iols rasa TV3 nak wat kelainan ..kalu kita tengok AMA, LAN NGAN BLACK ni sesuai ngan lagu rock..jd tv3 nak wat kelainan suruh triple ni nyanyi lagu genre lain...
mane la tahu, kot kot tibi3 nak buat eksperimentasi kat lelagu lelame nokkk, kan contoh dah ade mase lelagu pramlee yang diberi napas baru, contoh MUH buat lagu alibaba kan ajuh bunyi nye dari yang asal. kannnnnnnnnnnn{:4_182:}
mula2 iols ingat ke triple ni nyanyi lagu rock yg penah menang juara lagu...mcm lagu isabella-search,... takdir dan waktu-mega,... pada syurga di wajah mu-nash lefthanded.....kalau triple ni nyanyi lagu rock kapak ni kompem meletup kan..tp masalahnya TV3 yg pilih lagu..
tapi jangan le percaya kat abang leman seratus peratus ye, kot mane lah tahu lastt menet depa dok ubah balik, contoh 2 tahun lepas MUH patut nyanyi 5menet terus dapt 2menet setengah, terus hampeh jadi nye.
Ramalan GUA Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
Menjelang pengumuman senarai Top 5 untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 25 yang bakal berlangsung pada 11 Januari ini, GUA terdetik untuk meramal senarai artis yang dijangka tersenarai sebagai calon akhir. Agak sukar untuk menilai selera pengundi, namun tidak salah rasanya jika GUA berkongsi rasa tersebut.
GUA jangkakan fenomena yang dicetuskan filem KL Gangster, Ombak Rindu, Hantu Bonceng dan Nur Kasih The Movie akan menjadi faktor utama pilihan pengundi. Di arena drama televisyen pula, drama-drama seperti Nora Elena, Tentang Dhia dan Juvana akan terus melekat di hati peminat-peminat untuk mengundi artis pilihan mereka.
Tidak ketinggalan, pengaruh yang ditinggalkan oleh program realiti Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega turut mampu untuk mengubah pola undian peminat.
GUA turut menjangkakan pola undian peminat untuk bidang muzik besar kemungkinan masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Nama-nama sinonim dalam persaingan akhir termasuk Aizat, Anuar Zain, Faizal Tahir, Yuna dan Stacy akan terus mengekalkan kecemerlangan mereka dalam kategori masing-masing.
Mungkinkah tahun 2011 merupakan tahun yang paling bermakna buat pelakon Aaron Aziz? Berdasarkan ramalan yang GUA lakukan, Aaron merupakan pendahulu saingan untuk setiap kategori yang namanya dipertandingkan. Mungkinkah Aaron mampu untuk menggugat peluang pemenang gelaran Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam untuk mengekalkan gelaran tersebut?
Yang pasti, senarai berikut hanya merupakan pilihan GUA sahaja dan bukannya senarai pencalonan akhir ABPBH 25:
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Anuar Zain
3. Faizal Tahir
4. Azlan & The Typewriter
5. Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Alyah
3. Najwa Latif
4. Yuna
5. Shila Amzah
Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
1. Bunkface
2. 3 Suara Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
3. Hujan
4. Meet Uncle Hussain/Hazama
5. Sixth Sense
Artis Baru Lelaki
1. Johan Ariff As’ari
2. Hazama
3. Aeril Zafrel
4. Zain Saidin
5. Syazwan Zulkifly
Artis Baru Wanita
1. Izreen Azminda
2. Najwa Latif
3. Neelofa
4. Tasha Shila
5. Nadiya Nisaa
Pelakon Filem Lelaki
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Zizan Razak
4. Shaheizy Sam
5. Remy Ishak
Pelakon Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Tiz Zaqyah
3. Maya Karin
4. Diana Danielle
5. Juliana Evans
Pelakon TV Lelaki
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Johan Ariff As’ari
4. Fahrin Ahmad
5. Sharnaaz Ahmad
Pelakon TV Wanita
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Izreen Azminda
Artis Komedi Lelaki
1. Afdlin Shauki
2. Harun Salim Bachik
3. Zizan Razak
4. Nabil
5. Johan
Artis Komedi Wanita
1. Didie Alias
2. Sharifah Shahira
3. Ifa Raziah
4. Alliza Abdullah (Enot)
5. Noorkhiriah
Pengacara TV Lelaki
1. AC Mizal
2. Aznil Hj Nawawi
3. Ally Iskandar
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak
Pengacara TV Wanita
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Dira Abu Zahar
4. Sarimah Ibrahim
5. Didie Alias