CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 25-2-2008 12:29 PM | Show all posts

Reply #412 bushido_ump's post

Tahniah Anuar Manan...setelah 13 tahun dlm penganjuran LTDL..baru tahun ini sejarah telah tercipta..tempat kedua terbaik sprinter adalah sesuatu yang membanggakan..Harap ura2 KBS utk tidak menganjurkan lagi LTDL ini dapat difikirkan semula..Nampaknya alasan KBS mengatakan LTDL ini tidak dpt menonjolkan pelumba2 dari negara adalah meleset sama sekali..Sekalung Tahniah jugak buat semua rider dari Malaysia yg terlibat di LTDL ini..walaupun kurang menonjol..sekurangnya ada banyak peningkatan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 05:38 AM | Show all posts
Anuar hampir pasti keType 1

KUALA LUMPUR - Di sebalik kekecohan berhubung pendapatan rendah yang diterima oleh pelumba handalan negara, Anuar Manan dilihat semakin hampir untuk menempa kejayaan yang lebih bermakna di peringkat antarabangsa.

Pengurus LeTua, Shukor Yassin berkata, pihaknya kini sudah dalam peringkat perbincangan dengan pasukan lumba basikal terkemuka Amerika Syarikat, Team Type 1.

"Proses perbincangan dilihat begitu menggalakkan. Team Type 1 begitu berminat untuk mendapatkan khidmat Anuar," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Katanya, perbicangan kini berkisar mengenai tawaran 'harga' terbaik untuk khidmat Anuar.

Tegas Shukor, dia akan memastikan semua kandungan tawaran yang diberikan oleh Team Type 1 kepada Anuar adalah berbaloi dan bermakna.

Beliau berkata, tindakan untuk melepaskan Anuar bagi beraksi bersama pasukan luar negara telah lama dibuat bagi memberi pendedahan kepada pelumba pecut negara itu.

Jelasnya, perkara itu juga penting bagi mengembangkan lagi bakat yang dimiliki oleh Anuar dan menimba sebanyak mungkin pengalaman.

"Kami mahu Anuar bergerak lebih jauh dan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan untuk negara," katanya.

Jelasnya, pasukan daripada luar negara mampu untuk membawa Anuar ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyertai pertandingan besar di luar negara adalah mahal.

Dalam pada itu, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah menyenaraikan Anuar dan seorang lagi pelumba LeTua, Ahmad Haidar Anuar untuk menyertai pasukan kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 di Jepun pada 15 hingga 17 April depan dan kedua-dua pelumba tersebut akan menerima elaun RM500 sebulan bermula Oktober 2007 hingga April 2008 untuk tujuan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 07:06 AM | Show all posts
Pelumba kita mula diiktiraf
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 04:37 PM | Show all posts

Reply #415 neo-painkillerz's post

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 07:10 PM | Show all posts
2008/03/11
Cycling: Another poor outing from national team
By : Arnaz M. Khairul


THE national team had a fairly lacklustre outing in Stage Two of the Tour of Taiwan, a 112 kilometre criterium in Pingtung County which saw Fauzan Ahmad Lutfi coming in 15th.

Nevertheless, the young squad held a firm to a sixth position in the teams classification, out of 20 competing teams with Zamri Salleh moving into 10th overall in the general classification as a result of time bonuses.

The stage ended in a bunch sprint, won by Polish rider Marek Wesoly of the Merida Europe team, edging out Seoul City抯 Park Sung Baek and Japanese veteran sprinter Taiji Ni#ani of the Aisan Racing Team at the finish.

Fauzan was initially driving a six-man breakaway that built up a sizeable lead until it was caught in the final 10 kilometres.

After the sixth place finish on the opening stage on Sunday, Rauf Nor Misbah took the day off, finishing a lowly 83rd, but nevertheless in the same bunch and time as the winners.
Today抯 third stage is a circuit race in Changhua County, which offers some slight undulations compared to the flat opening two stages, and this should liven up the thus far slumbering national squad under coach Affendi Abdullah.

Results - Stage Two (112km Pingtung County Criterium): 1 Marek Wesoly (Pol) Merida Europe 2:21.47s, 2 Park Sung Baek (Kor) Seoul City, 3 Taiji Ni#ani (Jpn) Aisan ... 15 Fauzan Ahmad Lutfi (Mas), 28 Sayuti Zahit (Mas), 34 Zamri Salleh (Mas), 77 Loh Sea Keong (Mas), 83 Rauf Nor Misbah (Mas) ... all same time.

General classification: 1 John Murphy (US) Health Net Pro Cycling 4:18.36s, 2 Marek Wesoly (Pol) Merida Europe +2s, 3 Wong Kam Po (Hkg) +5s, ... 10 Zamri Salleh (Mas) +14s, 27 Fauzan Ahmad Lutfi (Mas) +15s, 28 Sayuti Zahit (Mas) +15s.

Points classification: 1 John Murphy (US) Health Net Pro Cycling 30 pts, 2 Takashi Miyazawa (Jpn) Meitan Hompo-GDR 24, 3 Taiji Ni#ani (Jpn) Aisan 21 ... 12 Rauf Nor Misbah (Mas) 6.

Asian riders: 1 Wong Kam Po (HK) 4:18.41s, 2 Taiji Ni#ani (Jpn) Aisan +6s, 3 Takashi Miyazawa (Jpn) Meitan Hompo-GDR +6s, ... 5 Zamri Salleh (Mas) +14.

Teams classification: 1 Merida Europe (Pol) 12:56.33s, 2 Giant Asia (Tai) 12:56.33s, 3 Hong Kong 12:56.33s, ... 6 Malaysia 12:56.33s.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 07:32 AM | Show all posts
Fauzan muncul penyelamat Malaysia

SEA KEONG (kiri) sekadar menduduki tempat ke-79
pada peringkat kelima TdT 2008 semalam.

XINZHU CITY, TAIWAN - Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi menyelamatkan maruah pasukan kebangsaan Malaysia apabila muncul pelumba terbaik negara pada perlumbaan peringkat kelima Kejohanan Lumba Basikal Tour de Taiwan 2008 (TdT) semalam.

