CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akakbosan

[MISTERI SETEMPAT]Kisah2 Seram Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 20-9-2013 10:18 AM | Show all posts
masyit posted on 19-9-2013 11:27 AM
ye ke da lama xbukak

kegilaan kan makan situ

haa..sampai hr ni xbuka...mustahil bankrap kan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 03:15 PM | Show all posts
puankhairil posted on 20-9-2013 10:18 AM
haa..sampai hr ni xbuka...mustahil bankrap kan..

xkan lahhhhhhhhhhhhh
sekali makan dkt 20hengget kott

klu bankrap xtau lah nk kata.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:16 PM | Show all posts
syahoney posted on 19-9-2013 05:27 PM
PV = plaza VADS

oo...
tau2
ada kwn kt situ.hehe

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 04:40 PM | Show all posts
masyit posted on 20-9-2013 03:16 PM
oo...
tau2
ada kwn kt situ.hehe

hihihi baru balik dari TTDI ni.......indahnya TTDI dari atas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 06:41 PM | Show all posts
miss_pooh posted on 18-9-2013 04:12 PM
kesiannya kat B..dia mesti blom kawen kan..
cik pon mulotz berdarah dok lekat menempel syok kat d ...

Betul... dia blom kawen. Bukan takde yang nakkan dia.. tapi entahlah ek. Susah nak 'berpanjangan'. Moga dipermudahkan Allah buat dia.. Aamiin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 06:43 PM | Show all posts
onetwonine posted on 19-9-2013 10:18 AM
iols teringat dedulu masa duk sensorng kat umah sewa...tetibe ade suara merdu sgt menyanyi2..agk pel ...

Huish.. lagu Suriram tu dahlah lagu lamaaaa... eeeeeiiiii..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2013 01:20 PM | Show all posts
Sorrylah lama bebenor nak hapdet... Nak buat camno, life happens when you are busy wanting to berceloteh on CARI

Kisah Rumah Akak: Final

(sambungan.. last dah ni!)


Seperti yang akak citerkan, B takde lagi citer atau sebut pasal si mulut berdarah lagi. Tapi semenjak dia tinggalkan kumpulan tarekat tahapa2 tu, derang berdendam dengan dia… hantar macam2 "benda" pada dia .  Citer ni sebaik selepas kesah Che' Pon Mulut Berdarah dah reda… and dia baru saja tinggalkan kumpulan tu… sebelum dia mula pergi berjumpa dengan orang alim yang kasyaf di utara tanah ayaq.


B masih datang rumah akak, temankan akak dan anak2 bila suami akak tak ada. Satu hari tu, dia datang seperti biasa, nak bermalam.  Time tu dia selamba je tido kat guest room kat bawah tu, dia kata tak ada apa2 dah… dia kata dia dah tak rasa apa "kehadiran" macam dulu. Alhamdulillah…


Tapi malam tu, anak akak yang autis tu, tak leh tido. Dia share bilik dengan adik dia.  Dia asik menanges and pandang satu sudut bilik dia tu.   Time tu lebih kurang 11:30 malam. Dia kan tak boleh bercakap, so dia hanya cakap "Go!" perkataan yang diajarkan pada dia kat sekolah untuk suruh orang pergi tinggalkan dia sorang2 (budak2 autis ni kekadang dia macam tu, they need their space… sebab kekadang dia rasa macam overwhelmed) Sambil dia kata "Go!" tu tangan dia macam buat isyarat menghalau sesuatu…


Hmmm…


Rupanya dah dekat sejam dia macam tu, merengek2 tak boleh tido. Akak pun bacalah rangkaian ayat Surah Al-Baqarah yang akak selalu amalkan (sebahagian daripada ruqyah ~ ayat2 1-5, 255-257 dan 284-286). Time tu akak tengah pegang tali pinggang dengan buckle besi besar (tak ingat pulak kenapa). Tak tahulah kenapa akak geram sangat, akak start libas2 tali pinggang tu kat sudut yang dipandang anak akak tu sambil baca ayat2 Surah Al Baqarah tu. (Like it's going to do any good la kan… melibas2 benda yang tak nampak dek mata.. kot YA ada 'benda' pun )


