|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RELAXING RETREAT
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak pesara kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, dipercayai membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis.
Menurut sumber, suspek dan bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengelurkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.
Katanya, suspek terbabit juga didapati mengalami masalah ketagihan judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan.
"Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi.
"Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian.
"Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Difahamkan suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.
Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam, selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.
Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.
Polis dalam kenyataan sebelum ini, berkata siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.
Kehilangan mangsa menjadi persoalan oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.
Berikutan itu, ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji milik mangsa ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.
Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerat kemaluan sendiri lepas makan ‘cendawan ajaib’ |
|
|
|
|
|
|
|
VIENNA – Seorang lelaki yang bercuti di Austria dan makan tumbuhan dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’, mengalami gangguan mental sehingga mendorong dia memotong zakarnya dan menyimpan organ tersebut di dalam sebuah balang dipenuhi salji, lapor portal berita MailOnline semalam.
Lelaki berusia 37 tahun itu makan empat atau lima cendawan itu kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) sebelum mengambil kapak tumpul dan mengerat zakarnya kepada beberapa bahagian.
Dia kemudian terhuyung-hayang keluar dari rumah dan seorang pejalan kaki kemudian menghulurkan bantuan dan membawanya ke hospital terdekat.
Lelaki berkenaan dibawa ke bilik pembedahan dan doktor bertindak mengawal pendarahan dan membasmi kuman kepingan zakar itu yang sebelum ini berada di dalam balang tersebut.
Beberapa bahagian yang rosak terpaksa dibuang, tetapi doktor berjaya menyambung semula zakarnya walaupun saiznya tidak sama seperti asal.
Namun, lelaki itu masih mengalami halusinasi, malah cuba keluar dari hospital selepas dia didapati menyeludup cendawan itu ke dalam bilik hospitalnya.
Dia kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi tetapi dia kembali ke wad selepas gejala psikotiknya bertambah baik selepas memakan ubat. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
GISBH DAN TEKNIK ‘SMURFING’ – PART 1
1. ‘SMURF’ adalah kartun masa aku zaman budak-budak. SMURF ni adalah komuniti segolongan makhluk warna biru, beraktiviti dan bermuamalat sesama mereka. ‘SMURF’ ni ada Chairman dia namanya ‘PAPA SMURF’. Segala aktiviti ahli Smurf dikawal oleh ‘PAPA SMURF’.
2. ‘SMURF’ ni ada musuh dia, dipanggil ‘GARGAMEL’. Gargamel ni ahli sihir yang jahat gila. Dia akan cuba tangkap smurf-smurf nih.
3. Kenapa aku dok cerita pasal Smurf dengan GISBH ni? Tengok gaya GISBH ni dah lama pakai teknik ‘SMURFING’ ni.
4. Dalam aktiviti cuci-duit atau MONEY-LAUNDERING, kena ada 3 aktiviti asas: a) PLACEMENT (Penempatan), b) LAYERING (Melapis), dan c) INTEGRATION (Integrasi). Teknik Smurfing ni basic 101 dalam proses layering (melapis).
5. Masalah cuci-duit ni bila nak cuci dalam jumlah yang banyak. Masa ni lah diperlukan smurf-smurf untuk cuci duit tu. Kalau nak transfer duit sekali banyak akan trigger Polis atau BNM.
6. JADI bagi amaun yang besar, lalu DIPECAHKAN kepada jumlah kecil. Masa ni lah smurf-smurf diperlukan dalam proses layering. Mereka ini lah yang diperlukan bagi menggerakkan duit dalam jumlah kecil.
7. Ini termasuk memasukkan duit-duit dalam amaun yang kecil dalam akaun-akaun yang bertebaran bagi mengelirukan penguatkuasa. Lepas tu lah, duit-duit ini akan dikumpul balik dan diintegrasi balik ke dalam ekonomi sebagai duit bersih. So far, boleh ikut kan?