Ketika Mohd. Sayuti Zahit masih tercari-cari sentuhan emas selepas hampir dua tahun tidak mewakili negara manakala Mohd. Zamri Salleh pula mengalami demam teruk, Fauzan berjaya memastikan dirinya berada dalam kelompok 30 teratas daripada 90 pelumba yang berkayuh pada perlumbaan paling jauh di Xinzhu City sejauh 148.3 kilometer itu.

Anak kelahiran Kampung Datuk Keramat, Pulau Pinang yang pernah berlatih di Perancis itu menduduki tempat ke-28 selepas mencatat masa 3 jam 16 minit 32 saat dengan purata kelajuan 45.27 kilometer sejam.

Perlumbaan peringkat kelima itu dimenangi oleh Shawn Milne daripada Team Type 1 dengan catatan masa sama.
Zamri pula menduduki tempat ke-31, Sayuti (ke-36), Loh Sea Keong (ke-79) dan Muhammad Rauf Nur Misbah (ke-83) dengan catatan masa yang sama.

Keputusan semalam tidak banyak berubah dengan Fauzan masih menjadi pelumba terbaik Malaysia dalam individu keseluruhan apabila menduduki tempat ke-23 dengan masa 12'15:10s, Rauf (ke-45), Sayuti (ke-60), Zamri (ke-63) dan Loh Sea Keong (ke-71).

Skuad negara masih berada di tangga ke-14 pasukan keseluruhan dengan catatan masa 36'51:21s manakala Fauzan terus kekal di tempat ke-14 kategori Pelumba Terbaik Asia.

Namun, pada satu ketika Rauf hampir memastikan dirinya mampu melakukan kejutan apabila berjaya meloloskan diri untuk melakukan pemecahan pada kilometer 30.8 bersama 12 pelumba lain dan mengekalkan jurang di antara pendahulu dan kelompok pendesak dengan kelebihan 59s.

Tetapi, selepas sedar tonggak mereka tiada di dalam kelompok terbabit, pelumba Polygon Sweet Nice Team dan The Health Net Pro Cycling Team Presented By Maxxis bergabung melakukan kerja untuk mengejar kembali kelompok pendahulu.
Begitupun Fauzan tetap gembira dengan sumbangannya setakat ini.

"Saya sepatutnya beri laluan kepada Sayuti atau Zamri. Malangnya hari ini (semalam) Zamri demam teruk. Doktor sebenarnya dah nasihatkan Zamri agar jangan kayuh hari ini (semalam). Tapi Zamri berkeras nak naik juga.

"Bagi Sayuti pula, dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rentak kayuhan bersama teman dalam pasukan ini selepas dua tahun tidak mewakili negara," katanya ketika ditemui di Splendid Coastline di Xinzhu City semalam.

Zamri pula berkata: "Saya rasa macam nak pengsan sebab badan rasa terlalu letih. Tapi, alhamdulillah saya dapat juga nombor 31 hari ini (semalam). Harap-harap esok (hari ini) saya masih berupaya untuk berkayuh pada perlumbaan peringkat keenam."

Pengurus pasukan, Muhammad Affendi Abdullah memuji semangat jitu Zamri yang berkeras mahu berkayuh biarpun demam teruk.

"Ini perlumbaan peringkat paling jauh dalam TdT tahun ini. Doktor juga telah menasihatkan Zamri agar tidak berkayuh hari ini (semalam). Tapi Zamri tetap nak naik dan menamatkan saingan di tempat ke-31 daripada 90 pelumba. Saya rasa bangga dengan semangat juang Zamri," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2008 06:05 AM | Show all posts
Nurul Ahmar mahu cipta kejutan

Oleh MN NORZASRUDIN


NURUL AHMAR tekad untuk raih kejayaan pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 di Osaka.

PELUMBA wanita remaja negara, Nurul Ahmar Badeuzzaman berazam untuk melakar kejutan pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2008 di Osaka, Jepun 7 hingga 18 April ini.

Keyakinan pelumba yang sedang meningkat naik itu semakin melonjak selepas berjaya memenangi kategori bawah 18 Sportexcel Sirkit Kedua di Melaka minggu lalu.

Selain itu, pelumba kelahiran Kajang, Selangor ini turut melakukan kejutan dengan memenangi Kejohanan SIC-Kencana di Litar Antarabangsa Sepang bulan lalu.

Nurul Ahmar yang berjaya menumbangkan beberapa pelumba senior termasuk Nor Azian Alias, berikrar untuk memperbaiki catatan peribadinya sekali gus mengatasi pencapaian pada penampilan sulungnya ACC 2007 di Bangkok, Thailand tahun lalu.

"Kali pertama menyertai ACC di Bangkok tahun lalu, saya gagal menyumbang pingat untuk Malaysia. Malah, sewaktu berlumba dengan ramai pelumba dari Kazakhstan, Korea Selatan dan Jepun, saya terkial-kial untuk memahami taktikal mereka.

"Dalam acara lepas beramai-ramai wanita, pelumba dari Kazakhstan misalnya akan sentiasa melakukan gerakan pemecahan seorang demi seorang.

"Mereka sengaja buat begitu kerana mahu meletihkan pesaing yang lain. Waktu di Bangkok, saya kurang arif taktik mereka tetapi kali ini, saya tidak akan mudah terpedaya dengan taktik mereka," kata pelumba yang muncul juara lepas beramai-ramai wanita senior di Turnamen Trofi Pikiran Rakyat (PR) dari Bandung ke Gunung Tangkuban Parahu di Bandung, Indonesia minggu lalu.

Menyentuh mengenai kejayaannya Sportexcel anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dan Persatuan Lumba Basikal Melaka (PLBM), Nurul Ahmar mengakui kejayaan itu kurang memberangsangkan kerana tidak diberi cabaran yang sengit.

"Saya dan tiga lagi pelumba bawah 16 tahun berjaya lakukan pemecahan selepas kelompok besar mengalami kemalangan. Apabila perlumbaan tinggal cuma 5 kilometer, saya tahu pelumba Bawah 16 Tahun sudah pun kepenatan.
"Tak hairanlah kalau mereka langsung tidak memberikan cabaran kepada saya khususnya ketika 100 meter terakhir. Namun saya gembira kerana menang Sportexcel Sirkit Ke-2.

