CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katt

MATCH MADE IN HEAVEN (starts at pg 40)

[Copy link]
Post time 5-8-2003 01:54 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 2003-7-30 06:02 PM:
1 - Rasanya isteri Qi Jun (nama ?) tu betul-betul dah berubah perangainya atau Qi Jun yang over-reacting? Is there a hidden agenda by the wife?

2 - Patutkah You Na teruskan hubungan dengan Han Yin Zheng?

3 - Mr. Shang (aka orang kasar) punya teknik  reverse psychology pada You Na & her bf. Kalau tak silap, Mr. Shang ni dulu kerjanya Prof. atau doktor..... sesiapa tahu?

4 - Patut ke, dia tampar Han Yin Zheng?

5 - Shi Na dan member dia (nama ?) ni sebenarnya tak pergi pun tuisyen, kan? Asyik-asyik pergi merayau, makan & tengok wayang saja kerja mereka?


nak jawab gak walaupun dah lambat..

the answers:

1. ketika soalan tu dipost..aku nak jawab Qi Jun yg over-reacting..tapi lepas tgk episod hari ni..aku rasa isteri dia tu mmg teruk dulu..ganaszz..

2. aku berbelah bagi nak jawab..nak sokong gak..sbb kesian dgn You Na yg hidup terseksa sejak diorg terpisah..tapi..aku rasa dia patut jgn teruskan lah..sbb ada betulnya cakap org2 lain...kalau betullah lelaki tu benar2 cintakan dia..tak patut dia kahwin dgn perempuan lain..lagipun..kalau dia teruskan..tentulah offend bapa dia..

3. ntahlah apa kerja dia dulu..dlm episod tadi kalau tak silap dia kena panggil doktor pula..

4. ada patutnya & ada tak patutnya...susah jugak nak pilih mana 1..patut di tampar sbb kalau betul2 cinta...mestilah ikut je..& jgn banyak cakap lagi..tapi yg tak patutnya...dia tu siapa nak tampar org..even bapa You Na pun blom buat apa2..dia plak pi tampar org...tapi kalau tgk dr sudut pikiran org kasar..bg dia..dia apa peduli..hoho

