CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 17-12-2015 07:23 PM | Show all posts
Edited by thafly at 17-12-2015 08:09 PM

Quiz:
1. Selain cabang kdrama, elemen lain apakah yang membantu mengembangkan Hallyu?

Pada pendapat saya salah satu elemen yang membantu mengembangkan Hallyu ialah variety show. Producer di korea sangat kreatif dalam menghasilkan rancangan-rancangan yang menarik dan mampu menarik minat penonton. Salah satu rancangan yang begitu popular dalam kalangan penonton di Malaysia ialah Runningman. Misi-misi serta tema yang digunakan setiap minggu mampu menarik minat penonton disamping keletah ahli-ahli Runningman dan juga tetamu jemputan. Selain itu, pelbagai tema menarik digunakan oleh mereka seperti mengetengahkan kehidupan selebriti dan keluarga menerusi rancangan seperti Superman is Back. Mereka juga menggunakan tema masakan dan kulinari dalam rancangan seperti 3 Meals a Day dan Please Take Care of My Refrigerator. Tema sukan juga diketengahkan melalui rancangan Cool Kiz on the Block yang menggunakan satu demi satu sukan yang berbeza seperti bola sepak, bola keranjang, tenis, berbasikal dan lain-lain. Rancangan-rancangan berbentuk kuiz seperti The Genius juga sangat menarik. Disamping itu, rancangan berbentuk penyiasatan juga diterbitkan seperti rancangan Crime Scene. Selain itu, rancangan-rancangan hiburan juga semestinya menjadi salah satu faktor penarik paling utama dalam mengembangkan Hallyu. Antara rancangan hiburan yang menarik ialah seperti Immortal Songs 2, King of Masked Singer, I Can See Your Voice dan lain-lain. Akhir sekali, muzik-muzik Kpop semestinya menjadi salah satu faktor penarik terutama dalam kalangan remaja. Bukan sahaja kerana rentak muzik dan genre berbeza yang diketengahkan oleh setiap kumpulan, rupa paras dan personaliti ahli-ahli kpop turut menjadi pujaan peminat-peminat. Pelbagai jenis variety show khas untuk kumpulan-kumpulan Idol ini juga diterbitkan bagi menarik minat penonton seperti rancangan Weekly Idol, Showtime, One Fine Day dan lain-lain.
-
2. Jika anda terlalu ketagihan menonton kdrama, apa yang anda akan buat biasanya untuk mengurangkannya?



i)Variety Show
-Saya banyak menonton variety show. Hal ini kerana saya kebanyakan variety mempunyai unsur-unsur kelakar dan mampu mengurangkan stress saya. Contoh-contoh rancangan yang saya tonton boleh dilihat dalam jawapan diatas

ii)Membaca novel

iii)Window shopping

iv) Menggunakan twitter


@ismaha  @dauswq


mahaplah merapu, acik dh lama xmengarang panjang2 mcm ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tenkiu @ismaha ...kacang ekau telah menghapgred usergrup den...terharu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 11:26 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 17-12-2015 03:57 PM
ye...gini kan rambut ekau??
kiri tu den okeeehhhhhh.....

Choiiiiii, iols santek semulajadi la, tak makeover pun dah santekkk

eh tapi iyo pun rambut iols nih camni, dah dijadikan avvy oleh prof daus kita, ko hado?

iols bz sekarang nak buat quiz satu tergendala pulak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2015 12:33 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 21-12-2015 11:23 AM



Jumaat, 18/12/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini masuknya sesi kuliah ke-3.
Tajuk yang dibentangkan adalah "Panduan Research Project" dan "Tips-tips Midterm".
Tiada kuiz pada sesi kuliah hari ini.

