|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
fairy_fairy replied at 24-11-2016 06:04 PM
TT, pernah dengar pasal the little red girl Taiwan? Pasal one group of hikers yang mengambil gambar ...
Nie penah tengok movie Taiwan tue..tapikan ada jugak part yg i rasa macam blur |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 23-1-2017 02:50 AM
KISAH PEMBUNUHAN ADIK BERADIK TAN DI GEYLANG BAHRU, SINGAPURA
Pasangan suami isteri, Tan Kuen Chai dan Lee Mei Ying, memiliki dan memandu bas mini utk pelajar2 sekolah di Singapura. Mereka juga mempunyai 4 org anak -- Chin Nee,si anak perempuan berusia 5thn yg bersekolah di tadika PAP dan 3 org anak lelaki yg menuntut di Bendemeer Road Primary School; Kok Peng (10thn), Kok Hin (8thn) dan Kok Soon (6thn). Keluarga Tan waktu itu mendiami sebuah unit satu bilik di tingkat 4, Blok 58 flat HDB, Geylang Bahru.
Pada 6 Januari 1979, Kuen Chai dan Mei Ying keluar bekerja pd 6.35 pagi. Kira-kira 30 minit kemudian, Mei Ying menelefon anak2nya sebanyak 3kali utk mengejutkan mereka dari tidur dan bersiap sedia utk ke sekolah, namun tiada jawapan. Seterusnya, dia menelefon salah seorang jiran utk memastikan adik beradik itu sudah bangun. Maka si jiran itu pergi mengetuk pintu rumah keluarga tersebut, juga tiada sebarang reaksi.
Apabila pasangan Tan balik ke rumah tiga jam kemudiannya, Mei Ying menemui keempat2 mayat anaknya ditimbun di dlm bilik mandi. Mereka semua berpakaian dlm t shirt dan seluar, dan mempunyai tanda2 kelaran – menurut pakar forensik, setiap seorg mempunyai lebih kurang 20 kesan kecederaan pd mayat mereka. Selain itu lengan kanan Kok Peng hampir putus manakala muka Chin Nee dihiris2. Di dlm tangan kanan Kok Peng juga, pakar forensic turut menemui beberapa helai rambut panjang. Hasil siasatan; anak2 Tan itu dibunuh dgn menggunakan pisau pemotong daging dan badik – kedua2 senjata itu didapati hilang dari unit flat tersebut. Selain kesan darah di dlm sinki dapur, apartment itu kelihatan bersih dan kemas. Tiada barang berharga yg dicuri, dan tiada tanda2 pintu dipecah masuk. Pihak polis syak bahawa pembunuh itu mengenali keluarga Tan.
Penyiasatan ke atas pembunuhan empat beradik itu dijalankan oleh bahagian khas Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Singapura. Mereka tidak dpt mengesahkan sebarang motif tetapi tidak menafikan pembunuhan itu kemungkinan besar berunsurkan dendam. Abang kpd Mei Ying mendedahkan kpd media bahawa kes itu berkaitan dgn skim tontine (main kutu) dan polis mula menyiasat sama ada pembunuh anak2 Tan itu adalah seorg tahi judi yg berdendam dgn ibu bapa mereka. Selepas beberapa lama para penyiasat menemui jalan buntu dan pasangan Tan berkeras memberitahu media bahawa mereka tidak pernah menyakiti hati sesiapa.
Perkara yg menguatkan lg teori pembunuh adalah org yg rapat dgn keluarga Tan adalah apabila suami isteri itu menerima kad ucapan Tahun Baru Cina dua minggu selepas kejadian tragis tersebut. Kad tanpa nama dan alamat pengirim itu memanggil Kuen Chai dan Mei Ying sbg ‘Ah Chai’ dan ‘Ah Eng’, nama timang-timangan mereka. Bertanda tangankan ‘Si Pembunuh’, kad ucapan tersebut mengandungi gambar kanak2 bermain bersama mesej yg menghina pasangan Tan – ‘Kamu dah tak mempunyai anak lagi ha-ha-ha’ – Jelas sekali pembunuh itu tahu mengenai masalah kesuburan yg dialami oleh Mei Ying.