5. a ah la..takde 1 scene pun nampak diorg study dlm class..(based on apa yg aku nampak ar)..jgn2 diorg ni asik escape tak?..study kat umah jer..


~~~~~~

BTW...actually aku dah termiss episod hari Khamis & Jumaat lepas..jadi banyak benda aku dah tak tau..ehem ehem..gatal plak leher ni


[ Last edited by yellow belmont on 5-8-2003 at 02:04 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2003 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 2003-7-30 06:02 PM:
1 - Ok, sebelum ni kita tengok the 2 hantu (wife Mr. Yu & his mother in-law) memang tak kelihatan oleh sesiapa apalagi kalau mereka bercakap pun, tiada orang dengar. Nak pegang barang dalam rumah pun tak boleh. Tapi, kenapa masa Shi Na telefon rumah, neneknya yang angkat telefon dan boleh 'bercakap' dengannya sampai Shi Na terkejut, ingatkan salah nombor?

2 - Siapakah the 'woman' in red di rumah Jin Jun Hao  tu (yang dia panggil Hui Zhu)?


1. aku pun pelik..camne dia blh sentuh & bersuara plak..err..maybe diorg blh buat diri dlm 2 mode berbeza kot...tapi mcm tak relevant pula..ntahlah..

lagi 1..kadang2 pergerakan diorg berdua pun agak tak begitu sesuai dgn hantu..cthnya..diorg kan blh gahib sesuka hati & kemudian muncul di mana2 tempat mereka suka...tapi mengapa..ada 1 scene tu..diorg kena bangun lagi dr tempat duduk..& bergerak..ini perilaku manusia biasa..kalau kita blh hilang..masakan masih perlu bergerak sebegitu..aku rasa ikut logik camtu la..kita tak payah bangun..duduk jer diam2 then hilangkan diri..tak gitu?

2. I have no idea..(tak ingat scene tu pun)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2003 12:07 AM | Show all posts

BECAUSE I LOVE YOU - KBS



Mr.Yu Xia Xian– (Actor: Jang Yong)

Duda dengan 3 orang anak perempuan.



Yu Zhi Na – (Actress: ?)

Anak yang sulung.





Yu You Na – (Actress: Lee Young Ae)

Anak kedua.



Yu Shi Na – (Actress: ?)

Anak bongsu.





Prof. Wung Shang Yu – (Actor: Han Jin Hee)

Kawan baik Mr. Yu.





Isteri Prof. Wung – (Actress: Kim Chang Sook)



Wung Qi Jun – (Actor: ?)

Anak pertama.


Wung Qi He - (Actor: ?)

Anak kedua.


Xiu Yan - (Actress: ?)

Isteri Qi Jun.


Jin Jun Hao

Bekas student Yu Zhi Na.



Ying Er – (Actress: ?)

Isteri Mr. Yu (muncul sebagai hantu)

[ Last edited by katt on 6-8-2003 at 11:49 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2003 12:11 AM | Show all posts

Because I Love You – Episod 6 & 7

Mr. Yu masih lagi dalam mode protes terhadap You Na. Dia tak mau bercakap dengan You Na walaupun anaknya cuba ambil hati dengan masak dan sebagainya. Zhi Na & Shi Na juga terkena tempias marah Mr. Yu.

Prof. Wung pula pening kepala dengan keadaan anak-menantunya. Sebagai seorang yang tegas, dia tak sangka yang anak sulungnya tu takutkan isteri & menantunya pula sanggup pukul suami sendiri. Yang terbaru, Xin Yuan pukul  Qi Jun dengan kuali sampai pengsan. Itu yang buat isteri Prof. Wung  berleter tak sudah terhadap menantunya di rumah.

Lalu, Prof. Wung pun ajak Mr. Yu pergi makan di luar. Semuanya sebab tak mahu bertemu dengan keluarga masing-masing. Prof. Wung masa bersembang telah berkata: anak-anak ni macam gula-gula getah yang melekat di rambut selama-lamanya.

Bila Mr. Yu kata, biarlah dia mati saja sebab tak tahan dengan perangai You Na, dapatlah dia jumpa dengan isterinya yang dah meninggal tu. Tapi Prof. Wung kata, kena ingat anak-anaknya yang masih belum berkahwin tu, tak boleh nak ambil jalan mudah sahaja. Katanya lagi, dia faham perasaan Mr. Yu yang masih teringatkan mendiang isterinya tu. Dia sendiri mengaku, walaupun dia tak berapa sukakan isterinya sebab masalah komunikasi akibat jurang perbezaan yang besar antara mereka. Maklumlah, dia professor manakala isterinya tu jenis suka baca majalah gossip. Bila ditanya selalu lain yang dijawab oleh isterinya tu but the truth is kalau isterinya tiada, dia pasti tak boleh teruskan hidup. (rasa terharu pulak bila dengar ni ^_^)

