|
[Tempatan]
V28 Latest news MH370 : Malaysia tidak pernah menolak 'plot membunuh diri' oleh
[Copy link]
|
|
razhar posted on 4-6-2014 02:45 PM
ok,yang lama dah bley log in.....
tq razhar
|
|
|
|
|
|
|
|
jofizo posted on 4-6-2014 04:02 PM
Pelayar dakwa lihat MH370 terbakar di Lautan Hindi
pelayar ni nampak polong kut.....
|
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 posted on 4-6-2014 04:16 PM
pelayar ni nampak polong kut.....
polong tu kalu sambil terbang duk jeritttt saaaatuuuuuu kkkooosoooongggg pasti saka/setan lu....biasa le saka/setan dgn tuan dua kali lima jah....
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 4-6-2014 04:28 PM
polong tu kalu sambil terbang duk jeritttt saaaatuuuuuu kkkooosoooongggg pasti saka/setan lu....bi ...
ada polong kat niujiland lobai???
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn risau abg jib dah bawak balik barang dalam briefcase dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak posted on 2-6-2014 04:56 PM
mungkin perampas bagi opsyen
kalu target tak capai (maybe duit/kuasa/ lain2)
lepas target tercapai, semua tahan dibebaskan...hidup happily ever after
tapi apakah semua mulut akan dikunci, lidah dipotong, tangan di potong, takut bocor rahsia
let say, semua nya ok dan normal, bebas dengan sihat sejahtera
apakah mulut mereka tidak bercerita,
apakah jaminan tidak berlaku perang
kalau betul di hijeck oleh Amerika,
sanggup ke amerika nak biar pecah tembelangnya
apa pun, tunggu je la, kalau ada hayat, ada lah yang pulang
berserah pada ketentuan Allah
dalam hati feeling feeling macam drama "lost"
tak pun ala ala..7 days 6 night, terdampar di pulau..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan Britain dakwa lihat pesawat MH370 ketika belayar 8 Mac lalu2014/06/04 - 15:38:41 PMCetakEmel Kawan
[url=]
[/url][url=][/url][url=]
[/url]
PHUKET: Seorang pelayar warga Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia Airlines yang hilang, MH370 ketika menyeberangi Lautan Hindi dalam pelayaran ke Phuket pada Mac lalu, lapor Phuket Gazette, kelmarin.
Katherine Tee, 41, yang sedang dalam pelayaran dari Cochin, India ke Phuket bersama suaminya, Marc Horn, 50, mendakwa melihat satu kapal terbang terbang terbakar melintasi langit malam dengan kepulan asap di belakang pesawat itu.
Beliau yang berasal dari Liverpool berada keseorangan di atas kapal layar miliknya ketika itu.
“Hanya saya yang menyaksikan kejadian pada malam itu. Suami saya tidur di dek bawah ketika itu, manakala seorang lagi anak kapal tidur di atas kapal.
“Saya melihat sesuatu seperti satu kapal terbang terbakar. Itu apa yang saya fikirkan. Kemudian saya sangka saya akan jadi gila. Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat pesawat dengan lampu berwarna oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apa yang berlaku.
“Saya dapat lihat bentuk pesawat itu, ia kelihatan lebih panjang berbanding pesawat biasa. Malah terdapat kepulan asap hitam di belakangnya,” katanya kepada Phuket Gazette.
Katherine berkata, sekurang-kurangnya dua pesawat lain dapat dilihat di langit malam itu.
“Terdapat dua pesawat lain terbang dengan baik - bergerak pada arah bertentangan - ketika kejadian. Dua pesawat itu mempunyai lampu navigasi biasa. Saya fikir sekiranya terdapat kapal terbang yang terbakar, kapal terbang lain mungkin akan melaporkan perkara berkenaan.
“Saya tertanya-tanya lagi mengapa pesawat itu mempunyai lampu oren yang terang. Ia mengingatkan saya kepada lampu natrium. Saya sangka itu mungkin satu perkara yang janggal atau sekadar meteor,” katanya.
Katherine menjelaskan ketika beliau melihat objek itu, ia menghampiri untuk melintasi belakang belakang kapal layarnya dari arah utara.
“Apabila saya periksa semula, ia kelihatan terbang menuju ke arah selatan,” katanya.
Katherine menyembunyikan pengalaman yang dilaluinya. Beliau dan suaminya sudah belayar selama kira-kira 13 bulan ketika itu.
“Kami tidak bercakap selama seminggu,” katanya.
Apabila ketiga-tiga pelayar berkenaan tiba di Phuket pada 10 Mac lalu, mereka mendengar mengenai tragedi MH370 itu. Katherine memberitahu pelayar tempatan tentang apa yang dilihat ketika dalam perjalanan ke Phuket.
“Beberapa pelayar mencadangkan saya supaya memberitahu apa yang saya lihat. Kebanyakan yang berkata penerbangan itu menuju ke Vietnam. Saya tidak pasti masa dan tarikh kejadian itu.
“Saya fikir apa yang saya lihat boleh dijadikan rujukan tambahan dan dibincangkan dengan ribuan armada lain. Pada pendapat saya pihak berkuasa boleh mengenal pasti lokasi pesawat itu menggunakan log GPS yang dapat dihantar secara automatik.
“Namun, saya tidak pasti apa yang saya lihat. Saya sendiri pun tak percaya dan saya tak fikir semua orang akan percayakan saya terhadap apa yang saya lihat malam itu.
“Saya berhasrat untuk menghantar isyarat kecemasan ‘Mayday’ ketika itu. Bayangkan jika saya silap ia kelihatan seperti seorang yang bodoh. Jadi saya biarkan perkara itu dan meneruskan apa yang saya mahu buat," katanya.