"Ia memberi sedikit keyakinan kepada saya menjelang ACC di Jepun," katanya.

Sementara itu, Presiden PKBM, Abu Samah Wahab gembira kerana Sportexcel Sirkit Kedua yang diadakan di Melaka minggu lalu berjaya menepati sasaran menampilkan kelompok pelumba muda berbakat besar bagi menggantikan nama-nama seperti Nor Azian, Anuar Manan, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi dan Suhardi Hassan.

"Misalnya, Nurul Ahmar adalah segelintir di antara pelumba Bawah 18 Tahun yang boleh menyaingi kekuatan pelumba senior.
"Saya sudah lihat keupayaan dia sewaktu di Sportexcel di Melaka. Saya beri jaminan betapa persatuan akan terus mendidik dan mengasuh Nurul Ahmar sehingga mampu menjadi pelumba kelas dunia," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 10:31 AM | Show all posts
PowerBar King of Mountain 2008

Sponsors:
PowerBar Malaysia
Polar Hivelocity Sdn bhd.
100Plus
http://briko280.blogspot.com/
DM Cycles Melaka
Jami Bike Centre
http://myunittrust.com
TempuaGarden - Affordable Dream Landscape
Sin Bee Hin Melaka
LoiShimano

Date: Sunday 13 April 2008

Route:
Islamic International School -->> Traffic Light : 0.8km (Neutral)
Right TURN
Traffic Light -->> Bridge after Hospital Orang Asli : 7.29km (Neutral)
Bridge -->> Finish Line (top of GS, under the bridge) : 14.71km


Registration fee:
RM20 to be paid before 10 April 2008.


Categories
1. Category A [Below 30 years], B [31-40 years], C [Above 40years], D[Women open], E [Mtb oen]
2. Age considered as of 2008.
3. Participants below 18 yrs old must get an approval from parents.
4. All categories can compete for overall position as well.


Prizes & Goodies
Polar Heart Rate Monitor
Pro team Sunglass from Briko
PowerBar KOM Tshirts (while stock lasts)
PowerBar C2Max (while stock lasts)
and many more!


Race Plan & Route
1. Ultimo KM marker will be put 1 kilometer before the finish line.
2. Riders will have to get ready by the roadside, and only comes into the main road once the race officials announce that the race is about to start. This is to avoid riders from blocking the traffic unnecessarily.
3. Starting position will be "siapa cepat dia depan" basis.
4. A motorcycle will lead the pack before it pulls away/flag off and the race starts. While the motorcycle is leading the pack before the flag off, riders MUST ALWAYS BE BEHIND THE MOTORCYCLE. If a rider overtakes or rides beside the motorcycle, he is automatically disqualified.
5. Only one lane shall be used. Riders who rides on the opposite lane may be disqualified.
6. Support van will be at the furthest back.
7. No feeding will be provided.


Parking
1. Parking space is limited. It's not reserved exclusively for us. So, siapa cepat dia dapat lah.
2. Since there are tens of us, not including other riders who train there regularly, PLEASE TRY TO SHARE YOUR VEHICLE with others. Carpool.


Safety
1. Only one lane (up Genting Sempah) will be used. Lane for incoming traffic shall not be used. Riders who rides on the opposite lane may be disqualified.
2. Helmet is a must. Riders who do not wear a helmet, will automatically be disqualified.
3. No body contact. Riders who are reported doing this, will be disqualified. This is just a fun race.


Rules & Regulations (updated from time to time)
1. Organizer's decisions are final. Want to protest, pay RM517.
2. Organizer reserves the right to disqualify any participants.
3. Drafting is allowed.
4. Way2ride.com will not responsible for any personal injury sustained during the race.


Payment method: cash or maybank2u [Mohd Azli Bin Ismail : 164847006631]

Form: http://www.way2ride.com/powerbarkom.pdf

All entries must be submitted to us before 13th April 08.
Gombak : Fuji [019-3899957], Syaaban[012-6844139]
Bukit Bintang: Lanxz[016-2030707]
Sg Besi: Loneranger[016-3411044]
Melakaoi[ 012-6975606], Ronizam[012-3331740]
Azli: [0133517517]

IC is needed on the race day to verify your age. Race format and category is not final. Check this thread regularly.

Sponsors:
PowerBar Malaysia
Polar Hivelocity Sdn bhd.
100Plus
http://briko280.blogspot.com/
DM Cycles Melaka
Jami Bike Centre
http://myunittrust.com
TempuaGarden - Affordable Dream Landscape
Sin Bee Hin Melaka
LoiShimano


Happy "lacing-lacing"

To register, please visit www.way2ride.com...


Apa lagi..!!! kalau ada forumer kat sini yang berminat nak join..bleh la reg..
kiter masuk race syiook syiook jer...hehehehe

[ Last edited by  dill9642 at 31-3-2008 05:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2008 01:12 PM | Show all posts
ACC: Malaysia hantar kontinjen terbesar

KUALA LUMPUR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 06:27 AM | Show all posts
Skuad basikal negara intai lebih emas

KUALA LUMPUR - Skuad berbasikal Malaysia tiba di Jepun, semalam untuk memulakan misi menuai lebih daripada empat pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) yang diadakan di Nara dari 10-17 April ini.

Meskipun tanpa kelibat Josiah Ng yang memilih untuk menenangkan fikiran di Amerika Syarikat, skuad negara kali ini bakal menyandarkan harapan besar di bahu tiga juara Asia - Mohd. Azizul Hasni Awang, Mohd. Rizal Tisin dan Mohd. Harrif Salleh bagi mengatasi pencapaian di ACC Bangkok tahun lalu.

Sudah tentu, suntikan semangat paling besar buat pelumba Malaysia ialah mereka telah pun berjaya melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China Ogos ini dalam acara pecut berpasukan, 200m pecut dan keirin.