Jin Jun Hao pula berusaha sedaya-upaya nak dapatkan balik kepercayaan Zhi Na padanya. Rupanya the girl yang tidur di apartmen Jun Hao tu adalah ex-gf kawan Jun Hao yang sedang bersedih sebab bfnya masuk tentera. Zhi Na punya soal-siasat quite detail sampai ke part tanggal baju dsb. Nasi baik dia percaya dengan alasan Jun Hao tu.

Di rumah, You Na masih telefon bfnya tu dan mereka plan nak pura-pura berpisah bagi meredakan keadaan. You Na sebenarnya tak tahan dengan cold treatment keluarganya tapi dia sendiri tak mahu lupakan lelaki tu. Bila ayahnya dapat tahu yang dia dah berpisah (kononnya), ayahnya pun dah tak marah lagi malah pujuk You Na dengan macam-macam cara di samping suruh yang lain beri dorongan pada You Na. Bila ayahnya baik begitu, You Na pun rasa serba-salah sebab dia memang berbohong pada semua orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2003 12:16 AM | Show all posts

Episode 9

Agak terkejut dengan You Na bila tengok dia melawan cakap bapanya tu. Tak tahu nak kata apa, rasanya keterlaluan sangatlah. Walaupun dia memendam rasa sebab tak dapat berkahwin dengan lelaki yang amat disayanginya tu, tak patut dia membelakangkan bapanya sendiri.

Some related points:
-Kata You Na, bapanya sepatutnya faham tentang cinta yang terhalang sebab dulupun semasa Mr. Yu bercinta dengan isterinya, terdapat bantahan dari ibu mertuanya. Tapi dalam kes You Na, dia lupa  hubungannya bukan hanya antara dia dan bfnya saja tapi isteri dan anaknya sekali.

-You Na juga lupa the reason bfnya tu tak kahwin dengannya dulu sebab menurut kata keluarga. Kenapalah You Na tak boleh ikut kata keluarganya sendiri

-Dia sendiri sedar yang bfnya mungkin bahagia sebenarnya bersama isteri dan anaknya, tak nampak macam orang yang menderita.

Itulah, kerana terlalu menurut perasaannya sehingga buta kepada kenyataan. Apa nak buat, jodohnya tiada. Rasanya lelaki tu hanya mementingkan diri sendiri, sehingga sanggup suruh You Na berbohong dengan keluarga di samping menjanjikan perceraian dalam masa 3 tahun.

Yu Zhi Na & Jin Jun Hao
Makin diperhatikan, rasanya peluang Jun Hao untuk memikat Zhi Na dah semakin terbuka. Walaupun dia memang agak childish sometimes (especially time dia mengamuk tu dan bila dia banyak cakap) tapi dia betul-betul ambil berat pada Zhi Na. Agaknya sikap Zhi  Na yang tegas tu  buat Jun Hao sukakannya?

Zhi Na, sebab dia anak yang sulung sentiasa anggap Jun Hao macam adik lelaki sahaja. Tu pasallah mereka rapat, bila bergaduh pun tak ada selindung-selindung. Cuma dia belum nampak Jun Hao sebagai potential boyfriend. Suka tengok mereka ni, nampak ada good chemistry ^_^ between them.


*Sedikit pembetulan, Prof. Wung tu bukannya business partner Mr. Yu tapi a good family friend. Mulanya tak minat dengan golf tapi dah makin berubah, mungkin nak melarikan diri dari masalah anak-menantu yang memeningkan kepala tu.


Qi Jun & isterinya

Memang Xia Yuan tu ada masalah sedikit dengan perangainya yang cepat meradang dan suka membaling barang tapi rasanya dia memang berusaha untuk memulihkan keadaan. Walaupun salah tapi dia memang tak mahu melepaskan rumahtangganya begitu sahaja. Tambahan pula dah ada anak seorang. Something yang Qi Jun kurang faham tentang perasaan seorang isteri, and he should change too.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2003 11:55 PM | Show all posts

Episod 10

Kesian pulak tengok scene Mr. Yu tidur peluk teddy bear besar yang anaknya bagi tu. Dia terasa macam dia peluk isterinya......dahlah masa tu birthday dia :cf:.

yellow belmont, kalau tengok episod ni......perasan tak yang the instrumental background track yang dimainkan tu juga terdapat dalam Invitation dan Beautiful Days (scene Yeon-soo sakit di hospital).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2003 02:26 AM | Show all posts

katt

Yeon Soo ni siapa?..thi hi hi hi..
antara 2..samada aku tak notice..atau aku tak nampak scene yg ada instrumental tu..tadi aku mmg ada tgk..tapi putus2 sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2003 03:08 PM | Show all posts