PANDUAN RESEARCH PROJECT

Kriteria Artikel:

1. Anda hanya perlu mengarang SATU artikel sahaja di benang Gangnam Uni College. Tarikh tutup penghantaran pada 10/1/2016.
2. Tentukan tema artikel anda terlebih dahulu. Contohnya, "Pelakon terbaik sepanjang zaman - Go Hyun Jung"
3. Segala artikel anda berkisarkan obses atau minat anda terhadap pelakon kdrama masing-masing.  Jika anda mahu bicara tentang lebih dari satu pelakon kesukaan, hendaklah tentukan tema yang sesuai untuk dikaitkan antara mereka.
5. Artikel terbahagi pada 3 bahagian: mukadimah, isi-isi beserta hujah/penjelasan dan penutup. Boleh tentukan sendiri berapa perenggan yang anda mahukan.
6. Berapa banyak patah perkataan anda tentukan sendiri. Artikel boleh dikarang dengan ringkas tetapi padat dengan info.

7. Berikut ialah komponen-komponen yang perlu ada semasa anda mengulas mengenai pelakon tersebut:

a) Biodata/Resume - boleh diceritakan tentang kisah hidup beliau yang memberikan inspirasi kepadanya untuk berkecimpung dalam bidang lakonan, dsbnya
b) Kerjaya - drama yang dibintangi, ulasan mengenai acting beliau dalam drama tersebut yang begitu dihargai
c) Kejayaan - menang anugerah berprestij, dan anugerah online carik kdrama jika ada
d) lain-lain jika perlu;

8. Info-info dari wikipedia agak membantu. Tetapi, jangan copy paste bulat-bulat. Info selain wikipedia sangat membantu menarik minat penonton yang membaca.

9. Anda boleh jadikan artikel sendiri yang dikarang juri-juri di bod media sebagai panduan.

Kriteria pemarkahan juri (50%):

Juri-juri:
1) ketua juri: chairman Prof. isabel atau dekan fakulti, Prof. eddlisa_uyuk
2) Prof. dauswq
3) Assoc. Prof. ismaha

1. Padat dan jelas (20%) - segala komponen dalam (7) diceritakan secara jelas
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - gaya bahasa olahan artikel yang "impressive" yang menarik minat pembaca sehingga penghujung
3. Kredibiliti (10%) - tunjukkan bahawa artikel anda adalah tulen. Info yang ditiru bulat-bulat tanpa pengubahan ayat hendaklah disertakan sumber.

Panduan untuk 'copy paste' kandungan daripada microsoft word:

Biasanya anda akan alami masalah "allignment" pada sebarang kandungan anda copy paste daripada microsoft word sehingga mengganggu pembacaan. Maka, di bawah disertakan cara untuk copy paste tanpa perlu anda edit balik kemudiannya.

Apabila anda mahu tekan butang "Reply" dalam sesuatu thread,



TIP-TIP MIDTERM


Info mengenai Midterm:

1. 20 soalan.
2. Masa dibenarkan: 45 minit
3. Dibuka pada hari selasa, 22/12/2015 sehingga 31/12/2015. Log in semula classmarker, klik "Midterm (10%)".
4. Jika anda alami masalah seperti terpadam window page classmarker/terputus internet connection, anda hanya perlu log in semula dan teruskan midterm sampai selesai 45 minit.
5. Pastikan browser anda tidak block image atau mp3 file daripada imgur, box.net atau google drive. Try dulu sebelum anda buka midterm.

Klu-klu:

1. Rupa bentuk watak lakonan Moon Joo Won.
2. Semua kandungan kuliah Lec 01, Lec 02 berserta jawapan kuiz perbincangan dengan rakan sekelas.
3. Trivia CARI K Drama Awards.
4. OST drama (dijelaskan dalam Lec 02).
5. Trivia pelakon-pelakon lelaki popular.
6. Drama saeguk.
7. Drama-drama popular tahun 2015.

Terima kasih. Kita jumpa lagi minggu depan.

Assoc Prof. @ismaha akan menyambung dengan kuliah Lec 04 .

Students :

@ayushuhada04 @MellyNad @naqibnasuha @anissa_kyra @rukiaichigo @zanierpk @YoonArang  @WeAiNe  @ichi  @plain  @runaway_dida @nohas @thafly@masdiana-ana   @spankee_fili  @Blueberri
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 01:03 PM | Show all posts
prof @dauswq iols ada soalam nak tanya

1.  bahasa penulisan adakah formal atau lebih santai mcm tulis kt blog2 ...sebab klau ikutkan kt media tue bahasa lebih formal..
2. tema altikel... mcm mana tue.. maksudnya klau iols nk letak lebih dari seorg actor /actress kena ada kaitan antara dua nie... mmm susah juga nk fikir tue.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2015 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dauswq at 18-12-2015 01:09 PM
masdiana-ana replied at 18-12-2015 01:03 PM
prof @dauswq iols ada soalam nak tanya

1.  bahasa penulisan adakah formal atau lebih santai mcm t ...


