CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

  [Copy link]
Post time 27-12-2005 04:37 PM | Show all posts
cuma sampai sekarang aku masih tak paham kenapa sesama manusia sanggup 'mensihirkan' manusia yang lain.... dapat kepuasan ker bila tengok orang yang dibuat tu 'terseksa'??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aturcara This user has been deleted
Post time 27-12-2005 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by wewengg at 27-12-2005 04:37 PM
cuma sampai sekarang aku masih tak paham kenapa sesama manusia sanggup 'mensihirkan' manusia yang lain.... dapat kepuasan ker bila tengok orang yang dibuat tu 'terseksa'??????


entahla weweng..kalau semua org pikir cam weweng kan bagus...kita yang terkena ni pun selalu pikir apa yang diaorang dapat sebenarnya....membina kejayaan atas kemusnahan org lain...atas dunia ni bolehla.di akhirat nanti rasa la camne...hidup diaorang pun tak berkat atas dunia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 04:13 PM | Show all posts
Ayah nfa kena buatan orang last year..dah berubat semua..oklah skit.cuma dia still tak mo kuor umah.
kesian ngan dia .
ada orang yg dengki kat ayah..ni semua hal2 keje.dah rejeki ayah dpt.
tapi rasanye kene bawak ayah berubat gak.. sbb dia belum baik 100%.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 05:35 PM | Show all posts
erm..nih pun aku dpt dr radio IKIM gak...rsnyer elok gak aku kongsi kat sini, sb maybe antara korang ada anak kecik especially yg baghu lahir.so ustaz dlm tuh kater selalu le bc doa utk jauhkan dia dr setan dan sekutunya serta pandangan yg menakutkan.doanyer slalu ada kat buku doa..under doa anak br lahir...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 04:34 PM | Show all posts
ASM. Ilmu santau menyantau dll. yang seumpamanya ni memang sudah jadi lumrah dalam masyarakat Melayu. Di rantau lain pun ada jugak, cuma namanya bezalah. MAcam yang sdr. & sdri dah tahu, santau ni boleh kita kata racunlah. Dibuat dari bahan-bahan kotor dan tajam sifatnya. Kadang tu (mungkin selalunya) dipuja, maka puak-puak ghaib pun datanglah bebondong-bondong join sama sebab dipanggil. Memang betul, ada yang dibawa dek pengamal, ada yang "terbang sendiri" dll. caralah. Asasnya mudah, nak mudaratkan orang atas berbagai sebablah.
Dulu santau ni jadi mainan orang. Ramai yang belajar bukanlah atas sebab nak menganiaya orang, tetapi saja nak tunjuk gagah. Siapa yang belajar, akan makan santau yang dia buat sendiri dan kemudian suka-suka luahkan balik. Benda ni jadi mainan lah kalau dibuat begitu. Dalam ramai-ramai yang belajar, ada pula yang nak mencuba, maka dia carilah sasaran; orang yang dia tak suka, orang yang tetiba muncul di kampung, orang perempuan yang dia gilakan, isteri orang, dll.Sekarang, amalan begini sudah mula kurang, tetapi tak bermakna dah hapus. Ada lagi yang masih mahir membuat...dan mengubat. Cuma baik jangan kenalah, sebab kesan sampingannya boleh tahan teruk juga.
Sekarang nampak makin ramai orang yang kena santau. Dalam masyarakat sekarang, ada yang percaya, ramai juga yang tidak. Terpulang pada diri masing-masing. Yang elok untuk kita perhatikan, bagaimana nak mengelak daripada terkena. Rasanya mencegah lebih baik daripada mengubat. Kalau kita tengok orang sekarang,...tak hairan kalau "jin santau" level prebet percubaan je sudah cukup untuk melingkupkan orang...agaknyalah.
WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 05:07 PM | Show all posts
ASm. Kalau kita tengok trend sekarang ni, ramai orang mencari penawar bila dah kena. Jarang orang cari penawar sebelum kena. Ramai juga yang kata mari kita jadi orang baik, baca Quran, sembahyang hajat dll. lah. Tapi benda sihir, ilmu kena mengena dengan jin, hantu setan ni, setahu saya lah, tak semudah itu. Tak keterlaluan kalau kita katakan, ramai orang yang mengamal perkara baik seperti yang di atas, masih kena juga penangan sihir dll. ni. Ada yang mencari sebab, mengapa sianu bin sianu yang baik orangnya, banyak amalnya malah kira "confirm"lah sikit sebanyak, tak boleh di penetrate oleh benda-benda pelik, kena juga dan sampai ke peringkat tinggal nama saja dibalun dek benda-benda halus ni.
Ramai juga orang yang terlupa, setan tu semua umur dah panjang. Banyak dia dah belajar dan silap haribulan, dia lebih mahir Ilmu Quran berbanding kita. TAk heran kalau kita baca AlQuran dia ketawakan saja sebab baca tak berapa nak betul. Malah ramai yang baca memang betul, tapi setan tu tetap ketawakan juga sebab...
Dalam bab sihir dll. ni, kita sebenarnya berurusan dengan benda yang betul-betul halus. Bukan takat wujudnya sebagai makhluk halus tetapi urusan nya pun memanglah halus. KAlau tak betul gaya, yang nak mengubat boleh lari "timing", yang kena ubat boleh "khatam awal" gamaknya. Sebab tu, elok kalau dicegah sebelum kena rasanya.
Kita bersyukur kerana wujud tempat macam Darul Shifa dll. yang boleh dirujuk untuk rawatan penyakit-penyakit macam ni. Alhamdulillah, ramai pakar yang kita boleh jumpa dan mohon bantuan. Moga mereka semua terus berjaya dan dirahmati Allah swt.
Bila kita tengok ramainya orang yang datang ke sana, sedih juga rasanya. MAcam-macam ragam dan rupa. Tapi bila kita tengok orang yang mengubat tu, tak lah penuh dengan alatan canggih ke apa ke, kadang tu pakai air putih saja. Kalau tak pun, sambil duduk-duduk, senyum sikit, hantu pun lari. Mudah nampaknya. JAdi kalaulah orang yang sakit tu 10 tahun, 15 tahun sebelum dia sakit dah "apply" duduk-duduk yang sama, senyum yang sama, mungkin dia tak perlu datang ke darul Syifa sebagai pesakit kut...
Mudahnya, elok kalau kita pakat ramai-ramai service kita punya "mainframe" dari awallah, bubuh antivirus kuat sikit, yang antu pun confuse nak huraikan!
Malangnya, ramai orang kita yang diconfusekan dek antu...
WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2005 11:05 AM | Show all posts
hulu..pasal barang tu kan...contohnye gini la..si A bagi si B, nah ambik barang ni, simpan..barang tu pun cuma bukan ape..duit siling lama ada tulisan2 arab..mana A dapat wallhualam...pehtu semenjak pada tu si B ni macam senang je  nak mengikut kata si A..pulak tu si B pulak pi simpan dalam wallet..hari2 bawak..pi mana2 bawak...jadik tak mustahil la kalau thru medium ni sihir tu kena pada B. Sekarang B nak buang mende ni..bole buang semacam je ke..dia still keep mende ni tapi dalam rumah..ini ape impak plak..dia keep bukan sebab dia tak nak buang tapi tak tau camana nak buang...Hulu, hang ni pakar..tolong la jawab soalan ku ..