Justeru Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Wahab terus melontarkan cabaran buat pelumba negara khususnya Azizul, Mohd. Rizal, Mohd. Harrif dan trio pecut berpasukan agar dapat mengekalkan pencapaian pingat emas di Nara, Jepun.

"Saya harap mereka dapat kekalkan pencapaian seperti yang dilakukan di ACC di Bangkok tahun lalu.

"Jujur dan terus terang saya katakan, sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa pelumba Malaysia boleh menang banyak pingat emas di ACC.

"Ini kerana selama ini acara trek dan lepas beramai-ramai baik lelaki mahu pun wanita senior dan junior biasanya didominasi pasukan kebangsaan Jepun, Korea Selatan, China, Kazakhstan dan Iran. Kita misalnya belum pernah menang pingat emas dalam acara 1km ujian masa di ACC.

"Bagaimanapun, melihat kepada masa terbaik yang dimiliki Mohd. Rizal Tisin, saya percaya dia boleh menang pingat emas dalam acara tersebut. Apatah lagi dia dah layak ke Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China," katanya.

Mohd. Rizal yang sememangnya sudah dikenali pesaingnya sejak peringkat junior mengaku berada pada prestasi yang sangat baik dan bersedia untuk menghadiahkan pingat emas pertama menerusi acara 1km ujian masa kepada Malaysia.

"Catatan masa saya di Kejohanan Dunia di Manchester ialah 1 minit 02.409 saat. Ini adalah masa terpantas di Asia setakat ini.

"Bagaimanapun, saya harus berhati-hati kerana China mempunyai dua pelumba yang sangat kuat dalam acara ini iaitu Li Wenhao dan Feng Yong.

"Mereka juga mempunyai catatan masa sekitar 1:02:600s. Li Wenhao juga dapat nombor tujuh di Manchester. Manakala Fen Yong adalah pemenang pingat emas di Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

"Jadi, jelas sekali saya tidak boleh merasakan bahawa pingat emas sudah di genggaman. Saya harus bekerja kuat kalau mahu menang pingat emas," katanya.

Senario yang sama dinyatakan juga oleh Azizul yang dianggap melakukan kayuhan ajaib di Manchester bulan lalu.

Anak jati Terengganu itu juga mengaku banyak mendapat bimbingan peribadi daripada Josiah.

"Saya tak akan pandang rendah keupayaan pesaing lain. Saya tahu pelumba Jepun akan bekerja keras untuk menang pingat emas kerana Kejohanan ACC diadakan di tempat sendiri. Bagaimanapun, saya berada dalam keadaan paling selesa dan sudah bersedia untuk menang sekurang-kurangnya dua pingat emas menerusi keirin dan sprint," katanya.

Senarai skuad basikal trek negara

Lelaki: Mohd. Azizul Hasni Awang, Mohd. Rizal Tisin, Mohd. Harrif Salleh; Muhammad Edrus Md Yunos, Mohd. Akmal Amrun, Mohd. Jasmin Ruslan, Thum Weng Kin dan Amir Mustaffa Rusli.

Wanita: Nor Azian Alias, Urecca Leow dan Fatehah Mustapa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 10:35 AM | Show all posts
bmx tak ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 10:43 AM | Show all posts
Jepun lancar perang psikologi Kejohanan Lumba Basikal Asia

NARA, Jepun - Keinginan tinggi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China, Ogos ini jelas memberi tekanan kepada pasukan yang menyertai Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 (ACC) di Nara, Osaka, Jepun.

Terbaru, pasukan kebangsaan China, Taiwan dan Korea Selatan jelas kurang senang dengan tindakan tuan rumah yang memberi layanan kurang mesra kepada pasukan lain yang sedang rancak melakukan persiapan memburu tiket ke Sukan Olimpik 2008.

Tidak seperti sebelum ini, Jepun adalah sebuah negara terkenal sebagai tuan rumah ACC yang sentiasa memberi layanan mesra, tempat penginapan dan makanan yang berkualiti tinggi kepada peserta kejohanan tersebut.

Begitupun untuk ACC 2008, Jepun hanya menempatkan pelumba luar negara di Nara Youth Hostel (NYH), sebuah hostel yang kecil dan kurang berprestij, selain menyediakan makanan tidak bermutu.

Akibatnya, Taiwan dan Korea Selatan memprotes tindakan tuan rumah dengan keluar daripada NYH untuk mencari hotel penginapan yang lebih baik dan berkualiti.

Pasukan kebangsaan China pula yang mempunyai sekurang-kurangnya empat pelumba berpeluang ke Sukan Olimpik jika menyerlah di ACC 2008 turut membantah keras apabila pelumbanya terpaksa tidur di atas lantai apabila pengurusan NYH tidak menyediakan katil buat mereka.

Pasukan China juga dikatakan kurang senang dengan ruang makan di NYH yang sangat sempit dan tidak mampu untuk menampung jumlah semua pelumba pada waktu sarapan pagi, makanan tengahari dan malam.

Sebagai jalan kompromi, ada pelumba negara lain sanggup menunggu jadual makan dengan membaca surat khabar di ruang lobi NYH kerana ruang makan yang sangat sempit.

Pengurus pasukan negara, Ibrahim Mustafa menegaskan Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan sekalipun 'pelik' dengan layanan Jepun.

"Biasanya, Jepun adalah antara sebuah negara tuan rumah yang sangat menitikberatkan soal hotel dan makanan untuk negara peserta. Malangnya, kali ini mereka seperti buat endah tak endah saja. Malah, harga yang dikenakan agak tinggi iaitu AS$60 (RM228) sehari untuk seorang pelumba.

"Apabila kita jadi tuan rumah ACC 2006, mereka hanya dikenakan AS$50 (RM190) dan duduk di hotel bertaraf tiga bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 10:58 AM | Show all posts
Skuad lebuh raya idam pingat


Jepun - Skuad lebuh raya negara akan menampilkan barisan terkuat pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2008 di Nara, Osaka, Jepun.

Sasaran terbaik untuk meraih pingat kali ini diletakkan di bahu dua pelumba pasukan benua LeTua Cycling Team, Anuar Manan dan Ahmad Haidar Anuawar.

