|
Jom Belajar Sains DNA: Orang Kelantan Melayu Sebenar?
Orang Kelantan Melayu Sebenar?                        
Wednesday, 09 August 2006
Oleh ROZILAN SALLEH
PULAU PINANG 13 Julai - Benarkah Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?
Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.
Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.
Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.
Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.
“Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.
Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.
Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.
Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.
Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.
Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.
“Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.
Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.
Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.
Source : Utusan Malaysia Online
p/s:Ramai org kelete kat u bijak2 pulak tu...
[ Last edited by mycos79 at 14-9-2008 08:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Aku heran, dah banyak sangat thread pasal orang kelantan....cakap nak bincang, tapi at the end, jadi tempat mengutuk...org kelantan ego la, pengotor la..prejudis la...hipokrit la..bla bla bla...
Aku rasa orang yang bukak thread dan mengutuk sebenarnya Ego, 'Pengotor', Prejudis dan hipokrit...
Pernah tak ada orang kelantan dok bising2 and sibuk bukak thread BERULANG KALI dok cerita pasal Makhluk Negeri Lain???
Udah la tu...bawak2 bertenang....Selamat berposa....Aman ya! |
|
|
|
|
|
|
|
moral of the story..
klu adapun pengalaman yg negatif psal ore klate.. jgnlah disebabkan setitik nila. rosak susu sebelanga.
sgt2 tidak boleh nak andaikan semuanya berdasarkan nisbah yg kecik. w/pun oja bukan org klate.. tp oja terase jugak sbb kwn2 oja pun ramai org klate. my family pun ramai kontek org klate. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JustWant2Know at 14-9-2008 11:15
Aku heran, dah banyak sangat thread pasal orang kelantan....cakap nak bincang, tapi at the end, jadi tempat mengutuk...org kelantan ego la, pengotor la..prejudis la...hipokrit la..bla bla bla...
...
ko mesti org kelate.........hhahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
pandangan aku terhadap lelaki kelantan,memang x berapa baik sangat.
sebab nya aku pun ade abang ipar kelantan..very typical kelantanese..
seb baik skg nie geng die x banyak org kelantan.jd xdelah terlalu ekstrem sgt.cume kengkadang cian gak tengok die sebab die nak balik duk kat kelantan pencen nanti tp kakak aku berkeras nak duk cni..
x tawlah ape kesudahan cerita ini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #431 mycos79's post
suseh la cemtu. ta membiak la keturunan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #433 mycos79's post
ye lor.. klu da tawen sesame negeri... dna ta membiak la . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JustWant2Know at 14-9-2008 11:15 AM
Aku heran, dah banyak sangat thread pasal orang kelantan....cakap nak bincang, tapi at the end, jadi tempat mengutuk...org kelantan ego la, pengotor la..prejudis la...hipokrit la..bla bla bla...
...
psl ader owang yg suda obses ngan kehenseman abe2 kelate kot :re::re: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seroja at 14-9-2008 01:09 PM
klu adapun pengalaman yg negatif psal ore klate.. jgnlah disebabkan setitik nila. rosak susu sebelanga.
sgt2 tidak boleh nak andaikan semuanya berdasarkan nisbah yg kecik. w/pun oja bukan ...
betul tu oja. benda ni sama la mcm org bangsa lain duk kutuk org melayu malas. disebabkan 2, 3 kerat melayu pemalas, abes melayu satu malaysia kene kutuk pemalas jugak :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pluto at 14-9-2008 01:18 PM
hangat la sangat .....hangat2 tahi ayam
hangat gilo weih. sampai ader yg ulang2 bukak thread pasal topik yg sama |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|