CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Forum Nothing To Hide DIBATALKAN!Penganjur dakwa salah peg. pm)!#466

[Copy link]
Post time 6-6-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo keling yg tulis tu... ceh buang masa aku je baca ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2015 12:28 PM | Show all posts
Syd replied at 6-6-2015 11:56 AM
Harga sebuah kekejaman di PWTC, episod malang Tun Mahathir dihalang berucap dan arah keluar dari b ...

Ada geng umno duk ratib TV3 menipu semalam.... baru diorang tahu yg TV3 suku tu tak boleh pakai, dah lama melingkup seangkatan dgn Utusan Meloya.



Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbeca replied at 6-6-2015 12:24 PM
Ini contoh yg aku msksudkan.... prrbandingan pekertii... antara tunku dsn tun?  Sahih2 la aku tak  ...

Pada aku, jujur jasa tun mmg banyak, bab kumpul harta sendiri tu xnak komen sbb sampai hari ni xde bukti, tp skrg tun dah rasa sikit apa pemimpin pembangkang rasa, nak ceramah x dpt permit, lps dpt, bila semua dah berkumpul di tarik balik, hak bersuara x dpt, usah nak berucap dlm tv, kat negeri sendiri pun x blh, tun sedang rasa apa yg pembangkang rasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:29 PM | Show all posts
bit replied at 6-6-2015 12:28 PM
Ada geng umno duk ratib TV3 menipu semalam.... baru diorang tahu yg TV3 suku tu tak boleh pak ...



sape sape


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:30 PM | Show all posts
Zaman Tun M, dia bagi kroni yg kaya, dia bagi jalan jer..mcm si Lim Kok Wing tu.

Zaman Jibby penakut, dia songlap semua masuk kocek dia, bg K Mah shopping
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:33 PM | Show all posts
abangbeca replied at 6-6-2015 12:27 PM
Ooo keling yg tulis tu... ceh buang masa aku je baca ...



hahahahahah

mak tumpang gelak abang gojes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbeca replied at 6-6-2015 11:54 AM
Aku sependapat ngan ko... punyalah tun ni banyak musuh banyak dosa banyak songlap bsnyak rasuah ba ...

khennn... hatta yg kes anwar tu pn awat anwar tak pi saman fitnah ke tun M balikk kalo yekk pn anwar tu difitnah.. choii
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:41 PM | Show all posts
Adelianur replied at 6-6-2015 12:29 PM
Pada aku, jujur jasa tun mmg banyak, bab kumpul harta sendiri tu xnak komen sbb sampai hari ni xde ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2015 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbeca replied at 6-6-2015 12:24 PM
Ini contoh yg aku msksudkan.... prrbandingan pekertii... antara tunku dsn tun?  Sahih2 la aku tak  ...

Depa nak kata apapun lg ramai orang kat luar yh tau peribafi Tun...kita yg hidup zaman dia jd pm dulu punyslah bahagia dulu...peluang utk perbaik diri kita dapat walau tanpa kenal orang dalam mcm skrg ni...sbb tu kita yg remaja zaman dia ni appreciate dia. Waktu di ovc bila ngsku rakyat malaysia sure akan di akhiri dgn nama dr mahadir...zaman dia zaman melayu berani...zaman najib ni mmg layul
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 6-6-2015 12:41 PM

Yer, yg ni pun xblh nak nafikan, dia pun guna polis semua demi kepentingan dia, cuma skrg ni rasa mcm bn akan tetap menang sbb sabah sarawak, org kg semua xtau pape, yg bertambah risau, sape la lg yg layak utk jawatan pm tu, yg ada pun mmg xde wibawa, apa lg nak baik pulih ekonomi malaysia, yg nampak mcm ada harapan khalid gagap jer
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bit replied at 6-6-2015 12:30 PM
Zaman Tun M, dia bagi kroni yg kaya, dia bagi jalan jer..mcm si Lim Kok Wing tu.

Zaman Jibby pena ...


Pasal kroni ni aku tak ambik pot sgt... setiap projek yg gomen nak wat mesti ada satu pihak yg aksn dapt... bagi kat sapa pun org tu akan dicop kroni... bagi kat cina vincent tan, cina tu dicop kroni... bagi kat keling ananda, keling tu kroni, bagi kat melayu albukhari, tu pun kroni... sape saja yg dibagi itu dikata kroni... kalo tak nak dicop ada kroni, pm jgn wat projek apa2, tido bangun makan berak tido bangun makan berak sampai mampus... kompom pm tu selamat dari  dicop ada kroni...

masalahnya zaman mahathir, org tua ni tak reti dok diam, banyak idea, banyak projek, pelabur mrnderu2 masuk, ekonomi bercsmbah2 so ramailah kroni yg org tua ni kumpul... dikelilingi kroni jah pokcik ni... ada aku kesah?