Selain Anuar dan Haidar, skuad negara bakal menampilkan empat pelumba berpengalaman iaitu Muhammad Fauzan Ahmad Lufti, Suhardi Hassan, Mohd. Zamri Salleh dan Muhammad Rauf Nur Misbah

Gandingan pelumba ini diharap dapat melengkapkan senarai yang bakal memburu pingat pertama sepanjang sejarah penyertaan Malaysia dalam acara itu di peringkat Asia.

Pengurus pasukan Ibrahim Mustafa berkata, Anuar yang melakar sejarah menyarung jersi hijau pada Le Tour de Langkawi (LTdL 2008) berpeluang besar untuk menang pingat di Nara seandainya mendapat bantuan daripada rakan sepasukan terutamanya Fauzan dan Haidar.

"Saya belum sempat meninjau laluan bagi acara lebuh raya. Bagaimanapun, daripada perbualan di kalangan jurulatih lebuh raya negara lain, saya percaya Anuar boleh melakukan kejutan dengan syarat mendapat bantuan daripada Haidar dan Fauzan untuk menarik dia pada 2 kilometer terakhir.

"Begitupun, saya tidak mahu menutup peluang pelumba lain. Seandainya pada 10 kilometer terakhir, ada mana-mana pelumba negara khususnya Suhardi dalam kelompok depan, saya akan beri arahan kepada pelumba lain supaya bekerja keras untuk memastikan dia menang.

"Apa yang penting, Malaysia dapat pingat sekali gus melakar sejarah penting dalam rekod pembabitan pasukan lebuh raya negara pada kejohanan Asia," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan negara di Nara Youth Hostel (NYH) semalam.

Pasukan lebuh raya dijadualkan berlepas ke Nara pada 12 April ini dan inilah kali pertama, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyenaraikan mana-mana pelumba pasukan benua untuk menyarung jersi negara ke ACC.

Anuar memiliki reputasi yang dianggap sangat hebat kerana selain menyarung jersi hijau di LTdL 2008, anak jati Terengganu itu adalah pemenang kategori raja pecut Jelajah Malaysia 2007 dan 2008 selain menang tujuh perlumbaan peringkat dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Anuar turut memenangi jersi hijau pada Kejohanan Lumba Basikal Tour of East Java di Indonesia minggu lalu.

Dalam pada itu, Ibrahim menegaskan dia akan mendapat laporan terkini daripada jurulatih negara, Omar Saad untuk menilai prestasi semua pelumba lebuh raya yang baru selesai menyertai perlumbaan di Indonesia.

"Saya juga akan maklumkan jurulatih mengenai keadaan terkini di Nara. Cuaca di sini sekarang agak ekstrem. Misalnya ketika tiba di Nara kelmarin, cuaca sejuk mencecah 10 darjah celsius. Bagaimanapun, acara lebuh raya akan dibuat kira 200 kilometer dari Nara. Saya dimaklumkan cuaca di sana jauh lebih sejuk daripada sini (Nara)," katanya.

Sementara itu, Suhardi yang baru bergelar 'raja sehari' menegaskan dia berada dalam prestasi terbaik sekalipun berehat hampir sebulan sebelum berlepas ke Nara.

Pemenang jersi putih RTM pada JM2007 dan 2008 itu berkata: "Saya sudah biasa berkayuh dengan Anuar, Haidar dan empat pelumba negara yang lain. Tidak timbul masalah konon saya tidak serasi dengan Anuar atau Haidar. Saya berjanji akan bantu pelumba lain yang berpeluang menang pingat."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 07:34 AM | Show all posts
Azizulhasni lakar sejarah di Jepun

AZIZULHASNI harumkan
nama Malaysia apabila
menjuarai acara keirin pada Kejohanan Lumba
Basikal Asia 2008 (ACC)
di Velodrom Nara semalam.


NARA, Jepun - Pelumba cilik, Mohd. Azizulhasni Awang melakar sejarah tersendiri selepas menjuarai acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 (ACC) semalam.

Azizulhasni turut mempertahankan mahkota yang dimenanginya pada kejohanan yang sama di Bangkok, Thailand tahun lalu selepas merakam masa 10.407 saat.

Kejayaan ini boleh dianggap sebagai hari paling bersejarah buat kontinjen Malaysia selepas memenangi satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa menerusi acara pecut berpasukan, perlumbaan scratch remaja dan 3km ujian masa individu wanita elit.

Ini bermakna Azizulhasni yang dilahirkan pada 5 Januari 1988 ini sudah tiga kali memenangi acara keirin elit dan remaja sejak ACC 2006, sekali gus melakar kejayaan yang jarang dirakam mana-mana pelumba sejak keirin diperkenalkan di peringkat Asia.

Kemenangan terbaru juga bermakna Malaysia menyapu bersih acara keirin elit pada ACC sejak 2006.

Pada tahun itu, pelumba kelahiran Klang, Selangor, Mohd. Rizal Tisin muncul juara dalam acara keirin yang diadakan di Velodrom Kuala Lumpur manakala Azizulhasni memenangi acara keirin remaja.

Pada perlumbaan semalam, Velodrom Nara yang dipenuhi peminat keirin sekali lagi bergegar menyaksikan Azizulhasni melakukan 'keajaiban' apabila memintas pelumba profesional S1 Keirin Jepun, Nagai Kiyofumi ketika perlumbaan cuma berbaki 50 meter.

"Memang saya sangat geram dengan aksi Nagai. Saya tahu dia adalah pelumba profesional S1 dan dia selalu menunjukkan beberapa gelagat yang dia mahu menang acara keirin.

"Apatah lagi ACC tahun ini diadakan di tempat sendiri dan acara keirin adalah ciptaan Jepun, sudah tentu dia mahu menang di Nara tahun ini.

"Apabila dia hanya duduk di belakang dan membiarkan rakan senegaranya (Watanabe Kazunari) duduk di depan, saya tahu ini adalah taktik Jepun. Lantas saya dan Rizal cepat-cepat buat taktik baru. Saya minta Rizal jaga Watanabe dan saya pula memerhatikan Nagai.

