|
Reply 394# InspekterZ
bukan apa sedara
sebab ramai yang hanya bercerita sahaja
walaupun melalui jalan ini
tapi.........
perangai tak sepadan dgn ilmunya tu
jadi saya ambil KEMUDAHAN YG DIBERI
agar tidak sesat dan menyesatkan
batasnya tidak tercalar...................ningkup beb!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 397# hantukiller
tu ROH yg mana yg hang cerita ni???
ikut ilmu kemelayuan depa kata si qorin adalah ROH
dan memang betul pun si qorin ni bertingkat2
tapi
ROH - ADALAH URUSAN TUHANMU
samada engkau kafir terkutuk pun
DIA TETAP UTUH TIDAK TERJEJAS
hang belajar ROH ni kat mana ya???
leh jugak aku tolong bincangkannya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 399# hantukiller
ingat hang tak leh bezakan
antara syaitan itu sendiri
dgn syaitan manusia
dua ZAT yg berbeza tuuuuuuuu
ok tak jawab ni???
Api tu NARR leee dalam bahasa arab....kan senang tuuu
dah diberi kesempurnaan pada jasad.....ok le tuuuu
takkan nak komplen pulak
kalau jasad tanpa api air n angin pu
ditakdirkan NURRR masih di dalam.........bisa senyum lagi dongggg
Qarin nabi hang kata ifrit,......pandai hang mereka nuuu
kan Nabi aka KATA:SYAITANNYA MENGAJAK KEARAH KEBAIKAN
tetiba je hang ubah jadi ifrit
BACALAH SURAH AL JIN dan AYAT AKHIR SURAH AL AHQAF
cantikkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 419# rdzaccess
hehehe
jenglot ya
hebat2........
tapi jadi diri sendiri lagi lagi hebat kannnnnnnnnn
semua boleh jadi
tol tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hantukiller at 6-6-2012 10:18
Contra?
anda mengatakan Qorin pada Rasulullah SAW itu Ifrit. -contra.
anda mengatakan ...
InspekterZ Post at 6-6-2012 01:08 Agama islam tu juga NUR Allah(sila rujuk Quran), ada pada manusia kan??? napa kontra pulak?
sabda nabi:
Setiap manusia ada qarin dari kalangan jin dan qarin dari kalangan malaikat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hantukiller
apa maksud anda dengan ayat yang saya warnakan?
kenyataan se ...
InspekterZ Post at 6-6-2012 01:16 Binatang binatang tu tak berjasad juga ka? Adakah semua binatang tu Allah ciptakan selepas diciptakan Adam? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kelulusan yg perlu utk jd pengusaha? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bukan bermaksud menyerang anda.
Setiap tulisan anda seperti bukan mencari titik asal.
An ...
InspekterZ Post at 6-6-2012 01:31 Maaf jika telah tersinggung atas penulisan saya tersebut. Saya cuma memberi penjelasan mengikut kefahaman saya yg juga berlandaskan imam kita(AlQuran). Bila tuan terang dan jelas mengatakan bahawa Nur Allah tiada pada alam ni, malah Tuan mengatakan yg ada hanya Nur Muhammad, sedangkan AlQuran dah terang jelas memberitau NUR Allah itu (salah satunya agama Allah) telah menerangi manusia dari alam kegelapan.... sebab tu saya terus menolak segala penjelasan tuan...
sekali lagi maaf jika tersinggung |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hantukiller
tu ROH yg mana yg hang cerita ni???
ikut ilmu kemelayuan depa kata ...
orangbesi Post at 6-6-2012 09:47 hehe, roh yg mana lagi, roh le.... bukan qarin |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kelulusan yg perlu utk jd pengusaha?