Yeon Soo

Alamak.....lupa ke?

Dalam Beautiful Days, Yeon Soo tulah heroinnya.....lakonan Choi Ji Woo. Agaknya yellow belmont ingat pada Na Rae member dia tu je, lakonan Lee Yoo Jin :bg:.

Anyway, here's a photo of Min Chul & Yeon Soo in Beautiful Days to refresh your memory. Saya dah post gambar ni dalam thread ALL IN but I guessed you've might have missed it :2cool:.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2003 07:12 PM | Show all posts

katt

hehe..watak heroin BD rupanya..mmg agak yg tu..tapi was2..
aku bab nama2 watak/pelakon Korea..mmg fail..tau & ingat sikit je..

a ah..pandai ko teka..aku mmg tak nampak posting ko kat thread tu..

BTW..lupa plak..thanks for the summary of episode 6 & 7..;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2003 06:50 PM | Show all posts

Not that funny or light-hearted family series

Berat juga drama Because I Love You ni. Banyak isu yang diketengahkan......hubungan anak-bapa, hubungan suami-isteri, masalah kekasih, masalah tak mahu masuk U dll.

Lakonan Jang Yong sebagai bapa (Mr. Yu) memang berkesan, nampak segala emosi & nalurinya sebagai seorang bapa yang penyayang & mengambilberat. Walaupun kurang setuju dengan watak You Na tetapi cara Lee Young Ae berlakon, surprisingly good. Tak sangka dia bawa watak anak yang memberontak......setelah sekian lama memendam rasa.

What do you think......yellow belmont, kEk_KeL@d|, fly_in_d_sky & others? Ke.....saya sorang je yang tengok cerita ni :re:.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2003 02:59 PM | Show all posts

katt

pendek kata..aku mmg setuju dgn apa yg ko cakap..
tak sangka cerita ni begini rupanya..at first aku ingatkan gayanya sama mcm RFL..rupanya opening jer sama..sedangkan pembawaan isinya jauh lebih berat..terkejut juga aku tgk bbrp episod terakhir ni..especially kelmarin..sampai masuk kes tinggalkan rumah..but actually aku terlambat bukak/switch tv..jadi aku tak pasti apa yg bapa You Na dah buat sampai begitu sekali tindakan You Na..

dlm pd aku follow cerita ni...aku tertanya-tanya juga...apa wujudkah?..& macam mana You Na blh sampai begitu sekali perasaan dia pd teman lelaki dia tu?..hingga merubah dirinya yg lemah lembut & taat kpd keluarga itu...err...banyak lagi aku nak cakap..tapi terpaksa chow dulu...actually susunan ayat pun tak teratur sgt...susah aku nak sampaikan maksud dlm kepala aku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2003 04:24 PM | Show all posts

jarang tengok

sbnrnye jarg tgk cite ni, sbb dah tukar waktu siara. time tu selalunye kalo tak lepak2, tgh layan forum ni laa

tp sbnrnye pon kureng minat nk tgk.. cite ni nampak je ringan tp sbnrnye isu dia tu berat jugak. lg2 saya tak suka tgk anak yg tgh tu ( apa ek nama dia :stp: ) yg bangkang bapak dia cakap. pastu tgk ank bongsu tu plak kdg2 dok terpekik2 :cf: hehe.. saya kalo ada part yg tak suka terus malas nak tgk..
lgpon kdg2 kesian tgk wife org kasar tu ( sori ye, mmg tak ingat nama watak cite ni ) selalu kene buli ngan laki dia. tp mcm yellow belmont katalah, kalo dh org kasar tu, mmg gitu laa..:eek:

tp, realitinye, mmg ada keluarga yg ada masalah macam tu. dlm cite ni, paling kesia kat bapak dia tu, susah rupenye nak jaga anak, lg2 ank pompuan bila takde isteri ni

pengajarannye buat lelaki, hargailah isteri anda
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2003 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-9 04:24 PM:
lg2 saya tak suka tgk anak yg tgh tu ( apa ek nama dia  ) yg bangkang bapak dia cakap. pastu tgk ank bongsu tu plak kdg2 dok terpekik2  hehe.. saya kalo ada part yg tak suka terus malas nak tgk..
lgpon kdg2 kesian tgk wife org kasar tu ( sori ye, mmg tak ingat nama watak cite ni ) selalu kene buli ngan laki dia. tp mcm yellow belmont katalah, kalo dh org kasar tu, mmg gitu laa..


anak yg tgh tu nama wataknya You Na..
a ah la..anak yg bongsu tu suka sgt terpekik..ngan bapak dia pun dia terpekik-pekik..kes kes kes..tapi dia tu cute gak
