CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Pegawai Teknologi Maklumat Ver.2

 Close [Copy link]
Post time 2-6-2009 10:47 AM | Show all posts
aha, pd wana kl depa dah panggil tuh g jela...
tak kesah la dpt ke x...

jom mengorak langkah...hehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 11:28 AM | Show all posts
baca kat web spa tadi bilangan kekosongan jwtn ni ada 236 kekosongan..

harap kita2 semua berjaya kali ini
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:32 AM | Show all posts
ooo...byk gak no...patot laa ramai yg depa panggil kali ni...
gudluck sume!!!!!!!

ok..pada yg masih ada ingatan pasai teknologi maklumat ni...syer laa apa latest teknologi...
aku dah ilg ingatan mende2 ni sume...maklum le....keja wat mende lain skrg....adeh
tq...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:32 AM | Show all posts
betul apa yg dikatakan oleh hulahup dan senahsirap cakap, F41 kebanyakkan buat kerja2 pemantauan atau istilah yang lebih tepat kerja2 penyeliaan..iaitu menjadi penyelia kepada orang bawahan gred F29-F36,F17-F22 dan F11 (OMPD-dah nak dimansuhkan).

Dan untuk membolehkan sesorang itu boleh menjadi penyelia yg baik, pasti perlukan seseorang yang ada sifat2 kepimpinan..jadi sifat2 kepimpinan yg ada dalam diri saudara dan saudari mesti ditunjukkan semasa sesi temuduga nanti. Kalau boleh highlight kan pengalaman2 kempimpinan anda baik semasa belajar di sekolah/universiti mahupun di tempat kerja yang lepas...

Korang semua harus ingat..F41 ini di sesetengah tempat..agak tinggi jugak jawatanya..ada sesetengah agensi..terpaksa menguruskan keseluruhan agensi punya IT di seluruh Malaysia! dan bagi di negeri pula...menguruskan IT di seluruh negeri tersebut bagi agensi yg beliau berkhidmat..

Jadi etika pakaian semasa temuduga amat penting, mesti berpakaian kemas, bagi lelaki kasut mesti yang bertutup semua dan kalau boleh bertapak dan di gilap,seluar slack, jangan pakai jeans atau khakis,kemeja lengan panjang dan bertali leher, lebih bagus kalau memakai blazer atau kot, bagi wanita pula berbaju kurung, jangan sesekali memakai slack atau seluar dan seelok-eloknya juga memakai blazer/kot...make up tu perlu..cuma jangan over sangat la..

resume atau CV boleh dalam BM atau English. susunan sijil2 susuh ikut surat beranak,IC,SPM,Diploma,Ijazah,transkrip dan sijil2 lain dari peringkat rendah ke tinggi..

perkara yang perlu di ulanhkaji.

1. Skop dan bidang tugas PTM (website SPA)
2. Sistem pentadbiran kerajaan
3. Siapa ketua kerajaan,ketua pentadbiran,ketua dalam perkhidmatan awam dan ketua bagi semua PTM ?
4. Isu-isu semasa..so dalam 2-3 minggu nie..rajin2 la belek surat khabar..baca berita..tonton astro awani
5. Kalau boleh, dah ada skrip untuk "introduce your self in english", hafal dan jangan lupa skrip!
6. Study balik berkenaan dengan pembangunan sistem, rangkaian (networking), Keselamatan ICT dan sebagainya (untuk lebih detail, akan menyusul kemudian)


ok..tips2 lain akan diberitahu kemudia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:34 AM | Show all posts
Untuk pengambilan terbaru ini

Bilangan permohonan : 12513
Bilangan dipanggil temuduga : 2778
Bilangan kekosongan : 236
Bilangan calon simpanan : 300

sumber : http://spbo.spa.gov.my/online/index.php
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:38 AM | Show all posts
tq inter.....
bab no.6 tu yg penin bila dipikirkan....

isu semasa apa ek...aku tgk dok kecoh hal model indo (manohara) yg kawen ngan putera klantan tu je

kan..betui laa apa inter ckp tu...kena ada sifat2 pemimpin...ni kat opis ni...aku tgk si PTM asek kena buli ngan anak buah je....eh tp aku pon suka gak buli PTM ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2009 11:45 AM | Show all posts
ok just nak share apa yg aku jumpa

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

SKOP TUGAS

(a) Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;

(b) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;

(c) Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;

(d) Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan

(e) Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

TIGA (3) BIDANG PENGKHUSUSAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

I - PENGURUSAN ICT
(a) Perancangan Strategik ICT
Bertanggungjawab dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk sesebuah organisasi.

(b) Pengurusan Projek
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT termasuk projek yang lebih kompleks, besar dan berbilang.

(c) Pengurusan Maklumat
Bertanggungjawab menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumat
sesebuah organisasi.

II - PEMBANGUNAN SISTEM
(a) Analisis Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(b) Reka Bentuk Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(c) Pelaksanaan Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.

(d) Penyelenggaraan Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi.

(e) Dokumentasi Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

III - KEPAKARAN TEKNIKAL
(a) Keselamatan ICT
i) Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
iii) Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden.
iv) Menjalankan kerja-kerja kesinambungan bisnes.
v) Menjalankan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.
vi) Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.

(b) Pengurusan Pusat Data
i) Mereka bentuk Pusat Data.
ii) Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.
iii) Menjalankan kerja-kerja operasi Pusat Data.
iv) Menjalankan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).
v) Menguruskan operasi Helpdesk.

(c) Pengurusan Rangkaian
i) Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.
ii) Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.
iii) Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.
iv) Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.

(d) Pentadbiran Pangkalan Data
i) Mereka bentuk pangkalan data.
ii) Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.
iii) Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
iv) Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.