"Apabila perlumbaan cuma tinggal 70 meter, Nagai mula membuka langkah dan saya terus ikut kayuhan dia. Apabila sudah dapat momentum, saya berasa yakin akan menang apabila lihat Nagai agak perlahan menjelang 10 meter terakhir. Akhirnya saya menang dan saya sangat puas apabila menang di Jepun.

"Ini adalah negara kelahiran keirin dan saya menang di sini," kata Azizulhasni yang terus dikerumuni krew televisyen dan media cetak Jepun sekali gus menyebabkan peminat keirin tempatan di Velodrom Nara tergamam apabila Nagai tewas biarpun menang pada sesi kelayakan.

Terdahulu, pasukan pecut negara yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2008 di China Ogos ini tewas secara kontroversi kepada China biarpun trio negara yang dibarisi Muhammad Edrus Md. Yunos, Azizulhasni dan Rizal dilihat lebih awal mencecah garisan penamat.

Kejayaan memenangi pingat perak diteruskan oleh pelumba remaja, Muhammad Shobry Abdullah yang melakukan kejutan apabila menduduki tempat kedua dalam acara perlumbaan scratch setelah melakukan pemisahan secara solo ketika perlumbaan cuma tinggal tiga pusingan.

Uracca Leow pula memastikan pelumba wanita negara tidak keciciran untuk memenangi pingat biarpun sekadar memenangi pingat gangsa dalam acara 3km ujian masa individu dengan masa 4:08.469s

Dia menewaskan pesaing dari Hong Kong, Wong Wan Yiu yang melakukan masa 4:09.706s.

Begitupun kejayaan Uracca hampir tercalar apabila dia meminta perlumbaan dihentikan kira-kira baru memulakan aksi lebih 30m selepas mengadu tempat duduknya hampir tercabut.

Insiden ini menyebabkan delegasi Hong Kong dilihat kelihatan mahu memprotes kepada panel komisar menyebabkan perlumbaan ditangguhkan hampir 30 minit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 04:58 PM | Show all posts
Evolusi pakaian sukan
Oleh Diyanah Anuar


JAGUH lumba basikal negara, Josiah Ng

Penciptaan pakaian sukan hari ini pencetus adrenalin, tidak kalah gaya


BAGI kebanyakan orang, baju sukan yang disarung hanyalah sehelai baju sukan dan dipakai ketika beraksi di gelanggang mahupun ketika berjogging. Apabila memilih baju sukan, apa yang dititikberatkan adalah lebih kepada soal rekaan, warna dan jenama yang tertera gah mengundang cemburu. Jika dilihat, tidak ramai yang meneliti soal fabrik, material ataupun kesesuaian jenis pakaian sukan mengikut acara yang ingin disertai.

Berbeza pula dengan dunia sukan profesional. Setiap aspek, daripada peralatan hinggalah kepada pakaian yang ingin disarung dianggap faktor yang menentukan baik atau buruk persembahan atlit.

Dalam hal ini, kepuasan mengenakan pakaian sukan yang sesuai dengan tubuh badan menjadi pendorong utama dalam mencari elemen yang dapat memperhebatkan rekaan pakaian sukan selain peningkatan teknologi pembuatan.

Pakaian sukan mula mengalami evolusi sejak pertama kali sukan diperkenalkan. Mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan biasanya memakai pakaian yang paling praktikal dan memudahkan pergerakan.

Pakaian sukan juga dikatakan dapat meningkatkan pencapaian dalam acara sukan yang ditandingi. Misalnya, bagi individu biasa, kemeja T longgar bersama seluar sukan pendek memadai untuk dipakai ketika menyertai acara lumba basikal.

Bagaimanapun, bagi pelumba basikal profesional, mereka akan menyarung pakaian ketat dan melekat pada tubuh serta diperbuat daripada pelbagai jenis material. Malah, aspek material disifatkan perkara paling penting dalam soal pembuatan pakaian sukan bermutu.


Fabrik yang sering digunakan untuk pakaian sukan adalah jenis 憁icro-fiber
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 06:13 AM | Show all posts
Azizul terbayang pingat Olimpik

NARA, Jepun - Selepas kejayaan cemerlang merangkul dua pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 (ACC) ke-28 di Velodrom Nara di Osaka, Jepun, pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang kini mula terbayang pingat di Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China Ogos nanti.

Dua pingat emas yang diraih menerusi acara keirin dan 200 meter pecut individu meyakinkan anak kelahiran Dungun itu betapa pingat Olimpik biar apa warna sekalipun kini boleh digenggam menerusi daya kayuhannya yang dilihat semakin bertenaga.

"Selepas menyertai Kejohanan Dunia di Manchester (England) dan ACC (Nara, Osaka), saya dapati mutu kayuhan saya tidak jauh beza dengan kualiti pelumba dari Perancis, Australia atau Britain. Saya fikir hanya nasib akan menentukan siapa yang boleh dapat pingat di Sukan Olimpik.

"Saya berada pada prestasi yang sangat cemerlang sekarang. Saya fakir saya boleh meraih pingat dalam acara keirin. Ia hanya berkait rapat dengan soal taktik. Saya kalah di Manchester kerana saya silap taktik. Selepas menang di Nara, saya tahu apa yang perlu saya lakukan.

"Bagaimanapun, saya perlu menggandakan latihan keras bersama jurulatih John (Beasley) untuk kekalkan prestasi sehingga Ogos ini," katanya ketika ditemui di Nara Youth Hostel semalam sebelum berlepas pulang ke tanahn air.

Sehubungan itu, Mohd. Azizulhasni mendesak Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dan Majlis Sukan Negara (MSN) segera merangka program untuk semua pelumba yang berada di Melbourne kerana musim sejuk bakal melanda Australia sedikit masa lagi.

"Tahun lalu, apabila musim sejuk kami berlatih di Valencia, Sepanyol. Tidak guna berlatih di Melbourne kerana cuaca terlalu sejuk. Jadi lebih baik kami semua berlatih di Eropah atau di tempat yang difikirkan sesuai oleh persatuan atau MSN," katanya.

