CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Semua tentang Bajet 2019 - ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'

[Copy link]
Post time 2-11-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Financing n revenue strategies pun tak cerita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 2-11-2018 06:24 PM
BERITANasional
Jumaat, 2 November 2018 | 6:02pm


Jus buah-buahan yang dalam pek memang rasanya terlampau manis sehingga hilang rasa buahnya. Kalau pengeluar kurangkan gula tambahan untuk elakkan dari bayar cukai pun tak mengapa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:28 PM | Show all posts
Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 diperkenal
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui usaha sama dengan syarikat insurans swasta akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata skim yang akan bermula pada 1 Januari 2019 itu bakal menyediakan perlindungan percuma membabitkan empat jenis penyakit kritikal utama sehingga RM8,000.

Selain itu, katanya, ia mencakupi pendapatan gantian semasa untuk tempoh maksimum selama 14 hari pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

“Kerajaan menghargai sumbangan Great Eastern Life Insurance atas persetujuan mencarum RM2 bilion dalam dana permulaan yang akan diuruskan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kerajaan menjangkakan saiz dana berkembang dengan pembabitan syarikat insurans lain, malah ini ialah peralihan besar dalam usaha mewujudkan jaringan keselamatan sosial secara komprehensif.

“Ia merangkumi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Perlindungan Khidmat Sosial (PERKESO) serta institusi perlindungan sosial yang lain,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:29 PM | Show all posts
leylapple replied at 2-11-2018 05:11 PM
org yang buat bajet dulu adalah org yang keja gomen... sedikit sebanyak masih sama formatnya

kan...yg betul2 merancang adalah pegawai tinggi kat MOF tu dan consult menteri ok ke tidak...pegawai2 tertinggi kat MOF tu masih org yg sama..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:30 PM | Show all posts
RM1.2b untuk kemajuan syiar Islam
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]


KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi 2019, berbanding RM1.1 bilion akan disalurkan dalam usaha memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penyediaan dana itu seiring status Islam sebagai agama rasmi yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, katanya, dana RM150 juta disediakan bagi melaksanakan pelbagai program, termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara.

“Ia sebahagian daripada inisiatif ‘khaira ummah’ ke arah melahirkan lebih ramai profesional dalam kalangan hufaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan sistem braille,” katanya.

Beliau membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Pengumuman Guan Eng itu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan ahli Dewan Rakyat, sekali gus menepis nada sinis segelintir pihak sebelum ini yang menjangkakan dana untuk pembangunan Islam dan hufaz akan dipinggirkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy ok je dgn belanjawan ni. Walau xda keuntungan pun dgn peuntukan yg terlibat utk diri sendiri. Ada pembaharuan sikit dr kerajaan terdahulu..yg baik dr gov dulu diteruskan, yg xda guna buang..ingat lagi peruntukan buduh pasal nak bangunkan web utk pelancongan. 1juta buat dgn free web ja. Dahlah guna fb, pic pun main tangkap muat..curik pula hak pic org lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 2-11-2018 06:23 PM
cara u sembang mcm u sorg la educated... org lain hentam ph tak educated gituh... assuming tak bac ...

Exactly
X sokong Ph Terus less educated.
X leh tahan hakak noks.
Bw hp ke padang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:30 PM | Show all posts
RM50 juta untuk rawatan penyakit jarang jumpa

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
[email protected]

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program tangani masalah pertumbuhan bantut pada kanak-kanak, rawatan haemodialisis dan Penjagaan Kesihatan Utama Dipertingkatkan (EPH).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan juga meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPB dan ujian saringan pap smear di hospital dan klinik kerajaan membabitkan peruntukan RM20 juta.

“Kerajaan turut memperluas program usaha sama awam dan swasta dengan menyediakan kemudahan infrastruktur kesihatan.

“Ini termasuk kerjasama Pusat Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Selayang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 2-11-2018 06:24 PM
Sokong usaha untuk memperkasakan  pelaksanaan undang-undang buruh.

Pada kita sepatutnya selain pu ...

