|
|
Fakta #4 Matahari adalah bintang
Apabila kita lihat langit yang tak berawan pada waktu malam, kita dapat saksikan banyak bintang yang bertaburan di angkasa. Bintang-bintang ini bercahaya disebabkan berlakunya pelakuran hidrogen yang membentuk helium dan melepaskan tenaga cahaya dan haba. Bintang-bintang ini hanya dapat dilihat pada waktu malam.
Namun, kita sebenarnya dapat lihat bintang pada waktu siang. Ya, bintang itu adalah matahari kita! Matahari juga bercahaya dan panas disebabkan proses pelakuran hidrogen. Jika kita berada jauh dari Matahari, Matahari akan kelihatan seperti sebutir bintang sahaja seperti bintang-bintang yang kita lihat pada waktu malam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakta #5 Galaksi kita ialah Bima Sakti (Milky Way)
Anda pasti pernah lihat gambar-gambar galaksi yang indah di internet. Tahukah anda, kita juga berada dalam sebuah galaksi yang dikenali sebagai galaksi Bima Sakti atau Milky Way. Kita dapat lihat galaksi kita pada waktu malam di bahagian selatan langit. Galaksi kita ini berbentuk pilin berpalang (barred spiral galaxy), dan sistem suria berada pada satu bahagian lengan galaksi kita.
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakta #6 Terdapat ratusan bilion bintang dalam galaksi
Dalam sistem suria, ada ahli-ahlinya yang terdiri daripada Matahari, planet, planet kerdil, asteroid, komet dan batuan-batuan lain. Begitu juga dengan galaksi. Galaksi terdiri daripada kumpulan bintang-bintang yang diikat antara satu sama lain disebabkan graviti. Dalam sesebuah galaksi, terdapat ratusan bilion bintang di dalamnya! Galaksi kita ini mengandungi lebih 250 bilion bintang yang membentuknya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakta #6 Terdapat ratusan bilion bintang dalam galaksi
Dalam sistem suria, ada ahli-ahlinya yang terdiri daripada Matahari, planet, planet kerdil, asteroid, komet dan batuan-batuan lain. Begitu juga dengan galaksi. Galaksi terdiri daripada kumpulan bintang-bintang yang diikat antara satu sama lain disebabkan graviti. Dalam sesebuah galaksi, terdapat ratusan bilion bintang di dalamnya! Galaksi kita ini mengandungi lebih 250 bilion bintang yang membentuknya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakta #7 Terdapat ratusan bilion galaksi di alam semesta
Galaksi kita mempunyai 250 bilion bintang. Sebahagian galaksi lain mempunyai lebih 1 trilion bintang, manakala sebahagian lain mempunyai bilangan yang kurang dari itu. Namun yang lebih menakjubkan, alam semesta kita ini mengandungi ratusan bilion galaksi di dalam nya. Bahkan mungkin lebih dari itu! Dalam setiap galaksi ini mempunyai berbilion bintang. Dan kebanyakan bintang mempunyai sistem planet tersendiri seperti sistem suria. Banyaknya khazanah ilmu di alam semesta ini! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakta #8 Sistem Suria berumur 4.6 bilion tahun
Setiap yang hidup, pasti ada permulaannya. Manusia biasanya hidup sekitar 60 hingga 80 tahun. Namun bagi jasad-jasad samawi, nilai ini hanyalah sekelip mata. Jika diperhatikan, umur sistem suria kita adalah sekitar 4.6 bilion tahun! Kalau nak faham dengan lebih jelas, 4 bilion tahun adalah 4 000 000 000 tahun! Fuh lama tu! Ini juga bermaksud matahari dan planet-planet di sistem suria ini terbentuk kira-kira 4.6 bilion tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakta #9 Alam semesta berumur 14 bilion tahun
Jika sistem suria berumur 4.6 bilion tahun, bagaimana pula dengan alam semesta? Sudah tentu alam semesta lebih tua. Berdasarkan ilmu sains hari ini, dan cerapan-cerapan oleh teleskop, umur alam semesta adalah sekitar 14 bilion tahun! Sistem suria kita ini hanyalah lebih kurang 1/3 daripada umur alam semesta. Tua kan? Setiap yang hidup, pasti akan mati. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakta #10 Hanya 4 peratus kandungan alam semesta yang kita dapat lihat
Walaupun teknologi hari ini berkembang pesat, khazanah-khazanah alam semesta dikorek hari-hari, namun rahsia yang terkandung di alam semesta ini sangatlah sedikit yang kita ketahui. Daripada keseluruhan isi kandungan alam semesta, kita hanya dapat lihat dan cerap 4 peratus sahaja daripada kandungan alam semesta. Baki 96 peratus alam semesta ini terdiri daripada jirim-jirim dan tenaga-tenaga yang tak dapat kita lihat dan cerap. 70 peratus terdiri daripada tenaga gelap (dark energy) manakala 26 peratus terdiri daripada jirim gelap (dark matter). Yang kita dapat cerap, hanya 4 peratus yang dikenali sebagai jirim nampak (visible matter). 4 peratus ini pun kita tak dapat faham sepenuhnya.
Sesungguhnya alam semesta ini penuh dengan rahsia-rahsia tentang kehebatan Penciptanya. Kita ditugaskan untuk menggunakan khazanah alam semesta ini untuk beribadah kepada-Nya. Marilah sama-sama kita mengkaji alam semesta ini dan merungkai ilmu-ilmu yang ada. Namun kita harus ingat, ilmu kita ini sangatlah terbatas. Semakin banyak kita kaji, semakin banyak persoalan yang timbul. 1 soalan terjawab, timbul lagi 100 soalan lain. Begitulah hakikat manusia yang lemah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Obor-obor adalah haiwan laut tanpa tulang belakang (invertebrata) dari filum Cnidaria yang mempunyai struktur badan lembut seperti jeli dan sesungut beracun (nematosit) untuk menangkap mangsa. Beberapa spesies, seperti Portuguese Man o' War, boleh menyebabkan sengatan berbisa yang menyakitkan atau maut kepada manusia. Mereka bergerak mengikut arus laut |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah fakta menarik tentang obor-obor:
Haiwan Berbisa: Sesungut obor-obor mengandungi ribuan sel penyengat berbisa (nematosit) yang mampu membunuh manusia dalam masa singkat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Struktur Ringkas: Obor-obor tidak mempunyai otak, jantung, atau tulang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Ikan: Walaupun hidup di laut, obor-obor tergolong dalam kumpulan Cnidaria, berbeza dengan ikan sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Spesies di Malaysia: Lebih 20 spesies ditemui di perairan Malaysia, termasuk Chrysaora spp. (Sea nettles). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya Sengatan: Sengatan obor-obor boleh menyebabkan alahan teruk, kesakitan, dan dalam kes tertentu, kematian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Habitat: Mereka hidup di lautan, dan sering ditemui di pesisir pantai terutamanya semasa musim tertentu seperti Monsun Timur Laut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|