Pada Sukan Olimpik, Ogos ini, Mohd. Azizulhasni bakal berkayuh dalam acara keirin dan 200m pecut individu manakala Josiah Ng pula akan menyertai acara keirin dan pecut berpasukan bersama Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Md Yunos.

Mohd. Azizulhasni yang berusia 20 tahun dan berjaya mencuri tumpuan di Nara selepas menumbangkan pelumba profesional S1 keirin, Nagai Kiyofumi dalam acara keirin mengaku agak terperanjat dengan kejayaannya menepati sasaran layak ke Sukan Olimpik dalam masa yang agak singkat.

"Ketika mula berkayuh dulu saya sasarkan untuk masuk ke Sukan Olimpik. Tak kiralah 2012 atau 2018, tapi saya melakukannya tahun ini. Saya tak pernah fikir boleh layak ke Olimpik pada usia 20 tahun. Saya berasa sangat bangga dengan prestasi saya sekarang.

Sementara itu, Presiden MNCF, Abu Samah Wahab berjanji akan segera berbincang dengan MSN bagi mencari tempat latihan yang sesuai untuk Mohd. Azizulhasni, Josiah, Rizal dan Muhammad Edrus.

"Azizul dan Rizal ada bangkitkan perkara ini sewaktu saya jumpa mereka di Velodrom Nara semalam (kelmarin). Saya fikir perkara yang mereka bangkitkan itu sememangnya wajar diberikan perhatian serius.

"Ini adalah soal latihan yang berterusan menjelang Sukan Olimpik 2008. Tiada guna berlatih di Melbourne kalau cuaca terlalu sejuk. Apa pun saya akan berjumpa pengurusan MSN untuk bincangkan perkara ini," katanya.

Pasukan pecut Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2008 selepas menduduki ranking ke-10 dunia di belakang Jepun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 10:21 PM | Show all posts
Cycling: Boonen ends classics famine at Paris-Roubaix


Belgium's Tom Boonen kisses the trophy after
winning the Paris-Roubaix on Sunday.


ROUBAIX (France): Former world champion Tom Boonen drew a golden lining around his mediocre classics season by claiming his second Paris-Roubaix triumph after a dramatic finale on Sunday.

[table=200][/table]Switzerland's 2006 champion Fabian Cancellara finished second ahead of Italy's Alessandro Ballan after Boonen left both stunned with an unstoppable sprint 200 metres from the velodrome finish line.

The trio rode into the velodrome together after having built a 1:20 second lead on the small group of riders which contained teammates of both Boonen and Cancellara with 20km remaining of the 259.5km cobblestoned classic.

They were left unchallenged for the remainder, but the onset of cramps for both CSC ace Cancellara and lanky Lampre rider Ballan effectively ended their hopes of launching a late attack on Boonen.

After Ballan led the trio around the first of the one and a half laps which completed the race at the packed outdoor velodrome, Boonen's superior sprint powers were put to full use.
Having been upstaged by one of his own teammates in last week's Tour of Flanders, the Belgian was quick to shoot down his detractors after winning arguably the toughest classic of them all.

"When I don't win, people always say I'm losing my form. But I've done everything I can to try and win the big classics this season, Milan-Sanremo, the Tour of Flanders and Paris-Roubaix," said Boonen, whose last major win was his second Tour of Flanders crown in 2006.

"In total I've got six wins so far this season. How many riders in the peloton can say that?"

Ballan, who succeeded Boonen as Tour of Flanders champion in 2007, admitted he ran out of juice.

"I had cramps with about 15km to go and just had nothing left to give," said the Italian, who also finished third here in 2006. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 03:57 AM | Show all posts
Skuad lebuh raya longlai di Jepun

NARA, Jepun - Malaysia menamatkan cabaran di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di sini dengan satu keputusan menghampakan apabila empat pelumba negara gagal menamatkan kayuhan dalam acara lepas beramai-ramai lelaki sejauh 140 kilometer di Empangan Nunome semalam.

Jelas sekali cuaca sejuk dengan suhu 5 darjah celsius diiringi hujan dan angin kencang memusnahkan impian semua pelumba kebangsaan, Ahmad Haidar Anuwar, Anuar Manan, Suhardi Hassan dan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi

Raja pecut Asia, Anuar Manan muncul pelumba Malaysia pertama terkeluar daripada aksi yang terpaksa dipendekkan sejauh 40km disebabkan faktor keselamatan.

Begitupun Fauzan yang diarahkan untuk menghentikan kayuhan pada pusingan ke-12 selepas sembilan pusingan melakukan pemecahan bersama lima lagi pelumba lain termasuk Tonton Susanto dan Takashi Miyazawa atas alasan keselamatan, merumuskan kegagalan semalam disebabkan cuaca yang terlalu sejuk.

"Bukan kami tak mahu tamatkan perlumbaan. Kami semua malu kalau gagal. Sebelum mula perlumbaan, kami semua berazam untuk dapatkan pingat.

"Malah, saya berusaha memisahkan diri selama lapan pusingan sebelum tangan saya jadi terlalu kaku kerana cuaca sangat sejuk," katanya yang dilihat hampir pengsan selepas tiba di khemah pasukan Malaysia.

Acara lebuh raya itu semalam dikuasai pelumba Uzbekistan dan Jepun

Kekalahan semalam bermakna skuad berbasikal senior lelaki dan wanita gagal untuk menyumbangkan sebarang pingat menerusi acara lepas beramai-ramai serta ujian masa individu (ITT) manakala hanya Muhammad Adiq Husainie Othman mampu menceriakan kem junior lelaki apabila memenangi pingat gangsa dalam ITT.

Dengan kegagalan itu, Malaysia tetap melakar sejarah unik apabila mengutip 3 emas, 4 perak, 2 gangsa - kutipan paling besar yang berjaya diraih oleh pasukan kebangsaan sejak ACC diadakan di Kuala Lumpur pada 1963.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 04:05 AM | Show all posts
Azizulhasni dakwa lebih layak - Dilema pemilihan pelumba ke Olimpik



Azizulhasni Awang (kiri) dan Josiah NG


KUALA LUMPUR – Pemenang dua pingat emas Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Jepun, Azizulhasni Awang berkata, dia lebih layak untuk mengisi slot tunggal acara 200 meter trek berbasikal pada Temasya Olimpik Ogos depan berbanding Josiah Ng.