8. OK. Akaun GISBH yang PUKAS disclose tu, adalah standard account yang perlu di hantar ke SSM. Ni akaun tahun 2021 ni, latest akaun yang disimpan kat SSM. Banyak pulak persoalan akaun ni. Amat menarik pasal diorang RUGI semasa RM137,621..... TAPI tak terkejut pasal 2021 ni time PKP.
9. Lagi menarik pasal rekod KERUGIAN TERKUMPUL (rugi dari tahun-tahun sebelum tu) sebanyak RM2,837,124. Dengan LOW DIRECT COST pasal pekerjanya semuanya sukarelawan, profit GISBH dah kalahkan Speedmart. TAPI RUGI beb hehehe ????
10. So far dapat Unqualified Report dari auditor dia. Tak pulak dapat Emphasis of Matters atau Qualified Report atas isu Going Concern. Mungkin pasal Total Assets RM6,087,043 masih besar dari Total Liabilities = RM5,941,767.
11. Ikutkan kalau meniaga dok asyik rugi, kita kecilkan skala perniagaan tu. Ini tak, lagi rancak buat bisnes tu hehehehehe… siap ada projek nelayan laut dalam dalam, beli kapal besau.
12. Ikut pada nama, GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) macam Ultimate Holding Company. Maksudnya, syarikat ni adalah holding company, yang paling atas. Kat bawah tu mesti banyak anak syarikat atau syarikat bersekutu.
13. Kalau GISBH ADA BANYAK anak syarikat (Subsidiaries) dan syarikat BERSEKUTU (Associate Companies), kenapa tak submit CONSOLIDATED ACCOUNT (akaun Holding Company yang disatukan dengan anak syarikat yang lain)?
14. PASAL GISBH ni bukan Holding Company dalam erti kata sebenar. Akaun yang disimpan ke SSM adalah UNCONSOLIDATED ACCOUNT. Ia adalah result company on its own (akaun individu GISBH sahaja).
15. GISBH nih takde pun subsidiaries ATAU associate companies kat bawahnya pun. Pasal tu lah diorang submit Un-Consolidated Account pada SSM. Nama aje Holding company. Ni semua effect drama melayu Megah Holdings ????????????
16. Depa ni, bukan bab akidah aje nak bertakiyah, dengan akaun pun nak bertakiyah jugak ????????
17. SO CALLED anak- syarikat atau pun syarikat bersekutu, hanya lah independent companies atau enterprises yang bertebaran, dan SENGAJA diwujudkan tanpa ada formal relation dengan GISBH nih.
18. Dan ENTERPRISES tu bukan lah syarikat pun. Enterprise ni hanyalah Business Registration. Bayar RM70 kat SSM, kau dapatlah register enterprise tu. Enterprise ni tak boleh di angkat sebagai anak syarikat pun. Dan enterprise ni takde kewajipan untuk diaudit.
19. Ada satu video dari Bani Tamim pi cakap (I guess, slip of mouth...), menyatakan syarikat-syarikat perniagaan mereka di bawah GISBH adalah dalam bentuk ENTERPRISE hahahahahaha..
20. Ada satu video dari ahli GISBH yang cakap dia join business dengan GISBH dalam bentuk Enterprise. Dia cakap dia adalah SYARIKAT BERSEKUTU dengan GISBH.. ???? ????
21. Tu pasal DENGAN CEPAT syarikat dan enterprises diorang ni tukar signboard lah, tukar nama kedai, then cakap mereka takde relation dengan GISBH nih. Depa terus claim kata mereka takde hubungan dengan GISBH ni masa Polis raid depa. Diorang just cakap dapat training dari GISBH aje.
22. Lepas ni, korang cuba jangan buat video lagi boleh tak? Ni dengan Nasir, Mokhtar, ahli GISB bukak rahsia sendiri kat public. Lepas tu nak salahkan Polis tangkap korang. Sama cam Alip
23. Mokhtar pun cakap rumah-rumah amal tu di bawah GISBH dalam podcast Cap, ditubuhkan bawah ROS. Jadi rumah-rumah amal ni level NGOs ajelah, takkan direkod sebagai anak syarikat.
