kan iols dah ckp semalam mesti ada
yg akan buat hal NGO dh mari cocok
pasni rani al kulopan merepot polis jed jd pn sama
[color=rgb(0, 51, 153) !important][url=]Insiden David Teo Dilempang Berlarutan, Episod Baru[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 10:30 AM - [color=rgb(0, 51, 153) !important]
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Insiden penerbit filem, David Teo dilempang pelawak Mat Over di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki episod baru walaupun mereka telah berdamai selepas majlis tersebut. Walaupun saling memohon maaf, terdapat pihak yang masih mahu menyambung episod ini dengan mengadakan perhimpunan aman di pejabat lth, yang terletak di Petaling Jaya. [size=0.98em]Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Aman Tanpa Senjata diadakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijadualkan diadakan pada Khamis, pukul 2 petang. [size=0.98em]Mesej jemputan untuk membuat liputan telah diedarkan kepada pihak media, pagi Khamis.
[size=0.98em]"Ini berkenaan perkara David Teo yang telah bersikap biadab terhadap perdana menteri semalam di dalam Program TN50 Anak Seni Bersama PM," menurut mesej tersebut. Malam Rabu, majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) kecoh selepas Mat Over, atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar David di depan perdana menteri. Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit. [size=0.98em]David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator. ]Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah Mat Over muncul lalu menampar muka David.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... J67OxsLhEholGIjr.99
|