Daripada jumlah 15,902 kes baharu hari ini (24 Julai 2021):
Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 260 kes (1.6%)
Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 129 kes (0.8%)
Kategori 3 (radang paru-paru): 127 kes (0.8%)
Kategori 2 (gejala ringan): 6,901 kes (43.4%)
Kategori 1 (tiada gejala): 8,485 kes (53.4%)
Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 3.2 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 dan 96.8 peratus kes pada kategori 1 dan 2. Kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai dibenar isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital. Oleh itu, kes-kes kategori 3-5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.
Namun apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori 3-5, peratusannya adalah jauh lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan pesakit kategori 1 & 2 adalah diisolasi di rumah (berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 9,471 kes (834,858 kes kumulatif, 83.8%);
Kes baharu : 15,902 kes (996,393 kes kumulatif);
Kes import : 26 kes; (7 warganegara, 19 bukan warganegara);
Kes tempatan : 15,876 kes; [12,842 warganegara (80.9%); 3,034 bukan warganegara (19.1%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 950 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 468 kes;
Kes kematian : 184 kes (7,902 kes kumulatif, 0.79%, 157 warganegara, 27 bukan warganegara);)
Jumlah kluster : 3,418 kluster;
Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,442 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 976 kluster.
Daripada 15,902 kes harian yang dilaporkan pada hari ini di mana semasa mereka baharu didiagnosa, sebanyak 260 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 129 kes (0.8 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 127 kes (0.8 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 6,901 kes (43.4 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 8,485 kes (53.4 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Keseluruhannya, semasa mereka baharu didiagnosa 3.2 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5.
Sebanyak 184 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 87 kes di Selangor, 17 kes di Kedah, 16 kes di Pahang, 15 kes di Negeri Sembilan, 13 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 10 kes di Johor, lapan (8) kes di Sabah, tujuh (7) kes di Melaka, enam (6) kes di Pulau Pinang, tiga (3) kes di Terengganu dan dua (2) kes di Sarawak.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 23 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 23 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.09. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.37) diikuti oleh Kedah (nilai RT 1.23) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.22). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
(elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
(Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
24 Julai 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 24 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 7,351 (3) 358,969
WP KUALA LUMPUR 2,406 (15) 108,006
JOHOR 804 (8) 83,308
SABAH 712 78,652
SARAWAK 261 73,579
NEGERI SEMBILAN 625 66,102
PULAU PINANG 505 41,524
KELANTAN 502 39,407
KEDAH 867 37,261
PERAK 469 33,310
MELAKA 631 27,724
PAHANG 406 20,963
TERENGGANU 267 14,045
WP LABUAN 30 9,578
WP PUTRAJAYA 59 3,317
PERLIS 7 648
JUMLAH KESELURUHAN 15,902 (26) 996,393
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 184 kes kematian pada 24 Julai 2021 adalah seperti berikut:
NEGERI BIL. KES JANTINA KEWARGANEGARAAN TEMPAT KEMATIAN SEJARAH PENYAKIT
L* P* WN** BWN** HOSPITAL BID***
SELANGOR 87 52 35 71 16 74 13 62
KEDAH 17 9 8 17 0 17 0 16
PAHANG 16 10 6 15 1 14 2 13
NEGERI SEMBILAN 15 2 13 14 1 12 3 14
WP KUALA LUMPUR 13 7 6 6 7 7 6 8
JOHOR 10 2 8 10 0 10 0 10
SABAH 8 8 0 7 1 6 2 7
MELAKA 7 6 1 7 0 3 4 7
PULAU PINANG 6 2 4 6 0 5 1 6
TERENGGANU 3 2 1 2 1 2 1 3
SARAWAK 2 2 0 2 0 2 0 2
JUMLAH 184 102 82 157 27 152 32 148
*L merujuk kepada lelaki dan P merujuk kepada perempuan
**WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
***BID merujuk kepada Brought In Dead
LAMPIRAN 3
Perincian 15,902 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 7,351 94 4,691 3 2,563
WP KUALA LUMPUR 2,406 359 1,158 15 874
KEDAH 867 145 504 – 218
JOHOR 804 298 304 8 194
SABAH 712 122 383 – 207
MELAKA 631 387 131 – 113
NEGERI SEMBILAN 625 67 376 – 182
PULAU PINANG 505 79 197 – 229
KELANTAN 502 189 242 – 71
PERAK 469 82 238 – 149
PAHANG 406 130 242 – 34
SARAWAK 261 43 118 – 100
TERENGGANU 267 68 126 – 73
WP PUTRAJAYA 59 – 44 – 15
WP LABUAN 30 1 17 – 12
PERLIS 7 – 6 – 1
JUMLAH KESELURUHAN 15,902 2,064 8,777 26 5,035
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 24 JULAI 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Kota Burok Tempat Kerja Johor Muar 52 76