Pak Bodolah ada kroni pun aku tak kisah... hang jibby ada kroni pun aku tak kisah.. janji projek yg dibuat tu betul2 wujud... betul2 perlu utk pembangunan negara... jgn create projek tak perlu utk ambik prluang penuhkan kantung sendiri... jgn wujudkan syarikat tak perlu dan tak prpasal negara jadi berhutang berpuluh billion.... yg ni aku kesah... sbb 42 bilion bukan sikit... bayangkan duit sejuta ada 42 ribu keping.... rskyat marhaen nak kumpul duit singgit sebanyak 42 ribu keping pun tak mampu,, takkan nak suruh dorang diam telan air liur je tengok harta negara disakau besar2an... .
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 01:06 PM | Show all posts
Adelianur replied at 6-6-2015 12:29 PM
Pada aku, jujur jasa tun mmg banyak, bab kumpul harta sendiri tu xnak komen sbb sampai hari ni xde ...

eh sebenarnya kalau ko perasan.. masa zaman pak lah lagi bila tun serang2 pak lah.. mana ada tun dpt masuk tv pon.. depa layan tun macam pecacai sampah ja tun masa tu.. sampaikan kalau nk dgr ceramah tun masa tu kena download kat internet.

xdak isu la tun bru rasa apa pembangkang rasa. dh lama dia rasa.. tapi tun tetapp classy.. org x bgi ucap dia senyum2 ja.. xdak la terlalak terlolong x puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 01:20 PM | Show all posts
abangbeca replied at 6-6-2015 01:02 PM
Pasal kroni ni aku tak ambik pot sgt... setiap projek yg gomen nak wat mesti ada satu pihak yg a ...

Yg senyap menteri kabinet dapur Jibby tu, pembangkang dah bising pasal 1MDB awal lagi, long before hutang dia mencecah 42 billion. long before ringgit menjunam jahanam.  Everything that is written by Tun M tu semua isinya dah didedahkan oleh Rafizi, Tony or Sarawak Report. Tony sampai dah cakap ini 'mother of all scandal'.

Kalau Tun M take note awal-awal he would realize negara duk kena jual masa tu.

Tapi apa yg jadi semalam pun mengingatkan orang dekat doa Arwah Ust Fadzil Noor, dia nak Mahathir hidup lama dan rasa balik apa yg pernah dia buat kat orang lain sebelum ni.

Tapi yg penting, sokong kerajaan ke sokong PR ke, sekarang mcm mana kerajaan BN pimpinan Najib nak selamatkan balik Malaysia dari hutang bertimbun dan kejatuhan ekonomi sekarang ni. Negara jiran aman damai kita yg merudum. Jgn sampai jadi Filipina no 2, rakyat Filipinia masih di tax macam -macam semata mata nak bayar hutang Marcos.

Nak tengok ke anak cucu kita jadi maid ke luar negara sbb ekonomi negara teruk, duit macam duit pisang angkara pemimpin jahanam?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2015 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang dah baca tak komen penganalisis pasal isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bit replied at 6-6-2015 01:20 PM
Yg senyap menteri kabinet dapur Jibby tu, pembangkang dah bising pasal 1MDB awal lagi, long before ...

Setuju jer ngan awk, may b semua org x nampak apa tun buat, tapi org yg rasa, org yg nampak xkan lupa, kalu skrg rakyat di bayar utk sambut najib, aku pun salah sorang dulu di bayar rm5 ms zaman sekolah utk sambut tun,
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 6-6-2015 01:38 PM
Korang dah baca tak komen penganalisis pasal isu ni

Komen yg mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 6-6-2015 05:45 AM
Komen yg mana?

Dalam malaysian insider
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 6-6-2015 01:47 PM
Dalam malaysian insider

Tepek plissshh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2015 02:02 PM | Show all posts
Edited by GhostWalking at 6-6-2015 06:07 AM

Sehari selepas mengisytiharkan pada perhimpunan di Sarawak beliau mempunyai "semangat pahlawan", ketidakhadiran Datuk Seri Najib Razak pada forum semalam yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjejaskan kredibiliti dan merosakkan nama baiknya, kata penganalisis.


