CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

[Jenayah] 3 Beradik Mati Dibunuh (Arwah Dtg Dlm Mimpi Suruh Cari Pembunuh Nama Ehsan)-pg31

[Copy link]
Post time 2-12-2013 04:29 PM | Show all posts
Kes bunuh 3 beradik: Remaja diburu

ALOR SETAR - Polis Kedah sedang memburu seorang remaja lelaki dipercayai teman Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, yang dipercayai dibunuh bersama dua adiknya dalam satu kejadian Jumaat lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata remaja itu dipercayai berada di Arau, Perlis diperlukan untuk membantu siasatan polis berhubung pembunuhan itu.

"Polis mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi yang membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Saya yakin remaja belasan tahun ini dapat dikesan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta Spanco Proton Preve kepada Ketua-Ketua Polis Daerah negeri ini di Ibu pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Mayat dua adik Nor Syafikah, Puteri Nurul Akma, 3; dan Nur Izzati Husna, 12; ditemui pukul 3.45 petang semalam dalam terusan Mada di Kampung Padang Tani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat Nor Syafikah ditemui di sawah Kampung Alor Senibong, Langgar pada petang Sabtu.

Tiga beradik itu berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini.

Tiga beradik itu keluar dari rumah mereka dengan motosikal dikendali oleh Nor Syafikah Nadia pukul 7.30 malam hari Jumaat lepas dan tidak balik selepas itu.

Ahmad berkata polis yakin tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah.

Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan.

Sementara itu bedah siasat mayat Puteri Nurul Akma, dan Nur Izzati Husna dibuat pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, katanya.

Mengenai kereta polis, Ahmad berkata ia adalah bagi menggantikan kereta-kereta lama diserahkan oleh Ibu pejabat Polis Bukit Aman dalam dua peringkat berjumlah 115 buah.




Bagi peringkat pertama Polis Kedah menerima 80 buah dan daerah 'panas' diberi keutamaan iaitu Kuala Muda sebanyak 12 buah; Kota Setar (11); Kubang Pasu (9); Kulim (8) dan Langkawi (5) dan bakinya untuk daerah-daerah lain, katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2013 04:32 PM | Show all posts
apeke bangangnye mazidol gemok ni
lantakla binti sapa pun dah itu anak mereka
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 04:35 PM | Show all posts
kesiannya.... ni yg buat aku nk jaga anak aku btul2.....malaysia dh tak aman dah.............
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 04:45 PM | Show all posts
misspokoyo posted on 2-12-2013 04:28 PM
siannya adik umur 3tahun yg tak berdosa tu

ye..aku pun paling kesian kat 3tahun tu..budak yang taktahu ape2 lagi. moga cepat dpt tangkap pembunuh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 04:50 PM | Show all posts
ada jumpa tak duit gaji budak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 04:53 PM | Show all posts
Pelajar lelaki berusia 16 ditahan bantu siasatan kes kematian tiga beradik

2013/12/02 - 16:42:15 PM
Cetak Emel Kawan
  
Alor Setar: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Perlis ditahan untuk bantu siasatan kes kematian tiga beradik yang ditemui maut di dua lokasi berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan, berkata pelajar itu yang juga kenalan salah seorang mangsa ditahan di Perlis jam 11.30 malam tadi dan kini direman selama empat hari mulai hari ini untuk bantu siasatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2013 05:01 PM | Show all posts
paling sadis dah sedih...yang paling kecil 3 tahun....
budak lagi tu....kanak kanak riang lagi tu...tentu seronok dapat ikut kakak kakak jalan jalan....
tapi lain jadinnye....mati di bunuh.....

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:08 PM | Show all posts
takziah.. memula ingat yang kecik tu boy, rupanya girl
alahai. budak umur yang seronok dikelek didukung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2013 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkn ini berlaku di luar negara... rupanya berlaku kt msia.. makin lama makin meningkat jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
novlin posted on 2-12-2013 05:08 PM
Aku ingatkn ini berlaku di luar negara... rupanya berlaku kt msia.. makin lama makin meningkat jenay ...

apabila manusia berhati setan dan tdk mengenal agama..inilah natijahnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:13 PM | Show all posts
mat_arof posted on 2-12-2013 03:26 PM
jaga dan awasi lah anak anak selagi umur belum masuk 20tahun ke atas...
ibu bapa awasilah anak ma ...

saya fikirkan... dia nak gi ambil gaji n nak bawak adik2
jln/belanja lepas tu. cuma ralat napa mak/pak tak temankan sekali...


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:17 PM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:20 PM | Show all posts
polis dah sahkan dua adiknya meninggal sbb lemas..

http://www.bharian.com.my/bharia ... atlemas/Article/?bh

tapi kakaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:21 PM | Show all posts
Mazidul memang molot lahanat sejak dari dulu lagi. Aku memang tak pernah suka cara dia present. Suka interfere dgn investigation dan prejudice. Tak professional.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:22 PM | Show all posts
tinker_bell posted on 2-12-2013 01:59 PM
pak jib org kaya kak..jadi gitulah..asl senang..tak pernah susah..plg best jugak zaman tun M..sgt  ...

Najib sejak kecik mmg segalanya tersedia. Balik study drp UK pun terus dapat jawatan tinggi kat kerajaan. (check wikipedia)

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:22 PM | Show all posts
Core posted on 2-12-2013 05:21 PM
Mazidul memang molot lahanat sejak dari dulu lagi. Aku memang tak pernah suka cara dia present. Suka ...

yes. part prejudis tu mmg sgt benar!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2013 05:23 PM | Show all posts
Mana menteri kita yang cakap negara kita paling aman?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:29 PM | Show all posts
korporat posted on 2-12-2013 03:08 PM
terbayang kakak yg 12tahun tu lari sambil tarik tangan adik dia yg 3tahun tu

yg12 thn tu baya anak aku.yg 3 thn baya anak buah aku yg slalu dia main sama2.
Aku boleh bayangkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:46 PM | Show all posts
arasham posted on 2-12-2013 05:13 PM
saya fikirkan... dia nak gi ambil gaji n nak bawak adik2
jln/belanja lepas tu. cuma ralat napa ma ...

Argh sedihnya!

Sanggup tiga-tiga sekali .....yang kecik tu 3 tahun....apalah kejam sangat...


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 05:48 PM | Show all posts
MamaMima711 posted on 2-12-2013 05:29 PM
yg12 thn tu baya anak aku.yg 3 thn baya anak buah aku yg slalu dia main sama2.
Aku boleh baya ...

Tak boleh nak dibayangkan perasaan mak arwah-arwah ni



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064301 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list