Anak akak still merengek. So.. OK.. akak ambik keputusan untuk baca surah Al-Baqarah sepenuhnya dalam bilik dia tu (I don't belip in pasang CD bacaan Qur'an ni, untuk perlindungan kita sendiri, kita sendiri yang kena baca. Nak2 lagi kita ibu, baca untuk anak. Ustaz akak yang nasihat akak ni). So akak pun bacalah… dan masa akak baca tu memang rasa meremang bulu roma … and akak ni jarang sangat nak meremang2 ni. Memang masa baca tu rasa meremang sampai kulit kepala pun rasa meremang rambut… boleh?  Masa akak tengah baca  tu, B naik ke atas dari guest room… dia tanya akak wat hepeng terjadi yang akak tetiba baca surah Al-Baqarah memalam buta ni. Akak cuma kasi isyarat suruh dia senyap. Dia pandang2 keliling bilik tu (akak pasang satu lampu kecik je time tu) and muka dia berubah and nampak macam risau…


"Saya turun dulu Kiki," kata dia. Akak angguk je sambil terus baca.


Lepas habis baca tu, anak akak dah senyap... berhenti merengek, keletihan pun ya sebab dah berjam menangis. Since dia pun dah mamai2 nak tido, akak tepuk2 dia sikit macam time dia baby… lepas tu akak pun pi tido.


Keesokan harinya, akak turun lepas Subuh, B dah takde kat umah. Maid kata dia dah berdesup pergi lepas solat tadi. Hmmm. Akak pun dah rasa tak sedap, mesti ada apa2 ni….


Pastu maid yg jaga anak tu (kita panggil dia Rosa jah lah yea) kata sejurus lepas akak tinggalkan bilik anak akak tu, dia pi jenguk budak2 tu.  Dia kata dia nampak lembaga hitam besar melintas depan dia keluar daripada bilik tu. Bilik yang Rosa tido memang di atas, maid tukang masak tido di bawah (kita panggil dia Nora [Danish] la yea, sebab dia suka sangat amek gambar selfie hantar kat jejaka Lombok mat2 contract seantero Malaya )  Si Nora pulak citer masa Rosa naik tido dan pi jenguk budak2 tu, dia dah tido dah. Tapi dia kena kaco... terasa diri kena hempap.  Dia kata dia cuba nak menjerit, nak bukak mulut baca ayat yang patut pun tak boleh.. dia dapat bukakkan mata dia and dia nampak "benda" yang menghempap dia tu berbulu hitam lebat, macam gorilla besar.


Haaaaaa….


Mungkin itulah malaun yang anak akak nampak tu… yang Rosa nampak melintas depan dia lalu trus ke bawah pi kaco si Nora D.


Lepas2 tu, bila akak jumpa B… akak citerlah keysah Yeti hitam malam tu.  Dia kata, memang benda tu ada kacau dia kat umah dia jugak. Maknanya benda tu memang ikut dia. Kata B, benda tu dihantar oleh orang2 yang tak puashati dengan dia… orang2 yang mengamal tarekat sesat tu.


Pulekkk.


Sejak dari itu, B pun terus menghindar datang bermalam umah akak. Kot datang pun, siang2 buta sekejap2 cuma nak jenguk bertanya khabar akak dan anak2. Selepas dia start pi jumpa orang alim kasyaf dan beransur pulih (Shukrulillah) barulah dia mahu datang umah akak dan bermalam kalau perlu.


Alhamdulillah lepas tu… tak ada dah yang bukan2 akak dengar dari maids ke sesaper lain dalam umah ni. Kecuali satu malam tu… anak akak yang bongsu (yang tersohor tak makan samannya +__+) citer kat akak dia dah takmo dah duduk kat ruang tamu sensorang malam2. Akak tanya kenapa pulak.. dia kata malam tu dia nampak ada benda dok panggil2 dia dari belakang standing air-cond unit kat sudut ruang tamu tu.


Akak katalah, mana ada space belakang standing air-cond tu untuk apa2 mencelah. Dia kata "Adaaa…" sebab benda yang lambai2 panggil2 dia tu kecik jah.