yg bini org kasar tu pun kesian gak aku tgk kengkadang..sbb selalu sgt dibentak-bentak oleh laki dia..isk isk isk..tapi berdasarkan bbrp episod terakhir ni..ikut pemahaman aku..org kasar tu sebenarnya menghargai betul bini dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2003 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-8-9 02:59 PM:


actually apa yg aku cuba nak sampaikan hari tu...ttg bbrp persoalan dlm kepala aku..

bf You Na

persoalannya:
- andai benar2 mencintai You Na...bukankah dia tidak patut meninggalkan You Na semata-mata sbb Mr. Yu itu duda yg lantas menjadi sebab ketidak persetujuan ibu bapanya?..kerana dewasa ini..jika difikirkan alasan itu teramatlah nonsense..tapi kalau dilihat dr sudut lain pula..andai dia seorang anak yg baik..bukankah dia sepatutnya menurut kata sepertimana yg diarahkan ibu bapanya?..jika mengikutkan juga rasa cintanya..maka akan jadilah dia anak derhaka?..jadi bagaimana ya?..ditelan mati mak diluah mati bapa
- andai benar2 tidak bahagia dgn isterinya tu..andai benar2 hanya You Na yg bertakhta dihatinya..mengapa harus dia menunggu hingga sekarang barulah mau menemui You Na?..mengapa sampai sudah bunting & beranak bininya?..mengapa tidak awal2 dulu?..apa dia cuba utk hidup bahagia terlebih dahulu & sesudah gagal barulah pergi mencari You Na?..tidakkah sepatutnya dia gagalkan sahaja perkahwinan itu dr awal lagi?..jika dia berhasrat utk tidak menderhaka kpd ibu bapanya tapi pd masa yg sama masih menghormati You Na

You Na

persoalannya:
- begitu cepat & mudah dia memaafkan bfnya tu..tidakkah dia sakit hati yg teramat sgt setelah ditinggalkan dulu?
- begitu sekali dia menyebelahi bfnya..lupakah akan perbuatan bfnya meninggalkan dia dulu?..yg secara langsung tlh menghina dia & secara tidak langsung menghina bapanya juga..tapi sekarang dia pula sanggup membelakangkan bapanya..kalau dulu bfnya menurut kata ibu bapanya..mengapa sekarang dia patut menurut kata bfnya?..mengapa tidak dia pula yg mengikut kata bapanya Mr. Yu?(mcm yg katt pernah cakap)
- lantas aku pun tertanya-tanya...wujudkah cinta sebegitu?..spt mana You Na cintakan bfnya..mungkin inilah dia yg dikatakan cinta itu buta.."sebelum bapanya mati..dia mati dulu"

*hentam jerlah..aku pun tak pandai nak keluarkan fikiran dlm kepala aku ni*


[ Last edited by yellow belmont on 10-8-2003 at 06:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2003 01:19 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-9 04:24 PM:
sbnrnye jarg tgk cite ni, sbb dah tukar waktu siara. time tu selalunye kalo tak lepak2, tgh layan forum ni laa



Betul tu...timing baru oleh TV2 ni sedikit sebanyak memang merosakkan rancangan waktu petang. Oleh sebab TV1 nak dijadikan saluran berita mutakhir, habis TV2 pun kena ubah schedule. Walaupun tiada impak besar pun, tapi sedikit sebanyak masih memeningkan kepala. Masuk yang ini dah 4 kali slot drama Korea TV2 berubah schedule naik & turun. Itu tak masuk lagi berapa kali tukar nama slot. Apalaa...:re:.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2003 01:21 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-8-9 02:59 PM:
tak sangka cerita ni begini rupanya..at first aku ingatkan gayanya sama mcm RFL..rupanya opening jer sama..sedangkan pembawaan isinya jauh lebih berat..terkejut juga aku tgk bbrp episod terakhir ni..especially kelmarin..sampai masuk kes tinggalkan rumah..but actually aku terlambat bukak/switch tv..jadi aku tak pasti apa yg bapa You Na dah buat sampai begitu sekali tindakan You Na..