Dzulqarnain Post at 6-6-2012 10:26 pengusaha saka??? tak yah kelulusan, hanya suka dan berminat pada saka je pun dah leh dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hantukiller at 6-6-2012 13:40
Surah Al-Jinn
Dengarkan Surah Al-Jinn
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
(Al-Jinn 72:1) | <Embed> | English Translation
`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
(Al-Jinn 72:2) | <Embed> | English Translation
`Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
(Al-Jinn 72:3) | <Embed> | English Translation
`Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
(Al-Jinn 72:4) | <Embed> | English Translation
`Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
(Al-Jinn 72:5) | <Embed> | English Translation
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Al-Jinn 72:6) | <Embed> | English Translation
`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
(Al-Jinn 72:7) | <Embed> | English Translation
`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
(Al-Jinn 72:8) | <Embed> | English Translation
`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hantukiller at 6-6-2012 13:42
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
(As-Saaffaat 37:6) | <Embed> | English Translation
Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
(As-Saaffaat 37:7) | <Embed> | English Translation
(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
(As-Saaffaat 37:8) | <Embed> | English Translation
Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
(As-Saaffaat 37:9) | <Embed> | English Translation
Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. |
|
|
|
|
|
|
|
Surah As-syafaat mengatakan syaitan syaitan mencuri dengar berita langit, sedangkan Surah Al-Jin memberitau jin jin yg mencuri dengat berita langit tersebut.
Adakah syaitan yg disebutkan itu juga adalah jin??? atau jin itu syaitan???
Sedangkan ayat ' setiap nabi aku jadikan satu musuh, iaitu syaitan syaitan daripada jin dan manusia....
so kesimpulannya???
pada aku lah, jin yg jahat termasuk yg curi dengar tu syaitan.... dan manusia yg jahat akibat bisikan jin(QARIN) juga adalah syaitan |
|
|
|
|
|
|
|
Ash Shaf 8:
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Zat adalah merujuk kepada diri Allah. batang diri manusia, jin dan makhluk dipanggil jisim. Jangan mencampur adukkan Zat dengan jisim. Hanya diri Allah dirujuk sebagai Zat.
Nice discussion tuan hantukiller, saya bersetuju dengan tuan. Aliran tuan dengan sama adalah sama dan serupa. Nur Muhammad dan Nur Allah.
pendek ceritanya, syaitan tu adalah jin yang jahat. Dalam al-quran mereferkan mereka ini sebagai syaitan. Manusia yang jahat dipanggil manusia syaitan.
Sambung lagi tuan hantukiller.... kita layan..sempoii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu..panjang lebor perbincangan pasal Nur Allah dan Nur Muhammad nih..aliran2 kesufian banyak membincangkan pasal kedua2 Nur nih. Cuma ye lah masing2 ade pegangan dan pendapat masing2, bagi aku ok lah sebab boleh sama2 berbincang asalkan akidah tak lari ke longkang sudah.
Ape yg aku tahu lah kan dari cerite2 org pandai2 lah kan, Nur Allah tu ada, Nur Muhammad tu pon ade, dah kedua2nyer ade ada pada alam ini…Nur Allah bukannyer Zat Allah..Nur Muhammad pon bukannyer Zat Allah..Zat adalah Zat..noktah..tak yah bincang pasal Zat..
Aku nak kongsilah satu blog pasal cerita “Perjalanan Nur Muhammad” nih, moga2 boleh membantu..hehehe http://ahmadsabiq.com/2010/01/26/perjalanan-nur-muhammad/ |
|
|
|
|
|
|
|
Susah ke nak buang saka?
Reply 436# hantukiller
[quote] so kesimpulannya???
pada aku lah:lol:, jin yg jahat termasuk yg curi dengar tu syaitan.... dan manusia yg jahat akibat bisikan jin(QARIN) juga adalah syaitan [quote]
Maksud anda jin itu syaitan dan manusia seperti syaitan juga syaitan?
Dari golongan jin juga Allah beri pengampunan.
Allah beri keampunan kepada seluruh makhluk kecuali iblis dan syaitan terkutuk. Kerana derhaka.
Manusia tetap manusia. Pada manusia ada ruh yang tiada pada makhluk lain. Ia ruh yang sejati. Diperbuat dari 'tangan Allah' sendiri. Sedangkan makhluk lain tercipta ruh dari nur muhammad. Ruh pada manusia adalah ruh khalifah. Tidak sama dengan yang lain. Raja segala ruh ialah muhammad. Maharaja bagi segala ruh ialah Allah. Amat rapat kekasih dan tuannya. Tetapi ruh muhammad tetap ruh muhammad. Cahayanya adalah dari cahaya ketuhanan. Hanya insan yang terpilih akan mendapatkan cahaya ketuhanan. Iaitu para Nabi dan Rasul serta para ulama warisatul anbiya yang mursyid.
Jin tetap jin.
Qorin tetap qorin.
Iblis tetap iblis.
Syaitan tetap syaitan.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
| |
|