|
[MERGED]POLITEKNIK CORNER [Spot-check? blah-blah...]
[Copy link]
|
|
pmm.
aku lagi suka panggil akak/abang. dierang lebih terasa dari aku sbab aku laie tue dr dierang tp muka aku nampak mude.
tahun ni last poli buat integrasi setahun. mulai 2011 tempoh pengajian integrasi adalah lebih dari setahun. sbab tu ada berlaku pengambilan melebihi dari jumlah dijangka intake ni. |
|
|
|
|
|
|
|
440# codenamekidz
1k ok lagi. PUO offer 2.8k untuk intake ni, dorang bajet yang datang 1k lebih je. sekali yang datang mendaftar 2345 - nombor cantik. bayangkan la 2.4k untuk intake januari ni saja. ramai gila. pagi2 nak gi kelas berbondong2 motor ngan kete masuk. sampai dah terlampau sesak dah... |
|
|
|
|
|
|
|
441# AntagonisYgKeut
Aku pun integrasi setahun setengah. sepatutnya kod kursus PIP - 2 sem tapi dah tukar jadi QIP - 3 sem.
Nak taknak terpaksa redho jela dari tak dapat buat integrasi langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
442# Zep mak ai 2345 org>?
muatke tuk kamsis tue |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.. Sy ni br dpt offer kat merlimau.. So nk tny ada x no mn2 yg nk sewakn uma o bilik?? Harap2 dpt tlg la sbb cr dlm tenet byk yg jauh2... X kn smpi2 nk merempat.. Huhu.. Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.. Sy ni br dpt offer kat merlimau.. So nk tny ada x no mn2 yg nk sewakn uma o bilik?? Harap2 dpt tlg la sbb cr dlm tenet byk yg jauh2... X kn smpi2 nk merempat.. Huhu.. Thanks
nobita_ Post at 26-1-2010 13:18 
ko sem bape??
kalo sem 1 xkan la xdpt dok kamsis?? |
|
|
|
|
|
|
|
445# nobita_
dah dapat lom? kalo lom ko ni laki ke pom? aku leh tlg carikan |
|
|
|
|
|
|
|
rindu gle zaman poly dulu.. hahahahh |
|
|
|
|
|
|
|
hostel kat PUO tu dulu kecik sangat...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bile tarikh konvo?
sape tau
penting2 |
|
|
|
|
|
|
|
452# sky_juice
konvo bukan sume lebey kurang je
tp da dpt jawapan
psa konvo 16-19.3
sesi pertama n dpt dgn sultan
yahoooo |
|
|
|
|
|
|
|
wah best la korang...
dh dpt masuk poli...
aku ngah tnggu keputusan sama ada dpat ke x...hu3
aku masuk blan 7 ni la...
tapi progam intergrasi teknologi maklumat...
klu dri segi poli tu,aku x tau nak pilih mana??
kawan2 aku kata,poli itu sendiri yg pilih tempat...
tul ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
wah best la korang...
dh dpt masuk poli...
aku ngah tnggu keputusan sama ada dpat ke x...hu3
aku masuk blan 7 ni la...
tapi progam intergrasi teknologi maklumat...
klu dri segi poli tu,aku x tau nak pilih mana??
kawan2 aku kata,poli itu sendiri yg pilih tempat...
tul ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin umum tiga politeknik premier
PUTRAJAYA: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Johor Bahru hari ini diumumkan sebagai politeknik premier.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketiga-tiga politeknik premier itu akan menjadi penanda aras kepada penubuhan universiti politeknik pada 2015.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih banyak modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran pelan transformasi politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
bangga aku sbg ex poli jb..walaupun poli ke 9 tp dpt perngiktirahan camni...hehe..even course aku dh x wujud kt pjb.. |
|
|
|
|
|
|
|
Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik-Muhyiddin
PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Penubuhan Universiti Politeknik akan menjadi pelengkap kepada pendidikan vokasional dan teknik di peringkat pengajian tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Universiti Politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pascamenengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik tanpa perlu menyambung pengajian ke institusi lain," katanya semasa melancarkan Pelan Transformasi Politeknik di sini Khamis.
Dengan menawarkan pakej pendidikan di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda, sistem politeknik pastinya akan berjaya menarik minat pelajar-pelajar terbaik di negara ini untuk mengikuti pendidikan berteraskan kemahiran tinggi, katanya.
