CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Edisi Jeritan Batin EDEL & QUAN] Rita Tuntut Mutaah RM300K

[Copy link]
Post time 5-5-2015 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 5-5-2015 02:49 PM
pernah...tapi gagal

Senang je..Royani cakap sekiranya Aidil nak jumpa anak, dia akan benarkan jumpa kat "rumah dia" kann..
Aidil bawa je Zareema ngan BabyBoy go together..tengok Royani nak pusing macam mana lagi.
It's so obvious she is doing all she can to putuskan hubungan anak dia with Aidil. Pastu act like a victim meroyan tell the whole Malaysia Aidil tak jumpa anak.
The actual person yg caused her childrens tak dapat rasai sayang seorang bapa is herself.

Konon perjuangkan "HAK" anak! Tahu ka yg dia tengah merampas HAK ANAK untuk BERKASIH SAYANG dengan BAPA Mereka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 03:49 PM | Show all posts

kalau serius buat la kali ke2 guna alamat rumah baru lak..bijak nau guna alamat rumah kelamin dgn bini yg ditinggalkan lak..sah2la kena tolak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2015 07:32 AM | Show all posts
Aidil akui tidak mampu bayar tuntutan mutaah
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN

11 Mei 2015

PEMAIN pasukan JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau  tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon bekas isterinya, Rita Rudaini.

Aidil selaku defendan memaklumkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggungnya untuk kehidupan baru bersama isteri, Zareema Zainal dan anak.

"Selain hutang peribadi seperti kenderaan yang digunakan ketika bekerja, saya juga turut menanggung kedua ibu bapa, bil utiliti  dan keperluan sendiri," katanya.

Malah, nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, turut ditanggungnya.

"Saya juga turut menyediakan peruntukan dengan membuka akaun Bijak Malaysia dan menyediakan simpanan di Tabung Haji serta insurans untuk kedua-dua anak saya," katanya.

"Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon," katanya.

Beliau mendakwa, Rita tidak menerima ibu bapanya sebagai keluarga sendiri.

"Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya pulang ke rumah ibu bapa," katanya.

Rita juga didakwa turut mengenakan syarat sekiranya ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di Damansara.

"Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan membuat keputusan sendiri," katanya.

Aidil berkata, Rita, 39, didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik.

"Plaintif jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjayanya.

"Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk kami sekeluarga," katanya.

Menurutnya, membasuh, menggosok pakaian dan mengemas rumah jarang dilakukan Rita.

"Kebanyakkan diuruskan oleh pembantu rumah," katanya.

Beliau berkata, Rita sering mendesaknya dan  menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga.

"Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah saya.

"Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin," katanya ketika dalam afidavit bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

Sementara itu, adiknya, Zaquan Adha berkata, bekas kakak iparnya tidak layak bayaran mutaah sebagaimana dituntut.

"Tuntutan itu melampaui taraf kehidupan plaintif yang sederhana," katanya sebagai saksi dalam afidavit keterangan.

Ayu Raudhah turut hadir menemani suaminya.

Rita Rudaini, menerusi peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan itu di sini pada 25 Ogos tahun lalu.

Aidil diwakili peguam, Rushdan Sujak Rafee.

Prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 25 Mei ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2015 07:33 AM | Show all posts
tak tahu plak Quan2Minit dah jadik loyar syariah

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 08:12 AM | Show all posts
Mutaah memang hak iseri yang diceraikan.
Mutah adalah sebagai gantirugi kerana melanggar kontrak.
Ada ulamak kata Mutah itu WAJIB tapi ada juga ulamak yang kata, Mutah itu hanya sunat.
Apa pun jumlah muta'h bergantong pada kemampuan bekas suami dan juga bagaimana
si isteri itu diceraikan. Kalau dia sendiri mintak cerai, tiada muta'h.
Pada zaman Nabi, Muta'h diberi dalam bentuk pakaian & makanan.
Dalam kes Rita, dia kena senaraikan kenapa dia layak dapat mutaah 300K
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
buat pengajaran kpd jantan2 notelo luar sana..en kali jgn men cerai sms je,ko igt ko sape?mendapat mutaah...tye sbb ape nk bercerai pon xde telo nk jwb...
nk tye,memasak,membasuh keje bini ke jedil?nmpk sgt haprak ko ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052318 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list