mungkin dia juga ada terkhilaf..manusia ka ...
cak! Post at 21-5-2012 10:40
Setiap manusia tentu ada silap termasuklah ulamak. Kdg2 mereka tersilap, terkhilaf. Imam Ghazali pun ada terkhilaf meriwatkan beberapa2 hadis daif dan ada yg maudhu'.. tapi itu tersilap & tak boleh mencela dia sptmana segelintir org tak tahu sejarah mencela Imam Ghazali. Dan bila ulamak2 terkemudian sedar dia tersilap, maka betulkan kesilapan itu dan tutuplah buku.
Jadi kesilapan ulamak2 ni mmg berlaku. Dan kesilapan ulamak ini bagi aku terlalu kecil berbanding kesilapan2 manusia mcm kita dan kesilapan2 pemimpin2 terutama pemimpin UMNO.
Tapi puak2 UMNGOK ni mahu UAI ni maksum. Jadi bila ada aje dia tersilap, maka akan meloncatlah mereka sambil menunding jari dan akan mengulang2 kesilapan itu seolah2 ianya soal akidah.
Sebenarnya mereka dengki dgn UAI sebab UAI mengkritik UMNGOK dan hati mereka makin panas bila lihat makin ramai pula org mengikuti ceramah UAI. Makin dihemtam, makin ramai yg mengikut. Artis pun ikut malah ramai org bawahan UMNO pun yg dah mula ikut.
Mereka yg dengki ni sebenarnya tak dengar ceramah UAI sepenuhnya. Dlm ceramah UAI bukan cerita politik semata2. Malah biasanya UAI hanya akan sentuh politik apabila ditanya atau kalau topik itu berkaitan dgn kewajipan pemerintah. 90% adalah berkisar perkara2 fekah, fardhu ain & tauhid. Jarang sekali beliau sentuh soal2 sahsiah spt Ustaz Zaharuddin.
setiap kali aku masuk kat unit hemodialisis hospital dotdotdot
mesti tv depa pasang ceramah ustaz azhar idrus ni
yang pasang of cos lah, doktor2, HA 2, nurse2 kat situ
so, semua pesakit layan jer
pesakit2 kaum cina pun terpaksa layan gak la kot
so, aku pun layan gak
lupa nk tmbah,kalau ukuran ramai MENJADIKAN BENDA TU BETUL , maka agama yg plg btul dlm du ...
Bateesta Post at 21-5-2012 10:48
Err..setahu aku pengikut UMNGOK lagi ramai..kalau tak ramai maka UMNGOK tak menang PRU
Aku tak menjadikan bilangan itu sbg golongan yg BETUL. Cuma sebelum menuduh UAI ni sesat, maka ko kena ada hujah yg konkrit. Yg aku tengok dia mengkritik UMNO sebab itu ko marah dia. Tapi soalnya, salah ke apa UAI cakap tu? Sesat? Jadi kalau sesat, berikah hujah ko.
Dia cakap, mana2 pemerintah yg tak menjalankan hukum Islam adalah haram. Kat mana yg salah dgn statement tu?
kalau x , ko dgn bos ko , dgn company ko telah bersubahat membunuh org2 palestin krana bila ko beli cd ori, duit tu digunakan oleh yahudi utk beli SENAPANG , RIBENA MERIAM , BOM , KAPAL TERBANG . smua snjata ini digunakan utk bunuh org2 palestin, sian tauuuu
kalau x , ko dgn bos ko , ...
Bateesta Post at 21-5-2012 11:09
Selagi lagi, yg ko duk gelak itu persoalan khilaf. Jadi kalau ko tak nak ikut UAI cakap, itu terpulang. Siapa nak ikut UAI juga terpulang. Tapi tak boleh ko nak gelak & sesatkan mereka yg tak sependapat dgn ko.