Bagaimanapun, selepas mendengar laporan berita Sabtu lalu yang menjelaskan kajian daripada kapal terbabit dalam operasi mencari pesawat MH370 bahawa ia cuba berpatah balik ke lapangan terbang kerana masalah teknikal, Katherine mula mengkaji log pelayaran kapal miliknya.
“Kali pertama saya beritahu beliau (Marc) adalah selepas mendengar laporan radio. Ketika itu kami sedang memeriksa log GPS kapal dan memastikan bahawa saya benar-benar tidak melihatnya,” katanya.
Namun, selepas Marc meletakkan data peta pelayaran kapal miliknya yang menyeberangi Lautan Hindi di laman Cruisers Forum, pasangan terbabit mendapati mereka berada kira-kira 12.2 meter dari satu daripada laluan pesawat MH370.
Laluan penerbangan itu dianggarkan dalam tempoh carian awal, selepas beberapa pakar menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia menghantar isyarat ‘ping’ terhadap pesawat berkenaan.
Ahli Cruisers Forum yang hanya dikenali sebagai “europaflyer” melukis semula peta menggunakan Google Earth menunjukkan kedudukan kapal layar milik pasangan Marc dan Katherine berada berhampiran laluan penerbangan pesawat MH370.
Peta berkenaan menunjukkan bahawa pesawat MH370 dipercayai melintasi kapal layar itu seperti digambarkan oleh Katherine.
“Ini yang meyakinkan saya bagi memfailkan laporan berhubung data laluan kapal milik mereka kepada pihak berkuasa,” kata Katherine.
Katherine dan Marc memfailkan laporan kepada Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Sabtu lalu dan diikuti e-mel kedua kepada agensi berkenaan, semalam.
Bagaimanapun, setakat ini, Phuket Ghazzet masih belum menerima pengesahan daripada JACC bahawa agensi itu menerima laporan berkenaan atau sebarang petunjuk sama ada agensi itu akan menyiasat terhadap laporan mereka. - Phuket Gazette
|
|
|
|
|
|
|
|
panjang crita ni dlm bulitin tv 8mlm. heran dihebohkn kat tv tdi.pdahl crita phillippe woods n sorang dari maldives nmpk plane xdi bokak..xbole! kata authority sini..ITU SMUA SPEKU!.. Couple giler nie kita layan sgt selepas 3bulan plane ilang .. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul the plane was on fire, impossible la pulak plane tu boleh terbang lama sehingga pukul 8 pagi, tambahan lagi pelayar tu nampak flame orange colour, which mean the fire was so intensive, within minutes could burn the control surfaces, dan plane tu dah tak boleh fly lagi. kalau dia boleh nampak plane tu dengan jelas, maknanya plane tu tak terbang tinggi seperti kebiasaan, maybe dalam lingkungan 20 ribu kaki maksimum, dan dengan ketinggian itu, tak akan sampai ketempat pencarian, probably half the predicted distance travelled. |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 4-6-2014 05:57 PM
Pasangan Britain dakwa lihat pesawat MH370 ketika belayar 8 Mac lalu2014/06/04 - 15:38:41 PMCetakEme ...
kenapa la semuanya cerita....kalau besertakan gambar kan senang sebagai bukti....
mungkin betul apa yang org ni cerita....tp senang disangkal sebab tak de bukti bergambar atau bidio...
kenapala tak ambik camera atau hp...
zaman sekarang kan canggih
|
|
|
|
|
|
|
|
wah...ada terbaru ke |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 4-6-2014 05:57 PM
Pasangan Britain dakwa lihat pesawat MH370 ketika belayar 8 Mac lalu2014/06/04 - 15:38:41 PMCetakEme ...
hahahaha mixed .... minah salleh ni kencingggggggggg sungguh.... dia blayar guna kapal apa kat laut hindi tu... sbb kapal dari china yg join SAR aritu pun klau tgk ombak yg badai dia mmg seram gila... klau betul minah saleh ni belayar kt laut tu pada mlm kejadian... agaknya dah kojol kot...sbb bukan ke laut hindi tu laut yg sunyi yang tiada kapal lalu...
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 4-6-2014 04:28 PM
polong tu kalu sambil terbang duk jeritttt saaaatuuuuuu kkkooosoooongggg pasti saka/setan lu....bi ...
bahtera lu tak pi tolong carik ka tukang masak wataniah?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nacein posted on 5-6-2014 05:10 AM
hahahaha mixed .... minah salleh ni kencingggggggggg sungguh.... dia blayar guna kapal apa kat la ...
dia tak ikut lautan hindi la, kalau ke phuket dari india dia melalui bay of bengal, ke andaman and phuket. area ni ok jer untuk pelayar.
yang orang sebuk pasal dua buah kapalterbang jet tentera, yang ada api kat belakang tu pun tak betul.
yang nampak macam api panjang kat belakang tu namanya adalah after burner flame dan selalunya jet tentera guna masa takeoff jer atau short term use in the air untuk pick up speed... benda tu bila guna mentekedarah minyak... so penggunaan adalah minimum. api tu pun akan nampak bila ada pada paras rendah jer, pada paras tinggi atas 10000 dah tak nampak pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
02-06-2014
|
|
|
|
|
|
|
|
03-06-2014
We have a created a notional scenario using open source information to model the flight path of Flight 370 and the search for it. You can find it on the STK Data Federate (username: anonymous).
You can also check out a video of the scenario herehttp://blogs.agi.com/agi/2014/04 ... -search-analysis-2/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|