(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana
i) Melaksanakan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan audit
keselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologi
pengurusan keselamatan maklumat organisasi.

SUMBER: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2006

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 12:06 PM | Show all posts
ok ni plak yg jumpa dlm blog

Contoh Soalan Umum:
1. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?
2. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?
3. Siapakah ketua negara? Siapa ketua kerajaan?
4. Ceritakan pengalaman kerja sebelum ini.
5. Please introduce yourself?
6. Apakah maksud Integriti dan Akauntabiliti?
7. Apa yang anda faham mengenai Cyber Law Act?
8. Jelaskan mengenai MSC.
9. Apa itu e-Government? Berikan contoh.
10. What would you do to improve government services?
11. Apakah peranan IT dalam bidang pertanian? (Mungkin akan tanya dalam bidang lain e.g: perikanan)
12. Berikan alasan kenapa anda ingin berkhidmat dengan kerajaan.
13. Apakah cabaran dan tindakan yg diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT di seluruh negara?
14. Can you please hightlight the best point about you and convince us why we shuld take you?
15. Sanggupkah anda ditempatkan di tempat-tempat terpencil seperti di Bario (tempat Nuri terhempas)?
16. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?
17. Jelaskan tentang Perolehan komputer, Pembelian komputer, dan Spesifikasinya.
18. Ceritakan mengenai K-Economy.

Contoh Soalan Khusus:
1. Apa yang anda tahu mengenai Wireless LAN?
2. Apakah perbezaan Backbone dan Star Topology?
3. Bagaimana hendak setup wireless LAN di sesebuah pejabat?
4. Apakah tugas seorang PTM
5. Apakah jenis-jenis network topology?
6. Berikan 2 contoh network topology dan nyatakan perbezaannya.
7. Apakah pangkalan data apa yang baik?
8. Terangkan maksud 搉ormalization
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by interferens at 2-6-2009 11:32 AM
1. Skop dan bidang tugas PTM (website SPA)
2. Sistem pentadbiran kerajaan
3. Siapa ketua kerajaan,ketua pentadbiran,ketua dalam perkhidmatan awam dan ketua bagi semua PTM ?
4. Isu-isu semasa..so dalam 2-3 minggu nie..rajin2 la belek surat khabar..baca berita..tonton astro awani
5. Kalau boleh, dah ada skrip untuk "introduce your self in english", hafal dan jangan lupa skrip!
6. Study balik berkenaan dengan pembangunan sistem, rangkaian(networking), Keselamatan ICT dan sebagainya (untuk lebih detail, akanmenyusul kemudian)


1 -pengsan
2-pengsan
3-pengsan
4-pengsan
5-ok
6-pengsan !!!! .
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by interferens at 2-6-2009 11:34
Untuk pengambilan terbaru ini

Bilangan permohonan : 12513
Bilangan dipanggil temuduga : 2778
Bilangan kekosongan : 236
Bilangan calon simpanan : 300

sumber : http://spbo.spa.gov.my/onlin ...



----------------------------------------
ramai jugak yea... ermmm
----------------------------------------

kire PTM nie lebih kepada pembangunan sistem la yea...
biasa nye dlm sesetengah state/jbtn tuh berapa ramai PTM nie...
mcm yg wana baca kat atas, PTM nie can b as a lead for the whole dpmt ya...
kire kerjanye bukan sesenang yang yg disangke la yea...

maklom ler...seme org dok kate..ala keja gomen nie senang jerk...
leh siap lepak2 lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 12:37 PM | Show all posts
Bil calon pergi temuduga 2778, ramainyer tapi kekosongan dalam 236 orang je. Mencabar jugak ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 12:51 PM | Show all posts
kalo soalan umum tu kita leh baca dari buku 'Malaysia Kita' yg kaler pink tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:19 PM | Show all posts
mampuih...
sah2 kena gali balik seme buku2 zaman tok adam dulu....

isu semasa:
1. terpikir gak psl manohara tuh
2. pherak ngn 2 MB-nye
3. H1N1
4. kerajaan kejo KETUA ah long
5. Psl Skol yg tak siap tuh
6. pembinaan rumah yg tak siap
7. chin peng nak balik mesia
8. kompleks yg runtuh kt PJ tuh
9. SPM leh amek 10 subject je
10. lg apa eh... ado ke laen2 lagik....?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:38 PM | Show all posts
boleh share kat sini korang apply spa dah baper lamer baru dorang panggil inteviu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by emkay_2020 at 2-6-2009 01:38 PM
boleh share kat sini korang apply spa dah baper lamer baru dorang panggil inteviu?


frankly, tak bape ingat .. i think early this year...either  jan or feb.... ..y emkay?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:43 PM | Show all posts

Balas #433 newana\ catat

bumbung stadium ganu runtuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 01:45 PM | Show all posts
abis laa idris jusoh...................
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:48 PM | Show all posts
uihh....bumbung runtuh???ayark...

hmmm..keja PTM yg dimaksudkan ni...sampai ke gred F54 yg tinggi nye...pehtu kalu atas pada tu...dia akan jadi bos besaq ya amat la kan...

kalu kat kementerian2....takat F41 ni...balaci je pon..
sama lee M41 ngan N41....ko kena wat keja kerani gak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 02:19 PM | Show all posts

Balas #434 emkay_2020\ catat

ni first time kena pngil iview huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by MrsJohn at 2-6-2009 13:43
bumbung stadium ganu runtuh


dengo2nye pon terok juga yea....
kena tunggu berita jam 8 nie..huhuhu...
baru leh tau news..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.063957 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list