Sehubungan itu tiga Politeknik telah dinaik taraf hari ini kepada Politeknik Premier yang menjadi asas kepada pewujudan Universiti Politeknik menjelang 2015.
Politeknik tersebut adalah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Johor Bahru.
"Potensi mereka boleh digarap dan ditingkatkan lagi untuk menyumbang kepada kemajuan negara," katanya. Muhyiddin turut berharap bidang-bidang baru seperti bioteknologi dan nanoteknologi juga perlu dibangunkan dan dijadikan bidang tujahan politeknik.
"Pusat-pusat kecemerlangan politeknik perlu diwujudkan untuk menggalakkan kolaborasi intensif dengan pihak industri yang relevan bagi memupuk budaya penyelidikan dan menjana inovasi dalam bidang-bidang tujahan ini," katanya.
Selain itu katanya, penawaran kursus-kursus berteraskan perkhidmatan seperti animasi digital, rekabentuk, insurans dan kewangan hendaklah dipergiatkan.
"Ini kerana ekonomi negara sedang berubah ke arah ekonomi yang dipacu oleh sektor perkhidmatan, bidang dan program yang ditawarkan di politeknik juga haruslah selaras dengan perubahan ini, tanpa mengabaikan keperluan yang masih wujud dalam sektor pembuatan dan pembinaan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya juga sedang melihat semula kokurikulum di sekolah teknikal dan vokasional supaya selari untuk ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
Sementara itu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata politeknik menerima 90,000 permohonan setahun bagi peringkat diploma.
Malangnya, beliau berkata politeknik hanya dapat menyediakan kira-kira 25,000 tempat setahun.
"Kita menafikan ramai hak pelajar untuk menyambung ke peringkat diploma di politeknik ketika ini," katanya.
Namun katanya, terdapat usaha bagi peringkat sijil diserahkan kepada Jabatan Kemahiran Malaysia, Institut Kemahiran Belia dan institusi-institusi lain.
Dengan usaha itu beliau berkata, kira-kira 15,000 tempat boleh ditambah di politeknik bagi peringkat diploma.
Ditambah pula beberapa politeknik lagi, 60,000 tempat bakal di sediakan untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran mereka kelak, tambahnya.
"Seramai 60,000 pelajar akan menerima diploma, maknanya kemahiran dan nilai tambah pada mereka itu bertaraf diploma," kata Mohamed Khaled.
Terdapat 27 politeknik ketika ini dengan 82 program termasuk satu diploma lanjutan, 49 diploma, 20 sijil dan 12 program asas.
Politeknik mempunyai 305,888 graduan semenjak ditubuhkan pada tahun 1969 di mana antara bekas graduannya adalah Datuk Muhamad Noor Hamid, ketua pegawai eksekutif, Gas Malaysia Sdn Bhd.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=477889 |
|
|
|
|
|
|
|
Politeknik sebagai institusi pilihan
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
[email protected]
PENUBUHAN Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak pada 1969 menjadi titik awal permulaan pendidikan berasaskan kemahiran di negara ini. Ketika itu, politeknik berkenaan menumpukan kepada beberapa bidang pengajian. Antaranya kursus juruteknik, perakaunan, teknologi galian, perancang bandar dan kampung, pengajian tanah dan trengkas.
Perpindahan ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian turut melonjakkan permintaan untuk mengikuti pendidikan di politeknik. Perkara ini menyaksikan perkembangan pantas cabang pendidikan teknikal itu yang kini berjumlah 27 buah di seluruh negara.
Sejak ditubuhkan, politeknik telah melahirkan seramai 305,900 pelajar di peringkat diploma dan sijil dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Seramai 86,430 pelajar pula sedang mengikuti pelbagai kursus ketika ini. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari sudut penawaran kursus yang sesuai dengan pembangunan industri negara. Politeknik ketika ini menawarkan satu program diploma lanjutan berasaskan Work Based Learning, 49 program diploma, 37 program diploma pasca sijil dan 12 program asas bagi lepasan sijil kolej komuniti. Kursus lain yang ditawarkan adalah 20 program sijil politeknik dan lima sijil kemahiran khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
Secara asasnya, transformasi itu menunjukkan wujudnya usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kredibiliti politeknik sebagai gedung melahirkan tenaga pakar dalam bidang-bidang khusus. Namun perlu diakui, pusaran globalisasi yang begitu pantas ketika ini menuntut satu pembaharuan politeknik yang lebih besar daripada pelbagai sudut. Apatah lagi politeknik juga perlu bersaing dengan sekian banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) yang jika diukur daripada prestijnya adalah lebih tinggi. Hala Tuju Transformasi Politeknik seperti yang dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi hari ini misalnya, adalah salah satu usaha ke arah pembangunan cabang pendidikan itu.