1. Ikut cara penulisan masing-masing. Lihat kriteria permarkahan no.2, gaya bahasa yang boleh impress pembaca yg tu kami mahukan dan make sure jangan gunakan shortform  atau jargon-jargon yang tidak popular. Tak perlu formal pun tak per.

2. Yup tema kena kaitkan mereka sekali untuk sekalikan mereka dalan satu artikel.

Nk gi solat jap, blk nnt ade pertanyaan, akan ditunaikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2015 01:11 PM | Show all posts
dauswq replied at 18-12-2015 01:07 PM
1. Ikut cara penulisan masing-masing. Lihat kriteria permarkahan no.2, gaya bahasa yang boleh im ...

klau tulis formal iols x reti sah2 tatabahasa iols lintang pukang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:44 PM | Show all posts
Professor teky (visiting professor, currently on leave)

untung la kannnn jadi visiting prof gittew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 03:56 PM | Show all posts
ichi replied at 6-12-2015 08:16 PM
tu maraton.... ni mcm kene jd ulat buku jek.. mmg sah2 la aku k.o

game ni sesuai sgt dgn  ...

mari la berkerjasama

@wonto helpp plss
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 05:11 PM | Show all posts



Quiz #2

1. Nyatakan pendapat anda apa kebaikan/kelebihan wujudnya Cari kdrama Award?


*memberi peluang forummer mengundi pelakon2 dan drama2       yg diorg suka
*memberi peluang forummer mendapat tacang dlm kuantiti yang agak banyak
*boleh jadi garis panduan kepada forummer lain dalam memilih drama yg best utk ditonton


2. Apakah faktor utama sesetengah pihak production memberi peluang kepada idol-idol Korean pop untuk membawa watak utama dalam   sesebuah drama/movie tersebut?

Faktor utamanya ialah rating
*kepopularitian kpop idol yang mempunyai ramai follower seakan2 memberi jaminan kepada sesuatu drama itu meletup dan seterusnya melonjakkan rating drama tersebut.

@ismaha@dauswq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 08:53 PM | Show all posts
azie.dz replied at 18-12-2015 03:56 PM
mari la berkerjasama

@wonto helpp plss


ko nak suh @wonto tlg ape... dia pon tgh malas giler tuh pastu asik nak tb jer




Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 10:54 PM | Show all posts
Edited by Blueberri at 18-12-2015 11:02 PM

Quiz 1:

1. Selain cabang kdrama, elemen lain apakah yang membantu mengembangkan Hallyu?

Arus Gelombang K-pop

Salah satu penyebar utama Hallyu atau gelombang korea pada masa kini adalah kemunculan kumpulan-kumpulan K-Pop seperti Big Bang, Snsd, FT Island, Beast, Exo dan lain lain lagi. Artis-artis K-Pop yang mempunyai wajah yang tampan, rupawan, gaya yang trendy, penampilan yang menarik dengan iringi dengan muzik atau lagu yang sedap didengar berserta dengan tarian yang energik menyebabkan peminat-peminat K-Pop semakin ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Selain daripada K-Pop artis-artis solo Korea yang lain juga terkenal contohnya sepeti PSY yang mencetuskan fenomena di seluruh negara dengan kemunculan lagu Gangnam Style dan tarian yang unik yang diikuti kebanyakan negara-negara di seluruh dunia.

Makanan/Minuman


Restoran-restoran korea kini mula semakin berkembang di seluruh negara terutamanya di Malaysia contohnya seperti Seoul Garden, Dubu-Dubu Restoran dan Gangnam Station. Makanan-makanan Korea seperti Kimchi, Bulgogi dan Bibimbap mula diminati oleh masyararat di negara kita

Di Malaysia juga semakin banyak Cofffe Shop yang berteraskan konsep Korean Style contohnya seperti Caffee Benne, Dal Komm Coffee, Tous Le Jours dan lain lain lagi. Mungkin bila anda bersantai disana terasa seperti menikmati minuman coffee seperti di dalam Korean Drama Coffee Prince.