pasal mencegah tu, mmg betul la ..agak2 rasa pelik2 baca la quran...insyaallah la ok...kalau dengar cd boleh tak?Org darul shifa cakap kalau nak kena mmg senang tapi nak buang tak mudah sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 03:46 PM | Show all posts
ASM. Sengaja nak bagi cadangan. Kalau ada benda-benda pelik yang rasa-rasa ada "benda pelik" duduk kat dalam, macam duit syiling ke, apa benda ke, tak payah nak susah-susah pening kepala fikir camana nak buang...buang aje. Tak perlu nak fikir panjang-panjang. JAngan pulak terjumpa dek budak-budak, nanti dikutipnya dah satu hal pulak nak "service". Kalau nak buat lawak, masukkan dalam microwave oven. Kalau ada antu, mati kot kena microwave tu.
Dalam hal antu nak naya manusia ni, pada adatnya, terasnya mudah saja. Sapa punya "charge" lagi tinggi, dia menang. So kita kenalah charge elok-elok diri kita sampai antu tak berani nak buat tak tentu. Kalau kita dah prepare siap-siap, insyaAllah, antu duit ke, antu apa ke, nak kirim salam pun tak berani kat kita. Cuma jangan overload dah lah. Nanti takut short circuit pulak.
Satu hal lagi, susah jangan ditempah. Macam sekarang ni, orang buat lawak dalam TV, cari antulah, cari Jin lah, tu semua bukan takat merapu, tapi kerja orang yang tak faham apa hakikat makhluk halus sebenarnya. Contoh mudah, orang tak pernah jatuh motor, memang lah suka hati angkat tayar depan, konon tererlah kot. Bikin injin sampai injin pun heran tapi tak reti nak cakap je. Tetiba jatuh, tulang paha dah masuk besi, patah 10 badan dari kepala sampai kaki, tergantung kat hospital 2 3 bulan, pandai pulak mintak tolong kat orang. Dah kena baru tau sakit pulak. Saya harap (nak kata doa takut kasar sangat) orang-orang yang buat kerja cari-cari antu ni, betul-betul kena masuk antu. Mudah-mudahan, dia tahulah rupa antu tu macamana lepas tu...
Amalan-amalan, ayat-ayat suci dan segala macam petua dan cara yang ada untuk tujuan menentang mudarat dan makhluk halus ni adalah jalan saja. Yang lebih penting orang yang beramal tu. Kalau dia tau banyak amalan dan hafal segala macam jampi serapah dll. pun, tapi dia tak amal, tak charge diri baik-baik, tak guna jugak. Biarlah tau tak banyak, tapi constant amalannya. Tu yang penting. Pasal tulah kita boleh jumpa orang yang baca Bismillah pun belum, hantu dah tunggang langgang lari.
Alhamdulillah kita ni masih sihat, jadi masa sihat nilah nak berusaha, macam mana nak terus sihat. takut kalau dah sakit, bukan takat menyusahkan orang tapi sampai peringkat dibenci dek orang...
WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