Menurut juara acara trek 200m pecut dan keirin pada ACC di Jepun, ini berdasarkan kedudukannya dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang lebih tinggi berbanding Josiah.

Selain itu, katanya, prestasi semasanya juga lebih baik berbanding Josiah berdasarkan dua kejohanan terbaru iaitu kejohanan Dunia di Manchester dan ACC, di Jepun.

‘‘ Di Manchester United, saya mencatat tempat ke-11 keseluruhan daripada 44 pelumba berbanding Josiah tempat ke- 25 (pecut 200m).

‘‘ Saya juga mencatat rekod baru kebangsaan dan Asia pada pusingan kelayakan dengan masa 10.352 saat, berbanding Josiah 10.352s.

‘‘ Saya rasa saya lebih layak untuk mengisi satu tempat yang dikhaskan untuk Malaysia dalam acara pecut 200m di Olimpik,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Azizul, pencapaiannya juga meningkat selepas meraih dua emas, masing-masing dalam acara pecut 200m dan keirin pada ACC baru-baru ini, sedangkan Josiah tidak mengambil bahagian.

‘‘ Jurulatih (John Joseph Beasley) juga ada memberitahu saya baru-baru ini bahawa saya akan bertanding dalam acara pecut di Olimpik Ogos depan,’’ katanya.

Menurutnya, berdasarkan apa yang difahaminya, slot untuk acara pecut di Olimpik itu berdasarkan ranking UCI.

Bagaimanapun, jelas Azizul, dia menyerahkan kepada jurulatih bagi membuat penentuan mengenai kedudukannya dalam acara tersebut.

‘‘ Saya tidak mahu berlaku kekecohan berhubung soal pemilihan namun secara peribadi memang saya mahukan slot tunggal dalam acara pecut 200m di Olimpik,’’ katanya.

Setakat ini empat pelumba trek negara telah disahkan layak untuk beraksi dalam tiga acara di Olimpik Beijing, Ogos ini.

Dalam pada itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak mahu campur tangan dalam pemilihan dua pelumba basikal negara ke Temasya Olimpik di Beijing bagi acara 200 meter pecut.

Timbalan Presiden MOM, Datuk Dr. M. Jegathesan berkata, urusan pemilihan antara Josiah Ng dan pelumba muda, Azizulhasni Awang terletak di tangan jurulatih dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

‘‘ Saya tidak mahu mencampuri urusan pemilihan tersebut dan tidak mahu memberi sebarang komen biarlah pihak yang terbabit menguruskan pemilihan mereka,’’ katanya dalam majlis penerangan larian obor di Wisma MOM semalam.

Jelasnya, MOM menyerahkan sepenuh kuasa kepada jurulatih kedua-dua pelumba dan PKBM untuk memilih pelumba yang paling layak kerana setakat ini kedua-dua pelumba itu adalah yang terbaik.

‘‘ Selepas mereka sudah memilih pelumba yang terbaik untuk acara itu peringkat pemilihan terakhir terletak di tangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC),’’ kata Jegathesan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 06:17 AM | Show all posts
Cuaca jadi halangan

ANUAR tidak dapat menyembunyikan kesedihannya
selepas gagal menamatkan perlumbaan ekoran cuaca
sejuk di Empangan Nunome semalam.

NARA, Jepun - Empat pelumba negara gagal menamatkan kayuhan dalam acara lepas beramai-ramai lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2008 (ACC) di Empangan Nunome semalam.

Jelas sekali cuaca sejuk mencecah 5 darjah celsius diiringi hujan dan angin kencang di Empangan Nunome memusnahkan impian semua pelumba kebangsaan.

Raja pecut Asia, Anuar Manan muncul pelumba Malaysia pertama terkeluar daripada aksi yang terpaksa dipendekkan sejauh 40km disebabkan faktor cuaca dan keselamatan.

Turut gagal menamatkan kayuhan ialah tiga lagi pelumba negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Suhardi Hassan dan Ahmad Haidar Anuwar.

"Bukan kami tak mahu tamatkan perlumbaan tetapi tangan hampir kaku kerana cuaca sangat sejuk. Hendak tekan brek pun tak boleh.

"Waktu disuruh berhenti, saya masih ada tenaga lagi. Kalau tak saya pasti boleh tamatkan (perlumbaan). Bukannya kami semua tak cuba sedaya upaya.

"Siapa yang tak mahu menang berlumba," kata Anuar yang dilihat hampir pengsan selepas tiba di khemah pasukan Malaysia.
Kegagalan semalam bermakna skuad senior lelaki dan wanita negara gagal menyumbangkan sebarang pingat menerusi acara lepas beramai-ramai serta ujian masa individu (ITT).

Bagaimanapun, hanya Muhammad Adiq Husainie Othman mampu menceriakan kem junior apabila memenangi pingat gangsa dalam ITT.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Wahab berkata, beliau telah menghubungi Penyelaras Trek UCI, Gilles Piruzzi bagi mendapatkan kepastian mengenai surat rasmi tentang penyertaan empat pelumba trek Malaysia pada Sukan Olimpik di Beijing.

"Gilles memberitahu saya bahawa surat rasmi telah dihantar kepada persatuan. Alhamdulillah, saya berasa sangat lega kerana UCI telah sahkan penyertaan Malaysia di Beijing," katanya.

Terdahulu, empat pelumba trek negara iaitu Mohd. Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Mohd. Yunos telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Ogos ini.

Bagaimanapun, Abu Samah menegaskan UCI belum lagi mengesahkan penyertaan pelumba lebuh raya wanita, Nor Azian Alias ke Beijing.

Malaysia melakar sejarah apabila mengutip 3 emas, 4 perak, 2 gangsa, kutipan paling besar yang berjaya diraih oleh pasukan kebangsaan sejak ACC diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1963.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:32 AM GMT+8 , Processed in 1.125503 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list