Fesyen


Fesyen-fesyen korea yang menarik dan elegan mula diminati oleh masyarakat kebanyakan negara terutamanya di Malaysia.


Jenama-jenama terkenal  Korea iaitu Mixxo dan  Spao mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun ini. Kedua-dua jenama ini mempunyai identiti fesyen tersendiri dengan pemilihan artis k-pop sebagai duta jenama pakaian ini.  Bagi jenama fesyen Mixxo mereka memilih ahli kumpulan Girls Generation- TTS sebagai wajah jenama produk ini. Manakala Spao, (pakaian, aksesori untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak) diwakili oleh kumpulan EXO dan ahli Super Junior iaitu Eunhyuk, Leeteuk dan Donghae.

Pelancongan


Korea Selatan kini telah mmpromosi  kempen pelancongan ke negara tersebut dengan jenama produk “Gelombang Hallyu” Melalui Gelombang Hallyu yang  semakin mendadak sekarang ini jumlah pelancong ke Korea Selatan juga semakin meningkat setiap tahun. Banyak tempat-tempat menarik di Korea  yang patut anda kunjungi ketika berkesempatan melawat ke Korea Selatan seperti Nami  Island, Pulau Jeju, Mount Sorak dan lain lain lagi.


Peningkatan drastik daripada sektor pelancongan ini adalah hasil daripada pakej jenama produk Hallyu iaitu fenomena seperti  K –Pop, drama dan filem. Strategi  mempromosikan produk pelancongan ini juga berjaya memperkenalkan budaya Korea Selatan  ke seluruh dunia menyebarkan nilai dan sensitiviti Asia, dan meningkatkan imej negara Korea Selatan di persada antarabangsa.

2. Jika anda terlalu ketagihan menonton kdrama, apa yang anda akan buat biasanya untuk mengurangkannya?

- sibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja yang lain seperti mengemas rumah, memasak dan lain-lain
- Keluar beriadah bersama kawan-kawan seperti keluar jogging, pergi gym, jalan-jalan
- Keluar pergi window shopping untuk hilangkan stress
- nak pepeling setazah jap, banyakkan beristigfar, berzikir, baca Al-Quran dan solat sunat
-login Blueberri masuk Forum Cari


@dauswq @ismaha







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 01:40 PM | Show all posts
selamat datang student baru: @plasterhati

boleh baca dulu course structure di post #5 muka depan..
pastu tumpukan pada lec 01, lec 02 & lec 03
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 02:24 PM | Show all posts
ichi replied at 16-12-2015 09:28 PM
ni mana tau time exm dulu aku malas


muahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 02:25 PM | Show all posts
ichi replied at 16-12-2015 09:24 PM
umh aku pki tb gemok lagik

sama la..
lucky prize jamuan ari tu tv ko tau
xdpt pn..x lucky btui
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 02:28 PM | Show all posts

tu yg x smpat tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 02:29 PM | Show all posts
ismaha replied at 16-12-2015 01:26 PM
banyak nau alsan mokcik  ni

dh kata pn makcik kn..
mmg byk keja la org2 tua ni
tp x smpat lg nk berendam dlm ayaq panas
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 02:31 PM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 16-12-2015 12:46 PM
buat masa ni kak ayu tkder idea lg nk pilih sapa jadi bahan utama
assignment...

oo...kna pilih yg kak ayu btul2 minat la
br tau nk karang apa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 02:38 PM | Show all posts
ichi replied at 18-12-2015 08:53 PM
ko nak suh @wonto tlg ape... dia pon tgh malas giler tuh pastu asik nak tb jer

oitt...
dh la tgh frust ni






Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 02:39 PM | Show all posts
azie.dz replied at 18-12-2015 03:56 PM
mari la berkerjasama

@wonto helpp plss

aku pn tgh mls ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.240426 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list