grenbara This user has been deleted
Post time 30-12-2005 04:00 PM | Show all posts

hebat punya usull!!

Originally posted by sikomeng at 29-12-2005 05:07 PM

Dalam bab sihir dll. ni, kita sebenarnya berurusan dengan benda yang betul-betul halus. Bukan takat wujudnya sebagai makhluk halus tetapi urusan nya pun memanglah halus.

Tapi bila kita tengok orang yang mengubat tu, tak lah penuh dengan alatan canggih ke apa ke, kadang tu pakai air putih saja. Kalau tak pun, sambil duduk-duduk, senyum sikit, hantu pun lari. Mudah nampaknya.



perrhh :hmm:

fuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 04:08 PM | Show all posts
Bara, awak punya avatar manyak serem woo....1st time terpandang, terkojut kita....
Reply

Use magic Report

grenbara This user has been deleted
Post time 30-12-2005 05:03 PM | Show all posts

feeewitt

feeewitt ,

bukan pontianak  harum sundal malam

sblum ni cung gilaa dia nihh


  [size=4]"Selamat Menyambut Tahun Baru"


Semuga segala kenangan pahit dan manis  2005  lebih mendewasakan kita semua

jumpa lagi tahun depan

assalamualaikum

[ Last edited by grenbara at 30-12-2005 05:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2005 09:09 AM | Show all posts
sikomeng..senagaja nak tanya ni..awak pernah alami tak mende ni...awak cakap cam so simple..ayat2 quran tu insyaallah la...diamalkan..bab mende2 ni ..kadang2 org tak cukup ilmu macam saya ni ..mesti takut jugak nak belasah aje..kalau nak buang mendealah yang pelik2 ni..kalau nak buang kat longkang depan rumah..serupa macam tak buang..jadi kat mana nak buang tu..ideal placenya..so that..mende tu tak dok dekat dah..
kalau pergi ke darul shifa..memang .dia akan ajar ayat2 untuk dibaca..apart from that...ade jugak pantang larang lain..contohnye..kalau bole jangan makan limau (apa jenis pun), nenas, rebung..pehtu disuruh minum ubat - depends on penyakit la..kalau santau..dia suruh minum air tebu + pokok dukung anak  + gula batu..untuk buang barang2 tak elok dr badan..jadik amalan + makan tak bole sebarang makan..bukan makan je ape2 jangan pikir2 panjang..
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 3-1-2006 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by mYa at 31-12-2005 09:09 AM
sikomeng..senagaja nak tanya ni..awak pernah alami tak mende ni...awak cakap cam so simple..ayat2 quran tu insyaallah la...diamalkan..bab mende2 ni ..kadang2 org tak cukup ilmu macam saya ni ..mest ...