Betul tu..lenkali nak bg cadangan pula pasal ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 2-11-2018 05:17 PM
Sbb tu jgn sembang kencang.
Ko tau ko x blh hapus brim.
Jgn la kate mcm2 kat rakyat.

kan
yg dia kata malas apa seme tu dh melekat di hati rakyat
yg nila undi depa dulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:32 PM | Show all posts

dah jangka sejak beberapa hari ni cinkies kat Meloyakini meratip RM2.20 is low
hahahhahahaha


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:33 PM | Show all posts
Subsidi elektrik isi rumah ditingkat kepada RM40 ke bawah - Guan Eng


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan kadar subsidi bil elektrik isi rumah daripada RM20 dan ke bawah kepada RM40 dan ke bawah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, katanya selaras dengan dengan hasrat kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi itu hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.


“Dengan demikian, kerajaan mampu meningkatkan kadar subsidi kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 2-11-2018 06:28 PM
Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 diperkenal
Oleh Luqman Arif Abdul Karim


Macam mana insuran ni cover..  Dulu kos rawatan free kalo duk wad kelas tiga cuma kalo kena beli besi,  tu aje la.. Tapi pembedahan memang free.. Macam nak hapuskan sikit demi sikit jah rawatan kesihatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:34 PM | Show all posts
Malaysia akan bangkit sebagai 'Harimau Asia'

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
[email protected]

Share
KUALA LUMPUR: Malaysia akan bangkit kembali sebagai ‘Harimau Asia’ menerusi usaha keras kerajaan memulihkan fiskal dan pembaharuan institusi, ke arah menambah baik ketelusan dan akauntabliti pentadbiran negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata perubahan struktur itu akan memastikan pertumbuhan mapan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan selain mentransformasi Malaysia kepada demokrasi berasaskan peraturan.

“Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal menjelang 2021 bagi menghalang perbelanjaan tidak terkawal yang mencipta hutang besar.

“Bagi tempoh tiga tahun akan datang, kerajaan akan berusaha mengurangkan defisit fiskal kepada 3.4 peratus tahun depan, tiga peratus pada 2020 dan 2.8 peratus menjelang 2021,” katanya.

Beliau membentangkan Belanjawan 2019 bertema ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Parlimen hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kerajaan bijak mengimplementasikan taska dan pusat jagaan di setiap bangunan kerajaan dengan penyediaan struktur dan kakitangan yang terlatih, tidak mustahil ia boleh dimanipulasi sebagai salah satu penjana pendapatan negara.

Cuma kita sedikit ralat kerana tidak perasan apa perancangan kerajaan untuk memperkasakan/menambah taska dan pusat jagaan yang berkemahiran dalam menjaga anak-anak yang mengalami masalah pembesaran dan OKU.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:37 PM | Show all posts
Kementerian Pendidikan paling banyak dapat
MyMetroMutakhir


Mohd Anwar Patho Rohman
[email protected]

KEMENTERIAN Pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2019 membabitkan RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, peruntukan besar itu selaras dasar kerajaan yang mahu mewujudkan suasana pendidikan lebih berkualiti di semua peringkat.

Katanya, daripada jumlah itu, RM652 juta diperuntukkan untuk menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara.

“Sekolah Kebangsaan (SK) akan menerima RM250 juta, manakala RM50 juta masing-masing untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Sebanyak RM50 juta turut disediakan masing-masing kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tahfiz.

“Bagi Sekolah Pondok yang berdaftar akan disediakan RM25 juta, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School (RM15 juta) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebanyak RM12 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, peruntukan RM100 juta turut disediakan untuk membina semula sekolah daif di seluruh negara.

Pembinaan sekolah tambahan pula katanya, akan dibiayai melalui kaedah pertukaran tanah secara tender terbuka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Juga tak der strategy utk menghadapi kemelesetan thn dpn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2018 06:37 PM | Show all posts
awanearisu replied at 2-11-2018 06:35 PM
Kalau kerajaan bijak mengimplementasikan taska dan pusat jagaan di setiap bangunan kerajaan dengan p ...

i suka baca apa yang u tulis.dan amat setuju yang u tulis pasal memperkasakan undang-undang dan hak pekerja tadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:38 PM | Show all posts
so, dah bagitau blom berapa defisit bajet kali ni?

peon kena tahu ni:

defisit = hutang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 2-11-2018 06:32 PM
dah jangka sejak beberapa hari ni cinkies kat Meloyakini meratip RM2.20 is low
hahahhahahaha


Syukur 2.20.. Baru blk nz.. Mahal nak mampos harga ron95 nzd2.5++

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 1.419295 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list