24. SEBENARNYA, syarikat dan enterprise yang bertebaran ni BERSERTA rumah amal yang kononnya tak terkait dengan GISBH ini lah SMURF-SMURF GISBH, ESPECIALLY RUMAH AMAL.
25. Rumah-rumah amal ni lah CASH COW depa. Pasal diorang tahu orang Malaysia ni memang pemurah, lebih lagi kepada anak yatim. JADI diorang pun yatimkan anak-anak ahli nih. Kasi bin atau binti kan Abdullah kat budak-budak tu.
26. Sebagai precaution, rumah amal ini pun di struktur supaya tidak terkait secara direct dengan GISBH ni. Dah ada laporan rumah-rumah amal yang PDRM raid hari tu, diorang claim bukan di bawah GISBH. TAPI, mereka hanya DILATIH oleh GISBH hahahahaha…
27. Dalam FASA 1, BNM bukan sahaja bekukan akaun GISBH ni sahaja, tapi 96 akaun TAPI hanya RM500k sahaja amaun yang dibekukan.
28. Masa FASA 4, jumlah akaun dibekukan sudah menjadi 138 akaun, TAPI hanya RM800k sahaja. Jumlah ni sangat tak logic. Siapa lagi Smurfs depa ni?
29. PUKAS sebenarnya ada kasi hint dalam page diorang. Bot laut dalam kat Tok Bali tak bergerak tangkap ikan pun. Border Thailand dengan Malaysia bukan jauh sangat pun. Setakat nak transfer physical money pakai bot bukan susah sangat pun.
30. Dan PUKAS pun ada kasi hint yang diorang ni pun ada travel agencies, bawak orang melancong dan umrah. Setakat nak bawak physical money sekali masa bawak jemaah umrah bukan susah sangat pun. Projek kat Pulau Topang, Riau pun hebat jugak dengarnya.
31. Lepas tu, bank in laa duit tu kat bank akaun luar negara. Aku tak rasa diorang convert duit tu kepada Crypto. Buat video pun berterabur. Habis terbukak rahsia sendiri.
32. Nanti kita dengarla finding Polis samada duit selebihnya tu dah di simpan ke luar negara. Polis pun dah tangkap Bookkeeper diorang ni. Tu Bookkeeper kat Malaysia. Kat tempat lain?
33. Mana-mana syarikat-syarikat atau enterprise atau rumah amal yang betul-betul takde relation dengan GISBH nih, come clean dengan Polis lah. Jangan lupa bawak sekali akaun korang serta bank statement tu.
34. Kali ni, kasi benam terus lah GISB ni sebelum mereka graduate ke Level CUCKOO SMURFING (boleh google...). Masa ni lagi pening nak benteras. Aku cukup risau budak-budak kecik rumah amal ni akan di grooming sebagai Smurfs masa depa besar nanti. Umur 18 tahun dah boleh register Enterprise kat SSM dan bukak current account Enterprise.
35. GISBH ni takde kena mengena dengan ekonomi Islam lah. Ni semua ekonomi perot BOD aje. Memang SOSMA sangat layak untuk BOD nih. Jangan la suruh buat pengakuan bertaubat macam dulu-dulu tu.
36. Persoalannya kalau Papa Smurf tu Chairman, siapa pulak Gargamel? KPN la hahahaha… jangan marah Tan Sri KPN…. Ampun, saya bukan GISBH. Saya peminat Andy Gibb aje.
37. Nanti la aku sambung balik. Asal menulis pasal GISBH dengan abuye, aku mengantuk. Power betul 'air berkat' diorang nih. |
|
|
|
|
|
|
|
OKU Lembam Diculik, Tangan Diikat Dengan Wayar Pengecas |
|
|
|
|
|
|
|
Detik Cemas OKU Lembam Diculik, Tangan Diikat Dengan Wayar Pengecas #MGFlash
Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU lembam) diculik, dipukul dan dikurung dua lelaki warga Bangladesh di sebuah bilik di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka, kelmarin. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|