cuba tanya pada org yang alim..ataupun ustaz2 ..benda2 camtu mana boleh buang sesuka hatii je..nampak cam senang..tapi impact kemudian kita tak tahu kan...
kalau kita tak kena kot org lain terkena....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 11:50 AM | Show all posts
salamsss... cite psl terkena buatan org nie... ade tak sesiape yg tahu ustaz/imam yg handal utk ubat
kan adik sy..:stp: dia mengidap penyakit nie sejak May 2005 lagik.... dah berulang kali pegi kat darul
shifa.. tp setakat nie mmg takde perubahan.. :stp:so kalau sesiape tahu org boleh ubatkan kat area
KL/PJ tlg bg tahu saya, k...tq
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 12:59 PM | Show all posts
ASM. Untuk mYa, terima kasih tanya. PAda adatnya kalau benda-benda yang tak tentu arah ada dalam simpanan kita; secara suka atau tak suka kena simpan, dan kita tahu benda tu ada sikit sebanyak mudaratnya pada kita atau keluarga, elok buang saja...buang macam buang sampah saja. Memang ada yang akan tanya balik, "eh...takkanlah mudah sangat macam tu" JAwap saya, memanglah macam tu. Mudah saja sebenarnya. Yang buat susah diri kita. Sebab kita takut atau cuak benda-benda ni akan mudaratkan kita, tu saja.
Kita ni manusia. Kita duduk di atas hierarki kejadian makhluk. Tiada yang lebih atas hanya Dia.Kalau kita KENA GAYAnya, insyaAllah setan malaun tu semua tak berani nak buat tak tentu kat kita. Allah ada, nak takut apa betul dak
Saya tak berani nak kata saya ada pengalaman, cuma saya percaya bahawa kalau kita lihat ke dalam diri kita, kita akan lihat bahawa banyak kemampuan diri kita ni, kita sendiri pun tak berapa nak sedar...TETAPI antu tu semua sedar, dan tahu. Depa semua sedaya usaha, tak mau kita sedar siapa diri kita. Sebab dia tahu, kalau kita dah sedar, depa tak boleh nak buat apa. Cuma mYa tengok, pada orang sakit yang pelik-pelik ni dan cuba cari apa yang sama tentang mereka. Bukan kita nak cari siapa kuat sapa lemah, doktor pun buat eksperimen betul dak. Dan cuba cari pula apa yang sama tentang para perawat yang sudah payah buntang mata mengubat orang sakit yang tak sakit tu semua. Kemudian cari pula apa yang sama tentang antu-antu yang dok mengacau tu. Kalau dah jumpa nanti mYa tinggal anguk kepala je, tanda faham. Lepas tu, insyaAllah baca Bismillah je, antu pun beri tabik hormat dan bla!
Hal ehwal ghaib ni memang menarik untuk dihalusi. Bila kita tau sikit sebanyak, makin faham dan makin kurang gusar kita bila berhadapan dengan soal-soal yang pelik dan kadang tak masuk akal. Hal-hal yang halus, perlu kepada kajian yang halus pula. SAya tak pandai hal-hal begini, hanya tumpang bincang-bincang dengan anda semua, moga kita boleh jadi kawan-kawan yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 05:23 PM | Show all posts
sikomeng, la ni bukan gusar dah..tapi cam dah fedup pulak...boring asyik2 cycle yang sama aje berulang..pernah baik sekejap (happy sungguh..)..lepas tu kembali la balik ke asal..batuk2 la..mimpi ngeri la..terjaga awal 2 pagi n susah nak tidur...hati pulak manjang runsing..takde pulak fikir ape2..tapi was2 nak buat sesuatu...kepala buntu...
dulu2 selalu mimpi kena kejar haiwan garang..anjing/serigala/kadang2 kuda hitam besar 2 3 ekor..jadi dlm tidur tu sebenarnye berlari je nak selamatkan diri..recently tak dikejar tapi berlari jugak..lari2 masih dalam kawasan sama..tanah lombong terbiar...bila terjaga penatnye rasa...insyaallah..ayat2 suci tu jadi teman..mudah2an elok , baik..bolehla hidup gembira macam dulu2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2006 05:43 PM | Show all posts
ASM. Bila dengar cerita ada orang kena penyakit "buatan Orang" memang kita akan rasa sedih dan tumpang merasa susah. Saya doakan adik zamnie sembuh dari penyakit yang dihidap sekarang. Moga dia sabar dan bersyukur. Suatu masa dulu, saya ada dengar orang cakap, bila kita kena penyakit begini, sebenarnya Allah taala nak beri kita sesuatu yang mahal. Jadi kalau dia nak bagi benda mahal, tentu jalannya pun bukan calang-calang jerih. Pertamanya, dia nak kita berdoa dan dia akan umum kat penghuni langit tu, "nu lihat, hamba yang amat Aku sayang sedang memohon kepada aku". Keduanya dia nak naik kan martabat hambaNya tu dan ketiga, dia nak hapuskan dosa sipolan...InsyaAllah begitulah. Kadang tu kita perhati, ada sesetengah orang yang kena, jenuh kita dok bawak berubat kehulu kehilir tapi tak nampak tanda-tanda nak sembuh pun. Sampai naik feed-up orang yang menghantar! Duit pun dah banyak lebur, masa pulak kadang tu sampai 6, 7 , 10 tahun tapi tak baik-baik jugak...hal begini pun ada orang cakap, sebab Allah taala suka mendengar suara orang ini berdoa padanya...tiap tiap hari. Dan setiap hari itulah "share" sipolan ni untuk hari kemudian bertambah berlipat ganda. Point yang paling penting ialah, Allah taala tak lagi hanya kasian kat dia tapi sayang kat dia. Sipolan diampun bukan lagi sebab dia mohon keampunan, tapi sebab Allah sayang kat dia. Ni dua perkara yang amat berbeza. Ada pulak yang tanya, apa pulak hal kalau Allah sayang, dia beri sipolan jerih sakit tak baik-baik? Ni satu soalan yang sensitif nak jawab sebab nanti ada orang marah kat saya pulak. Mudahnya beginilah, kalau kita bayangkan kita sebagai hamba, Allah taala sebagai tuan kita, so adatlah hamba kena terima apa saja yang tuan dia bagi. Allah taala bagi nikmat bahagia, kaya, sihat, bahagia, kita bersyukur. Bila Allah bagi sakit, perit, tangis, hancur, lebur, kita sabar dan bersyukur. Hakikatnya, kesusahan tu semua adalah nikmat untuk yang sakit (dan jugak yang kena sabar dek kerenahnya) di kemudian hari nanti...insyaAllah. Kadang tu, untuk cakap pasal bersabar, mudah saja...tapi bila dah kena batang hidung sendiri, itu jam kalu, sendiri mau ingatlah, bole sabar ke tak. Itu lah sebabnya sabar bukan mudah nak buat. Cuma sabar saja tak diserta syukur pun tak lengkap. Sebab ada orang pernah cakap juga, syukur tu martabatnya lebih tinggi dari sabar.Entahlah, saya cuma dengar apa orang cakap saja, betul kot.
Mungkin penyakit yang dihidapi tu kena berulang-ulang rawatannya. Maklumlah, kadang tu tak mau dua tiga kali, makan masa. Moga kebaikan dan rahmat untuk kita semua.
WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 4-1-2006 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by mYa at 3-1-2006 05:23 PM
sikomeng, la ni bukan gusar dah..tapi cam dah fedup pulak...boring asyik2 cycle yang sama aje berulang..pernah baik sekejap (happy sungguh..)..lepas tu kembali la balik ke asal..batuk2 la..mimpi ng ...