Aku rasa ko ni ada masalah tak reti beza mana hukum yg ada khilaf dan mana yg tidak ada khilaf (terang ada nas Quran, Hadis dan ijmak ulamak)
layan je bro....aku x tahan skit perut gelak bila aku sebut ribena
Bateesta Post at 21-5-2012 11:22
lg tak ngaku taksub....
psl ceo telekom tu kan... opkoz la duduk depan... takkan duk blkg satu lg mmg ramai org aaa... adik aku pun ade.. mmg kelakar... tp takde la statement mencuri okeh... since kelompok yg mendgr bukan stok bodoh sombong... mcm stok mat rempit yg dok tanya halal tak guna cd cetak rompak....
l lg tak ngaku taksub....
psl ceo telekom tu kan... opkoz la duduk depan... takkan duk blkg satu lg mmg ramai org aaa... adik aku pun ade.. mmg kelakar... tp takde la statement mencuri okeh... since kelompok yg mendgr bukan stok bodoh sombong... mcm stok mat rempit yg dok tanya halal tak guna cd cetak rompak...
dino Post at 21-5-2012 11:28
tp alasan standard pengkagum dia ialah...
ALA..USTAT JAHAR PUN BYK GAK BUAT SILAP MASA BG CERAMAH..DIA KAN MANUSIA BIASA JE...
TP BYK JUGAK DIA BG BNDA YG BETUL..MANA YANG BETUL KITA AMBIL LA, YANG X BETUL, KITA TOLAK LA
ada la mcm tu..kalau bg ceramah ada yg btul, ada yg x btul....
BAIK KO PANGGIL PENCURI ATAU PENYAMUN JE BG CERAMAH AGAMA NI
pasti ada jgk bnda btul dorang ckp , dn ada bnda x btul jugak dorang ckp kan..apa beza dgn usta ribena ni
x ada pun mufti sedunia ko tu kata , HALAL GUNA CD CETAK ROMPAK, HALAL CURI METER ELEKTRIK ...
Bateesta Post at 21-5-2012 11:13
Sekali lagi, benda yg ko gelakkan ini adalah masalah khilaf. Kalau ko tak nak ikut UAI, itu terpulanglah. Tak de batal akidah ko kalau ko ikut mana satu. Yg batal akidah kalau ikut pemimpin yg tolak & perleceh perintah Allah dlm A-Quran.
Yusuf Qardawi ada kata tak boleh beli barangan USA dan Yahudi jika ada pilihan dan wajib pulaukan sykt2 yg mmg diketahui memberi sumbangan kpd tentera2 Yahudi. Bukan semua CD yg boleh beli cetak rompak. CD Al-Quran, CD Nasyid, CD keluaran org Islam atau bukan Islam tapi tidak ada hubungkait dgn pihak2 yg memerangi org Islam maka mmg haram beli cetak rompak. Ini mmg dijelaskan UAI tapi mengapa ko mengHaruskan seluruh CD cetak rompak dgn fitnah ianya fatwa UAI? Malah UAI sendiri pernah beritahu adalah haram membeli CD kuliah agama cetak rompak sptmana juga Ustaz Kazim pernah berfatwa demikian.
Isu langgar lampu merah ialah bila org tanya jam 1-2 pagi kat kampung ada lampu merah, maka apa hukumnya kalau langgar. Maka jawapnya jika tak bawak sebarang masalah kpd org lain, maka Harus. Jadi kalau tindakan itu bawak kesukaran kpd org lain, contoh tenghari di trafiik light jalan raja laut, maka tentulah haram. Tapi cara ko seolah2 UAI telah haruskan seluruh perbuatan langgar lampu merah. Ini adalah putar belit dan fitnah yg ko bawak. Persoalan ini adalah persoalan maslahah bukan masalah akidah atau fekah. Maka ianya adalah tidak rigid sptmana persoalan hukum berapa rekaat dlm solat Zohor.
Aku tgk apa yg ko gelakkan (dgn tujuan menghina UAI) adalah benda2 kecil, khilaf yg mempunyai byk pendapat. Jadi tidak wajar sama sekali kalau ko tak setuju dgn UAI ko terus cela dia dan buat seolah2 UAI ni mengajar ajaran sesat. Sebab ko ni selalu cakap ko ni org Islam yg bagus, maka ko kena ada adab dlm kaedah ilmu.