Selamat berhujung minggu. Minggu cuti persekolahan dah pun bermula bagi sesetengah sekolah. Anak ita, Azrul pun dah mula bercuti.
Bila cuti bermula terasa tugas ita semakin berat dan bertambah2. Kain baju dah semakin bertimbun nak di basuh. Lepas tu nak melipat pun satu kerja jugak, dan ini lah tugas rumah tangga yang paling ita tak suka buat. Lipat baju dan gosok baju.. aduhhh!! memang bercinta betul nak buat kerja tu.. semua.
Kadang-kala ada jugak terfikir tak de ke orang nak mereka cipta alat yang boleh melipat baju. Masuk semua dalam mesin pas tu keluar semua dah bergosok dan berlipat.. alahiii... bestnya.. !!
Ita rasa kalau mesin tu ada jual di pasaran ita lah orang pertama yang akan beli dulu.. hihi Rasa2 ramai yang sedang mencari mesin tu.. kan??
Hari ni ita masak yang ringkas dan simple aje.. Tak boleh dok lama2 kat dapur sebab banyak sangat kerja dah tertunggak. Semua harus di selesaikan dengan kadar segera. Bihun Goreng Kunyit itulah resepi ringkas yang telah ita sajikan buat hidangan keluarga. Resepi hasil jalan-jalan cari makan ita ke dapur Madiha atau lebih senang di panggil Ratna. Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Seorang wanita yang berkejaya, tapi tetap meluangkan masa untuk memasak buat keluarga tersayang. Bukan itu aje.. Ratna juga sangat berseni orangnya dan amat meminati kerja2 seni seperti gubahan hantaran.
Kadang-kala ita selalu terfikir hebatnya wanita ini.. walaupun sibuk di pejabat masih lagi punya waktu menerima tempahan dan melangsaikan segala tugasan dengan baik! kalau ita di tempat Ratna mungkin ita dah pengsan kepenatan..
Bila bercerita tentang resepi ringkas ni, hidangan ni memang sesuai di sajikan untuk anak2. Bihun ni tak pedas dan sesuailah untuk anak2 kecil. Warnanya yang kuning keemasan juga amat memikat selera. Tapi untuk resepi ni ita tambahkan sedikit cili api pada bahan tumisan agar terasa sedikit kepedasannya. Ita gantikan ayam dengan daging dan lain-lain bahan ita ubah suai mengikut bahan2 yang ada di dapur ita aje.
Terima kasih kepada Ratna yang sudi sharekan resepi ni. Ita minta izin untuk sharekan resepi ini di sini pula untuk rujukan ita dan rakan-rakan yang lain juga yang mungkin ingin mencuba dan merasa.
1 bungkus bihun ~ direndam hingga lembut/semalaman ~ toskan
1 keping dada ayam ~ dipotong kiub kecil
2 bungkus fish ball / 4 keping fishcake ~ dihiris tebal
2 biji telur
¼ biji kobis ~ dihiris halus
1 ketul brokoli ~ di potong
2 ~ 3 biji cili hijau ~ dihiris
6 ulas bawang merah ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis/cincang
1 s/k serbuk kunyit
1 s/k lada sulah
1 ½ ~ 1 ¾ s/k garam
½ s/k serbuk perasa
1 kiub ikan bilis
2 cawan air
½ cawan minyak masak
Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau2 hingga ayam bertukar warna.
Masukkan fishball atau fishcake. Kacau2 lagi hingga ayam masak.
Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.
Kacau2 sikit telur biar jadi agak hancur (scramble) dan berketul2.
Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
Masukkan semua sayuran & air biarkan sebentar.
Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak. Sambil dikacau boleh potong bihun yg panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.
PERINGATAN : Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.
Sedia untuk dihidangkan.
Boleh juga di hidangkan bersama telur dadar dan cili jeruk