Minggu ini sahaja sudah beberapa kali Suhaimi Saad iaitu suami kepada Ina Naim mencetuskan sensasi.
Suhaimi dengan panjang lebarnya ada memuat naik satu kenyataan beliau tidak mempercayai dengan sistem pendidikan negara dan cadangan untuk ibu bapa dipenjara sekiranya tidak menghantar anak ke sekolah sehingga SPM.
Namun, ramai yang tidak berpuas hati apabila Suhaimi seakan menghina isterinya yang tidak berpendidikan tinggi dan.
Memang ramai netizen yang rasa geram dan kritik Suhaimi habis-habisan kerana sanggup berkata sebegitu kepada isterinya.
Bukan hendak kata apa, tetapi dalam dunia ini memang wujud sesetengah manusia yang hanya ingin mengikut pemikiran mereka sahaja. Dalam isu ini, biarlah sahaja beliau begitu. Mungkin beliau rasa apa yang dilakukan sekarang adalah yang terbaik untuk mereka sekeluarga.