CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 16-4-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-4-2022 04:51 PM
pandai awak makan kerdas. saya pandai makan petai je.

Tersuka kerdas...suka sebab cam kacang lemaknya bila ratah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-4-2022 04:53 PM
ya mee tonggek tu kat bazar putrajaya kan. sampai kena notis tutup.

Ni pegi buffet dari semlm....dgn kakak...nonton movie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 08:04 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-4-2022 06:31 PM
Salu berbulan standby luggage...ni raya dah standby luggage

tu dia semangat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 08:06 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-4-2022 06:32 PM
Tersuka kerdas...suka sebab cam kacang lemaknya bila ratah

3 hari berturut saya dapat makan tepung pelita. senanya, kalau dapat merasa sekali pun cukup. tak sangka dpt makan sampai 3 hari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2022 08:07 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-4-2022 06:33 PM
Ni pegi buffet dari semlm....dgn kakak...nonton movie

ramai x yang makan buffet?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 11-4-2022 08:12 AM
Mask pun nak kena cop Sirim

Terkini dah kurang...

Salam Ramadan kaka! Lama tak check in forum. Sekarang ni pun memang dah anggap demam biasa je. Weekend hari tu saje ronda-ronda naik kereta, suasana dah macam sebelum pandemik. Bezanya kena pakai mask.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-4-2022 08:07 PM
ramai x yang makan buffet?

Salam Ramadan uols! Buffet kat mana-mana pun harga boleh tahan mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-4-2022 07:04 PM
tu dia semangat!

Gumbira sentiasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2022 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-4-2022 07:06 PM
3 hari berturut saya dapat makan tepung pelita. senanya, kalau dapat merasa sekali pun cukup. ...

Rezeki tu...buffet kelmarin ada gak...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 16-4-2022 07:07 PM
ramai x yang makan buffet?

Pi Seoul Garden...penuh org book place...kami pi jam 8.30 mlm...penuh gak
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 16-4-2022 09:03 PM
Salam Ramadan kaka! Lama tak check in forum. Sekarang ni pun memang dah anggap demam biasa je. Wee ...

Kol 10 mlm tadi cam kol 8 pagi lak...penuh kereta atas jln...jem 3 km cam semut
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 06:12 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 06:12 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 06:12 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2022 05:47 AM
Kol 10 mlm tadi cam kol 8 pagi lak...penuh kereta atas jln...jem 3 km cam semut

Raya tahun ni cuti lama tak? Confirm jalan raya sesak, ramai balik beraya dekat kampung. Dekat opis ni ramai dah apply cuti raya awal-awal
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2022 06:12 AM

Banyak jugak tu kes berkurang. Negara luar pun dah ada yang tak wajibkan mask kan kaka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 17-4-2022 09:12 AM
Raya tahun ni cuti lama tak? Confirm jalan raya sesak, ramai balik beraya dekat kampung. Dekat opi ...

Dah apply cuti ganti yg dpt hari tu...seminggu terus
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 17-4-2022 09:13 AM
Banyak jugak tu kes berkurang. Negara luar pun dah ada yang tak wajibkan mask kan kaka?

Haah...endemik je...live with it
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 02:06 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 17 April 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)        By DG of Health on April 17, 2022       
       
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
17 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 16 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual1);
  • Katil Bukan ICU: Hanya satu (1) negeri iaitu WP Putrajaya (53%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Perak (56%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 81 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 9%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 16 April 2022, sebanyak 331 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 146 kes (44.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 185 kes (55.9 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 16 April 2022:
  • Kes sembuh: 14,346 kes [4,238,471 kes kumulatif (96.7%)];
  • Kes baharu: 9,705 kes (4,382,402 kes kumulatif);
  • Kes import: 30 kes [25 warganegara (83.3%); 5 bukan warganegara (16.7%)];
  • Kes tempatan: 9,675 kes [9,294 warganegara (96.1%); 381 bukan warganegara (3.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 134 kes (72 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 81 kes (44 kes disahkan COVID-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 9,705 kes harian yang dilaporkan pada 16 April 2022:
  • Kategori 1: 4,653 kes (47.95%);
  • Kategori 2: 5,003 kes (51.55%);
  • Kategori 3: 16 kes (0.16%);
  • Kategori 4: 15 kes (0.15%); dan
  • Kategori 5: 18 kes (0.19%).
Daripada 49 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:
  • 17 kes (34.69%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 15 kes (30.61%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 17 kes (34.69%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 29 kes (59.18%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 27 kes (55.10%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (2.04%) adalah kes ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,984 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 10;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,868 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 116 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 16 April 2022
NEGERINILAI RT
Selangor 0.90
Negeri Sembilan 0.88
Perak 0.83
Terengganu0.83
Melaka 0.82
WP Kuala Lumpur 0.80
WP Putrajaya0.79
Johor 0.78
Pulau Pinang 0.76
Sabah 0.72
Kedah0.69
Sarawak 0.67
Pahang 0.66
Kelantan 0.66
Perlis *6 kes
WP Labuan*5 kes
MALAYSIA0.85
*Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
17 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2022 09:30 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-4-2022 10:06 PM
Salam Ramadan uols! Buffet kat mana-mana pun harga boleh tahan mahal.

salam ramadan miss black. tu lah tengok harga ke main harga beratus2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 6.155448 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list