Ini cerita seram/misteri yang baru berlaku. Agak mencabar jugak keseramannya.
Tempat : Opis, tingkat 15 Masa : 2000++++++
Ceritanya begini. Biasanya opis ni akan kosong lepas Maghrib . Kalau ada pun paling ramai 2 orang je dalam opis. Ai tak ingat ai pernah cerita ke tak ai ada pernah nampak sorang 'budak' dalam opis nih.
Ada sorang member pernah nampak budak yang sama main cak cak kat cermin opis.
Back to main story. Tempat duduk ai tak jauh dari bilik meeting. Pintu bilik meeting ni jarang terbukak kecuali aircond tak de dalam bilik meeting tu. So, dalam minggu ni tah kenapa memang bilik meeting tu sentiasa terbukak sebab kalau bua meeting kat dalam tu panas!
Nak dijadikan cerita dah kul 8 lebih pun tak balik lagi. Adalah kerja sikit. Tengah buat kerja tetiba pintu bilik meeting tu tertutup, padahal pintu tu bersendal dan tak ada orang dalam bilik meeting tu.
FYI, dalam opis ada 2 orang masa tu. Sorang lagi tengah buat kerja jugak. Selang tak sampai 10 saat tetiba pintu terbukak pulak...eh eh ehhhhhh boom! dia tutup balik!
(pintu yang sebenar)
Member tak puas hati pegi la tengok kot ada orang dalam bilik meeting tu. Dia bukak pintu bilik meeting tu..gelap kosong tak de orang. Dia diam aje.
Lepas member duduk je balik kat kerusi dia. Pintu bilik meeting tu terbukak balik kali ni selang 3 saat macam tu la bukak,tutup,bukak,tutup!
Dats it! Macam dah warning suruh balik. So balik je la....tak pandang ah kiri kanan. Kbai opis!
Sekian.
|