"He was dark greenish and looks like Dobby in Harry Potter, Mummy!" (sorrylah ya, akak bukan "Melayu murtad" sebab anak2 tak cakap BM. Masa derang lahir apaknya masih tak boleh berbahasa Melayu… sebab tu English memanjang )


BOLEHH??!!


Macam deskripsi TOYOL (versi idung mancung) jah! Dia kata benda tu lebih kurang 2.5 kaki tinggi (dia anggarkan pada ketinggian dia sendiri la) and ada hidung panjang tirus pastu telinga macam Legolas merangkap Mr Spock Star Trek.




Pastu dia boleh kata lagi, dalam benda tu melambai2 kat dia, dia (anak akak) boleh tunjuk lagi kat diri dia dengan isyarat, "Who? Me?" sambil angguk2 geleng2 masa dia bercerita tu. Hadoiiiii laaaa budak niih... nak gelak jatuh kusi pun ada!

Tah2 daya imaginasi tinggi jah budak niii… tapi nak jadi citer, masa abang dia kecik2 dulu… ada gak citer nampak benda yang seakan2 serupa bergayut dari railing langsir dalam bilik dia. Haaa… macam mana tu….


Seperti yang akak cakap dululah… biarlah akak terus diselubungi misteri…




Last edited by akakbosan on 22-9-2013 06:15 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2013 02:07 PM | Show all posts
akakbosan posted on 22-9-2013 01:20 PM
Sorrylah lama bebenor nak hapdet... Nak buat camno, life happens when you are busy wanting to bercel ...

wah ada sambungan dah . lama betul tunggu walaupun saya silent reader je.
akakbosan kawen orang puteh rupanya. tak tahan nak gelak maid akak bagi gelaran nora danish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2013 02:09 PM | Show all posts
akakbosan posted on 22-9-2013 01:20 PM
Sorrylah lama bebenor nak hapdet... Nak buat camno, life happens when you are busy wanting to bercel ...

Pasal anak akak jumpa Dobby tu teringat saya cerita Spiderwick Cronicle. Budak dalam cerita tu pun nampak mahkluk-mahkluk halus kat rumah dia

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2013 02:13 PM | Show all posts
cepheid posted on 22-9-2013 02:07 PM
wah ada sambungan dah . lama betul tunggu walaupun saya silent reader je.
akakbosan kawe ...

Errrm... memang jumpa kat negara omputeh masa belajar, family dia pun kat sana... tapi bukan kokesyen hatta set2 tinted. ;) Berbangsa Islam dari lahir. Haaa.. uols interpolate and extrapolate la sundri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2013 02:15 PM | Show all posts
cepheid posted on 22-9-2013 02:09 PM
Pasal anak akak jumpa Dobby tu teringat saya cerita Spiderwick Cronicle. Budak dalam cerita tu pun ...

Hmm budak tu baca Harry Potter jah.. Spiderwick Chronicles akak tak pernah beli lagi. Daya imaginasi tinggi budak niih.. hari tu sedaaaap jah cakap nampak akak rambut panjang dok atas meja study dalam bilik dia. Tunduk, tak nampak muka... dia nampak masa dia terjaga nak pi toilet tengah malam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2013 02:23 PM | Show all posts
akakbosan posted on 22-9-2013 02:15 PM
Hmm budak tu baca Harry Potter jah.. Spiderwick Chronicles akak tak pernah beli lagi. Daya imagina ...

Nanti akak cer cari buku tu. Movie pun ade.. Tengok kat tv3 zaman bila tah. Ada series gak macam Harry Potter dan jalan cerita agak ringan dan penuh mahkluk mistik orang putih macam ogre, goblin, fairies etc.. Mesti lepas baca buku tu nanti dia relate yang dia nampak tu macam watak buku tu

Anak akak tu kalau pandai mengarang bolehlah dia buat buku cerita pasal benda-benda ni bila dia besar. Biar tulis dalam English supaya market dia besar sikit dan boleh lawan Harry Potter, Narnia, Spiderwick ni. Pandai plak saya mengajar akak. Hampun akakbohsan.





Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2013 03:36 PM | Show all posts
iols org baru kat sini..best baca posting akak...cara akak citer mmg menyeramkan bulu roma...

kawasan umah iols ade kes incik poc n cik pon...skang ni cik pon duk bertenggek kat umah terbiar dpn umah iols...dh ler betul2 depan umah, tp iols satu fam x penah lg terserempak ngn cik pon tu...jiran2 sebelah dh byk kali nampak smpai ade yg demam2..

katanya cik pon tu muka menyeramkan.....pastu cik poc lak suka merayap2 area sungai berdekatan ngn umah iols...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2013 06:17 PM | Show all posts
cepheid posted on 22-9-2013 02:23 PM
Nanti akak cer cari buku tu. Movie pun ade.. Tengok kat tv3 zaman bila tah. Ada series gak macam H ...

Ehh... cadangan bagus tu!

Dia pun memang dah "tulis" satu buku. Tahapa2 citer fantasy .. tulis dengan tangan siap dengan illustration skals... Tah2 "Dobby" yang dia nampak pun jadi bahan tulisan dia. Dia tak kasi akak baca. Dia malu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2013 06:22 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 22-9-2013 03:36 PM
iols org baru kat sini..best baca posting akak...cara akak citer mmg menyeramkan bulu roma...

kaw ...

Itulah yang akak mencik orang yang tinggalkan umah lama2 ni... Kalo dah takmo duduk, jual ajelah cheap2 atau pada harga berpatutan...so that biar berpenghuni daripada kena tinggal. TTDI ni banyaaaaak sangat umah tinggal, akak pun tataw kenapa. Orang tarik harga ke, padahal ramai yang nak beli property sini... Allahua'lam.

Mungkin Datin sebelah ni risau akak pindah sebab mungkin dulu2 dia terpaksa dok sebelah umah kosong untuk waktu yang lama. Manalah tau kan? Akak dok mikir dia takmo kurang 'orang kita' sebaris dengan dia ni... then again, apa bezanya dak? Bukan kita bertandang buat majlis tadarrus tiap malam pun... orang biru ke, orang hijau ke, orang Melayu ke, orang Cina ke... kita orang sekampung kan?

Ada citer Cik Poc jugak TTDI ni... nanti akak bukak kesah TTDI balik ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2013 06:59 PM | Show all posts
akakbosan posted on 22-9-2013 06:22 PM
Itulah yang akak mencik orang yang tinggalkan umah lama2 ni... Kalo dah takmo duduk, jual ajelah c ...

umah terbiar tu cina punya..mak pak dh mati so anak2 x nak duk...umah tu terbengkalai sbb tgh renovate...
now dh jual kat melayu..dh siap nt dia nk duduk...tp dia x tau kot umah tu berhantu...sbb x de org citer takot dia x jadi nk duduk sbb umah ngah renovate balik...ktorang syukur kalau dia duduk..x delah cik pon tu bertenggek lagi kat situ..

pasal incik poc ni, betul ke ade yg kata menda tu ade sbb ada yg bela?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2013 07:08 PM | Show all posts
akakbosan posted on 3-9-2013 10:02 PM
Kisah Rumah Akak Pt 4

Disebabkan akak tak meneruskan proses "pembersihan" dengan mamat yang suruh ...

hai akak , i sr, blm khatam lagi ni..tapi yg ni mmg seram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 01:01 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 22-9-2013 06:59 PM
umah terbiar tu cina punya..mak pak dh mati so anak2 x nak duk...umah tu terbengkalai sbb tgh reno ...

Entahlah.. yang akak dengar, poc ni jelmaan puak2 yang mengamal ilmu songsang sewaktu hidup. So maybe la kot, jin belaan dia yang buat kaco lepas tuan empunya dah kiok.

Hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 02:23 PM | Show all posts
akakbosan posted on 23-9-2013 01:01 PM
Entahlah.. yang akak dengar, poc ni jelmaan puak2 yang mengamal ilmu songsang sewaktu hidup. So ma ...

hurm betullah gosip2 org taman ni kata ada sorang pakcik tu yg bela poc...bila dia dh meninggal tu yg poc tu berkeliaran sbb x de orang dh nak jaga kot...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:28 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 23-9-2013 02:23 PM
hurm betullah gosip2 org taman ni kata ada sorang pakcik tu yg bela poc...bila dia dh meninggal tu ...

merbahaya tu...iskkkkk~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.168699 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list