.... |
|
|
|
|
|
|
|
eerrrkkkk
sian nye balqis .........
tertipu gak ahli keluarga nye ngan helah jin
harap2 dan berdoa pd Allah moga balqis selamat dr jin durjana tuh |
|
|
|
|
|
|
|
minta ada org sponsor siti balqis nih h/p berkamera, nanti bila jin tuh bawa dia, soh rakam........ mungkin jin nih jin ifrit kot sebab terkonpius ngan nama dia, ingatkan puteri balqis........ |
|
|
|
|
|
|
|
VERSI BHARIAN
Gempar Siti Balqis ghaib lagi
SMS diterima dakwa gadis misteri dibawa lari jin ke Gunung Jerai
JERTIH: Gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini sekali lagi menggemparkan ahli keluarganya apabila dia kembali ghaib sejak malam kelmarin dan belum ditemui hingga malam tadi.
Malah, kehilangan gadis terbabit kali ini lebih membingungkan apabila buat pertama kalinya dikatakan berada di lokasi paling jauh dari rumahnya.
Siti Balqis, yang mula menunjukkan perubahan dan tidak hilang dalam tempoh 15 hari lalu selepas mendapat rawatan perubatan secara Islam daripada beberapa pengamal perubatan, ghaib semula jam 9 malam kelmarin dan dikatakan disembunyikan di Gunung Jerai, Kedah.
Kejadian ghaib itu adalah yang pertama selepas pengamal perubatan Islam termasuk penasihat agama program Alam Ilmu Ghaib TV3, Sharhan Shafie datang merawat beliau kali kedua minggu lalu.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata apa yang ganjil sebelum Siti Balqis hilang malam kelmarin, sebiji bola batu berwarna hijau tiba-tiba terjatuh di dalam rumahnya menyebabkan ahli keluarga terkejut dan masing-masing berebut untuk melihatnya.
“Ketika mereka berebut untuk melihat bola itu, dalam sekelip mata Siti Balqis hilang. Misteri bola batu yang jatuh itu mungkin sebagai umpan oleh jin yang didakwa menjaga Siti Balqis untuk melalaikan orang ramai yang berada di dalam rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Norizan berkata, selepas kehilangan itu, gerakan mencari dilakukan penduduk termasuk di tempat yang pernah Siti Balqis ditemui seperti di atas pokok, di atas siling, atas bumbung dan di kawasan gua Bukit Keluang, tetapi gagal.
“Sehingga jam 10 malam ini (semalam) Siti Balqis masih belum ditemui dan ini adalah kehilangan (ghaib) paling lama berbanding sebelum ini yang mana dia dijumpai semula selepas beberapa jam ghaib,” katanya.
Norizan berkata, pada jam 5 pagi semalam dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Siti Balqis yang mendakwa berada di Gunung Jerai yang dibawa oleh jin berbulu lebat.
Katanya, seluruh ahli keluarga kini dalam kebingungan kerana Siti Balqis gagal dikesan di tempat biasa dan mungkin benar-benar berada di Gunung Jerai seperti diberitahunya menerusi SMS.
Norizan berkata, sudah menjadi tabiat Siti Balqis membawa telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam poket seluar dan akan mengirimkan SMS kepada ibunya apabila dighaibkan jin.
Sementara itu, Sharhan ketika mengadakan sesi rawatan sesi kedua Ahad lalu berkata, Siti Balqis akan menghadapi cabaran dalam tempoh 21 hari dan semalam genap 14 hari menerima rawatan secara Islam sebelum terus ghaib hingga sekarang.
Norizan berkata, dia juga tidak melaporkan kes kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu kepada polis kerana yakin anaknya akan dikembalikan semula oleh jin berdasarkan pengalaman dalam kejadian sebelum ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyaaa..makcik2 pakcik2 ..takan tak besa lagi dgn keadaan tu ...sempat berebut nak tguk mende jatuh ...patutnya immediately instinct nak protect si balqis tu ... |
|
|
|
|
|
|
|
lerr...tak abis2 lagi kes si balqis ni..
ingatkan dah setel..jahat btul jin-jin ni sume..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
aiyaaa..makcik2 pakcik2 ..takan tak besa lagi dgn keadaan tu ...sempat berebut nak tguk mende jatuh ...
ea208964 Post at 26-10-2010 13:36 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
betul... aku setuju... sepatut by now makcik pakcik sedara mara dia yg berkampung kat umah dia tu dah tau dan boleh 'sense' bila terjadi jer sesuatu yg aneh bermakna kawalan pada balqis kena lebih ketat... tengok dulu jin tu jatuhkan batu2 berharga... rupa2nya dia nak 'terbang'kan si balqis..nasib baik sempat tarik.. bila tak dapat, 'dia' amik balik batu2 tu.... ini bermakna family diapun alpa jugak.. atau mungkin bila tengok dah 2 minggu dia ok, deorang ingat musibah dah berlalu kut....kesian betul kat budak ni.. dah semakin jauh dibawaknya dan dah semakin lama tempoh disimpannya.... takut nanti tak dipulangkan langsung... na'uzubillah..... jangan la jadik macam tu...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
takut sok2 budak ni anta sms dari indon plak... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 421# Joe^Duan
klu lombok ..xde pulak signal ..public phone pon susah cari ...
btw ..dah balik ke si balqis ni dari gunung jerai ... |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai plak jin ni pedajalkn,tgh keadaan dah tenang sikit dia bt blek...pdai mastermind plak tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhhh..seram sehh.. makin complicated pulak kisah siti balqis ni, mengalahkan drama bersiri seram tv3..![](static/image/smiley/default/funk.gif)
maknanya siti balqia n family tak bleh lalai la ni..mesti jin tu sentiasa monitor siti balqis kan..... lalai sikit je, sure jin tu kan amik kesempatan punyer...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|