Pada 7 Januari 1979, pihak polis menyoal siasat dua org wanita berkaitan dgn kes itu. Namun kedua2nya dilepaskan dan polis enggan memberi komen sama ada hasil soal siasat wanita2 itu dpt membantu kes pembunuhan itu atau tidak. Walaupun menemui dan menyoal lebih kurang 100 org jiran keluarga Tan dan merayu kpd org awam agar ada saksi menampilkan diri, pihak polis menghadapi kesukaran dlm mendapatkan maklumat berguna. Salah seorang penduduk di kawasan itu dia mengenali seorg saksi yg ternampak Chin Nee sedang bergelut dgn seorg lelaki, dari unitnya di blok berdekatan. Malangnya saksi itu gagal dikesan.
Seorg lagi saksi berkongsi maklumat dgn salah sebuah suratkhabar bahasa Cina bahawa dia ternampak satu pasangan, salah seorgnya dlm keadaan berdarah, bergegas meninggalkan tempat kejadian, tetapi siasatan polis mengesahkan pernyataan itu adalah palsu. Salah seorang jiran pasangan Tan, Yam Yin Tin, 68thn mengatakan yg dia selalunya akan bersantai di koridor sambil melihat kanak2 bermain, dan yakin dia pasti dpt melihat sesiapa yg keluar masuk ke flat keluarga Tan. Walau bagaimanapun, pd pagi pembunuhan itu, dia sedang mencuci rambutnya dan tidak menyedari akan apa sedang berlaku ke atas anak2 jirannya.
Tidak lama kemudian, seorg pemandu teksi dari Toa Payoh melaporkan seorang lelaki dlm usia 20an, berjalan terhuyung hayang – telah menaiki teksinya di Blok 96 Jalan Kallang Bahru, berdekatan dgn lokasi pembunuhan, pd pukul 8 pagi hari kejadian. Pemandu teksi itu masih ingat keadaan lelaki tersebut – kesan darah pada bahagian kiri tubuhnya dan membawa sebilah pisau yg terketuk pintu teksinya, semasa lelaki itu keluar setelah tiba di Lavender Street. Berdasarkan deskripsi fizikal lelaki tersebut oleh si pemandu teksi, Tan Kuen Chai memberitahu ia sepadan dgn rupa jirannya; seorg lelaki muda berasal dari Malaysia, yg sentiasa datang ke rumah mereka hampir setiap hari utk meminjam telefon. Dia juga dikenali sbg ‘Uncle’ oleh keluarga Tan. Dalam proses pengecaman di balai polis, si pemandu teksi menunjukkan si jiran itu lah lelaki yg menaiki teksinya. Namun, dua minggu kemudian ‘Uncle’ dibebaskan kerana tiada bukti yg kukuh utk mengaitkannya dgn pembunuhan Tan Kok Peng dan adik2nya. Beberapa bulan kemudian, lelaki itu berpindah keluar dari Blok 58 bersama2 kakaknya ke lokasi yg tidak diketahui.
Anak2 Tan yg malang itu dikuburkan di perkuburan Choa Chu Kang pd 7 Januari 1979, bersama beg sekolah, buku2 dan alat2 mainan kesayangan mereka. Ibu mereka, Mei Ying berkali2 tidak sedarkan diri ketika anak2nya diletakkan di dalam keranda. Apa yg menambahkan penderitaan kpd pasangan Tan, pembunuh mereka tidak diketahui dan hidup dgn bebas. Sejurus selepas tragedi itu, Tan Kuen Chai dan isterinya menutup perniagaan bas mini mereka dan bekerja di sebuah kilang pengeluar PVC.
Setahun selepas pembunuhan, suratkhabar The Strait Times menemuramah pasangan tersebut dan mereka berdua menyatakan rumah itu kini sbg kosong dan sunyi. Mereka juga dikatakan mendaftar dgn jabatan kebajikan dgn harapan utk mengambil dua org anak angkat. Akhirnya, Mei Ying menjalani pembedahan pembalikan ikat tiub rahim, dan berjaya hamil sekali lg. Pada 30 Disember 1983, pada usia 35thn wanita itu melahirkan seorg bayi lelaki.
The Straits Times menekankan betapa dahsyatnya kes pembunuhan itu dan digambarkan sbg paling tidak berperikemanusiaan dlm sejarah jenayah Singapura. Surat khabar itu juga menambah bahawa ramai pegawai polis yg terlibat telah terkesan dan terganggu dgn kes tersebut.