Yang buatkan You Na jadi begitu adalah sebab bapanya pergi terus berjumpa dengan  bapa bfnya dan beritahu tentang hubungan  mereka tu. Jadi, bfnya telah diberi kata putus/warning agar tak hilang warisan perniagaan keluarga. Maka dia dan You Na terpaksalah putuskan hubungan sementara waktu. Yang buatkan bapanya jadi begitu sebab dia 'tangkap' mereka kissing in front of the house. Mr. Yu masa tu dah tak kira dah, terus je pukul bf You Na tu. You Na pulak asyik nak menyalahkan bapanya. Sebenarnya Mr. Yu tengah susah hati sebab Shi Na (yang bongsu) tu tak lulus exam dan asyik cakap nak bunuh diri je. Sebagai anak, tak patut betul dia cakap pada bapanya sendiri. Mana ada parents nakkan anak mereka mati, walaupun sekadar cakap-cakap saja. Anyway, Mr. Yu keluar minum dengan Prof. Wung. Entah macamana, dia terasa hati dengan kata-kata Prof. Wung. Ingatnya dia sengaja nak perlekehkan anak-anaknya walaupun Prof. Wung taklah bermaksud begitu. Balik rumah pula nampak You Na & bfnya. Itulah ceritanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2003 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-9 04:24 PM:

tp sbnrnye pon kureng minat nk tgk.. cite ni nampak je ringan tp sbnrnye isu dia tu berat jugak. lg2 saya tak suka tgk anak yg tgh tu ( apa ek nama dia  ) yg bangkang bapak dia cakap. pastu tgk ank bongsu tu plak kdg2 dok terpekik2  hehe.. saya kalo ada part yg tak suka terus malas nak tgk..
lgpon kdg2 kesian tgk wife org kasar tu ( sori ye, mmg tak ingat nama watak cite ni ) selalu kene buli ngan laki dia. tp mcm yellow belmont katalah, kalo dh org kasar tu, mmg gitu laa..



Memang agak kurang menyenangkan hati sikit bila tengok perangai anak bongsu tu yang suka menjerit-jerit kepada bapanya bila dia tak puas hati. Dan juga anak kedua yang betul-betul melawan cakap bapanya. Memang rasa tak seronok. Tapi nak tengok juga K-drama ni, at least perhubungan kakak yang sulung dengan kawannya tu dan juga perhubungan antara Prof. Wung (orang kasar) dengan isterinya tu. Walaupun sering dimarahi tetapi isterinya tu pandai counter-response cakap suaminya tu. Dia memang dah cukup masak dengan perangai suaminya tu....sampai suaminya kekadang tak terkata apa.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2003 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-8-10 06:09 PM:
actually apa yg aku cuba nak sampaikan hari tu...ttg bbrp persoalan dlm kepala aku..

bf You Na
- andai benar2 tidak bahagia dgn isterinya tu..andai benar2 hanya You Na yg bertakhta dihatinya..mengapa harus dia menunggu hingga sekarang barulah mau menemui You Na?..mengapa sampai sudah bunting & beranak bininya?..mengapa tidak awal2 dulu?..apa dia cuba utk hidup bahagia terlebih dahulu & sesudah gagal barulah pergi mencari You Na?..tidakkah sepatutnya dia gagalkan sahaja perkahwinan itu dr awal lagi?..jika dia berhasrat utk tidak menderhaka kpd ibu bapanya tapi pd masa yg sama masih menghormati You Na


Itulah dia.....memang patutlah Mr. Yu bertindak begitu. Walaupun kelihatan caranya drastik & mengongkong pada pandangan orang muda tapi apa yang dilakukan adalah demi kebahagiaan anaknya jua.

Kalaulah bfnya masih single, tentu tiada masalah...kan? Tapi itulah juga, cinta membuatkan orang menjadi buta.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2003 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 10-8-2003 06:09 PM:
*hentam jerlah..aku pun tak pandai nak keluarkan fikiran dlm kepala aku ni*




takpe.. paham je ape ko ckp tu.

kdg2 takleh terime plak bila tgk cite ni. kdg2 tunjuk diorg sayang sgt kat ayah diorg tapi kdg2 nampak cam kurang ajar lak. selalu je (pada fikiran aku la) diorg ckp bende yg tak sepatutnye diucapkan pd seorg ayah yg jaga diorg dengan penuh kasih sayang, dah le wife takde, nak jaga anak dara bukannye senang. atau tak tahulah kalo translation cite tu yg buat apa yg diorg ckp tu tak sedap didengar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2003 01:35 AM | Show all posts
Translationnya tu rasanya agak tepat sebab ditranslate dari subs Cina. Dan drama Korea yang ada sarikata Cina ni memang ambil dialogue Korean tu word-for-word.

IMO, dialogues dalam K-dramas memang begitu....quite kasar, in a way. Cuma our way di sini yang tak biasa begitu...kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.315849 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list