Walaupun terdapat kebimbangan dari segi keselamatan, mereka berkata perdana menteri sepatutnya membuktikan kehebatan pahlawannya dengan berbincang dengan pengkritiknya dan menjawab soalan mengenai isu semasa, terutama dalam hal berkaitan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Sambil menyifatkan keputusan Najib untuk tidak menghadiri dialog itu sebagai "memalukan", penganalisis Wan Saiful Wan Jan berkata ia boleh merosakkan nama baik perdana menteri di dalam dan luar negara.


"Orang akan melihat beliau mempunyai sesuatu untuk disembunyikan... ia sudah rosak. Reputasinya tidak mampu diselamatkan lagi.

"Sudah tentu, saya rasa beliau akan terus berkuasa, tetapi masa dia tak lama lagi. Ini sebenarnya bukan lagi mengenai fakta, tidak kira apa yang beliau kata lagi. Jika beliau berkata benar sekalipun, akhirnya ia semua tentang persepsi," kata ketua pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).


Pada masa yang sama, Wan Saiful berpendapat Dr Mahathir tidak sepatutnya menghadiri acara itu, bagi menjaga status negarawan beliau.


Najib dijadualkan menghadiri forum “Nothing to Hide” anjuran pertubuhan bukan kerajaan SukaGuam semalam, tetapi menarik diri atas nasihat Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan forum itu dibatalkan atas alasan "ketenteraman awam dan keharmonian negara".


Majlis tersebut ditangguhkan dan Dr Mahathir sebaliknya mengambil tempat untuk berucap sebelum polis bertindak menghentikannya di hadapan lebih 1,000 orang hadirin.


Wan Saiful berkata, Najib sepatutnya hadir pada forum itu, berdepan dengan Dr Mahathir dan membentangkan kesnya dengan berhemah.


"Beliau boleh menang perbahasan itu, mengatasi Dr Mahathir, jika beliau memberikan jawapan kepada semua persoalan kita mengenai 1MDB," katanya.


Pendapat ini dikongsi Pengarah Institut Asia Universiti Tasmania Dr James Chin, yang bersetuju kegagalan itu satu bencana perhubungan awam.


"Ia satu tindakan pengecut. Ini menunjukkan ada perkara yang hendak disembunyikan mengenai 1MDB.


"Beliau tidak muncul kerana tidak mahu menghadapi Dr Mahathir, beliau tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan," katanya.


Sambil mengakui ketidakhadiran Najib itu memberi gambaran perdana menteri melarikan diri, penganalisis Ibrahim Suffian berkata, kemelut semasa antara beliau dan Dr Mahathir mungkin akan menjadi pergaduhan yang berlarutan.


Oleh itu, Najib perlu memastikan beliau boleh terus bertahan untuk "berlawan" satu hari nanti.


"Saya agak bersimpati terhadap perdana menteri. Bukannya beliau tidak bersedia untuk melawan, tetapi beliau akan terpaksa cuba menjawab soalan daripada orang ramai yang sangat meraguinya.


"Perlu ada peluang baginya untuk menyatakan kesnya dan bukan menjadikannya seperti pertunjukan Jerry Springer di mana protagonis dan antagonis dibawa bersemuka," katanya, merujuk kepada program bual bicara Amerika yang terkenal kerana kontroversi dan faktor kejutan.


Pengarah Merdeka Center berkata, penganjur tidak memahami implikasi mengumpulkan 2 personaliti besar di satu tempat untuk membincangkan isu yang lebih besar daripada kedua-dua mereka itu.


"Isu ini serius dan lebih besar daripada dinamika antara perdana menteri dan Dr Mahathir, dan tumpuan forum itu mungkin akan beralih dari isu sebenar dan sebaliknya menekankan kepada drama peribadi antara kedua-duanya.


"Bagi saya, ia satu kerugian kepada orang ramai," kata beliau sambil menambah Najib perlu membuat satu lagi percubaan melibatkan rakyat tetapi acara itu perlu lebih teratur.


Dr Oh Ei Sun berkata, walaupun pertemuan bersemuka antara Najib dan Dr Mahathir sesuatu yang kini makin tidak dapat dielakkan, ia perlu diadakan dengan cara lebih tertib seperti menerusi perbincangan di kaca televisyen.


"Jika saya menjadi beliau (Najib), saya akan kata, majlis yang agak janggal ini bukan forum yang sesuai untuk menjernihkan keadaan.


"Sebaliknya, dengan menjemput Dr Mahathir ke perbincangan yang disiarkan di televisyen dapat menghalang bencana perhubungan awam itu," kata felo kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang itu. – 6 Jun, 2015.


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2015 02:28 PM | Show all posts
baca kat fb syahril a kadir...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.074833 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list