Wikipedia
Sumber 1/2
cc: @zura_zara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kejamya...
Tp tabah sungguh pasangan Tan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
thanx for update TT
|
|
|
|
|
|
|
|
yeay finally ade update ... tq tt |
|
|
|
|
|
|
|
tq update...sedih nya...sorg anak xda pn susah nk terima knyataan...ni kn semua xda sekali gus... |
|
|
|
|
|
|
|
baca entry kali ni berderai air mata
budak tak bersalah dibunuh dengan kejam..
dahlah tak tahu siapa pembunuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, apa la yang jadi sebenarnya agaknya. Mesti masa dia bunuh sorang2 yg lain ada yg melihat |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..tragis tol kisah fmly tan ni |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya kes nii..kenapa budak2 dia aim?
n quite rare to have 4 children for SIngaporean kn.
kesiannnya |
|
|
|
|
|
|
|
takleh imagine camne bebudak tu masa di hujung nyawa dorangsingapore cam malaysia gak lah dedulu
dulu2 pun malaysia beranak ramai
skang pun dah tak ramai sangat
4 orang tu kira ramai la
faktor ekonomi..
|
|
|
|
|
|
|
|
sadisnye kes ni... pembunuh tu mental kot.. kalau org normal tk kn la sanggup kelar2 bdk tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
era 70an perkara biasa kot beranak ramai, sekarang ni memang jarang dengar esp. negara yg makin maju mcm spore.
|
|
|
|
|
|
|
|
memang tak normal, hati sgt gelap dan busuk... bunuh budak2 tu utk menyakiti hati makpak dia org.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi ai lah kan, suspek yg dipanggil 'Uncle' tu paling disyaki. sebab dia kenal keluarga Tan, tinggal dlm blok yg sama, tahu aktiviti harian family tu -- jd dia ada peluang, pemandu teksi tu pon dpt cam muka Uncle sbg penumpang yg kelihatan pelik pd pagi kejadian. kalau betul dia punya angkara, cuma motif je lah yg jd misteri. sayangnya polis tak dpt cukup bukti kukuh utk menangkap dan mendakwa lelaki tu. Uncle adalah rakyat Msia, dia pindah tak lama selepas dilepaskan polis. Masa kejadian dia digambarkan sbg seorg pemuda, ai rasa umurnya dlm 20an. Kalau masih hidup mungkin dah masuk usia 60an sebegitu. Adakah dia masih berada somewhere in Spore? atau sudah kembali ke Malaysia? atau migrate ke negara lain? Katakan dia masih hidup dan memang dia yg membunuh budak2 tuh... mesti hidup dia tenang dan aman damai sbg harmless old man di mata keluarga dan jiran2nya. saiko kaann
btw tertanya gak dgn helaian rambut panjang yg dijumpai di tangan si abg sulung. adakah masih disimpan? dgn kecanggihan teknologi forensik sekarang tak mustahil bole buat ujian DNA ke apa. ai berharap kes ni dibuka semula. kesian sgt, kematian budak2 kecik tak mendapat pengadilan yg sewajarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Helaian rambut panjang tue cam mengambarkan perempuan tapi bile fikir2 zaman dedulu pop yeye, ramai jugak lelaki rambut panjang. Lagi2 lelaki cina rambut lurus kan?
Ape2 pun, pembunuh tue memang mental.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya baca kes keluarga Tan
30 Disember tarikh lahir anaknya yang terakhir, maknanya baru lagilah sambutan hari lahir yang ke-33 |
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan thread ini la ai subscribe channel 732 semalam. Dan2 jugak dok tgk chanel tue sampai tido lambat. Laki ai pon pelik, sebab ai jenis tido awal. |
|
|
|
|
|
|
|
tt, cuba laa share cite pasal pembunuhan jon benet..budak kecik comel yg masuk beauty pagent kena bunuh..aku dulu follow cite tu tp dah lupa |
|
|
|
|
|
|
|
tt, cuba laa share cite pasal pembunuhan jon benet..budak kecik comel yg masuk beauty pagent kena bunuh..aku dulu follow cite tu tp dah lupa |
|
|
|
|
|
|
| |
|