CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cherzx

PELBAGAI RESEPI AYAM

[Copy link]
Post time 19-7-2007 11:02 AM | Show all posts


SAMBAL AYAM MINYAK SAPI
Sumber : Maid aku

1 kg ayam (potong 8) - gaul dgn garam dan kunyit, perap 30mins
bawang besar - potong bulat

bahan2 untuk dikisar :
10 biji cili kering - ikut pedas
10 biji cili padi
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
4 hiris halia
2 batang serai - hiris
2 camt serbuk lada putih

1/2 cawan air
2 cams minyak sapi
2 camt cuka
2 cams air asam jawa
garam
gula

Cara :

1. panaskan minyak, goreng ayam separuh garing. ketepi kan.
2. panaskan minyak sapi, goreng bahan2 yang dikisar dan serbuk lada putih sehingga garing.
3. masukkan air asam jawa, cuka, gula dan garam. kemudian masukkan ayam.
4. masukkan air. didihkan.
5. masukkan bawang besar. masak 2-3 minit (sehingga bawang layu)
6. siap!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2007 08:51 PM | Show all posts
ayam dgn sos tiram dan sayur






bahan2:

ayam - potong kecil
cendawan
bunga kobis
capsicum hijau
cili merah-buang biji, potong panjang2
karot
kacang manis- potong 2
bawang putih - 5 ulas- tumbuk
sos tiram 5 sudu
tepung jagung
air
minyak utk menumis
garam

cara2:

tumis bwng putih hingga garing
masukkan ayam- kacau 5 minit
masukan sos tiram
masukkan segala sayur
bubuh air- biar mendidih
bancuh sediki tepung jagung
masukkan tepung jagung..
biar kuah agak pekat..bubuh garam sket..
siapppp!!

[ Last edited by  pentium_catz at 19-7-2007 08:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 01:15 PM | Show all posts


Ayam Masak Serai
sumber : maklang nadzrin

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

[ Last edited by  shidaaziz at 31-7-2007 02:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:48 PM | Show all posts
Best2 lah resepi kat sini.. nanti shim nak try lah.. dah ketinggalan nih...

accely shim pun nak share resepi yang memang sempoi tapi sedap... kalo anak shim no 2(umur 4 tahun) tu, kalo mkn masakan ni, 4 pinggan dia tambah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 12:36 PM | Show all posts

Reply #405 shimmy's's post

menarik gak resipi ni, senang plak tu..anak kelly yg umo 3 thn tu suke makan lauk yg berkicap ni..shim nanti tepek le gambo ye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 02:41 PM | Show all posts
dont wolly... weekend nih jugak shim masak dan tangkap gambo.. compomlah anak shim tu mkn 4 pinggan nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2007 05:22 PM | Show all posts
ayam masak lemak cili ape xde ye???hummm
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 08:23 AM | Show all posts




AYAM GORENG LADA HITAM

Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
1 s/k lada hitam
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang kacang panjang [potong pendek]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, kacau sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, dan lada hitam kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, kacang panjang dan garam . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut. Tambah sedikit air.
4. Tutup api dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 7-8-2007 08:23 AM
http://www.filehive.com/files/0806/Ayam-Goreng-Ladahitam.jpg



AYAM GORENG LADA HITAM

Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
1 s/k lada hitam
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 ...


sedap nyer.. k'liza nasib baik pg td dh mkn nasi dagang kalu tak mau leleh air liur..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 10:32 AM | Show all posts
gambar takde...lupa lak nak snap gambar chef Florence Tan masak..

MYSOR AYAM
(perap 1/2 jam)
600 gm isi ayam (potong kecil)
6 sudu besar sos tomato
4 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

Bahan A
1 sudu kecil biji sawi
3cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari

Bahan B
2 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar air

1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
1/4 cwn minyak sawit carotino
65ml air
1 camca besar bwg putih cincang
2biji bwg besar (dihiris)

Cara-caranya
Panaskan minyak.Masukkan bahan A dan goreng 3 minit.
Goreng bwg putih, bwg besar hingga wangi.Masukkan pes kari (B).
Masukkan ayam dan goreng hingga bertukar warna.Tuangkan air.
Masak ayam hingga empuk dah kuahnya pekat.Maukkan cili dah biarkan bebrp minit dan padam api.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 01:40 PM | Show all posts
ni shim tepek gambo dan resepi balik.. gambo kita tak cantik mcm k.liza laaa...



AYAM KICAP SEMPOI
bahan2

1 ekor ayam - potong kecil2 ikut suka
2 biji tomato saiz S - potong dadu kecil2
1 camb susu pekat manis
kicap masin
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 10:34 PM | Show all posts
dami dah try resepi ayam kerutuk kak liza kat page 3.

best gile sampai menjilat periuk

thanks kak liza!

cume kerisik takder,dami gule kelapa kering(mls nak wat kerisik) boh dlm 2,3 sudu besar.

sdp jugak bau die
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:32 AM | Show all posts
dk dah byk kali wat rendang ayam resepi kak liza ... anak2 dk suka banget



still ataih dapo ... oleh kerana dk kuat pedas ... so dk lebihkan cili api
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 04:42 PM | Show all posts
alamak sedapnya nampak......
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 08:34 PM | Show all posts

Reply #415 hanieliza's post

dok merantau baru la dk blaja wat rendang sendiri ... klu dulu ... asal rendang je mak le yg ngadap dapo x renti2 ...

anyway mekasih kak liza sbb dk byk blaja masak melalui fp kak liza .... i lap u lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 09:21 PM | Show all posts
lapar jadik nyer......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 10:24 AM | Show all posts
daun kesum or kak liza...

resepi mana satu tu yer... sedap sungguh nampaknya.. kaler pun sgtla cantik.. pagi2 nih... dahler hujan, tgk gambar rendang daun kesum tuh.. aduhhh.. tak tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 10:59 AM | Show all posts

Reply #414 daun_kesum's post

sedapnya nampak... resepi yg mana yer????
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:09 PM | Show all posts
buat white pearl & alangGIRL ... nih resepinya ...resepi rendang daging tp dk tuko daging ke ayam ... & cili api sepenuhnya

RENDANG DAGING
Sumber: Hanieliza (maceh kak liza)
Bahan-Bahan:
1 kg daging [potong nipis kecil]dk tuko ke ayam
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk]
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam

Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri (dk guna segenggam cili api je... tp korang x kuat pedas jgn le byk nih)
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

Selamat mencuba ... sodapppppp
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:28 PM | Show all posts

Reply #420 daun_kesum's post

.....tqvm.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.057128 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list