CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 26-7-2012 02:07 PM | Show all posts
xmenahan dari semalam tgok avvy nicky.....ade hati nk blakon ngan samsul usop le tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2012 02:08 PM | Show all posts
abgcaq posted on 26-7-2012 12:30 AM
nicky,pls pst n3 cpt2 na

Salam Bro...(Bro ke?  Nickname mcm Bro so bantai ajelah...)

Thanks for reading.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 02:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 26-7-2012 12:07 PM
next please.. payah tul format baru ni. tak leh check last post..

oooo....

Pasal format ek? Ai mati-mati ingatkan tenet punya hal....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 02:11 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 26-7-2012 02:07 PM
xmenahan dari semalam tgok avvy nicky.....ade hati nk blakon ngan samsul usop le tu....

Ko mampooooo?

p/s: pinjam ayat budak bod gossip...  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:23 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-7-2012 02:09 PM
oooo....

Pasal format ek? Ai mati-mati ingatkan tenet punya hal....

ye kot. tak reti nak godek-godek nya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 02:24 PM | Show all posts
Episode 26

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Fandi masih memikirkan pertemuannya dengan Alya tadi. Datang tanpa diundang namun tidak pula dia menghalang. Kehadiran Alya sedikit sebanyak menggangu fikirannya. Kenapa baru sekarang? Fandi mengeluh. Akhirnya dia tiba ke rumah. Usai memakirkan motorsikalnya, Fandi melangkah masuk ke dalam. Jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Kedengaran suara-suara berbual mesra dan meriah di ruang tamu.

“Assalamualaikum” Fandi memberi salam.

“Waalaikummusalam” terdengar dua tiga suara menjawab.

“Dah balik pun” Datuk Yusuf berkata.

“Lambat kamu balik hari ni?” Datuk Yusuf bertanya lagi.

“Ada hal sikit papa” Fandi memberikan alasan.

“Apa khabar Bang? Kak?” Fandi bersuara dan bersalam dengan abang iparnya.

“Sihat” Aidil menjawab.

"Baru sampai ke?"

"Lama dah, ini pun sekejap lagi nak balik" Aidil menjawab, ramah. Fandi tersenyum lalu mengangguk.

“Saya naik atas dululah, nak mandi” Fandi meminta diri. Segan pula dia hendak turut serta berbual dengan  Datuk Yusuf dan keluarganya di situ.

“Kamu dah makan Fandi? Kalau belum, ajaklah Fifi makan sekali. Dia pun belum makan lagi. Ini Maisarah ada bawakan laksa” Datin Haryati berkata lagi.

“Iya?” Dahi Fandi berkerut.

Dah pukul sembilan tak makan lagi...

"Sofea mana mama?"

"Dalam bilik"

“Oh..okay. Saya naik dulu” Fandi berkata dan terus berlalu.

********************************************************************
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2012 02:36 PM | Show all posts
Fandi tercegat di hadapan pintu bilik Fifi. Teragak-agak sama ada mahu mengetuk atau tidak.

‘‘Ketuk ajelah’’ Fandi membuat keputusan.

TOK TOK. Pintu di ketuk perlahan. Beberapa saat kemudian pintu terbuka. Wajah Fifi terjongol di depan pintu. Masam.

Aduh…kenapa pulak ni? Kening Fandi berkerut.

“Awak…” Hampir setengah miinit saling memandang, akhirnya Fandi bersuara. Fifi tidak menjawab.

“Awak…kenapa ni?” Wajah Fifi semakin masam.

“Kenapa balik lambat?” Fifi bertanya, agak kasar.

“Ada hal sikit tadi” Fandi menjawab.

“Lain kali tak payah balik terus”

PANG! Pintu bilik di tutup kuat di hadapan mukanya. Fandi terkebil-kebil melihat tingkah laku Fifi.

“Apahal pulak budak ni? Nak marah tiba-tiba?” Fandi menarik nafas kasar. Otaknya terfikir-fikirkan sebabnya.

‘‘Fifi pun tak makan lagi…’’

“Pasal tu kot….” Fandi menggelengkan kepala.

************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:40 PM | Show all posts
alahai tomeinye fifi majuk manje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 02:44 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-7-2012 02:36 PM
Fandi tercegat di hadapan pintu bilik Fifi. Teragak-agak sama ada mahu mengetuk atau tidak.

‘‘ ...

Comelnyaaaaaa


Sambung lagi please!!please!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 03:09 PM | Show all posts
Fifi mengumam-gumam sendiri sambil duduk di atas katil. Sekejap melihat telefon bimbitnya, kemudian memandang pintu. Mukanya masih lagi masam.

“Dah la balik lambat, tak beritahu pulak tu…” Selimutnya di tarik-tarik.

Tapi, kenapa dia perlu marah-marah ? Sebelum ni, tak ada pun dia ingin mengambil kisah ke mana Fandi pergi? Balik rumah pukul berapa? Keluar dengan siapa?

‘‘Eeee.. kenapa dengan aku ni?’’ Fifi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

TOK TOK

Sekali lagi pintu biliknya di ketuk. Fifi mengarahkan matanya ke situ. Sekeping kertas meluncur laju di bawah pintunya. Fifi mengangkat kening. Perlahan-lahan dia turun dari katil lalu mengambil kertas itu.

Awak marah saya sebab balik lambat eh ?
Sorry, saya memang ada hal tadi.
Mama cakap awak tak makan lagi. Awak tunggu saya ke?
Jom makan! Saya pun lapar.
Saya tunggu awak kat dapur.

p/s: Tak ‘sweetheart’ lah kalau awak masam. Dah jadi ‘sourheart’

Fifi tersenyum sendiri membaca nota itu. Perlahan-lahan dia membuka pintu lalu turun ke dapur.

*****************************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 2-8-2012 02:57 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-7-2012 03:09 PM
Fifi mengumam-gumam sendiri sambil duduk di atas katil. Sekejap melihat telefon bimbitnya, kemudian  ...

WAh!!!panggil sweethearttttttt!



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:19 PM | Show all posts
lapar2 sempat lg main hempas2 pintu.....nak bermanje2 la katakan....ape lg fandi, terkam jek cpt....rezeki nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:20 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 26-7-2012 03:19 PM
lapar2 sempat lg main hempas2 pintu.....nak bermanje2 la katakan....ape lg fandi, terkam jek cpt.... ...

Hamboiiiii raff laju jer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:24 PM | Show all posts
romantik la plak fandi ni.....yaya sila pegi jauh2 jgn ganggu fifi & fandi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 03:24 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 26-7-2012 03:19 PM
lapar2 sempat lg main hempas2 pintu.....nak bermanje2 la katakan....ape lg fandi, terkam jek cpt.... ...

Mana buleh terkam...Kan preggie tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:27 PM | Show all posts
freddianza posted on 26-7-2012 03:20 PM
Hamboiiiii raff laju jer..

raff xsuka buang masa...pantang ada peluang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 03:27 PM | Show all posts
preggy pung boleh ape.. selow2 la
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:28 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 26-7-2012 03:27 PM
raff xsuka buang masa...pantang ada peluang....

Hahahahahaha..masa itu emas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:28 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-7-2012 03:24 PM
Mana buleh terkam...Kan preggie tu....

preggy kt dalam perut....byk lg tmpat2 yg bole diterkam....kn lady?


mane plak lady nih?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:30 PM | Show all posts
rafflesia76 posted on 26-7-2012 03:28 PM
preggy kt dalam perut....byk lg tmpat2 yg bole diterkam....kn lady?

Hahahahah..lady sibuk tenangkan si maulana.nak kena bagi jawapan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.480463 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list