2 DPB Lima Tanjung Pelepas Tempat Kerja Johor Johor Bahru 14 195
3 A6 Tanjung Pelepas Tempat Kerja Johor Johor Bahru 7 46
4 Jalan Helang Bukit Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 36 61
5 Tapak Bina Jalan Pasar Sentul Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 95 179
6 Tapak Bina Sungai Bunus Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 75 214
7 Industri Jalan Raja Nong Tempat Kerja Selangor Klang 45 127
8 Jalan Besar Tanjung Sepat Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 9 11
9 Dah 2/2 Industri Sungai Petani Tempat Kerja Kedah Kuala Muda 13 274
10 Dah Tupah Industri Sungai Petani Tempat Kerja Kedah Kuala Muda 82 138
11 Kledang Utara Tiga Tempat Kerja Perak Kinta dan Kerian 30 40
12 Jalan Maharani Intan Tempat Kerja Perak Hilir Perak 16 37
13 Pekan Jelawat Tempat Kerja Kelantan Bachok dan Pasir Puteh 8 115
14 Jalan Perniagaan Jelatang Tempat Kerja Melaka Alor Gajah 33 65
15 Industri Jalan Batu Malim Tempat Kerja Pahang Raub dan Lipis 11 644
16 Bukit Bangkong Komuniti Selangor Sepang 33 137
17 Sungai Melut Komuniti Selangor Sepang 23 92
18 Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda Komuniti Selangor Sepang 70 304
19 Nosoob Baru Komuniti Sabah Penampang 17 30
20 Kampung Lubok Stol Komuniti Kelantan Pasir Mas 9 9
21 Kubang Palas Komuniti Terengganu Hulu Terengganu dan Marang 47 386
22 Padang Lalang Temerloh Komuniti Pahang Temerloh 21 67
23 Jalan Dang Wangi Pusat Tahanan WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 55 104
24 Tembok Nanas 2 Pusat Tahanan Johor Pontian 19 168
25 Seksyen 17 Lembah Sireh Pendidikan Tinggi Kelantan Kota Bharu 9 12
26 Jalan Mat Salleh Kumpulan Berisiko Tinggi Sabah Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Ranau, dan Putatan 35 252
27 Salamis Import Johor Kota Tinggi 10 23
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 23 JULAI 2021
NEGERI NILAI RT
TERENGGANU 1.37
KEDAH 1.23
PULAU PINANG 1.22
KELANTAN 1.20
WP PUTRAJAYA 1.19
JOHOR 1.19
SABAH 1.17
PAHANG 1.17
SELANGOR 1.15
MELAKA 1.12
WP KUALA LUMPUR 1.11
PERAK 1.07
NEGERI SEMBILAN 1.04
SARAWAK 1.03
WP LABUAN 0.71
PERLIS 0
MALAYSIA 1.09
Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu
Hidayatidayu Razali
Kota Bharu: Sekumpulan peniaga durian yang merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor untuk mendapatkan dan menghantar bekalan 'raja buah' itu mencetuskan kluster baharu di negeri ini.
Kluster yang dikenali sebagai Kluster Kampung Baru Bukit Kecil Labok, Machang itu membabitkan daerah Machang dan Kota Bharu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, setakat semalam, kluster berkenaan mencatatkan 12 kes positif hasil daripada 38 individu yang disaring.
Katanya, kes indeks kluster itu membabitkan remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan positif pada 18 Julai lalu dan mula bergejala pada 15 Julai.
"Remaja itu mempunyai sejarah merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor pada 10 hingga 15 Julai.
"Remaja berkenaan bersama sekumpulan peniaga durian ke Selangor dan Johor untuk mengambil dan menghantar bekalan durian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, satu lagi kluster rentas negeri yang tercetus adalah Kluster Kerilla yang membabitkan daerah Tanah Merah dan Klang, Selangor.
Katanya, kluster itu tercetus daripada seorang lelaki berusia 38 tahun yang dilaporkan positif pada 22 Julai hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.
"Kes indeks mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 11 Julai untuk menghadiri majlis pengebumian adiknya sebelum pulang ke Selangor pada 15 Julai.
"Sehingga kini, hasil ujian saringan 23 individu mendapati sembilan daripadanya positif dan ujian saringan akan diteruskan terhadap kontak rapat," katanya.
Dr Zaini menasihatkan masyarakat supaya terus patuh prosedur operasi standard (SOP) memandangkan kes masih lagi tinggi dan meningkat di Kelantan serta virus berada dalam komuniti.
"Majoriti kes tiada simptom dan anggaplah semua orang di sekeliling kita berkemampuan menularkan Covid-19," katanya.
Untuk rekod, Kelantan semalam merekodkan enam kluster komuniti dan 372 kes baharu.
Post time 25-7-2021 08:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 25-7-2021 07:33 AM
Bubur nasi + sup bahasa utagha...haha...
Tak habis lagi kontroversi UEL...
Ooo...hehe..sup nasi..
Noor x brp minat nk tahu pasal EL...apatah lagi langsung x kenal siapa Nadir dan siapa Caprice..
Cik seri sebut topinas tu noor pun blur asalnya...rupanya caprice...caprice tu artis ke?..dia berlakon ke pennyanyi?..serius mmg x tahu latar belakang semua ni...EL tu adalah baca pentaksub tulis latar belakang dia..
Pemtaksub ni ada dua ..satu haters satu lagi pemuja....haters ni dia tahu semua latar belakang orang yg dia benci..da pemuja ni juga tahu latar belakang orang yg dia puja...