Mya, kita pun pernah mimpi camtu...asyik dikejar..tak tau apa..asyik berlari je dalam mimpi..hmm...takpela..setiap penyakit ade penawarnya ..kita jangan fed up....

terima kasih pada sikomeng..kita setuju dengan pendapatnya..bukan senang nak dapat rahmat Allah ni...kita dah banyak menginsafi diri sekarang ni...kena sedar mana kekurangan dan kelebihan diri..mungkin ade hikmah disebalik semua ni..cuma sekarang ni kita tak nampak...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 10:03 AM | Show all posts
setuju ngan komeng, nak sentiasa bersabar...sabar banyak2..kekadang sampai tak sabar dah...
bila dah macam tu kadang2 terfikir pulak kenapa la manusia yang suka2 nak buat org tak fikir ape impact nye..berapa tahun org nak lalu hidup yg sukar - sakit, batuk, badan masuk kaca, sabut, miang rebung..ape yang dia nak..ketawa terguling2 ke mereka tengok org susah..ada yang sampai mati..tapi bila berjaya sabarkan diri semula..alhamdulillah ini jalan hidup ...syukur..redha..
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 4-1-2006 10:51 AM | Show all posts
Hmm...sebenarnya keluarga kita pun ade yang dah meninggal sebab terkena sihir/niat jahat org ni...bapa saudara kita sampai meninggal dibuatnya..terkena santau...masa zaman dulu..mana ade tok bomoh yang betul2 guna Al-Qur'an..bapa saudara kita tu salah amik perawat..rupanya perawat tu makin tambah lagi santau yang ade pada bapa saudara kita..tu..mungkin dah memang ajal pun...dia meninggal masa tu..sedih kita rasa..dahla dia ade anak ramai..tergamaknya org tu..ni sekarang kita pulak yang jadi mangsa..bukan kita saje..sepupu2 kita pun ade yang jadi mangsa..sorang tu dah berubat dengan Dr Harun Din, yang lain nya berubat biasa je...hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-7-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.062022 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list