Pelan ini menetapkan bahawa politeknik perlu diperkasakan dengan imej baru supaya ia mampu bersaing dan menjadi institusi pilihan utama di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di samping itu, hala tuju baru itu juga bertujuan melahirkan mahasiswa politeknik yang mempunyai kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja serta daya keusahawanan yang tinggi. Paling penting, hala tuju itu diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat awam terhadap pengajian di politeknik supaya lebih yakin dan positif.
Agenda transformasi itu secara keseluruhannya menuntut sekurang-kurangnya satu politeknik diiktiraf sebagai pemaju pendidikan latihan teknik dan vokasional di peringkat serantau. Sasaran itu disandarkan kepada Politeknik Premier selaku institusi ikon kepada keseluruhan sistem pendidikan dan latihan di politeknik. Politeknik yang terpilih sebagai Politeknik Premier akan mengalami pembangunan yang holistik dan menerajui kecemerlangan politeknik.
Penganugerahan Politeknik Premier bukan pengukur dalam penentuan kedudukan (ranking) keseluruhan politeknik di Malaysia. Ia memberi gambaran bahawa politeknik tersebut mempunyai potensi untuk mampu mencapai objektif agenda transformasi pada kadar yang paling pantas dengan penglibatan pelbagai pihak seperti pelajar dan kakitangan serta bantuan dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Politeknik Premier ini mempunyai sistem pengurusan dan keupayaan sumber manusia berdaya saing dengan ciri-ciri kecemerlangan yang mampu mengubah paradigma politeknik masa kini. Ia merupakan pemangkin kepada keseluruhan perubahan sistem pendidikan dan latihan politeknik di Malaysia.
''Politeknik Premier ini diharapkan menyumbang kepada penghasilan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan hasrat kerajaan membangun dalam model ekonomi berteraskan inovasi," katanya.
Di samping itu, Politeknik Premier juga dituntut untuk memenuhi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Transformasi Politeknik. Ia perlu mencapai beberapa score touch yang khusus untuk kekal bergelar Premier dalam masa tiga tahun. Pertimbangan bagi permohonan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh akan dikemukakan untuk pelaksanaan program kecemerlangan yang dipercepatkan atau Accelerated Programmes for Excellence.
Politeknik yang dipilih untuk diberi suntikan program sebegini merupakan politeknik yang mempunyai potensi untuk berkembang dengan cepat dan diyakini mampu mencapai objektif transformasi politeknik.
Konsep pembangunan model Politeknik Premier berasaskan kepada pembangunan politeknik yang holistik dan seimbang bertunjangkan dimensi asas iaitu Pelajar; Sumber Manusia; Program; Institusi, Struktur dan Tadbir Urus serta Perhubungan dengan Industri. Kelima-lima dimensi itu menjadi asas kepada pembentukan institusi yang mampu menjana satu generasi pekerja dinamik dan progresif.
Penubuhan Politeknik Premier itu penting bagi memastikan kelestarian penghasilan modal insan negara. Sudah semestinya, Politeknik Premier itu membawa impak langsung kepada keseluruhan sistem pendidikan dan latihan di politeknik dari beberapa sudut. Antaranya, ia akan melonjakkan imej politeknik sebagai sebuah institusi yang dinamik, responsif dan seiring dengan kehendak persekitaran. Ia juga akan mewujudkan keanjalan dalam pelaksanaan dan pengendalian tadbir urus bagi menjadikan institusi politeknik sebagai sebuah institusi yang mesra pelanggan. Di samping itu, ia juga akan memberi tumpuan kepada penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti tinggi serta aktiviti penyelidikan yang boleh memberikan impak besar kepada pembangunan institusi dan industri. |
|
|
|
|
|
|
|
456# graxier06
tahniah woooo.....
ehehehe
bangga aku sbagai ex psa....
weeee....
kpd kwn2ku sekalian yg pandang rendah pada aku n course aku..
sila la buka mata anda sendiri okeyh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|